(Disiarkan pada
12. 10. 2013)
Islam
mengakui tauhid yang mutlak, zat dan sifat Allah serta mengarah semata-mata
kepada-Nya di dalam beribadat. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah
ayat 163 yang ber- maksud (terjemahan): “Dan
Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha
Pemurah dan lagi Maha Penyayang”.
Tauhid ialah kaedah pertama dalam
Islam di mana hati orang-orang wajib beriman. Ia adalah sandaran pratikal dalam
beribadah. Kalimah Allah ialah nama yang disebutkan kepada “Pencipta”.
Syahadat orang-orang Islam “La
ilaha illah” ialah pengiktirafan dengan lidah serta hati mempercayai dengan
pengetahuan dan keyakinan bahawa tidak ada yang disembah melainkan Allah.
Syahadat seperti ini ialah syahadat dengan kewujudan Allah dan dengan
keesaan-Nya.
Sunnah Allah menetapkan bahawa
akidah mempunyai kuasa ke atas gerakan badan. Apa jua amalan sama ada baik atau
buruk adalah merujuk kepada rosak atau tidak-Nya sesuatu akidah itu.
Tauhid dalam Islam tidak
mempunyai keraguan. Tauhid itu keluar dari hati dan diikuti dengan semua sifat
mulia. Kalimah tauhid menamakan kepercayaan kepada orang yang mengatakannya
bahawa tidak ada yang disembah, tidak ada yang menghidup, tidak ada yang
mematikan, tidak ada yang memberi reziki dan tidak ada yang memberi manfaat
kecuali Allah s.w.t.
Orang-orang mukmin mempunyai
kebenaran dalam akidah tauhidmya. Tidak ada seorang pun yang menguasainya. Dan
mendapati bahawa apa yang berlaku ke
atas alam akibat tunduk kepada raja-raja
dan pembesar-pembesar yang zalim adalah disebabkan oleh kejahilan mereka
tentang Pemberi kesan tertinggi serta akidah mereka tunduk kepada kekuatan
mereka yang waham, yang menunjukkan kepada mereka bahawa pemimpin mereka dari
satu kumpulan adalah lebih baik dari kumpulan mereka sendiri. Dengan inilah
Al-Quran menegah mereka dari meminta tolong selain daripada Allah.
Firman Allah dalam surah
Al-A’raf:194 yang bermaksud (terjemahan):
“Sesungguhnya berhala-berhala
yang kamu seru selain Allah itu adalah makhluk (yang lemah) yang serupa juga
dengan kamu, kerana itu serulah berhala-berhala itu supaya diperkenankan permintaanmu, jika kamu memang orang-orang
yang benar (dalam keperca- yaan mereka)”
Orang-orang
mukmin dapat mengambil faedah dari tauhid iaitu bersifat dengan sifat berani
dan tidak takut mati; sebab yang memiliki mati hanya Allah sahaja. Adanya sifat
ini akan mengangkat diri ke darjat kemuliaan. Ia sanggup mati syahid pada jalan
Allah. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran ayat 145 yang bermaksud
(terjemahan):
“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah,
(Allah menetapkan) ketetapan yang tertentu waktunya”.
Islam agama yang sesuai dengan
lojik dan akal. Ia tidak menyeruh penganutnya mempercayai sesuatu kecuali setelah
ditunjukkan kebenaran yang dapat diterima oleh akal. Ia juga tidak menentang
akidah yang lain kecuali setelah dinyatakan yang akidah itu salah.
Mempercayai berbilang-bilang
Tuhan umpamanya, menjadikan manusia
sebagai hamba Tuhan-tuhan itu. Jadi dengan demikian manusia bertanggungjawab
untuk mendapat kan keredaan dari Tuhan-tuhan tersebut. Bagi mencapai tujuan ini
mereka hendaklah mengadakan persediaan-persediaan seperti memberi
hadiah-hadiah, nazar-nazar dan korban-korban untuk Tuhan-tuhan itu. Dalam
hubungan ini Allah berfirman kepada orang-orang musyrikin seperti dalam surah
Yunus ayat 39 – 40 yang bermaksud (terjemahan):
“Manakah yang lebih baik, Tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah
Allah yang maha Esa lagi Maha Perkasa? Kamu tidak menyembah yang selain Allah
kecuali hanya
(menyembah)nama-nama
yang kamu dan nenek moyangmu membuat itu. Allah tidak menurun kan suatu
keterangan pun tentang nama-nama itu.
Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah.
Dia telah memerintah agar kamu tidak menyembah selain Dia”.
Al-Quran
menyatakan perbezaan besar antara menyembah Tuhan yang satu yang semua
perkara tunduk kepada hukumnya; di
samping menyatakan ringannya pengorbanan manusia mengikut ajaran tauhid. Tauhid
juga menyatupadukan manusia, di samping mengha- puskan perbezaan yang berlaku
akibat perbezaan akidah. Kemudian Al-Quran berpindah kepada berhujah dengan
orang-orang musyrikin dengan katanya yang bermaksud: bagaimana kamu boleh menyembah tuhan-tuhan yang kamu sendiri buat dan
kamu atau bapa-bapa kamu yang memberi
tuhan-tuhan itu?
Sesiapa yang
meneliti rahsia alam, mengetahui peraturan, ciptaan yang halus dan kesatuan
maksud bagi semua juzuk alam, maka tidak dapat tidak ia akan beriman dengan
keEsaan Allah dan akan jelas baginya
ketinggian ayat Al-Quran yang mengakui hakikat ini.
Firman Allah dalam surah
Al-Anbiya’ ayat 21 – 22 yang bermaksud (terjemahan): “Apakah mereka mengambil Tuhan-tuhan dari bumi yang dapat menghidupkan
(orang-orang mati?). Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan selain Allah, tentulah kedua-duanya itu
telah rosak binasa”.
Allah mencela perbuatan
orang-orang musyrik yang mengambil beberapa banyak Tuhan di muka bumi ini,
untuk dijadikan Tuhan yang disembah, iaitu dengan mengambil bermacam-macam
berhala dan patung daripada batu, emas, perak dan lain-lain benda lagi untuk
dipujanya. Apakah berhala dan patung
yang mereka jadikan Tuhan itu dapat meng- hidupkan orang yang sudah
mati? Jawapannya, berhala yang begitu hina keadaannya masakan dapat
menghidupkan orang yang mati dan membangkitkan mereka dari kubur masing-masing.
Sifat ketuhanan mestilah dapat menghidupkan orang yang sudah mati. Kalau tidak
dapat menghidupkan orang yang sudah
mati, maka tidak layak untuk menjadi Tuhan.
Allah telah membuat dalil yang
bersandarkan hukum akal mengenai Tuhan, dan menolak tentang
adanya Tuhan selain Allah. Iaitu, sekiranya di langit dan di bumi ini ada Tuhan yang lain
lagi yang memerintah selain Allah, nescaya kedua-duanya akan binasa berserta
dengan penduduk langit dan bumi tersebut. Kerana sekiranya ada dua Tuhan yang
memerintah di langit dan di bumi, pastilah akan berlaku dua kemungkinan.
1.
Mungkin
kedua-duanya berselisih
2.
Mungkin
pula kedua-duanya sepakat.
Kalau ada dua Tuhan
yang memerintah di langit dan di
bumi sedangkan kedua-dua
nya
pula berselisih pendapat dan masing-masing hendak melakukan tindakan yang
belainan, bererti kedua-duanya saling bertentangan dan akan berlawan. Sebab,
kalau yang satu hendak mengadakan sesuatu benda sedangkan yang lain tidak mahu
mengadakannya lalu kedua-duanya berselisih, maka benda yang hendak diadakan itu
tidak akan wujud. Akibatnya kedua-dua Tuhan itu akan merosakkan perjalanan
alam. Hal ini tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Kerana alam sudah pun
wujud dan berjalan dengan teratur serta dalam keadaan yang baik.
Dan kalau kedua-dua Tuhan itu
pula sependapat dan sepakat, hal ini juga tidak di terima oleh akal; kerana
kalau kedua-duanya hendaka mengadakan sesuatu benda, bererti makluk yang
dijadikan itu lahir daripada hasil kerjasama mereka. Adapun hasil kerjasama
dari dua orang yang sepakat dan bersatu, adalah dianggap sebagai suatu
kelemahan andainya mereka nanti berpisah. Sebab kalau mereka berpisah,
masing-masing tidak dapat berdiri di atas kakinya sendiri, malahan
masing-masing saling berhajat kepada yang lain. Bukanlah layaknya Tuhan itu
bersifat lemah dan berhajat pula kepada yang lain.
Oleh kerana bukti tentang
pengatur langit dan bumi itu tak dapat
tidak mestilah satu, maka nyatalah yang bersifat esa dan satu itu hanyalah
Allah. Maha Suci Allah, Tuhan yang
kekuasaan-Nya
meliputi seluruh, termasuklah Arasy pusat tempat mentadbirkan perjalanan alam
ini, dan Maha Suci Allah daripada disifatkan oleh orang-orang musyrik bahawa
Dia mempunyai anak atau isteri, iaitu sifat yang sama sekali tidak layak
bagi-Nya.
Al-Quran bukan sahaja setakat
menyatakan akan berlaku kerosakan sekiranya ada Tuhan yang berbilang-bilang,
malah ia juga menggambar setengah-setengah tanda kerosakan dengan menggunakan
gambaran tinggi yang meyakinkan. Firman Allah dalam surah Al-Mu’minum ayat 91
yang bermaksud (terjemahan):
“ Allah sekali-kali tidak mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada
Tuhan (yang lain) berserta-Nya. Kalau ada Tuhan berserta-Nya, tentulah
masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang dicipta-Nya dan tentulah
sebahagian dari Tuhan-tuhan itu akan menyalahkan sebahagian yang lain. Maha
Suci Allah dan apa yang mereka sifatkan itu”.
Menyekutukan
Allah kerap juga disebut mensyirikkan Allah. Syirik ialah melakukan ibadat kepada selain dari Allah, sama ada kepada
berhala, pokok, binatang, kubur, planet, kekuatan alam semulajadi, menyembah
manusia ataupun mempecayai bahawa Allah mempunyai pembantu atau anak.
Islam telah menjelaskan kebatilan
syirik. Firman Allah dalam Al-Quran Surah An-Nisa ayat 116 yang bermaksud
(terjemahan):
“
Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang mensyikirikkan-Nya, dan
Allah mengampun dosa selain dari itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan sesiapa
yang mensyirikkan Allah sesungguhnya dia telah sesat dengan sesat yang jauh”.
Oleh kerana syirik merupakan hasil dari
kejahilan dan waham, ia membawa banyak keburukan kepada masyarakat manusia yang
mana keburukan-keburukan seperti itu
tidak dibawa oleh akidah-akidah lain. Kita dapati di samping ia
bercanggah dengan akal dan lojik maka ia menjadikan akal bersedia menerima
setiap benda waham, khurafat dan dongeng yang melemahkan orang itu sendiri
serta menghalang kemajuannya.
Kerapkali syirik mencampurkan
ajaran-ajaran ketuhanan yang tinggi yang berbeza-beza dan menyelewingkannya
dari hakikat yang sebenar, sebab ianya sengaja diputarbelitkan oleh pendukung
syirik.
Islam memerangi syirik dengan tujuan
membebaskan diri manusia dari menjadi hamba kepada mana-mana makhluk di bumi.
Serangan Islam ke atas syirik bukan setakat membawa dalil akli untuk
menunjukkan keEsahan Allah; tetapi juga menghapuskan kesamar-samaran serta
membanyakkan hujah-hujah akliyah dan saintifik; dengan berbagai ibarat serta
men- datangkan misal-misal.
Allah berfirman dalam al-Quran surah
Al-ikhlas ayat 1 – 4 yang bermaksud (terjemahan):
“Katakanlah:
Dialah Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala
sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang
pun yang setara dengan Dia”.
Allah juga berfirman dalam Al-Quran
surah Al-Ma’idah ayat 72 – 75 yang bermaksud (terjemahan):
“Sesungguhnya
telah kafirlah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah al-Masih
putra Mariam. Pada al-Masih (sendiri) berkata: Hai Bani Israil: Sembahlah Allah
Tuhanku dan Tuhanmu “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan)
Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempat-nya ialah
Neraka. Tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.
Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan bahawasanya Allah salah seorang dari
yang tiga pada hal sekali-kali tidak ada
tuhan selain dari Tuhan yang esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang
mereka katakan itu, pasti orang-orang
yang kafir di antara mereka akan disentuh
seksaan
pedih. Mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun
kepada-Nya. Pada hal Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Al-Masih Putra
Mariam itu hanyalah seorang Rasul(utusan), sungguhnya beberapa rasul telah
terdahulu daripadanya. Ibunya seorang perempuan yang sangat lurus. Kedua-duanya
biasa memakan makanan. Perhatikanlah
bagaimana Kami menjalankan kepada
mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan Kami (Allah) menjelaskan
keterangan-keterangan kepada mereka kemudian perhatikanlah ke mana mereka berputar (dari kebenaran)”.
No comments:
Post a Comment