(Disiarkan pada 23. 3. 2013)
Sabar bermaksud kuat menahan
penderitaan, tidak putus asa dan tidak lekas marah. Sabar menempuhi dugaan
hidup. Sabar adalasebahagian daripada
iman (AthThirmidzi binBaihaqi), mana kala ikhlas merupakan
hati yang bersih dan jujur. Kedua-dua fenomena tersebut berpang kal daripada
hati norani seorang insan. Pada diri manusia itu ada segumpal darah. Kalau ia baik maka baiklah
seluruh amalan manusia tetapi jika ia
tidak baik maka rosaklah segala amalan seseorang itu. Segumpal darah yang
dimaksudkan ialah “hati”. (Hadith Sahih).
Perkataan sabar banyak kali diguna dalam
al-Qur’an untuk mengungkap tentang keperibadian seseorang dalam menangani
cabaran hidup. Orang yang mempunyai hati yang luhur dan sabar adalah mereka
yang dekat dengan Allah atau orang yang beriman kepada ketentuan Allah yang
Maha pengasih dan Maha Penyayang.
Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Hai orang-orang yang beriman! Sabar lah
kamu dalam (ketaatan), bersabarlah (menghadapi
musuh), bersiap sedialah (menentang mereka) dan takutlah kamu kepada Allah,
semoga kamu mendapat kemenangan.” (Ali-Imran 200)
Asal erti sabar itu ialah, menahan diri dari melakukkan tegahan syarak.
Setengah Ahli Hikmat mengatakan: Sabar itu adalah tiga macam: satu, meninggalkan
sungutan, dua, menerima ujian, dan tiga ialah benar-benar reda (rela)
Dalam ayat berkenaan Allah menyeru orang-orang
yang mukmin itu supaya sabar di dalam
sebarang usaha yang membawa kepada mentaati Allah dan melaksanakan kewajipan
agamanya. Juga diseru supaya sabar di dalam menghadapi cubaan dan menghadapi
musuh dari sebarang gangguan serta
cabarannya. Seraya bersiap sedia dengan secukup-cukup kelengkapan untuk menentang mereka dalam sebarang ketika,
iaitu kelengkapan yang menjadi kewajipan setiap umat Islam mengadakannya.
Surah yang sama, Ali Imran, ayat 186,
Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): “……Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu
termasuk urusan yang patut diutamakan.”
Kalau kamu sabar menghadapi
berbagai-bagai ujian, tabah menghadapi bala’ dan malapetaka yang menimpa ke
atas harta dan diri kamu, serta tahan tidak menghiraukan ejekan, celaan dan
gangguan orang-orang Ahli Kitab dan musrikin, di samping itu tetap pula
bertakwa kepada Allah – terus menjalankan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya
– sesungguhnya kesabaran dan takwa kamu itu setepat-tepat tadbir, iaitu
daripada perkara yang mesti dijadikan keazaman tiap-tiap seorang, kerana
ternayata mengandungi keistemewaan dan kehormatan.
Dalam mengejar kebahagian hidup di
akhirat nanti kita wajar mengumpul dana pahala yang akan memurnikan kehidupan
di akhirat nanti. Firman Allah yang bermaksud (terjemahan): Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah
yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az Zumar: 10).
Orang yang teguh pendiriannya dalam
menghadapai ujian yang berat ibarat menggang gam bara api jika terasa panas
tidak dilepaskannya – biar sampai menjadi abu – sangatlah besar pahalanya
disisi Allah tidak terkira banyaknya.
Dalam hubungan ini al-Hasan bin Ali (r.a.) meriwayatkan bahawa beliau
telah men- dengar datuknya Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Tunaikanlah kewajipan agama, nescaya engkau akan menjadi orang yang
paling kuat beribadat. Dan handaklah engkau bersifat Qanaah (memadai dengan apa
yang ada padamu), nescaya engkau menjadi orang yang paling kaya. Hai anak!
Sesungghnya dalam syurga terdapat sebatang pohon bernama al-Balwa. Didatangkan
kepada orang-orang yang menghadapi ujian (Ahlil Bala’) mereka itu tidak akan
dikenakan timbangan amalanya dan tidak dibukakan buku catatan amalannya,
malahan ditumpahkan ke atas mereka pahala sebanyak-banyaknya.”
Surah Al-Baqarah ayat 155, Allah
berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Dan
sungguh akan Kami berikan cobaan kepada mu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, keku- rangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang-orang yang sabar.”
Allah akan menguji umat Islam untuk
membezakan antara mereka yang taat dengan mereka yang derhaka, dengan berbagai
rupa ujian:
1.
Ketakutan;
yakni takut kepada musuh. Erti takut di
sini ialah menanti-nanti perkara yang dibenci yang menyebabkan penderitaan di
dalam hati.
2.
Kelaparan;
yakni kekurangan bahan-bahan makanan.
3.
Kekurangan
pada harta; yakni kerugian di dalam
perniagaan dan perusahaan.
4.
Kekurangan
diri manusia; yakni berlaku banyak kematian
5.
Kekurangan
buah-buahan; musim kemarau yang menyebabkan kekurangan hasil pertnian.
Maka
Allah akan memberi kegembiraan dengan menyediakan syurga kepada orang yang sabar menerima cubaan tersebut di samping mendapat keampunan dan rahmat-Nya, dan mereka itu mendapat
petunjuk ke jalan yang benar.
Dalam amalan yang berbentuk ibadat
kerana Allah sifat sabar itu sentiasa menemani hati orang yang beribadat. Perbuatan manusia
adalah semata-mata kerana Allah maka itu perlu membudayakan sifat sabar kerana
Allah. Tanpa sifat sabar yang memimpin
hati manusia akan mengalami kesulitan sebab yang lebih berkuasa ialah Allah.
Ikhlas ertinya bersih, tidak ada
campuran, ibarat emas murni, tidak ada bercampur perak berapa persen pun.
Perkerjaan yang bersih terhadap sesuatu, bernama ikhlas. Tempat ikhlas adalah
di hati. Ikhlas tidak dapat dipisakan dari siddiq (benar) tulus. Lurus dan
benar niat dan sengaja, kerana Allah belaka.
Hidup ini wajar dimuliakan dengan sifat
ikhlas kerana bagi Allah tidak ada yang sulit bagi-Nya. Segala amalan hamba-Nya
sama ada yang nyata mahupun yang tersembuyi dalam hati Allah mengetahuinya.
Ikhlas tidak dapat dipisahkan dari siddiq (benar) tulus. Bilamana seorang
berniat mengerjakan sesuatu pekerjaan, Maka mulai melangkah sudah dapat
ditentukan ke mana tujuan dan bagaimana dasar.
Ada orang yang berniat hendak menolong
fakir dan miskin. Pekerjaan memberi pertolongan, adalah baik, tetapi belum
tentu baik jika dasarnya tidak subur. Barulah akan baik dari zat sampai kepada sifatnya jika
didasarkan kepada ikhlas. Iaitu menolong fakir dan miskin kerana Allah, bukan
kerana semata mengharapkan puji dan sanjung manusia. Oleh sebab itu, perkataan
ikhlas itu terpakai terhadap Allah semata-mata.
Ikhlas kepada Allah, hanya semata-mata
percaya kepada-Nya. Ia tidak boleh dipersekutu kan dengan yang lain, pada zat,
sifat dan pada kekuasaan-Nya. Hadapkan kepada-Nya segala sifat-sifat
kesempurnaan yang penuh, hindarkan daripada persangkaan sifat-sifat kekurangan.
Taat mengikut perintah-Nya. Cinta segala sesuatu kerana dia, benci kepada
sesuatu yang dibenci-Nya, berteman dengan orang yang taat kepada-Nya,
bermusuh dengan orang yang melawan Dia.
Lawan orang yang kafir kepada-Nya, akui
nikmat dan kebesaran-Nya, syukuri segala pemberian-Nya, sedikit atau banyak,
sabar di atas cubaan yang ditimpakan-Nya. Seru dan mohon pertolongan-Nya di waktu kesempitan dan pujilah Dia di waktu lapang. Cinta sesama manusia, bukan lantaran
mereka manusia saja, tetapi lantaran mereka
itu makhluk Allah.
Berkata Muhammad bin Al-Narqazi: “Segala
kejadian itu hanyalah bersumber kepada dua: Perbuatan Allah atas diri engkau,
dan perbuatan engkau yang akan dihadapkan kepada Allah. Maka hendaklah rela
menerima segala perbuatan-Nya, dan ikhlas mengerjakan segala
perbuatan
engkau terhadap-Nya. Dengan demikian
engkau beroleh kebahagian dunia akhirat.
Firman Allah surah An-Anisa: 146
yang bermaksud (terjemahan) : “Melainkan
orang yang taubat dan memperbaiki
dirinya berpegang dengan Allah saja dan ikhlas agamanya kerana Allah.”
Allah telah
menerangkan besarnya seksaan yang akan dikenakan kepada orang-orang munafik
itu, maka pada ayat ini Allah memberi pengecualian bagi mereka dari seksaan
tersebut. Jalannya iaitu, mestilah mengikuti syarat-syarat seperti berikut:
1
Hendaklah
orang-orang munafik itu taubat meminta ampun kepada Allah, segera membuang perkerti-pekerti yang munafik, menyesal yang
amat sangat atas perbuatan-perbuatannya yang telah lalu, dan berazam
sungguh-sungguh yang ia tidak akan mengulangi lagi.
2
Hendaklah
memperbaiki amalannya, dengan mengerjakan amal yang salih, iaitu kerja kebajikan
yang dapat membersihkan dirinya dari kekotoran noda-noda munafik. Hendaklah
selalu jujur (benar) dalam tutur katanya dan perbuatan, tulus dan amanah di
dalam sebarang kerjanya, setia dan menepati terhadap janji-janjinya, tetap
mengerjakan sembahyang dengan perasaan khusyuk dan tawaduk, takut kepada Allah
dalam masa sembunyi dan dalam masa terang.
3
Berpegang
teguh kepada Allah. Iaitu menjunjung peintah-Nya, berpandukan kitab-Nya, dan
mengamalkan ajaran-Nya.
4
Tulus
ikhlas mengamalkan agamanya semata-mata kerana Allah. Iaitu beramal dengan
amalan yang tidak ada disertakan dengan perasaan riyak atau menunjuk-nunjukkan
kepada orang.
Orang-orang yang telah melaksanakan
syarat-syarat tersebut, termasuklah dalam golongan orang-orang yang beriman
(mukmin), kerana mereka telah beriman sebagaimana orang-orang mukmin dan juga
telah beramal sebagaimana orang-orang mukmin. Dan Allah berjanji bakal
memberikan kepada orang-orang mukmin (yang telah beriman) itu, upah dan pahala
yang sangat besar di akhirat, iaitu syurga.
Ikhlas kepada Kitabullah, ialah percaya
dengan sungguh-sungguh bahawa kitab itu ialah Kalamullah, yang tidak serupa
dengan kalam makhluk. Allah turunkan kepada Rasul-Nya untuk menjadi tuntunan kita sekalain. Kita baca
dan kita fahami isinya, kita junjung dan kita sucikan, kita perhatikan dengan
hati yang khusyuk.
Ikhlas kepada Rasulullah s.a.w.,
mengakui dengan sungguh risalahnya, percaya pada segala yang dibawanya, taat
mengikuti yang diperntahkannya, menjauhi segala yang dilarang nya, Membelanya
di waktu hidupnya dan terus sampai wafatnya. Memusuhi orang yang memusuhinya,
membela orang yang membelanya, membesarkan haknya, dan memuliakan dia. Hidupkan
tarikat dan sunnahnya. Siarkan pengajarannya dan sampaikan serta luaskan
syariatnya ke suluruh bumi.
Nafikan segala tuhmat (tuduhan) yang
dihadapakan orang kepadanya dengan alasan yang cukup. Pegang teguh-teguh ilmu
yang ditinggalkannya. Kerana dia diutus ke dunia untuk menyempurnakan budi
pekerti manusia. Tuhan sendiri yang mengajarnya beradab, sabda beginda yang
bermaksud: “Tidaklah beriman seorang kamu
hingga Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain”. (HR: Bukhari
dan Muslim)
Ikhlas kepada imam atau raja-raja dan
pemerintah Muslimin, ialah taat kepada mereka di dalam agama, ikut perintahnya,
hentikan larangannya. Jangan dilanggar undang-undangnya, jangan dikacau
keamanan dalam negeri. Peringati mereka jika mereka salah dengan cara
sopan-santun. Beri tahu kelalaian mereka dan hanya yang mengancam negeri
lantaran kesalahan mereka. Ajak seluruh muslimin supaya taat kepada
pemerintahan itu.
Berkata Imam Ghazali: “Kerosakan
negeri kerana kerosakan raja, kerosakan raja kerana kerosakan ulama, iaitu
ulamaussu”
(Ulama Jahat). Kita tidak boleh taat jika pemerintah itu mengajak mengerjakan
mungkar, dan tidak boleh diikuti kalau ulama menunjukkan fatwa yang sesat.
No comments:
Post a Comment