(Disiarkan pada 2. 2. 2013)
Kewujuan
manusia di bumi Allah ini mempunyai beberapa faktor yang wajar setiap
insan mema haminya demi untuk
membolehkannya melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Antaranya ialah
memahami sejarah bagaimana Allah menciptakan manusia, kemudian menelu suri
felosofi kejadian manusia sebagai makhluk Tuhan, dan seterusnya meneliti
mengenai disiplin pembangunan insan sebagai khalifah Allah s.w.t..
Dalam kejadian manusia daripada
tidak ada kemudian ada atas kekuasaan Allah maka itu wajarkah kita sebagai
ciptaan Allah mengabdikan hidup kita kepada Zat yang Maha pencipta itu?
Mengabdikan hidup ini membawa maksud menjadi hamba Allah untuk melaksanakan
segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Makhluk manusia semuanya berasal dari Nabi
Adam a.s. dan isterinya Siti Hawa sebagai manusia pertama Allah wujudkan. Adam
tercipta dari saripati tanah yang kemudiannya Allah meniupkan roh-Nya ke dalam
jasad Adam yang membolehkannya berkesedaran serta berperasaan. Kemudian Allah
wujudkan Siti Hawa, dari tulang rusuk Adam maka terciptalah seorang perempuan.
Allah ijab kabulkan mereka berdua dengan meminta Adam membaca selawat Nabi.
Orangnya belum wujud lagi tetapi namanya sudah digunakan sebagai mas kawin.
Di zaman moden ini manusia menggunakan
wang ringgit sebagai mas kawin dan ada yang sampai jutaan ringgit. Keadaan
demikian telah menyalahi kerukunan beragama dan juga pernikahan itu seolah-olah
dijadi sebagai jual beli barangan. Nilai manusia bukan terletak kepada
kekayaannya atau kepangkatannya tetapi manusia yang mulia dan tinggi nilainya
di sisi Allah s.w.t. ialah manusia yang lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.
Masyarakat Kelantan mengatur mas kawin
mereka dengan meminta pihak lelaki hafis al-Quran. Cara demikian amat sesuai
untuk mendirikan rumah tangga kerana si suami telah melengkapkan dirinya dengan
ilmu pengetahuan mengenai pembangunan keluarga, rohani dan seterusnya
pembangunan manusia keseluruhannya.
Pada keadaan biasa manusia sukar menjadi
hafis Quran tetapi sekurang-kurangnya mengetahui ilmu al-Quran seperti hafis
surah Luqman sebagai contoh. Allah memuji Luqman bagaimana ia mendidik anaknya
dan mentarbiahkan mereka agar tidak mensyirikkan Allah sehingga Allah
peruntukan sebuah surah yang dipanggil surah luqman untuk dipelajari.
Pernah berlaku pada satu keluarga Islam
di Pedalaman atas Sabah yang mana si suami amat jauh dengan akidah Islam. Dia
menjadi Islam kerana dilahir dalam keluarga Islam tetapi bapanya tidak
mendidiknya cara hidup sebagai Islam disebabkan dia(bapa) sendiri pun kurang
ilmu pengetahuan mengenai agamanya. Semasa anak gadisnya diijab kabulkan dengan
seorang jejaka Islam, tuan Imam yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
pernikahan mereka meminta bapa yang hendak kahwin itu untuk membaca surah
Al-Fatihah terlebih dahulu.
Di situ bapanya mengalami kebuntuhan
fikiran kerana beliau tidak hafal atau pandai membaca surah Al-Fatihah. Akibat
kegagalannya membaca surah berkenaan, pernikhan terpaksan ditangguh sehingga
beliau dapat menghafalnya.Maka pada malam itu juga ia menghafal surah berkenaan
hingga jauh malam barulah dapat diijab kabulkan anaknya dengan bakal suaminya.
Daripada kedua mereka, Adam dan
Hawa, berlakulah pembiakan makhluk manusia hingga ke hari ini. Kewujudan
pasangan manusia mempunyai tanggujawab terhadap Allah. Firman Allah yang
bermaksud “Tidak Aku jadikan jin dan
manusia melainkan supaya menyembah kepada-Ku”.(Surah Az-Zaariyat (51)56). Allah mewujudkan makhluk manusia tiada
lain tujuan adalah semata-mata mengabdikan diri kepada Allah serta mengerjakan
segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Sebelum Allah wujudnya manusia
Tuhan memaklumkan kepada para malaikat bahawa Allah akan menciptakan makhluk
manusia dan menjadikannya sebagai khalifah-Nya di bumi Allah. Rancangan Allah
tersebut dibantah oleh para malaikat yang mengkategorikan diri mereka sebagai
yang lebih layak menyandang jawatan tersebut.
Allah mematahkan hujah para
malaikat dengan menguji ilmu mereka untuk menamakan barang-barang yang
dipersembahkan Allah di hadapan mereka dengan terlebih dahulu membekalkan Adam
dengan ilmu mengenai barang-barang berkenaan. Maka itu Adam dapat menamakan
benda-benda yang ada di hadapan mereka tetapi para malaikat gagal untuk berbuat
demikian. Maka itu para malaikat akur kepada rancangan Allah menjadikan manusia
sebagai khalifah-Nya dikecuali iblis. Kedegilan iblis mematuhi perintah Allah
mengakibatkan iblis dikeluarkan dari syurga Allah dan diharamkan menikmati
segala kemewahan hidup yang ada di syurga.
Walaubagaimana pun Adam bersama
isteri tersayang diberi kemewahan hidup di syurga Allah. Tetapi mereka diberi
satu amanah agar nereka tidak menyentuh buah khuldi yang ada di syurga. Iblis
mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam kepada manusia kerana gara-gara
Adam, iblis terkeluar dari syurga Allah.
Sifat semulajadi manusia
sememangnya mepunyai kelemahan untuk melaksanakan amanah yang
dipertanggungjawabkan Allah, maka itu iblis berjaya memperdayakan Adam supaya
melanggar amanah Allah tersebut. Akibat dari perbuatan manusia itu maka Allah
murkah kepada Adam lalu Allah keluarkan mereka bedua dari menikmati hidup di
syurga. Iblis amat gembira mengenai tindakan Allah itu kerana kedua-dua makhluk
Allah, iblis dan manusia sudah terkeluar dari menimmati hidup di syurga.
Makhluk manusia menyedari
dirinya terhadap perbuatannya maka Adam memohon ampun kepada Tuhan dan berjanji
tidak membuat kesilapan lagi. Tetapi Allah perintahkan Adam turun ke bumi dan
melaksanakan ibadat untuk mendapat ganjaran pahala sebagai tikit masuk ke
syurga semula setelah selesai agenda hidup di dunia nanti.
Ibadat tersebutlah menjadi
tanggungjawab manusia atau amanah Allah yang kedua sebagai hamba Allah di bumi
Allah untuk melihat sejauh mana amanah tersebut dapat dipelihara oleh manusia.
Untuk melaksanakan amanah tersebut Allah bekalkan manusia dengan berbagai
fitrah sebagai kekuatan diri untuk menangani ujian Allah di samping melawan
dugaan iblis laknatutallah.
Fitrah-fitrah berkenaan adalah
seperti iman dan takwa kepada Allah, kemahiran berfikir, nafsu, kesihatan,
kegagalan dan kejayaan dalam menelusuri pembangunan kehidupan, kasih sayang,
kesyukuran, ukhuwah kemanusiaan dan sebagainya. Setiap fitrah itu ada
kemanfaatan kepada manusia yang
menggunakan kepekaannya berfikir bagaimana ia menyumbang kepada kebahagian dan
kemuliaan manusia di sisi Allah s.w.t..
Allah membekalkan kita dengan
iman dan takwa kepada segala nikmat yang kita perolehi dalam hidup tujuan untuk
mendekatkan kita kepada zat yang Maha Berkuasa itu.Tanggungjawab kita sebagai
hamba Allah ialah memelihara keimanan dan ketakwaan kepada Allah sebagai tanda
kesyukuran kepada menikmatan hidup yang tidak terkira banyaknya.
Apakah tanggungjawab manusia
sebagai hamba Allah? Adalah menjadi kewajipan manusia mukmin mengetahui tujuan
Allah menciptakan manusia di buminya ini. Manusia adalah antara makhluk Allah
yang mempunyai rohaniah maka itu ia berperasaan, dan boleh berfikir serta dapat
melihat alam pengalaman dengan menggunakan mata hatinya. Ahli sains mengkategorikan
manusia sebagai “thinking animal”.
Tanggungjawab utama manusia di
sisi Allah ialah menjadi khalifah-Nya. Allah menyeruh kita supaya melaksanakan
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Antara perintah-Nya yang wajib
ialah mentauhidkan serta mengesakan Allah bahawa tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah.
Mengagamakan ilmu wajar dalam
pembinaan tamadun kehidupan. Ilmu dan amal teras kesejahteraan ummah. Tetapi
ilmu semata yang bersifat sekulastik atau duniawi semata tidak membawa manfaat
kepada pembangunan rohani. Kemanfaatan ilmu tersebut hanyalah bersandarkan
kepada falsafah hak guna pakai semata dan bukan hakiki, semasa hidup di alam
dunia yang berupa sementara sahaja.
Mengamakan ilmu dapat menyingkap
rahsia alam kehidupan yang berkiblat kepada pahala dan dosa. Manusia secara
umum tidak mementingkan sangat mengenai pahala dan dosa apabila ia berhadapan
dengan kebahagian dan kemewahan dunia terutama sekali mereka yang imannya tidak
seberapa kuat melawan nafsu yang membelakangi alam akhirat.
Dunia membangun di zaman sains
dan teknologi masa kini tertumpu kepada kemurnian pembangunan dunia semata
tanpa mengimbangi pembangunan rohani atau akhirat, akibatnya manusia menjadi
sasaran untuk menjadi mangsa keganasan. Negara yang kuat persenjataannya serta
juga dari perekonomian menindas negara yang miskin. Ukhuwah kemanusiaan
dijadikan taruhan tanpa memikirkan bahawa manusia itu sebenarnya semua berasal
dari keturunan yang sama iaitu Adam Hawa.
Manusia diwujudkan Allah sebagai
khalifah-Nya untuk memakmurkan kehidupan di dunia dan di akhirat kelak. Tetapi
kegagalan manusia mengamakan ilmunya, landasan hidup berkiblatkan kepada
pembangunan dunia semata. Rohani manusia dipinggirkan dari menikmati dana
pahala yang menjamin kebahabian hidup di akhirat nanti.
Tugas utama manusia sebagai
hamba Allah ialah mengimbangi pembangunan jasmani dengan pembangunan rohani.
Ini peting kerana kanusia wujud dalam dua unsur iaitu jasad dan roh,
kedua-duanya penting dan kedua-duanya menjadi tanggungjawab setiap insan dalam
menelusuri hidup sebagai hamba Allah.
Maka itu menuntut ilmu adalah kemestian
dalam hidup tetapi ilmu itu wajar disebatikan dengan ilmu keagamaan. Allah
telah menurunkan ilmu kepada para rasulnya untuk dimanfaatkan bersama dalam
pembangunan manusia maka murnikan hidup mu dengan ilmu dunia bersama dengan
ilmu akhirat agar pintu syurga akan terbuka untuk mu memasukinya.
Insyallah
No comments:
Post a Comment