(Disiarkan pada 26. 10. 2013)
Pembangunan
tamadun manusia terletak kepada dua sifat fenomen kehidupan iaitu pembangu nan
jangka pendik dan pembangunan jangka panjang. Kedua-dua fenomen tersebut wujud
disebabkan keadaan hidup manusia adalah dalam dua unsur iaitu alam jasmani dan
alam rohani. Maka itu yang dimaksudkan dengan jangka pendik ialah pembangunan alam dunia dan jangka
panjang ialah pembangunan rohani atau akhirat.
Pada hakikatnya pembangunan
kedua-dua alam, iaitu dunia dan akhirat bersandarkan kepada pembangunan rohani
atau akhirat kerana tujuan hidup itu adalah kemanfaatan hidup di alam akhirat
sebagai matlamat perjuangan hidup sebenar. Allah wujudkan makhluk manusia
bersama dengan roh-Nya maka itu manusia mempunyai tanggungjawab utama sebagai
khalifah Allah s.w.t. untuk memakmurkan alam kehidupan di alam dunia. Tanggungjawab
demikian merupakan serampang dua mata. Iaitu sebagai pemakmur alam kehidupan
yang bersifat jangka pendik dan yang kedua ialah memperolehi pahala dari Allah
s.w.t. demi kemanfaatan pembangunan rohani, sebagai jangka panjang.
Pembangunan kehidupan dunia disifatkan
sebagai tujuan jangka pendik kerana masanya sebatas usia individu berkenaan. Walaubagaimana
pun kewujudan pembangunan dunia yang bersifat amal jariah merupakan satu jenama
kepada manusia demi mengekalkan hubungannya dengan aktiviti dunia setelah ia
perpindah ke alam akhirat atau setelah ia meninggal dunia.
Agama menyatakan bahawa setelah
roh berpisah dengan jasadnya maka jasad itu tidak bertahan lama dan akan
kembali kepada asalnya tanah dan rohnya akan meneruskan misinya untuk bertemu
dengan Allah di akhirat (syurga) iaitu Zat yang menciptanya. Setelah ajal
menjemput nyawa hubungan manusia dengan alam dunia telah terputus sama sekali kecuali
tiga perkara iaitu mempunyai anak yang salih, amal jariah yang telah
ditinggalkan, dan ilmu yang telah dimanfaatkan semasa hidup di dunia.
Anak yang salih memimpin
masyarakat mengembangkan tauhid tentang keesahan Allah s.w.t.. Ia sentiasa
mengagamakan masyarakat serta memakmurkan mesjid demi mengembangkan pembangunan
rohani. Anak yang salih merupakan pengembang dan pemurni disiplin sejarah
kehidupan manusia di dunia yang telah ditetapkan Allah yang dikenali sebagai
khalifah-Nya. Maka usaha yang murni demikian, masyarakat akan sentiasa
mengenang jasa baik bapanya kerana
membina anak di landasan ketauhidan Islam yang diredai Allah s.w.t.
Amal jariah seperti mendirikan
mesjid dan surau untuk tempat masyarakat Islam melaksanakan sembahyang
berjemaah setiap kali solat lima waktu. Rumah Allah ini jua boleh dijadikan
tempat bermusawara membina ukhuwah Islamiah demi membangunkan ummah. Usaha
seorang anak dengan membina rumah Allah akan sentiasa mengenangkan khidmat
seorang bapa yang telah memimpin anaknya menjadi pemimpin agama yang unggul.
Memanfaatkan ilmu semasa hidup di
dunia dapat direalisasikan dengan melaksanakan dakwah Islamiah melalui
penulisannya. Karya yang diterbitnya amat tinggi nilainya kerana ia akan diguna
orang walaupun penulisnya sudah tidak ada lagi di dunia. Penulisnya sentiasa
harum namanya di kalangan pembanca yang citakan ilmu. Ilmu yang digunapakai
dalam mengembangkan Islam sebagai cara hidup sentiasa mendapat santunan
masyarakat dunia.
Maka itu segala amal ibadah yang
kita laksanakan wajar bertujuan kerana Allah. Dalam erti kata lain perlaksanaan
ibadah dalam menangani kehidupan wajar mendapat keredaan dari Allah s.w.t..
Maka itu kita telah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala
larangan-Nya.
Melaksanakan perintah-Nya
bermaksud kita telah menjalankan khidmat sebagai khalifah Allah di muka bumi
ini iaitu memakmurkan alam kehidupan. Islam adalah agama Allah yang melakarkan
cara hidup yang disediakan Allah s.w.t.. Firman Allah dalam surah Al-Maaidah ayat 5:3 yang bermaksud
(terjemahan):
“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku
cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah
Ku redai Islam itu jadi agama mu”.
Baginda Rasul Nabi Muhammad
s.a.w. diutuskan Allah menerima wahyu dari Allah s.w.t. melalui malaikat Jibril
selama 23 tahun. Dokumen wahyu tersebut ialah al-Quran yang mengandungi firman
Allah sebanyak lebih kurang 6,666 ayat. Dokumen tersebut merupakan cara hidup
manusia atau addin. Ia menjadi pegangan hidup untuk mencapai kesempurnaan hidup
di alam dunia sebagai persediaan hidup di akhirat kelak. Dalam erti kata lain
Islam (wahyu) itu adalah ciri-ciri kehidupan yang diredai Allah s.w.t..
Firman Allah dalam al-Quran surah
Ali Imran ayat 3:103 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan
jangan kamu bercerai-berai dan ingatlah
akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepada mu, ketika kamu
bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya
hatimu, sehingga kamu jadi
bersaudara dengan nikmat-Nya dan adalah
kamu di atas pinggir lobang neraka lalu Allah melepaskan kamu daripadanya.
Demikianlah Allah menerangkan
ayat-ayat-Nya kepadamu, mudah-mudahan kamu menerima petunjuk”.
Dalam pencaturan hidup yang
berhubung dengan mu’amalah sama ada dalam hubungan perdagangan mahupun
pemburuhan yang terlalu mementingkan kepada sumber rezeki, seringkali
menimbulkan persengkitaan antara sesama akan tetapi apabila kita kembali
berpegang teguh kepada tali Allah (agama Allah), maka kita mengetahui bahawa
kerana hal yang demikianlah maka diangkatnya para utusan Allah.
Islam bukanlah merupakan ikatan
yang hanya menghimpunkan jumlah manusia sahaja tetapi juga menghimpunkan segala
kebenaran yang menetapkan berbagai hubungan yang baik antara manusia dengan
Tuhan yang Maha Pencipta dan juga antara
sesama manusia.
Manusia tidak dapat hidup
berdikari tanpa tunjang menunjang antara satu sama lain. Ukhuwah kemanusiaan
amat penting dihidupkan dalam suasana bermasyarakat. Wujudnya ukhuwah
kemanusiaan akan lahir perasaan kasih sayang yang akan mengikat kesetiakawanan
sosial kelak membina tamadun kehidupan yang mampan.
Istiqamah dalam menghidupkan
ukhuwah kemanusian merupakan landasan pembangu nan yang sentiasa diredai Allah
s.w.t.. Faktor demikianlah akan
membuahkan ibadah yang bersifat jangka panjang. Islam merupakan agama
persaudaraan maka itu akan menelurkan disiplin pembangunan yang pasti
menjanjikan kebahagian hidup di dunia dan juga di akhirat.
Pembangunan yang dimurnikan
dengan ciri-ciri Islam sebagai cara hidup ditegakkan dengan ibadah sembahyang.
Sembahyang dari segi bahasa ialah “doa kepada kebaikan” iaitu doa untuk
menghampiri diri kepada Allah; dengan memohon ampun ke atas sesuatu dosa atau
mensyukuri sesuatu nikmat atau mendirikan sesuatu kewajipan ibadat. Sembahyang
adalah tujuan jangka panjang kerana hasilnya adalah mendapat jaminan kebahagian
hidup di akirat kelak.
Sembahyang juga menyatakan taat dan kehendak kepada Allah melalui perkataan dan perbuatan.
Sesungguhnya Allah mewajibkan sembahyang ke atas hamba-Nya untuk Allah mengingatkan mereka bahawa mereka
mempunyai kewajipan dan supaya mereka bergantung kepada sembahyang itu bagi
meringankan apa-apa kesusahan dan bencana hidup yang mereka tempuhi. Makna
sembahyang juga ialah memuji Allah yang patut dibuat oleh makhluk kepada-Nya.
Sembahyang, bersifat tujuan jangka panjang
kerana masyarakat manusia memerlukan rohani untuk mengangkat jiwa seseorang
kepada suatu tingkat tertinggi, iaitu
perasaan takutkan dirinya dari terpengaruh dengan kebendaan dan
kepentingan diri yang akan
membawa
kepada kerosakan di bumi kelak akan menjauhkannya daripada pahala Allah s.w.t..
Sedangkan sembahyang memberikan
masyarakat manusia kekuatan rohani yang
diperlukan
untuk
memperbaiki diri.
Dilihat dari sudut jiwa, apabila
seseorang tidak mempunyai hubungan rohani dengan Tuhannya, maka akan lahirlah
tanda liar serta mempunyai perasaan tidak puas terhadap sesuatu. Ada
kemungkinan ia mengatakan bahawa tingkah laku liarnya itu disebabkan oleh dia
tidak bernasib baik dalam sesuatu permainan dan dengan demikian dia akan
meneruskan tindakan liarnya dengan menjadi
pemabuk.
Orang seperti itu akan menghabiskan masa
hidupnya dalam keadaan demikian dan
sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan tidak tenteram. Sedangkan
sembahyang membolehkan seseorang itu memohon dari Tuhannya apa jua perkara yang
dikehendakinya. Ia tidak akan merasa putus asa dan sembahyang juga akan
mendorongkan seseorang memohon pertolongan hanya kepada Allah sahaja.
Sesungguhnya seseorang manusia yang berpegang kepada tali Allah tidak akan
sekali-kali berputus asa. Dia akan tabah menghadapi apa jua masalah yang rumit
ataupun mungkin merbahaya.
Seseoran yang bersembahyang dan merasa
gerun apabila berhadapan dengan Allah sebanyak 5 kali sehari semalam, sudah
tentu tertanam imannya kepada Allah. Oleh itu imannya kepada Allah menjadi kuat
. Dia dapat menahan dirinya dari keinginan nafsu serta menjauhkan dirinya
daripada kejahatan dan kemungkaran. Allah berfirman dalam surah Ankabut ayat 45
yang bermaksud (terjemahan):
“Dan
dirikanla sembahyang. Sesungguhnya sembahyag itu mencegah dari
(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah
(sembahyang) adalah lebih besar. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Dalam ayat ini Allah menyeruh umat Islam
mendirikan sembahyang. Mendirikan sesuatu bermakna membuatnya dengan cara yang
sempurna, iaitu khusyuk yang sebenar
kepada-Nya iaitu khusuk yang menghalang seseorang dari melakukan perkara keji
dan mungkar.
Apabila sembahyang tidak merangkumi
pengertian seperti ini, maka orang yang bersembahyang itu tidak boleh dikatakan
mendirikan sembahyang malah ia memusnahkan nya. Oleh yang demikian
sembahyang bukanlah setakat berdiri,
rukuk, sujud, dan membaca ayat-ayat sahaja yang sememangnya mudah dibuat oleh
setiap orang tetapi ia mestilah turut khusyuk.
Sesungguhnya Allah memberi amaran kepada mereka yang bersembahang dengan
bentuk-bentuk yang lahir sahaja iaitu membuat gerakan dan membaca tetapi lali
tentang makna ibadat. Firman Allah dalam surah
Al-Ma’un ayat 4 – 5
“Kecelakaan
bagi orang-orang yang bersembahyang di mana mereka itu lalai dari
sembahyangnya.”
Celakalah sungguh dan akan diseksa di
dalam neraka Wail, orang yang melakukan kewajipan sembahyang lima waktu.
Misalnya; meringan-ringankan, lali, cuai, sehingga luput waktunya dan tidak
sempurna syarat rukunnya.
Dari sini jelaslah bahawa hubungan
roh kemanusiaan dengan Tuhannya biarpun hanya dalam masa yang singkat pada
setiap hari, merupakan keperluan-keperluan yang diingini oleh manusia. Dengan sebab itulah Allah
mewajibkan sembahyang kerana ianya tujuan jangka panjang iaitu akan diadili di
akhirat kelak.
Al-Quran menyuruh orang-orang yang
beriman supaya menunaikan sembahyang. Allah berfirman dalam al-Quran surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud
(terjemahan):
“Maka
dirikanlah sembahyang itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu
adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Muddaththir
ayat 42 – 44 yang menceritakan
keadaan
penghuni-penghuni neraka ketika mereka ditanya tentang sebab-sebab penyeksaan
mereka.
“Apakah
yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: Kami dahulu
tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang, dan kami tidak (pula)
memberi makan orang miskin.”
Al-Quran tidak menyatakan secara
terperinci tentang cara-cara sembayang. Walau bagaimanapun ia diperincikan oleh
Nabi s.a.w. kerana baginda pernah bersabda kepada sahabat-saabatnya yang
bermaksud:
“Bersembahyanglah
sepertimana kamu melihat aku sembayang.”
No comments:
Post a Comment