Sunday, November 24, 2013

MEMBANTU DAN MONOLONG MELANCARKAN URUSAN HIDUP

 (Disiarkan pada 23. 11. 2013)
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud (terjemahan):
“.......Dan tolong menolonglah kamu di dalam perkara kebajikan dan kebaktian, tetapi janganlah bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan melanggar peraturan. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu bersangatan keras seksanya.”
               Allah menyeru sekalian umat Islam itu hendaklah antara satu sama lain bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan, iaitu segala kerja yang baik dan membawa faedah kepada masyarakat, dan bertolong-tolongan dalam kebaktian, iaitu beramal yang baik yang mengan- dungi jasa – sesuai dengan yang diperintahkan oleh  Allah dan jauh dari ditegah-Nya.
               Allah melarang bertolong-tolongan dalam perkara maksiat yang mendatangkan dosa, demikian pula dalam perkara permusuhan dan melanggar hukum.  Jika seruan ini dipegang teguh, dan dilaksanakan sepenuhnya dalam hubungan masyarakat, maka akan terciptalah kesucian, kebahagian dan perdamaian dalam perhubungan umat manusia.
               “Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu bersangatan keras seksa-Nya.”          Ayat ini merupakan amaran, iaitu kamu hendaklah berhati-hati  jangan sampai melanggar peraturan Allah yang telah ditetapkan-Nya kerana orang yang melanggarnya bererti akan diseksa, sedang seksa Allah itu sangatlah kerasnya.
               Membantu dan menolong orang lain dalam segala hal disiplin pembangunan wajar menjadi amalan kerana ia berupa ibadah kerana Allah. Walaubagaimana pun adalah menjadi prinsip hidup bahawa menolong diri sendiri sebelum kita membantu orang lain adalah lebih diutamakan dalam menangani kehidupan.
               Membantu diri sendiri bermuara daripada mengilmukan diri dalam bidang pemb- ngunan rohani mahupun dalam pembangunan jasmani. Ilmu akhirat mendidik diri kita tentang pembangunan jangka panjang manakala ilmu dunia mengilmukan diri kita mengenai pembangunan jangka pendik. Kedua-dua unsur pembangunan tersebut menjadi agenda utama setiap insan dalam hidup sebagai hamba Allah.
               Orang yang menempuh jalan guna belajar agama, baginya dimudahkan jalan ke syurga. “Barang siapa menempuh satu perjalanan dimana padanya ia mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadith riwayat Tirmizi daripada Abu Hurairah)
               Barang siapa menempuh satu perjalanan guna mencari ilmu, baik secara inderawi mahupun maknawi, termasuk semua jenis perjalanan yang dapat menyampaikan pada perolehan ilmu-ilmu keagamaan sedikit ataupun banyak, maka Allah akan memberinya taufik untuk mengerjakan amal soleh saat di dunia, sedang di akhirat kelak, ia akan menempuh satu jalan yang padanya tiada kesulitan sedikit pun sehingga ia masuk ke syurga dengan selamat.
               Hal tersebut disebabkan ilmu itu diperolehi dengan upaya melelahkan dan kerja keras. Amal yang dicintai ialah amal yang paling menyusahkan. Orang yang mencari ilmu sudah tentu menanggung beban berat guna memperolehi  ilmu. Maka pantas baginya, bila Allah memudahkan jalan ke syurga, walau yang dicarinya tidak berhasil. Sebab, apabila seseorang mengerahkan usaha keras dengan niat bersih, walaupun tidak memperolehi apapun kerana bodoh misalnya, ia tetap memperolehi pahala yang dijanjikan baginya. 
               Imam Syafie r.a. pernah mengatakan: “Mencari ilmu lebih utama daripada solat sunat.” Ertinya, mencari ilmu yang bermanfaat, pahalanya, lebih banyak daripada pahala solat sunat. Abu Hurairah dan Abu Zar berkata bahawa satu bab daripada ilmu lebih dicintai olehnya daripada 1,000 rakaat solat sunat. Mereka berdua pernah mendengar Raulullah s.a.w. bersabda: “Bila seorang pencari ilmu dijemput kematian, sedang ia berada dalam keadaan itu, maka dia itu mati syahid.”
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menelusuri kehidupan yang amat getir sekali. Baginda memulakan sejarah hidupnya sebagai anak yatim apabila ayahnya meninggal semasa usianya enam bulan dalam kandungan ibu. Lahir ke dunia meniti hidup  serba susah kerana miskin  diasuh oleh seorang ibu tunggal yang hidupnya dengan ihsan dari masyarakat Quraisy. Setelah meningkat usia enam tahun menjadi anak yatim piatu pula apabila ibu tersayang meninggal dunia, kemudian tinggallah seorang anak di bawah asuhan neneknya Abu Talip yang sudah lanjut usianya.
               Meningkat umur tujuh tahun sewajarnya anak masuk sekolah mengilmukan diri tetapi baginda Rasul, disebabkan kemiskinan, terpaksa menjadi pengembala kambing orang Quraisy. Dari kecil beliau mengalami hidup susah hanya mengharapkan kepada ihsan masyarakat Quraisy di mana dia berkerja sebagai pengembala kambing yang jujur dan rajin.
               Walaubagaimana pun kemiskinannya tidak menghalang beliau untuk mendidik dirinya  mencari ilmu macamana cara hidup yang betul. Beliau tidak tergiur melihat cara hidup bangsanya, Quraisy yang menyembah tuhannya dari patong yang direka mereka sendiri. Usianya semakin meningkat remaja dan akhlaqnya semakin kuat  hendak mencari  cara hidup yang betul.
Meningkat usia dewasa beliau tidak bertahan lagi melihat telatah akhlak masyarakat bangsanya lalu ia menyepikan diri dan menyendiri di gua Hira hendak mencari ilmu yang boleh memperbaiki cara hidup bangsannya. Akhirnya di situlah beliau dapat bertemu dengan malaikat Jibril yang membawa wahyu Illahi yang mendidiknya cara hidup yang diredai Allah s.w.t. Maka mulai dari saat itu Baginda mengilmukan diri mengenai pembangunan rohani
dan menterjemahkan ilmu wahyu tersebut dalam diri baginda sendiri, untuk mendekati Allah yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa terhadap segala-galanya apa yang ada di alam kehidupan sama ada di dunia mahu pun di alam akhirat.
               Anak-anak remaja masyarakat Quraisy yang lain mengilmukan diri pergi ke sekolah mendapat didikan dari guru-guru yang bertauliah mengenai pembangunan dunia tetapi Baginda Rasul mendapat didikan langsung dari Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibril as. Baginda diwahyukan untuk membaca iaitu memahami dokumen Allah yang tercipta iaitu mengenai alam kehidupan dan juga dokumen wahyu yang terucap oleh Allah iaitu Al-Quran, mengenai akhlaq dan tingkah laku manusia serta hubungannya dengan Zat Yang Maha Pencipta.
               Perjuangan atau tugas utama Baginda setelah mendapat ilmu dari langit ialah memanusiakan manusia yang telah menyimpang hidupnya jauh dari landasan sebagai manusia yang diredai Allah s.w.t. khusus kepada masyarakat Jahiliah(Quraisy). Mereka membina tuhan mereka dari rekaan mereka sendiri yang diperbuat dari logam, terutama sekali kepada masyarakat yang berada dan daripada kayu jati kepada orang-orang yang sederhana kaya dan dari tepung terigu kepada mereka yang miskin tegar.
               Masyarakat Jahiliah menyembah dan meyakini tuhan mereka yang boleh dilihat dengan mata kepala mereka sendiri serta boleh rasa dengan sentuhan. Falsafah kehidupan mereka bagikan haiwan yang tidak boleh berfikir untuk memahami kewujudan hidup sebagai manusia.
Mereka tidak yakin tuhan yang bersifat ghaib yang tidak boleh dilihat. Mereka tidak menggunakan akal fikiran yang Tuhan bekalkan kepada mereka. Inilah yang difahami sebagai penyakit jiwa. Faktor inilah yang Baginda Rasul ingin betul menembusi dalam usaha beliau membantu dan menolong untuk mentarbiahkan akhlak mereka agar mereka memahami apa dia itu hidup. 
               Hubungan utama antara manusia dengan Allah menurut Al-Quran adalah berasaskan keimanan kepada Allah, kasihkan-Nya dan bersyukur kepada nikmat-Nya yang tidak terhingga.Tetapi di samping  itu ada tiga tujuan lain yang dikehendaki oleh Al-Quran iaitu:
Mendidik jiwa manusia, mencapai kebahagian jiwa dan mengubati penyakit-penyakit jiwa.
               Kekuatan Baginda dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat Quraisy ialah kesabaran dalam hatinya menangani kerenah-kerenah yang dilimparkan oleh bangsanya sehingga sampai kepada membahayakan dirinya sendiri tetapi semangat juang hendak menolong menegakkan aklaq manusia tetap dilaksanakannya. Baginda yakin bahawa per- juanganya  sentiasa dilindungi Allah s.w.t.
               Melihat kelemahan orang lain adalah lebih mudah berbanding melihat kelemahan diri sendiri maka itu pepatah Melayu mengatakan, “kutuh di seberang sungai kelihat tetapi gaja di telinga sendiri tidak kelihatan.” Falsafah demikian seiring dengan kefahaman bahawa penyakit orang lain iaitu penyakit rohani atau jiwa mudah kita mengetahui tetapi penyakit sendiri seperti penyakit jiwa tidak kelihatan. Maka itu adalah wajar bermuara dari diri sendiri untuk membantu diri mengenai kelemahan sebelum berhijran untuk membantu kepada orang lain.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menterjemahkan Al-Quran dalam dirinya sehingga Siti Aisah menyatakan, apabila ditanya oleh para sahabat, bahwa akhlaq Baginda ialah Al-Quran. Maka prinsip hidup Baginda ialah: “Berkata serupa buat.” Apa yang ditarbiahkan kepada umatnya sudah terlebih dahulu Baginda mengamalkan dalam hidupnya.
               Jiwa dapat dikatakan sebagai pemandu untuk mengarahkan tingkahlaku seseorang dalam hidupnya. Jiwa itu jugalah yang memperlihatkan akibat-akibat perbuatan orang itu. Jiwa adakalanya menjadi lemah, tetapi ia boleh menjadi subur dan kuat melalui pendidikan individu dan masyarakat. Perbezaan jiwa sama ada lemah atau kuat juga berlaku antara individu dengan individu yang lain.
               Sesungguhnya nilai hati yang  terbesar ialah percayakan Allah Yang Maha Berkuasa
menghitung perkara-perkara besar dan kecil serta dapat melihat apa yang disembunyaikan oleh sesorang. Seorang ahli falsafah mengatkan: “Hati yang tidak percayakan Allah umpama mahkamah tanpa hakim.”
               Al-Quran menggambarkan hati melalui Firman Allah yang bermaksud (terjemahan)
               “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat leher”. (Qaf)\: 16)
               Ayat ini menjadi dalil yang menunjukkan kekuasan Allah dalam mencipta manusia. Lalu ditunjukkan pula keistemewaan manusia daripada makhluk yang lain, iaitu bahawa manusia itu ada mempunyai akal, fikiran, budipekerti, perasaan, keinginan, cita-cita dan angan-angan. Maka segala yang terkenang di hati manusia, segala yang terfikir atau apa jua pun yang dia inginkan, yang baik atau yang buruk, Tuhan  Penciptanya telah mengetahui lebih dahaulu.
               “Dan Kami adalah lebih dekat  kepadanya daripada urat lehernya sendiri.” Meski pun niat yang buruk itu tidak diucapkan dengan mulut, dan tidak dikatakan kepada orang lain,  namun Allah tahu juga sebab Tuhan itu lebih dekat kepada kita  dari urat leher kita. Tuhan ada dalam perasaan kita sendiri.
               Faktor utama yang memberi kebahagiaan kepada jiwa kita ialah perhubungan dengan Allah. Allah sentiasa bersama kita dan kita tidak keseorangan menghadapi bencana hidup ini, malah Allah sentiasa menolong dan memberi rahmat kepada kita.
               Para saintis mendapati bahawa kerisauan, keluh-kesah dan kerunsingan akan meninggalkan kesan ke atas tugas-tugas anggota. Di negeri-negeri barat ilmu ini dipelajari di universiti dan klinik rawatan penyakit jiwa dibuka. Dr. Paul Anest Adolf mengatakan:
“Saya percaya bahawa pengubatan sebenar mesti meliputi rohani dan jasmani secara serentak. Adalah menjadi kewajipan saya untuk menjalankan ilmu kedoktoran dan ilmu pembedahan saya, di samping keimanan  saya kepada Allah saya telah membina dua bidang itu atas asas yang  kukuh. Hanya dengan cara ini sahajalah saya dapat mengubati pesakit-pesakit saya dengan sempurna manurut kehendak mereka. Selepas dari pengamatan yang  mendalam, saya dapati bahawa ilmu kedoktoran dan akidah saya dengan Allah menjadi asas
yang perlu dipegang oleh falsafah kedokotaran moden.”
               Dalam masa Dr. Paul A. Adolf menjalankan tugas, beliau mendapati perlu diperbaiki bidang kerohanian di samping fakta sains, di mana kedunya membolehkan beliau  mengubat semua penyakit dengan keberkatan yang sebenar. Jika manusia menjauhkan dirinya daripada Tuhan, maka usaha pengubatannya hanya menjadi sebahagian daripada pengubatan sahaja ataupun tidak sampai ke kadar itu.
               Islam telah mengubati penyakit-penyakit jiwa dan ini nyata disebut oleh Al-Quran dalam surah Al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud (terjemahan):

               “Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

No comments:

Post a Comment