(Disiarkan pada 26. Jan 2013)
Mengikut
kamus Bahasa Melayu yang ditulis oleh Arbak Osman, makhluk bermakna segala
benda bernyawa yang dijadikan oleh Tuhan
seperti manusia, binatang, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Setiap makhluk yang ada
di muka bumi ini akan mati juga kesudahannya. Dalam semua jenis makhluk yang
hidup di permukaan bumi ini, manusia merupakan makhluk intelek yang berupaya
mengendalikan kawalan diri dalam aktiviti seharian. Mereka mempunyai persedia an
semulajadi untuk menerima ilmu dan tanggungjawab moral (Surah al-Baqurah 2:31 ).
Dalam ayat 30 – 36 surah al-Baqarah,
Tuhan memberi ingat kepada Rasul-Nya,
iaitu Muhammad tentang cerita bagimana
asal mulanya bapa kita Adam a.s. itu dijadikan oleh Allah iaitu apabila Allah
hendak menjadikan jenis manusia sebagai khalifah-Nya.
Allah memberi tahu kepada
malaikat-malaikat-Nya: Bahawa Dia (Allah) melantik seorang khalifah yang akan
duduk di bumi melaksanakan hukum-hukum-Nya iaitu Nabi Adam a.s., maka malaikat-malaikat
itu membuat bantahan dengan mengatakan bahawa Allah tidak patut menjadikan
orang yang menduduki bumi itu bangsa pembinasa dan menumpahkan darah, seperti yang
pernah berlaku kepada bangsa jin yang dahulunya tinggal di bumi dan membuat
kebinasaan dan derhaka.
Para malaikat mengatakan bahawa
merekalah yang amat sesuai untuk tugas itu kerana mereka adalah makhluk yang
taat dan sentiasa mengucap tasbih memuji dan mensucikan Tuhan. Maka merekalah
yang layak tinggal di bumi.
Allah menjawab: Aku lebih
mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui. Allah tahu hikmat dan tujuan
menjadikan manusia, kerana ada yang taat dan ada yang derhaka, masing-masing
kelak akan diberi balasannya.
Setelah Adam dijadikan Tuhan,
lalu diajarkan-Nya berkata-kata dengan
menggunakan beberapa bahasa. Dengan bahasa itu diajar-Nya segala nama benda, sehingga hatinya penuh berisi pengetahuan.
Sampailah masanya Tuhan
menempelak malaikat, yang dahulunya memperkecilkan Adam dengan anggapan merekalah
yang lebih mulia, lebih layak berjawatan khalifah. Tuhan mendatangkan segala
macam barang-barang di hadapan malaikat untuk menamakan nama tiap-tiap satu
barang tersebut. Mereka sudah tentu tidak tahu
apa nama barang itu, kerana Tuhan
tiada mengajarkannya. Bila datang giliran Adam ditanya apa nama barang-barang itu, dengan mudah ia menyebutkannya satu persatu.
Malaikat itu pun semuanya tunduk
kepada Adam, mengakui akan kelebihannya, bahawa Adam lebih mulia dari mereka,
kerana ternyata Adam lebih ilmunya. Kecuali iblis sahaja tiada mahu tunduk kepada Adam, pantang ia kerendahan, enggan menerima kekalahan,
tumbuh rasa bongkaknya, timbul perasaan melawan Tuhan. Oleh Tuhan iblis itu
dihalau sehingga terjauh ia dari rahmat-Nya, dan jadilah ia orang yang kafir.
Kemudian Tuhan menyuruh Adam bersama isterinya tinggal di syurga, dan
disuruh menikmati isi syurga itu dengan makan minum sepuas-puasnya, tetapi
“awas!” Tuhan memperingatkan bermaksud: Jangan
mendekati pohon ini – apa lagi memakan buahnya (buah khuldi), kelak kamu akan
teraniaya.
Iblis dengan
anak cucunya syaitan yang telah terusir dari rahmat Tuhan , tidak
putus dendam kesumatnya terhadap Adam
dan Hawa , dua sejoli yang sedang bersenang-lenang di dalam syurga.
Berikhtiarlah ia dengan sedaya upaya
untuk menggoda keduanya.
Akhirnya berjaya juga tipu muslihatnya membuat Adam
dan isteri Hawa melanggar pantang larang di syurga. Hawa telah memakan buah
khuldi yang dituruti oleh Adam juga
memakannya. Dengan melanggar pantang larang itu , terlucutlah mereka dari
kebesaran dan
kemewahan
yang ada di syurga. Terhalau dengan telanjang bulat ke dalam dunia. Barulah iblis itu merasa puas
kerana sama-sama berputih mata.
Tetapi iblis terus akan menggoda sejak
dari Nabi Adam hingga kepada anak cucunya dan terus akan menjerumuskan
anak-anak itu ke dalam permusuhan di antara satu dengan yang lain, sehingga dengan demikian dapatlah
bersama-sama dengan mereka kelak menerima seksa Tuhan di dalam neraka.
Adam sedar dengan kesalahannya, timbul
kesal dan sesalnya, kerana melanggar larangan Tuhannya. Tetapi sesal kemudian
tiada gunaya. Ia pun taubat meminta ampun kepada Tuhan dengan sepuas-puasnya. Akhirnya Tuhan
ampunkan akan kesalahannya. Dengan itu terlaksana lah tujuan Tuhan menjadikan
khalifah di bumi (Ahmad Sonhadji Mohamad 1989)
Hubungan manusia dengan makhluk Allah yang
ada di bumi ini terbahagi kepada empat kategori iaitu hubungan dengan sesama
manusia, hubungan dengan binatang dan haiwan, hubungan dengan tumbuh-tumbuhan,
dan hubungan dengan makhluk Tuhan yang hidup di alam ghaib. Hubungan kita
dengan makhluk Allah membawa maksud bagaimana manusia memakmurkan alam kehidupan
makhluk yang ada di alam nyata dan di alam ghaib.
Setiap manusia bertanggungjawab untuk
memenuhi keperluan kebendaan dan keperluan kerohanian secara yang sewajarnya.
Keperluan manusia terhadap kebendaan hanyalah merupakan suatu keperluan yang bersifat sementara dan ia
boleh dikategorikan sebagai satu
kepentingan yang relatif. Ini adalah kerana kehidupan duniawi bukan menjadi matlamat utama kewujudan
manusia.
Firman Allah surah al-Qasos 28:60 yang
bermaksud (terjemahan): “Dan apa yang
diberi kan kepada kamu itu tidak lain hanyalah kesenangan hidup di dunia dan
perhiasannya, dan apa yang di sisi Allah terlebih baik dan lebih kekal, mengapa
tiada kamu fikirkan?
Apa yang telah diberi kepada manusia
dari jenis harta kekayaan dan anak-pinak, tidak lain itu hanyalah merupakan
kemewahan hidup yang manusia nikmati di dunia dan menjadi perhiasannya, kerana
sesebuah rumah tangga itu menjadi indah oleh adanya harta kekayaan dan
anak-pinak yang hidup senang. Tetapi semuanya itu tidak mendatangkan sesuatu
apa dan tidak bererti sedikit pun bagi Allah.
Tetapi apa yang ada di sisi Allah, iaitu
pahala, syurga, dan keredaan-Nya di akhirat, itulah yang baik dan lebih kekal
dinikmati oleh manusia yang mengabdi dan taat kepada –Nya kerana dia tidak akan
fana atau berakhir. Lain halnya apa yang pada manusia, lambat laun akan habis
dalam tempuh yang sengkat.
Hubungan manusia antara sesama mementingkan
nilai kemanusiaan yang dianjurkan oleh Islam iaitu persaudaraan atau ukhuwah.
Ia bermaksud manusia hidup di dalam
sebuah masyara- kat yang sayang menyayangi, mempunyai hubungan yang erat
dan saling bantu membantu. Mereka dihimpunkan oleh perasaan sebagai anak bagi
keluarga yang satu yang saling menyayangi antara satu sama lain, memberi
peransang antara satu sama lain sehingga setiap orang di dalamnya merasa
kekuatan saudaranya adalah kekuatannya, kelemahan saudaranya adalah kelemahannya. Ia akan merasa kecil
apabila bersendirian dan berasa banyak apabila bersama saudara-saudaranya.
Al-Quran al-Karim telah menjadikan
persaudaraan sebagai saudara kandung kepada keimanan di dalam masyarakat yang
beriman. Kedua-duanya tidak boleh
berpisah sepertimana firman Allah s.w.t. Yang bermaksud
(terjemahan): “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,”
Al-Quran juga menjadikan persaudaraan
itu sebagai nikmat yang paling besar (Ali Imran:103). Didalam surah yang lain,
Allah s.w.t. telah berfirman bahawa persaudaraan itu
memperkuatkan
dengan pertolongan-Nya dan dengan orang-orang yang beriman serta memper- satukan
hati-hati mereka (orang-orang yang beriman) (al-Anfal 62 – 63)
Hubungan kita dengan binatang
dan haiwan adalah antara sumber harta yang Islam wajib menjadikannya sebagai aset pembangunan manusia. Di bidang
menternak lembu kita mendapat pulangan ekonomi yang lumayan hasil dari memerah
susunya intuk menseimbangankan zat makanan demi menjaga kesihatan.
Negara-negara seperti Australia, New Zealand, Argentina dan
sebagainya mempunyai kawasan tanah rata yang luas serta suhu udara yang sesuai
untuk menternak binatang seperti lembu, kambing biri-biri yang mengukuhkan
serta menstabilkan ekonomi negara. Negara-negara tersebut adalah antara negara
di dunia yang mengikspot bahan makanan seperti susu tepung dan daging kepada
negara-negara lain di dunia.
Sumber laut juga seperti ikan
adalah antara haiwan yang mengukukan ekonomi negara khususnya negara-negara
yang mempunyai persisiran pantai di mana pelaut-pelaut menjalankan aktiviti
menangkap ikan dalam skala besar dengan menggunakan peralatan seperti pukat tunda dan kilong. Ikan di laut atau di
sungai yang terbuka tidak memerlukan usaha manusia untuk memeliharanya tetapi
sumbangannya kepada ekonomi dan kehidupan manusia amat besar sekali.
Ikan mempunyai zat makanan
seperti proten untuk membina sel-sel tubuh badan (body building food) dan karbohidrat, sebatian yang menghasilkan
tenaga badan amat penting kepada kesihatan tubuh manusia.
Hubungan ikan dengan manusia
juga mempunyai bahasa tamsil kepada kehidupan yang mendidik manusia
menggunakannya untuk diterjemahan kepada pembangunan manusia. Ibarat ikan di
laut hidup di dalam air masin tetapi rasa dagingnya tidak merasa masin. Ia
membawa makna kepada kehidupan manusia bahawa jika bahan yang membentuk manusia itu bahan yang diredai Allah maka
anak itu akan hidup sebagai insan yang sentiasa mencintai Allah dan sentiasa
mematuhi perintah Allah. Maka itu Allah menyeruh manusia supaya membaca kalam
Allah iaitu yang terucap oleh Allah seperti al-Quran dan yang tercipta oleh
Allah iaitu alam ini serta segala isinya.(Al-‘Alaq: 1)
Hubungan manusia dengan alam
tumbuh-tumbuhan bagikan garam dengan gulai. Ta’ ada garam gulainya kurang
sesuai sebagai sayur, begitu juga garam tanpa gulai tidak banyak manfaat nya
sebagai makanan. Pokok-pokok kayu juga mempunyai banyak faedahnya kepada
manusia sebagai bahan binaan berbagai cara dan pengunaannya. Bahan kayu juga
boleh digunakan oleh manusia untuk keperluan hidup seperti membina perabut,
bangku meja dan sebagainya.
Hubungan manusia dengan makhluk
halus yang hidup di alam ghaib mempunyai beberapa manfaatnya. Antaranya ialah
membuat manusia sentiasa mendekati Allah agar iblis dan syaitan tidak ada kuasa
untuk memporak-poranda manusia. Allah telah membayangkan kepada iblis bahawa
manusia yang dekat dengan Allah sukar iblis melaksanakan rancangannya.
Para malaikat terutama sekali
yang sentiasa menjaga perlakuan manusia seperti mencatat kan kebaikan dan juga
keburukan amalan manusai sering mengingatkan manusia supaya sentiasa berwaspada
dalam melaksanakan ibadatnya agar tidak tergelincir dari landasan yang di redai
Allah. Dalam erti kata lain kehadiran malaikat dalam hidup manusia amatlah
penting kerana ia berperanan sebagai mekanisme menyedarkan manusia untuk hidup
dengan iman dan sentiasa mengingati Allah.
Menggunakan sumber-sumber
ekonomi dan keupayaan material dengan bijak dapat dilakukan dengan tidak
membiarkan sesuatu pun tanpa digunakan serta memeliharanya sebagai amanah yang
wajib dilaksanakan dan sebagai nikmat yang wajib disyukuri. Lantaran itu ia
hendaklah digunakan sebaik mungkin.
Untuk
tujuan itu, al—Quran telah menarik
pemikiran kita kepada apa saja yang telah dijadikan untuk kepentingan manusia yang
terdapat di langit dan bumi, serta di daratan dan lautan.
No comments:
Post a Comment