(Disiarkan
pada 21. 9. 2913)
Hubungan utama antara manusia dengan Allah menurut
Al-Quran adalah berasaskan keimanan kepada Allah, kasihkannya dan bersyukur
kepada ni’mat-Nya yang tidak terhingga. Tetapi di samping ini ada tujuan-tujuan
lain yang dikehendaki oleh Al-Quran iaitu mendidik jiwa manusia, mencapai
kebahagian jiwa dan mengubati penyakit jiwa.
Bersyukur
terhadap nikmat Allah merupakan penghulu kepada kebahagian hidup di dunia.
Manusia wajib bersyukur kepada penciptanya. Jika mereka tidak berbuat demikian
ini bermakna mengerjakan perkara mungkar yang sangat keji. Tidakkah kita
lihat bahawa kita tidak menyetujui
seseorang yang dibuat baik kepadanya tetapi dibalas dengan keburukan.
Maka
itu apakah halnya dengan seorang yang tidak bersyukur dengan Allah sedangkan
Allah yang memberi semua nikmat kepadanya. Kita tidak boleh menghampirkan diri
kepada Allah tanpa bersyukur. Ini ditunjukkan dalam berbagai ayat seperti dalam
surat An-Nahlu:78, Allah berfirman yang beraksud(terjemahan):
“Dan
Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui
sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu
bersyukur.”
Firman Allah lagi dalam surat Al-Jathiah:
12 – 13 yang bermaksud (terjemahan):
“Allah
yang menghamparkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat belayar padanya
dengan izin-Nya. Dan supaya kamu dapat mencari sebahagian kurnia-Nya dan
mudah-mudahan kamu bersyukur.”
Tetapi manusia yang menikmati
kuruniaan Allah tidak pula bersyukur. Firman Allah dalam surat Yunus: 60 yang
bermaksud (terjemahan):
“Sesungguhnya
Allah benar-benar mempunyai kurnia (yang dilimparkan) bagi manusia, tetapi
kebanyakan mereka tidak mensyukuri(Nya).”
Faedah syukur tidak dikembali
kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak mendapat
apa-apa faedah daripada orang-orang yang bersyukur dan tidak pula Dia
mendapat mudharat dari ke ingkaran orang-orang yang degil. Faedah syukur akan
kembali kepada orang yang bersyukur itu sendiri. Ia membersihkan jiwa dan
memperdekatkan seseorang kepada Allah. Ia memimpin seseorang itu untuk
membelanjakan nikmat harta yang didapatinya ke jalan yang betul. Dengan sebab
itu Allah berfirman dalam surat Luqman ayat 12 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan
sesiapa yang bersyukur (kepada Allah) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi
Maha Terpuji”.
Mengkufuri nikmat boleh
merosakkan seseorang, sebab itu akan manjadikan seseorang itu tidak
mempedulikan nikmat Allah, merosakkannya dan tidak membelanjakan nya ke jalan
yang betul yang direncana oleh Allah. Oleh yang demikian ia dibenci oleh Allah
dan jauh daripada mendapat rahmat Allah.
Allah menceritakan dalam Al-Quran
surat An-Nahlu:112 mengenai sesuatu bangsa akibat ia tidak mensyukuri nikmat
Allah sebaliknya ia mengkufuri nikmat Allah yang bermaksud (terjemahan):
“
Allah telah membuat sesuatu perempumaan
(dengan) sebuah negeri yang dahulu nya aman lagi tenteram, rezeki datang
kepadanya melimpah ruah dan segenap tempat, tetap (penduduk)nya
mengingkari nikmat Allah; kerana itu
Allah merasakan kepada mereka , kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang
selalu mereka perbuat.”
Jadi syukur merupakan asas
kebahagiaan bangsa. Menjauhi diri dari bersyukur hanya mendatangkan kecelakaan
dan kebinasaan. Alangkah baiknya jika manusia mengtahui apa itu syukur dan
beramal dengannya supaya mereka mendapat kebahagiaan.
Hubungan utama antara manusia
dengan Allah menurut Al-Quran adalah berasaskan keimanan kepada Allah. Beriman
kepada Allah ialah asas kehidupan rohani. Ia juga menjadi punca kepada semua
ketenangan serta menjadi sumber kepada semua kebahagiaan. Iman itu tidak hanya
setakat beriman bahawa ada Tuhan yang menguasai alam, tetapi dengan mengetahui
kesucian Allah, kebesaran-Nya dan
melahirkan kesan keimanan ini dengan perbuatan-perbuatan yang lahir.
Beriman
kepada Allah membebaskan seseorang
daripada belenggu kebendaan. Dia tidak tunduk kepada nafsu dan tidak
mempedulikan faedah dan bahaya yang
khas. Seseorang itu beriman akan berusaha untuk dirinya, untuk bangsanya dan
umat manusia seluruhnya. Jadi setiap apa yang berlaku kepada orang itu sama ada amalan kebajikan dan pengorbanannya
adalah kerana imannya dengan Allah.
Hakikat
ini disokong oleh pengalaman-pengalaman manusia secara umum. Pada setiap
kerajaan dan setiap masa terdapat manusia yang mengorbankan dirinya untuk
kebajikan dan kebahagian manusia seluruhnya. Pengorbanan ini dibuat lantaran
keimanan kepada Allah yang mendorongnya berbuat demikian.
Hakikat iman seperti ini diakui oleh Al-Quran. Sebab
itu kita lihat tidak ada ayat
Al-Quran yang menyebut : “mereka
yang beriman” melainkan disertakan dengan “dan beramal soleh". Ini
menunjukkan bahawa keimanan wajib disertakan dengan amal soleh di mana amal
soleh ini sebenarnya adalah buah dari keimanan itu.
Beriman
kepada Allah dan amal soleh melahirkan keredhaan Allah dan diberi ganjaran di akhirat. Contoh untuk
demikian ialah terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menyebut kan seperti beberapa
ayat dalam surat Al-Kahfi: 30 yang
bermaksud (terjemahan):
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.”
“Dan sampailah berita gembira
kepada mereka yang beriman dan berbuat baik bahawa bagi mereka disediakan
syurga,”
“Sesungguhnya mereka yang
beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang
yang mengerjakan amalannya dengan baik.”
Iman menjadi
penghalang kepada seseorang dari melakukan maksiat. Sebab apa jua yang dilakukan
oleh manusia dan apa jua yang lahir
darinya adalah bergantung kepada akidahnya. Dengan sebab inilah Rasulullah,
bersabda yang bermaksud:
“Tidak berzina seseorang penzina sedang
semasa dia melakukan zina itu dia mukmin, tidak mencuri seorang pencuri sedang
semasa mencuri itu ia mukmin dan tidak minum arak orang peminum sedang semasa
itu ia mukmin” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ini
kerana iman yang sempurna menegah seorang mukmin melakukan apa yang bercanggah
dengan keimanannya iaitu meninggalkan apa yang dilarang. Beriman kepada Allah
akan menerangkan kegelapan hidup kita itu. Dalam saat kegagalan, seseorang mukmin akan mengingati
bahawa dia mempunyai tempat untuk meminta tolong iaitu Allah s.w.t., Jadi,
tidak ada sebab baginya untuk berputus asa. Hatinya menjadi tenang dan
peristiwa malang yang dialaminya akan dianggap sebahagian perkara kecil sahaja.
Allah memberitahu orang-orang mukmin bahawa Allah sentiasa menolong mereka.
Firman
Allah dalam surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud (terjemahan): “Dan sesiapa yang beriman dengan Allah maka
Allah sentiasa memberi pertunjuk atau memimpin hatinya.“
Firman-Nya lagi: dalam surah
Al-Hajj ayat 54 yang bermaksud (terjemahan): “Dan sesungguhnya Allah adalah pemimpin orang-orang yang beriman kepada
jalan yang lurus.”
Allah juga berfirman dalam surah Al-Baqarah
ayat 257 yang bermaksud (terjemahan): “Allah
pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan
(kekafiran) kepada cahaya (iman).”
Iman yang desertakan dengan amal
soleh adalah menjadi jalan untuk mendapat nikmat
Dunia. Firman Allah dalam surah An-Nahlu ayat 97
yang bermaksud (terjemahan): “Barang siapa
yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahu pun perempuan dalam keadaan
beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan
sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik
dari apa yang telah mereka kerjakan.”
Oleh
yang demikian manusia dalam kehidupan ini berada di tengah-tengah gelombang
dukacita dan kesusahan. Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan tidak
menjadikan-Nya sebagai tempat memohon pertolongan ketika susah maka dia adalah menjadi manusia
yang paling malang dalam hidupnya. Hal ini berlainan dengan orang mukmin yang
dengan iman nya, dia dapat hidup dengan baik seperti yang dinyatakan oleh
Al-Quran.
Kasih
sayang antara hamba dengan Tuhan terbahagi kepada dua iaitu kasih sayang
hamba kepada Allah dan kasih sayang
Allah kepada hamba. Mukmin yang sebenar dapat mengetahui kecantikan dan keagongan
Allah. Ia dapat merasakan kebaikan Tuhan. Jiga dapat mengetahui secara yakin
bahawa Allahlah yang memberi nikmat kepadanya.
Pengetahuan yang seperti ini memberi kesan kepadanya dan menyebabkan dia kasihkan Allah. Hatinya akan sentiasa
teringatkan Allah dan dia akan melakukan perbuatan yang semuanya ditunjukkan
kepada Allah. Ia merasa lazat, merasa lapang mentaati Allah.
Kasih
seseorang kepada Allah merupakan keimanan sebenarnya. Iman yang sebenar
bukanlah hanya mengetahui, tetapi iman yang kasihkan Allah dan kasih itu
memberi kesan pula kepada jiwa. Kesan
kasih ini akan lahir dalam semua
perkataan, perbuatan dan tingkalakunya. Apapun keimanan yang tidak lebih
daripada hanya menyerah dan mengaku dihati sahaja tetapi tidak melahirkan kesannya dalam perbuatan maka ia bukanlah
keimanan yang dikehendaki oleh Allah dari hamba-hamba-Nya. Firman Allah yang
bermaksud (terjemahan):
Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,
saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga mu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya
dan (dari) berjihad pada jalan-Nya maka tungguhlah sampai Allah mendatangkan
keputusan-Nya, Allah tidak memberi pimpinan kepada orang-orang yang fasik.” (At-Taubah:24
Dalam
ayat ini Allah mengumpulkan semua sifat keinginan kepada benda, kesukaan serta
lain-lain kelemahan manusia lalu diletakkan-Nya
di satu pihak, dan di pihak lain Allah meletakan sifat kasihkan Allah,
kasihkan Rasul dan kasihkan jihad pada jalan Allah. Mana-mana jiwa yang melepaskan
diri dari keseronokan demikian dan cenderung kepada Allah dan Rasul-Nya,
maka itulah jiwa yang diredhai oleh
Islam.
Kasih
sayang Allah kepada hamba-Nya tidak dinyatakan oleh Al-Quran kecuali mereka
yang membuat pengorbanan yang meliputi kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat
manusia. Ianya tidak pula menafikan
kasih itu kecuali kepada orang yang bersifat buruk yang mengakbitakan manusia lain sering
ditimpa bahaya dan kerosakan.
Ayat-ayat
Al-Quran yang menyatakan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya ialah ayat-ayat
yang menyanjung sifat-sifat akhlak yang mulia kerana orang yang mempunyai
sifat-sifat itu akan dikasihi oleh Allah.
Antara ayat-ayat Al-Quran tersebut adalah seperti berikut:
Al-Ma’idah
ayat 42 yang bermaksud (terjemahan): “Dan
jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu)di antara
mereka dengan adil, sesungguh nya Allah
menyukai orang-orang yang adil”
Ali
Imran ayat 76 yang bermaksud (terjemahan): “Sebenarnya
siapa yang menepati janjinya dan bertakwah,
maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.”
Al-Baqarah
ayat 222 yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang
menyucikan diri.”
An-Nisa ayat 36
yang bermaksud (terjemahan): “Allah tidak
suka orang yang sombong lagi membangkan
diri.”
Al-Anfal:
58 yang bermaksud (terjemahaan): “Sesungguhnya
Allah tidak suka orang yang berkhianat.”
No comments:
Post a Comment