(Disiarkan pada 9. 11. 2013)
Tetangga
bermaksud orang yang tinggal berdekatan atau sebelah menyebelah dengan rumah
kita. Jiran sebagai tetangga kita seharusnya tolong menolong di antara satu
dengan yang lain. Rukun tetangga adalah persatuan yang bertujuan untuk bantu
membantu. Rukun tetangga perlu diwujudkan di setiap kawasan kediaman. Negara
tetangga adalah negara yang berjiran atau berhampiran. Singapura adalah negara tetangga Malaysia.
Islam sangat mementingkan terhadap pemeliharaan hak berjiran kerana jiran,
secara zahir, merupakan manusia yang terdekat dengan kita, lebih dekat daripada
anak-anak kandung sendiri yang bermastautin di merata tempat di luar perkampungan di mana kita bermastautin.
Setiap apa yang berlaku dalam sebuah keluarga di sebuah rumah, ahli jiranlah
orang yang lebih awal mengetahui dan
wajar menghulurkan pertolongan.
Satu peristiwa berlaku pada sebuah
keluarga dalam sebuah kampung di mana ketua keluarganya (suami) tidak tinggal
bersama keluarga kerana sedang berkhidmat dengan kerajaan di lain disrict atau
daerah. Ibunya yang sudah lanjut usia tinggal bersama dirumahnya dengan isteri
tersayang. Dengan tidak disangka-sangka ibunya dipanggil Illahi pada waktu
malam.
Isterinya menghubungi suami melalui
telifon sambil juga menyampaikan berita keluarga tersebut kepada jiran apa yang
telah berlaku. Mengetahui kejadian demikian, jiran berkenaan menghulurkan
bantuan serta merta mengenai persediaan tentang pengkubumian jenazah ibunya
tanpa mendapat keizinan dari suaminya yang sedang dalam perjalanan pulang.
Walaubagaimana pun pemimpin penduduk
kampung berkenaan mempunyai polemik yang sukar difahami mengenai autoriti
pengurusan pengkubumian jenazah ahli masyarakat kampung berkenaan yang telah
meninggal dunia. Pemimpin tersebut kurang mengutamakan ukhuwah kemanusiaan
terutama sekali hubungan antara masyarakat yang berpindah dari daerah lain
termasuklah dirinya, yang dikategorikan sebagai penduduk kategori petama,
dengan penduduk yang telah mendapat kawasan di kampung berkenaan untuk membina
rumah kediaman(secara jual beli) sebagai ketegori kedua.
Sebuah keluarga kampung berkenaan yang
dalam kategori kedua, sebelum ini telah mengalami kesukaran hendak meminta
keizinan dari Pengurusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) untuk
mengkubumikan cucunya yang telah meninggal dunia, di tanah perkuburan kampung
berkenaan. Maka itu terpaksalah dikubumikan di lain tempat.
Peristiwa serupa juga berlaku mengenai
usaha memindahkan kuburan arwah bapa yang ibunya baru meninggal itu, dari
tempat lain ke tanah perkuburan kampung berkenaan. Setelah berlakunya
pertikaman lidah dengan pengerusi JKKK akhirnya dengan hati yang berat,
mendapat kebenaran kelak.
Memikirkan peristiwa berkenaan, jiran
tersebut telah merujuk kepada pengurusi JKKK kampung lain untuk meminta
keizinan mengkubumikan jenazah emaknya di kawasan perkuburan kampung mereka. Di
samping itu jiran tersebut menyediakan peralatan yang perlu seperti tempat
untuk memandikan jenazah ibunya dengan meminjam alat tersebut dari mesjid yang
mempunyai alat berkenaan.
Semua persediaan tersebut adalah diluar
pengetahuan suaminya yang masih dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Setelah
sampai, suaminya amat berterimakasih atas persediaan tersebut maka itu ia tidak
mempunyai kesulitan lagi seperti mana ia mengalami semasa perpindahan kuburan
jenazah ayahnya dahulu.
Memelihara hak berjiran adalah
tanggungjawab bersama kerana ia adalah sebahagian daripada nadi pembangunan
sosial di mana setiap individu harus berkerjasama. Jiran tetangga kita merupakan sebahagian daripada keluarga kita
kerana merekalah yang wajib menghulur kan tangan membantu apabila diperlukan
seperti mengawasi keselamatan rumah dan
kesejah teraan keluarga terutama sekali apabila ketua keluarga tidak tinggal
bersama keluarga buat
seketika.
Mementingkan diri, tidak berkerjasama
dalam sebarang kesulitan yang dialami oleh
jiran tetangga akan melahirkan kerenggangan
suasana ukhuwah kemanusiaan. Firman Allah
dalam
wahyu-Nya yang pertama mengatakan
“Baca”. Ini bermaksud tuntutilah ilmu
sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat; membawa maksud pelajari ilmu yang
ada yang telah didokumantasikan dan juga
ilmu yang ada di sekeliling kita iaitu alam ini kerana Allah wujudkan berbagai
alam, mempunyai hikmah tersendiri kepada pembangunan manusia.
Mengambil satu ikhtibar yang amat ringan
sekali seperti keadaan kedua belah tangan kita. Tangan kanan dan tangan kiri
sentiasa berkerjasama dalam semua urusan kehidupan tanpa menunggu undangan.
Jika tangan kanan itu sibuk dengan bermacam kerja tangan kiri pasti membantu tangan kanan untuk
meringankan beban yang dialami oleh tangan kanan seperti mengangkat benda yang
berat; melaksanakan tugas dalam bidang pembersihan atau dalam bidang
keselamatan, tangan kiri sentiasa bersedia membantu tangan kanan.
Hak-hak bertetangga atau berjiran
diumpamakan seperti aur dengan tebing sentiasa tolong menolong antara sesama
sendiri. Apabila kita jatuh sakit, jiran tetangga boleh membantu membawa kita
ke hospital dan jika kemampuan itu tidak ada pada kita haruslah memberi tahu jiran yang lain yang ada kemampuan untuk menolong.
Keselamatan kampung adalah antara usaha
yang boleh disinaraikan sebagai tanggung jawab bersama dalam suasana
bertetangga. Apabila berlakunya pencorobuhan orang yang tidak dikenali di
kawasan rumah kita atau rumah jiran semasa ditinggalkan kerana pergi berziarah
ke lain tempat, ahli jiranlah yang boleh bertindak untuk menghalang penceroboh
melakukan perbuatannya.
Jika berlakunya kebakaran kita perlukan
bantuan dari ahli jiran untuk bertindak menye lamatkan harta benda seperti
benda-benda keperluan dalam rumah, melarikan kereta untuk dijauhkan dari rumah
dan membantu menghubugi pihak bomba untuk mengawal api daripada merebak.
Segalanya itu mangsa kebakaran tentu telah hilang fikiran dan tidak tahu apa
yang seharusnya dilakukan maka jiran tetanggalah menjadi penyelamat dan
membantu mangsa kebakaran.
Dalam pembangunan negara hak-hak
berjiran antarabangsa wajar dipelihara demi untuk mewujudkan keamanan dunia. Hormat
menghomati antara negara wajar menjadi budaya bersama agar keselamatan dan
keperluan pembangunan manusia sentiasa terbela. Tidak yang lebih penting dalam
hidup ini selain daripada memelihara ukhuwah kemanusiaan. Apalah ertinya hidup
dengan segala kekayaan yang dapat kita perolehi di alam ini jika jiwa kita
sentiasa gelisah dan tidak tenteram kerana tidak mempunyai teman hidup.
Rasulullah s.a.w. di ambang kewafatannya
sempat meninggalkan tiga pesanan kepada sahabat yang bersama dengan baginda,
iaitu asholat, asholat; itakunisha, itakunisha; ummati, ummati. Maksudnya lebih
kurang solat, dirikan solat; wanita, peliharalah wanita; umatku, umatku.
Solat merupakan kekuatan iman manusia
yang memandunya untuk memelihara ukhuwah kemanusiaan antarabangsa. Tiada yang
lebih gagah dan berkuasa menyatukan manusia melainkan Allah melalui jalur-jalur
ibadah solat, mengesahan dan memuji Allah s.w.t. demi keselamatan manusia
serantau. Hak berjiran antara negara di alam ini wajar dipelihara sebagai benih
untuk menyelamatkan manusia dari bersengkita.
Dunia ini adalah buat semantara sahaja,
sebatas umur manusia yang hidup di dalamnya, oleh itu tidak ada kemanfaatannya
jika hubungan kemanusiaan itu tidak dipelihara dan disajikan dengan kerukunan
hudup yang menyinarkan hak ketamadunan bangsa. Segala kejayaan dalam hidup ini
merupakan hak gunapakai manusia semata.
Hak mutlaknya Allah s.w.t. jua yang berkuasa dalam segala-gala kewujudan
sesuatu itu.
Jika hak berjiran dicabuli dan
dicerobohi, umat manusia sudah keterlaluan bertindak
dan melayani keperluan nafsu syahwat makhluk
manusia semata. Manusia yang tidak berpegang kepada prinsip kerukunan hidup di
hadapan Allah s.w.t. adalah umat yang telah menawarkan diri sebagai haiwan yang
bernafsu syaitan.
Jika kita mampu memikirkan sesebuah
negara yang dipimpin oleh makhluk yang bertopegkan manusia dan bernafsu
syaitan, itulah negara Israil dengan talibarutnya Amerika Syarikat. Negara-negara tersebut mengamalkan budaya
talam dua muka kerana ia sentiasa bercakap tidak serupa buat.
Antara keperluan dan bukti persaudaraan
ialah kesatuan yang mana lawan baginya adalah perpecahan. Masyarakat Islam yang
bersaudara ialah masyarakat yang bersatu dari segi akidah keimanan, syiar,
ibadat, pemahaman, pemikiran, adab kesopanan, dorongan jiwa, kesusilaan, budaya
sosial, nilai kemanusiaan dan asas-asas perundangannya.
Ia juga bersatu dari segi matlamat-matlamatnya yang
menghubungkan antara bumi dan langit, antara dunia dan Akhirat, antara makhluk
dan Khaliq (Pencipta). Ia juga bersatu dari prinsip-prinsipnya yang
menghubungkan antara teori dan paktis, yang menseimbangkan antara unsur kekalan
dan perubahan serta antara inspirasi warisan lama dan memanfaatkan kemanjuan
zaman.
Islam teristemewa daripada agama-agama
lain. Kesederhanaan dan keadilannya kerana mengambil jalan tengah antara
tuntutan rohani dengan kehendak jasad. Ia tidak melarang seseorang menggunakan
kebendaan selama diperolehinya kebendaan itu dengan cara-cara yang betul.
Banyak terdapat ayat Al-Quran yang memberi galakan untuk mendapatkan kedudukan
yang tidak baik dalam kedua-dua bidang, rohani dan kebendaan secara bersama.
Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Qasas ayat 77 yang bermaksud
(terjemahan):
“Dan
carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kamu (kebahagiaan)
di akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah
(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah
berbuat baik kepada kamu.”
Allah memperingatkan kepada manusia agar
tidak berpecah-belah dan bersengketa dalam firman-Nya surah Ali Imran ayat 105
yang bermaksud (terjemahan):
“Dan
janganlah kamu menyerupai orang yang berpecah-belah dan berselisih sesudah
datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang
mendapat seksaan yang berat”.
Di antara ayat yang menyeruh supaya
berpegang teguh dengan tali Allah dan ayat peringatan tentang perpecahan dan
persengketaan, disebut sepotong ayat yang mewajibkan umat Islam agar berdakwah
dan melakukan amar ma’ruf nahi munkar. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat
104 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan
hendaklah ada di kalangan kamu satu umat yang menyeru ke arah kebajikan,
menyeruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah
orang-orang yang beruntung.”
Ini membuktikan kepada kita perkara yang
menyatukan umat Islam serta menghimpun kan mereka ialah kewujudan manhaj yang
satu yang menjadi pegangan dan rujukan. Iaitulah di sini, tali dari Allah; Islam dan al-Quran.
Begitu juga dengan kewujudan risalah bersama yang menjadi tanggungjawab bersama
dan menjadikan sebagai tugas terpenting.
Yang dimaksudkan di sini ialah menyeru
ke arah kebaikan dengan melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar.
Tetapi apabila umat Islam tidak
melaksanakan risalah ini, atau mengabaikan
manhajnya, maka jalan-jalan perpecahan akan mencerai –beraikan mereka ke
kanan dan ke kiri. Syaitan-syaitan akan mengambil kesempatan untuk menarik
perhatian mereka ke arah timur dan barat. Perkara ini telah diingatkan oleh
Allah dengan firman-Nya surah An-An’am ayat 154 yang bermaksud (terjemahan);
“Sesungghnya ini jalan-Ku yang lurus, maka ikutlah ia; dan janganlah
kamu mengikuti jalan-jalan yang lain; kerana
jalan-jalan tersebut akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang
demikian itu diperintahkan oleh Allah agar kamu bertakwa”.
No comments:
Post a Comment