Saturday, March 16, 2013

HIDUP MERUPAKANIBADAT KERANA ALLAH


 (Disiarkan pada 16. 3. 2013)          
Konotasi “hidup” adalah satu fenomena yang mengalami berbagai perubahan pada diri sendiri. Manusia dan binatang atau haiwan dianggap hidup apabila dia bernyawa dan bernafas. Tumbuh-tumbuhan ialah hidup apabila ia tumbuh dan membesar. Api di anggap hidup jika ia menyala memakan kayu dan sebagainya. Dalam semua fenomena alam tersebut memerlukan sesuatu yang mengakibatkannya hidup. Setiap makhluk alam mempunyai sifat-sifat tertentu atau aktiviti-aktiviti mahupun disiplin hidup masing-masing.
Dalam semua makhluk yang hidup Allah bekalkan dengan ‘instinct’ yang membolehkan ia bergerak. Manusia merupakan makhluk Allah yang sangat kompleks disiplin kehidupannya. Ia mempunyai fitrah berfikir yang dibantu oleh akal untuk mentafsir dan memahami sesuatu alam khidupan demi kemanfaatannya dalam pembangunan kehidupan mahupun membina satu disiplin hidup melandaskan budaya “give and take”, atau tolong menolong antara sesama makhluk.
Dalam semua fenomena kehidupan makhluk Allah ia mempunyai satu disiplin atau perjuangan dalam hidup yang tersendiri untuk kemanfaatan diri dan juga kepada makhluk lain. Manusia hidup di alam dunia semestinya mempunyai perjuangan yang amat kompleks sekali disebabkan kehadiran unsur roh pada kehidupannya.
Perjuangan hidup makhluk binatang atau haiwan adalah terdorong untuk kemanfaatan  perutnya. Tetapi manusia hidup untuk berjuang dalam tiga fenomena iaitu untuk jasmaninya; untuk rohaninya dan kerana Allah s.w.t. Perjuangannya ialah berupa ibadat kerana Allah. Manusia mempunyai tiga tugas yang amat berat dalam membangunkan tamadun kehidupan. Tugas pertama ialah demi kebajikan kehidupan alam nyata atau biasa dikenali sebagai jasmani,  yang kedua ialah kehidupan di alam ghaib iaitu kebajikan rohaninya dan ketiga ialah kerana Allah untuk kemanfaatan hidup di akhirat nanti setelah selesai agenda di dunia. 
Allah mengutuskan manusia ke bumi ini untuk melaksanakan ibadat menyembah dan beribadat kerana Allah: (Az-Zariyat 51: 56. Tugas utama atau amanat yang dipertanggugjawab kan kepada manusia ialah menjaga dan memakmurkan alam kehidupan di dunia. Muamalat sebagai khalifah di muka bumi ini ialah melaksanakan perintah Allah dan menjauhi segala larangannya  serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. (Al-Hujerat 13)  
Kebajikan  kehidupan di alam nyata merupakan perjuangan yang amat rumit sekali untuk dilaksanakan kerana manusia berhadapan dengan dua masalah dalam membina tamadun kehidupan. Pertama ialah manusia berhadapan dengan musuh ketatnya iaitu iblis laknatallah yang telah mendapat kebenaran dari Allah sendiri untuk membalas dendam kepada manusia kerana gara-gara manusialah (Adam) maka iblis tidak dapat menikmati hidup yang Allah redai.
Masalah kedua ialah pada diri manusia itu sebagai hamba Allah kerana manusia sememangnya dijadikan sebagai makhluk yang lemah;(Al-Adiyat: 6 – 8). Pada diri manusia itu ia mempunyai keinginan  atau hawa nafsu yang sering melemahankan martabat kemanusiaannya. Tetapi Allah bekalkan satu fitrah kekuatan untuk mengawal nafsu  dari kebebasannya memandu manusia agar tindakannya di atas landasan keredaan Allah, iaitu “akal”. Akal berfungsi sebagai ‘rasul’ dalam diri seorang insan. Jikalau tindakan manusia itu dikuasai oleh akal maka selamatlah manusia tetapi jikalau amalannya bersandarkan kepada kehendak nafsu maka rugilah ia dari dunia hingga akhirat.
Tugas kedua ialah memelihara kebajikan rohani kita sejajar dengan kebajikan jasmani. Adalah sangat dianjurkan oleh Islam supaya memberi keutamaan kepada pejagaan kebajikan rohani kerana kebajikan jasmaninya akan dengan sendirinya terbela. Tetapi jika jasmani diutamakan maka rohaninya akan meranah. Sebagai analogi mengenai muamalat alam kehidupan, jika kita menanam padi tanpa diundang rumput tumbuh subur bersama. Tetapi jikakita tanam rumput jangan mimpi padi akan tumbuh!    
                Tanggungjawab ke tiga ialah melaksanakan amanat Allah iaitu sebagai hamba  dan khalifah-Nya. Tanggungjawab kepada Allah membabitkan empat  perkara asas iaitu  tanggung jawab kepada Allah; tanggungjawab kepada manusia; tanggungjawab kepada alam; dan tanggungjawab kepada diri sendiri.
                Tanggungjawab kepada Allah merupakan kewajipan yang utama. Manusia melaksanakan semua keempat-empat tanggungjawab ini yang merupakan perintah Allah, dengan sempurna dianggap manusia yang bertakwa kepada Allah s.w.t.(Surah al-Hujuratayat 49 : 13). 
                Tanggugjawab kepada manusia berkiblat kepada permurnian disiplin ukhuwah kemanu- siaan yang memelihara keharmonian hidup bermasyarakat. Hidup tanpa sajian dengan kehadiran orang lain ta’ mendatangkan kemanfaatan kepada sesiapa pun. Kehadiran orang lain akan melahirkan perasaan kasih sayang kelak  membentuk fenomena bermasyarakat yang wajar ada pada kehidupan manusia sebagai hamba Allah. Manusia sukar hidup seorangan tanpa orang lain kerana semua ibadah dalam kelangsungan hidup memerlukan kehadiran orang lain.
                Dalam semua bentuk muamalah hidup manusia tidak dapat melakukan sendirian. Ambil misalan seperti mendapatkan sehelai kain baju. Pada mulanya untuk mendapatkan kain kita kena tanam kepas terlebih dahulu yang kepasnya boleh diputar untuk dibuat sebagai benang. Benang itu kita perlukan kepakaran orang lain untuk menenunnya  menjadi sehelai kain.
Sesudah ada kain kita memerlukan kepakaran orang lain untuk membuatnya sehelai kain baju. Apabila kainbaju itu telah siap maka kita memelukan orang lain lagi untuk memasarkannya di pasar umum untuk orang  awam. Maka matarantai perlaksana membuat sehelai kain baju kita memerlukan kepakaran berbagai pihak sebelum kita dapat sehelai baju untuk menutup aurat kita.
Walaupun kemampuan kita dari segi ekonomi ada tetapi tidak ada manfaatnya jika tidak dapat membeli kain baju kerana tidak ada dijual di pasaran umum. Maka itu menempuhi hidup bahagia di alam ini, kehadiran orang lain adalah amat diperlukan. Inilah system hidup yang dkenali sebagai disiplin “give and take”, atau tolong menolong antara satu sama lain demi kebuntuhan berbagai keperluan hiup masing-masing.
                Ukhuwah kemanusian ibarat hubungan tangan kiri dengan tangan kanan. Kesempurnaan perlaksanaan agenda pembangunan terletak kepada kerjasama yang baik antara kedua anggota badan tersebut. Walaupun tangan kanan itu tugasnya lebih mulia berbanding dengan tangan kiri yang hanya tertumpu kepada bidang pembersihan. Kedua-dua anggota badan itu adalah bermanfaat dalam semua urusan.
                Tangan kanan itu tugasnya mulia belaka seperti bersalaman, lelaki atau perempuan, menerima wang dan sebagainya tetapi tangan kiri juga tidak sehina yang difikirkan  kerana tangan kiri sentiasa dihiasi dengan memakai jam tangan yang berjenama tinggi untuk menjaga masa bagi manusia menunaikan solat wajib kerana kerana Allah s.w.t.. Begitu juga perhiasan-perhiasan badan terutama sekali wanita, dengan menghiasi jejari tangan kiri dengan kilauan emas dan intan belian.
                Tanggungjawab terhadap diri sendiri terletak  kepada pemurnian ilmu  sebagai nadi pembangunan umat. Ilmu wajar diperolehi sejak dari buaian hingga ke liang lahad atau yang biasa diunggkapkan sebagai menuntut ilmu seumur hidup (long life learning). Mengilmukan manusia tanggungjawab setiap individu kerana dengan usaha demikian maka kekhalifhan  kita di alam dunia dapat disempurnakan. Dengan kesempurnaan  perlaksanaan tanggungjawab tersebut maka Allah akan membekalkan dana pahala yang menjadi teman hidup kita di alam akhirat nanti. Insyallah!
                Tanggungjawab kepada alam merupakan urutan rangking ketiga dalam sinario kehidu-
pan manusia. Tidak ada makna dalam kehidupan ini tanpa kemurnian serta kebersihan alam. Sudah menjadi fitrah manusia menjaga kebersihan alam kerana kegagalan berbuat demikian mengakibatkan pembangunan kehidupan sukar mematuhi disiplin kesihatan.
                Menjaga kebersihan alam menjadi keutamaan tamadun kehidupan manusia di mana sahaja ia berada. Mengikut kajian pihak Amerika dalam tahun 1979, mengkategorikan keber- sihan alam adalah dalam rangking ketiga selepas khidmat para pakar medik  yang mendapat pertama dan pendidikan tempat yang kedua.
                Alam kehidupan boleh dikategorikan kepada empat: iaitu alam manusia ; alam haiwan; alam tumbuh-tumbuhan; dan alam kerohanian. Manusia diberi tugas sebagai khalifah Allah mempunyai tanggungjawab mengenai keselamatan serta kebersihan pada keempat-empat alam tersebut. Kegagalan manusia memahami tugas sebagai pemakmur alam, mengakibatkan alam berkenaan tidak sesuai untuk wujud di alam dunia.
                Sebelum kita meninjau ciri-ciri keselamatan alam yang lain adalah amat mustahak kita memahami tentang keselamatan dan kebersihan alam manusia sendiri terlebih dahulu. Menjadi Penghulu kepada alam-alam yang lain wajar keadaan alam manusia dalam keadaan yang murni, selamat dan sempurna. 
                Ibadah sebenarnya adalah landasan kehidupan yang diredai Allah s.w.t. maka itu harus dipelihara daripada amalan subahat dan koropsi yang akan menghasilkan produk-produk yang berunsur haram. Kehidupan itu harus dijaga dari sebarang kepincangan  agar ia bebas dari segala kerenah berokrasi yang berkiblat kepada kepentingan diri yang diwarnai oleh budaya tamak dan haloba
Falsafah pengurusan kehidupan harus berpaksi kepada kefahaman bahawa apa yang kita laksanakan Allah reda atau tidak? Manusia wajar mencorakkan disiplin pengerusan dan harus dalam suasana system menang-menang. Agenda yang dilaksanakan mempunyai impak kepada pembangunan masyarakat dan negara agar kerajaan wajar mendapat pulangan serupa dengan apa yang kita perolehi sebagai pemain.
Membelakangi kesucian beragama akan memesongkan manusia dari dunia keadilan. Manusia hidup bermasyarakat dan setiap individu mempunyai peranannya dalam memurnikan kehidupan. Kita perlukan keadilan kepada diri kita sendiri sejajar dengan manusia yang mem- bentuk masyarakat.
Adil pada diri sendiri wajar menjauhi amalan-amalan songsang yang akan mengakibatkan keruntuhan moral serta merosakkan martabat kemanusiaan sebagai hamba Allah.  Pembangunan sosial wajar dalam suasan berhemah agar tidak sampai kepada kemuncak mempertaruhkan maruah diri hingga hilang perkiraan kelak mengakibatkan tergadainya kesucian beragama.
                Akibatnya martabat kemanusiaan sudah dipinggir dunai kehaiwanan. Pembuangan anak yang tidak berdosa berlaku berleluasa. Anak yang terselamat dari keganasan manusia datang mendaftar ke sekolah ingin menuntut ilmu, memberi tahu pendaftar sekolah bahawa dia tidak tahu kepada siapa ia memanggil bapa!
                Kehidupan di dunia haruslah dihiasi dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t. agar dapat membetulkan halatuju pembangunan yang dimainkan oleh setiap individu. Untuk mencapai kesempurnaan dalam perlaksanaan pembangunan, harus  berlandaskan kepada keikhlasan dan kejujuran bagi memurnikan satu-satu agenda dalam takwim kehidupan. Walaubagaimanapun untuk memelihara disiplin pengurusan diri  harus  kita kenal dengan disiplin tujuh belas rakaat yang akan membimbing manusia ke arah kesempurnaan hidup yang diredai Allah s.w.t. 
                Tanggungjawab kepada alam tidak kurang pentingnya kerana segalanya apa yang kita perlukan dalam hidup, alam setia membekalnya. Kehadiran tumbuh-tumbuhan di satu-satu
tempat memberikan berbagai kemanfaatan kepada manusia. Kekuasaan Allah dalam mewujud kan tumbuh-tumbuhan  amat luar biasa sehingga pokok-pokok boleh mewujudan sungai untuk membangunan kehidupan manusia.
Maka kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam ini agar ia bebas dari pencemaran udara. Kebersihan alam sekitar menjadi tanggungjawab kita bersama. Jagalah keberihan termasuk kebersihan diri, alam tumbuh-tumbuhan serta alam haiwan yang hidup bersama di alam ini. Segala amalan mengenai penjagaannya merupakan ibadat kerana Allah.  

No comments:

Post a Comment