Tuesday, March 5, 2013

MEMBINA DAN MEMBANGUN MANUIA


 (Disiarkanpada 23. 2. 2013)
Membangunkan negara perlu bermuara dari membina masyarakatnya. Dalam erti kata lain membangun merupakan muamalah atau amal ibadat manakala membina ialah mentarbiakan atau mengilmukan manusia supaya menjadi pemain yang mempunyai peribadi yang unggul atau towering personality. Kedatangan agama Islam adalah untuk membina tamadun manusia agar dapat menjadi agen perubahan  kepada pembangunan kehidupan di alam nyata mahupun di alam akhirat.
                Mantan Ketua Pengarah Pendidikan,  Datuk Dr. Wira Abdul Rahman mengatakan bahawa dalam usaha mendidik  atau  mentarbaihkan manusia bermula dengan peringkat rendah, setelah itu beralih kepada peringkat menengah dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi di universiti. Disiplin mengilmukan diri megikut peningkatan usianya. Dalam erti kata lain beliau mengungkapkan, system mengilmukan insan pada dasarnya ialah:“Primary is to prepare and secondary is to repair.”
Sekolah rendah merupakan membina insan dengan ilmu sebagai persediaannya ke peringkat menengah di mana anak itu diajar menelusuri pembangunan kehidupan. Pembangunan di situ membawa makna mengenali tentang disiplin kehidupan berlandaskan wahyu Illahi iaitu al-Quranal Karim serta Hadith Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w. 
Membina insan wajar bermuara dari ilmu tauhid sebagai mukadimah dalam mengenali dunia kerohanian di samping mengenal diri sebagai hamba Allah s.w.t. Mentarbiahkan anak untuk mengenali dirinya sebagai hamba Allah akan terbina iman dan takwa dalam hatinya yang akan memupuk diri tentang makna kasih sayang kepada Allah s.w.t..
Ilmu kerohanian menjadi kemestian kepada setiap insan mengetahuinya kerana ia  menjadi pemangkin jiwa mengenali pembangunan dunia seiring dengan pembangunan ukhrowi di samping mengenali unsur-unsur kejadian manusia sebagai hamba Allah. Dengan ilmu kerohanian dapatlah manusia memahami wawasan kehidupan dan membawanya ke dimensi keimanan mengenai matlamat hidup ini.
Membangunkan kerohanian akan dengan sendirinya membawa pembangunan jasmani atau dunia. Tetapi sebaliknya jika keutamaan pembangunan itu kiblatnya kepada keduniaan semata maka manusia akan mengalami kerugian sebab pembangunan rohani tidak akan turut sama terbela.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Dan tidak adalah kehidupan dunia ini kecuali medan permainan dan gurau senda berlaka dan sesungguhnya kampung akhirat  itu kehidupan yang sebenarnya jika mereka mengetahui.” (Al-Ankabut: 64)
Oleh yang demikian, Allah  s.w.t.  sentiasa memberi  peringatan kepada manusia supaya selalu berwaspada dan berhati-hati agar tidak termasuk ke dalam golongan orang-orang yang berpengaruh oleh kehidupan dunia di mana mereka sudah tergoda  dengan syaitan dan menjadikannya penasihat yang paling karib dalam segala urusan hidup.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan): “Wahai manusia sesungguhnya janji Allah itu benar dan janganlah sekali-kali kamu  terpedaya dengan kehidupan dunia ini.” (Fathir: 5)
                Bagi mereka yang terpesona dengan dunia dan terjebak dalam perangkap syaitan, menganggap dunia ini tempat berlakunya sesuatu, dia hidup, dia mati hanya di dunialah yang menentukannya bahkan matlamat hidup dan matinya  adalah dunia, akhirat tiada langsung  dalam perhitungannya seperti firman Allah yang bermaksud (terjemahan):
“Bahawa kehidupan ini tidak lain hanya kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan kita
hidup dan sekali-kali kita tidak  akan dibangkitkan.” (Al-Mukminun: 37).
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari akhirat dan menhalang manusia dari jalan Allah sukakan supaya jalan Allah itu bengkok, mereka itu telah jauh berada di dalam kesesatan.” (Ibrahim: 3)
Allah s.w.t. berfiman yang bermakna (terjemahan): “Sesungguhnya orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dan merasa puas dengan dunia serta tenteram (selesa) dengannya dan orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya di dalam neraka disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.” (Yunus: 7 – 8).
Dari ayat-ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa dunia ini adalah suatu pentas sandiwara yang menayangkan gambar-gambar hiburan, bersukaria, berfoya-foya, bermain-main dan hanya sebentar sahaja akan berakhir. Segala keindahan dunia yang  mempesonakan ini adalah palsu dan orang yang terpesona dan tergoda dengan godaan tersebut adalah orang-orang yang rugi baik di dunia mahupun di akhirat.
Pengampu-pengampu dunia mengikut apa yang dijelaskan oleh al-Quran itu adalah mempunyai sifat-sifat antara lainnya  seperti membelanjakan harta benda atau sanggup mengorbankan jiwa demi untuk kemegahan dunia dan kepentingan diri di samping memper- mainkan agama atau mempersendakannya  dengan tujuan-tujuan  tertentu serta juga sentiasa berusaha untuk melenyapkan agamaAllah s.w.t. dari muka bumi ini.
Mereka yang semacam ini ditemankan oleh Allah s.w.t. dengan syaitan yang akan menjadi kawan karib dan penasihatnya dalam segala urusan dan tanggungjawab mengindahkan jenayah-jenayah, kejahatan dan kekufuran yang mereka lakukan hingga mana mereka bukan sahaja merasa seronok dan bangga dengan kejahatan tersebut  bahkan juga menganggap bahawa merekalah  orang yang benar dan mendapat hidayah dari Allah s.w.t.. ((Mohd. Ali bin Abu Bakar 2007).
Terbinanya insan yang soleh lalu menelusuri pembangunan kerohanian untuk kemurnian pembangunan kehidupan di alam dunia, merupakan insan cemerlang yang telah membangunkan martabat kemanusiaan. Amanat Allah sebagai khalifah di alam nyata menjadi perjuangan utamanya dalam membangunkan kerukunan beragama.
Hidup secara Islam adalah mempunyai syarat-syarat tertentu yang sentiasa menghubung kan manusia dengan khaliqnya di samping berwaspada dalam melaksanakan rencana. Syrata-syarat tesebut antaranya ialah takwa kepada Tuhan. Di dalam al-Quran kalimat takwa seringkali disebut (lebih kurang 238 – 523 kali).
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya orang yang paling  mulia  di sisi Tuhan ialah orang yang paling bertakwa.”
Bertakwa bererti percaya sepenuhnya, beribadat sepenuhnya,  cinta, harap dan takut  bulat  kepada Tuhan semata-mata. Dengan demikian bermakna kerana Tuhan  untuk Tuhan. Dia tidak takut  kepada apa pun dan tidak mengharapkan  kepada sesiapa pun kecuali hanya kerana Allah s.w.t. semata-mata.
Takwa adalah di antara asas Islam untuk menjamin seseorang itu bagi mencapai  keselamatan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat kerana ianya sebagai tenaga yang dapat membimbing seseorang itu untuk mengenali baik atau buruknya dan manfaat atau mudaratnya sesuatu perkara itu, semuanya adalah dinilai dan diukur dengan pengukuran takwa. 
Syarat kedua yang sentiasa menghubungkan manusia dengan Allah s.w.t. ialah merencana hari esok. Allah s.w.t. menyarankan kepada kita supaya membuat perencanaan dalam hidup ini baik perencanaan untuk menghayati di dunia ini mahupun bagi menghadapi hari akhirat
nanti.
Seorang mukmin itu tidak cukup dengan beramal dan berfikir  untuk hari ini sahaja tetapi dia harus merencanakan hidupnya terhadap usaha  dan amal yang akan dilakukannya  dengan ikhlas, hari esok dalam pengertian jangka pendek ialah terhadap dunia dan dalam jangka panjang  ialah hari akhirat.
Firman Allah yang bermaksud (terjemahan): “Wahai orang yang beriman hendaklah bertakwa kepada Allah dan hendaklah setiap orang itu  memerhatikan apa yang telah dilakukan nya untuk hari esok (akhirat). Dan bertakwalah  kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (Al-Hasyr: 18)
Allah menyeruh kepada orang-orang yang beriman supaya  mereka sentiasa  bertakwa kepada Allah, yakni takutkan Allah jangan sampai diseksa  iaitu dengan mematuhi perintah-Nya dan menjauhi tegahan-Nya.  
Dan hendaklah  setiap diri memperhatikan apa yang hendak dibuatnya untuk hari esok. Yakni hendaklah beramal di dunia dengan amalan-amalan yang baik yang akan mendatangkan keuntungan  di akhirat kelak. Kerana setiap amalan  itu akan dipamerkan  di hadapan Allah s.w.t. untuk diperkirakan dan diberi pembalasan. Hari esok yang dimaksudkan di sini ialah hari akhirat atau kiamat , kerana terlalu cepat  dan dekat kedatangannya, seolah-olahnya keesokan hari ia akan muncul.
Syrat ketiga ialah bertakwa menjalankan perancangan. Dalam menjalankan rencana kita tetap bertakwa kepada Tuhan, dengan erti kata lain, kita harus waspada terhadap segala sesuatu yang menghalang atau menyelewing  daripada rencana ini. Hidup di dunia  diibaratkan  suatu jalan yang belum berturap, banyak onak dan duri, banyak batu-batu tajam dan runcing, maka hendaklah berhati-hati  dan berwaspada  dalam perjalanan agar kaki tidak akan luka serta rencana perlaksanaanya tidak terkandas. Kewaspadaan ini ialah dengan memakai takwa iaitu tetap hati kepada Tuhan dengan menjauhkan segala larangannya dan melakukan  segala suruhannya. 
Membina diri dengan ilmu untuk membangunkan tamadun kehidupan merupakan agenda utama dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat. Ia merupakan amanat Allah s.w.t. untuk manusia sebagai khalifah-Nya. Memakmurkan alam kehidupan dengan segala makhluk Allah  hidup di dalamnya merupakan satu tanggungjawab yang amat berat. Maka itu setiap insan wajar lengkapkan diri dengan iman dan takwa kepada Allah s.w.t. sebagai perisai dalam menangani hidup demi keredaan Allah s.w.t. kelak dapat mengumpul dana pahala sebagai bekalan hidup seterusnya di akhirat nanti. 
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu  sebelum kamu dihitung (di akhiratt).
Begitu juga ucapan Saidina Omar bin Al-Khatab: “Buatlah perhitungan terhadap dirimu tentang amal kamu kerjakan dan lakukanlah nilai  (timbangan) sebelum kamu dinilai nanti (di akhirat).” Kedua-dua perancangan ini hendaklah dilakukan oleh setiap muslim iaitu  perancangan hidup di dunia dan perancangan untuk hidup di akhirat.
Berdasarkan kenyataan di atas jelaslah kepada kita bahawa hidup di dunia ini manusia sentiasa diuji dan di cuba, makin besar pangkat dan lebih besar darjat kian besar pula ujian yang terpaksa ditempuhinya. Ini kerana Tuhan ingin meyakinkan amalan seseorang  dan kebenaran tauhid kepadanya sejak dari kecil hingga sampai akhir hayat adalah penuh dengan percubaan.
Kita seharusnya menghadapi alunan hidup yang bergolombang ini dengan perlahan-lahan, program dan rencana-rencana tertentu  agar hidup ini akan melahirkan kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat. Pembangunan manusia itu merupakan teka teki kehidupan. Manusia harus mencari jawapannya; kegagalan mendapatkannya mengakibatkan perjalanan menuju akhirat akan menempuhi berbagai masalah. 

No comments:

Post a Comment