(Disiarkan pada
30. 11. 2013)
Orang
yang sentiasa mengucap syukur kepada Allah secara istiqamah dalam hidup,
jiwanya dekat dengan Allah kerana tidak ada dalam dirinya tanpa kepunyaan Allah. Dari Allah kita datang dan kepada
Allah kita akan kembali; seperti juga dalam surah Al-fatihah yang kita ucapkan
setiap kali kita mendirikan solat lima waktu sehari semalam iaitu “iyyaka na’ budu wa-iyyaaka nasta’iin”“Hanya
kepada Engkaulah satu-satunya Zat yang patut kami sembah dan hanya kepada
Engkaulah (pula) satu-satunya Zat yang patut kami meminta pertolongan.
Kesyukuran terhadap segala yang
kita nikmati dalam menangani hidup terutama sekali mempunyai kesihatan serta
kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah kita. Malah dalam berasin sahaja pun
wajar kita mengucapkan syukur alhamdulilallah kerana memahami bahawa dalam
berasin segala permasalahan dalam diri anda diyakini akan terkeluar.
Semasa berada di tandas membuang
hadas besar pun wajar mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi kesihatan
kepada kita, maka dapat kita mengelurkan makanan yang tidak diperlukan lagi
oleh badan kita. Kita ikhlas serta redha terhadap makanan yang keluar sambil
mengatakan “keluarlah kamu dan baliklah kepada asal mu; iaitu dari air balik
kepada air, dari apai balik kepada api, dari angin balik kepada angin, dari
tumbuh-tumbuhan balik kepada tumbuh-tumbhan dan dari tanah balik kepada tanah.
Aku redha dan aku ikhlas dan tinggallah segala zat kepada ku!
Kita wajar mengucap syukur
alhamdulillah kerana orang yang tidak sihat akan mengalami kesulitan untuk
mengeluarkan benda-benda tersebut. Usus tidak berkerja sama dengan kita maka
itu menjadi pokok masalah kepada kesihatan badan kita. Badan yang tidak sihat
tentu sekali kita memerlukan perbelanjaan besar untuk membetulkan sistem peng-
hadaman mahupun sistem pengeluaran dalam badan kita.
Allah telah memberi kesihatan yang
sesuai bagi kita sebagai hamba Allah tetapi kita tidak bersyukur, lalai
terhadap penjagaan kesihatan kita oleh sebab dibuai oleh kemewahan dan
keseronokan dunia. Allah s.w.t. akan mengambil balik kesihatan yang di untukkan
kepada kita kelak akan menjadikan kita hidup sentiasa dilamun permasalahan
kesihatan.
Jasad kita adalah daripada tanah dan
akan kembali kepada tanah apabila roh kita meninggalkannya. Kehadiran rohlah
membuat kita berperasaan dan berkemahuan. Walau bagaimana pun dalam urusan
kehidupan, amal perbuatan manusia hanya dua macam sahaja, iaitu baik dan buruk,
benar dan salah. Keduanya dijabarkan dengan berbagai jenis sifat-sifat yang
lain, seperti terpuji dan tercela, ikhlas dan riya’, merendahkan diri dan sombong,
berani dan penakut, pemberani dan pengecut dan sebagainya.
Mengapakah harus kita sentiasa bersyukur
kepada Allah? Allah membentuk jasad kita daripada tanah dan kemudian ditiup
rohnya ke dalam maka wujudlah kita. Dari segi pandangan sains, jasad kita terbentuk
daripada percantuman air mani si bapa dengan air mani si ibu semasa hubungan
kelamin. Setelah usia 120 hari iaitu selama empat bulan Allah tiupkan rohnya ke
dalam janin dalam rahim ibu maka jadilah seorang insan.
Allah bentukkan rasa kenikmatan pada
kedua pasangan lelaki dan perempuan semasa hubungan kelamin guna untuk menggalakkan kedua pasangan
mempunyai tarikan yang di kenali sebagai “kasih sayang atau cinta”. Tanpa
kenikmatan tersebut manusia tidak akan membiak. Begitu juga paras muka, Allah
bentukkan urat wajah setiap insan dan pada kelazimannya, urat wajah wanita
lebih menyerlah berbanding lelaki.
Walau bagaimana pun semasa zaman
jahiliah pihak perempuan tidak diberi layanan yang setimpal dengan keadaannya
sebagai wanita yang mempunyai urat wajah yang menyerlah daripada lelaki kerana
difahami bahawa wanita tidak ada apa-apa untuk pembangunan selain dari memenuhi
kebuasan syahwat lelaki kelak melahirkan anak.
Dengan pada itu juga difahami bahawa
kehadiran perempuan dalam keluarga akan
membawa
keruntuhan moral atau kesialan kepada pembangunan keluarga maka harus ia
dihapuskan dengan membunuhnya dengan cara menguburkannya hidup-hidup! Syukur
alham- dulillah kerana kedatangan Islam yang ditarbiahkan oleh Baginda Rasul
Nabi Muhammad s.a.w., maka wanita dapat diterima keberadaannya dalam keluarga
sama taraf dengan lelaki.
Manusia diwujudkan Allah lengkap dengan
segala fasiliti hidup yang tiada di beri kepada makhluk lain yang dikenali
sebagai fitrah. Antara fitrah-fitrah yang ada pada diri manusia ialah ingin
hidup berpasang-pasangan; ia memerlukan keberada orang lain dalam hidupnya; ia bermasyarakat dan
bersosial, ia berfikir dan dapat mengola fikirannya atau mempunyai kemahiran
berfikir yang dipimpin oleh akal sebagai rasul dalam diri setiap individu atau
sebagai senjata yang ampuh bagi manusia; sentiasa ingin memperbaharu keadaan
hidupnya yang dikenali sebagai pembangunan dan sebagainya.
Di samping keberadaan fitrah tersebut
manusia juga dibekalkan dengan fasiliti-fasiliti seperti mempunyai lima deria
iaitu melihat, mendengar, merasa, menghidu dan sentuhan atau menyentuh. Kesemua
deria tersebut membuat manusia hidup dengan selesa dan bahagia. Maka itu
patutkah kita besyukur terhadap apa yang ada pada diri kita? Tanpa semuanya itu
tidak ada makna hidup ini!
Maka itu hidup adalah satu nikmat. Kita
merasa kenikmatan kebahagian apabila kita memperolehi sesuatu yang menyenangkan
hati. Tetapi kadangkala juga kita merasa berduka cita kalau kegagalan yang kita
tempuhi. Merasa bahagian diserikan dengan berduka cita membuat hidup ini nikmat
kerana tidak merasakan kebosanan jika satu pengalaman sahaja berlaku pada hidup
ini.
Deria melihat sahaja dapat kita
menerokai alam kehidupan dan memahami keindahan alam yang akan membawa
pemikiran kita untuk mengingatkan dan mencintai Penciptanya. Coba bayangkan
jika hidup ini diwujudkan tanpa mata, tentu sekali amat sukar memahami keadaan alam sekeliling kita. Amat susah
sekali ialah memahami berbagai bentuk benda yang ada di sekeliling kita; mana
yang perseginya, mana yang bulat, dan bagaimana bentuknya leper, segi tuga sama
dan sebagainya.
Satu daripada keindahan alam ialah
mengenai warnanya. Hidup tanpa mata sukar kita membezakan antara warna yang ada
pada kehidupan ini. Bagaimana sifat segala jenis warna terutama sekali warna
merah, biru, putih, hitam dan sebagainya. Manusia tidak terfikir nikmatnya
mempunyai mata kerana ia tidak pernah mengalami hidup tanpa penglihatan maka
itu ia lalai mengucapkan syukur kepada Allah kerana dihidupkan mempunyai penglihatan.
Di samping mata kepala manusia juga
mempunyai mata hati untuk melihat yang berbentuk ghaib. Kehadiran mata hatilah
dapat kita menyelami alam pemikiran atau pengala- man yang telah kita lalui
atau lakukan sebelumnya. Dengan mata hati dibantu dengan iman maka dapat kita
melihat kebesaran Allah s.w.t.. Mata hati boleh melihat lebih luas berbanding
dengan mata kepala. Semua nikmat ini wajar kita bersyukur kerana segalanya
adalah pemberian Allah s.w.t. untuk memudahkan perjalanan hidup sebagai hamba
Allah.
Fitrah mendengar sahaja pun, tanpanya
amat menyulitkan manusia hidup sempurna. Tahukan anda bahawa jika anak itu
dilahirkan tanpa pendengaran pasti ia hidup seorang yang bisu! Kehadiran
telingalah maka kita dapat bercakap kerana mendengar orang lain bercakap dengan
menggunakan kod-kod bahasa yang difahami sebagai belajar bercakap.
Membolehkan kita bercakap juga satu
nikmat yang amat tinggi nilainya dalam hidup. Kita dapat berkemunikasi dengan
mudah sama ada mendidik atau mentarbiyah orang lain tentang ilmu pengetahuan
yang kita perolehi. Kita dapat menyampaikan hasrat hati kita kepada orang lain
terutama sekali apabila ada yang berkenan di hati tentang pasangan hidup. Maka
itu wajarkah kita bersyukur terhadap kehadiran segala nikmat tersebut?
Deria merasa juga amat penting dalam
hidup kerana segala keperluan hidup khususnya yang berkenaan dengan makanan
haruslah kita dapat merasai mengenai sifatnya samada manis, pahit, masam dan
sebagainya. Dalam fenomena merasa sahaja pun kita dibekalkan dua kenikmatan
iaitu kenikmatan merasa makanan dan kedua ialah kenikmtan merasa dalam jiwa
mengenai kefahaman secara ghaib tentang wujudnya sesuatu seperti merasa cinta
atau pun suasana persaudaraan yang bahagia.
Satu masalah tentang merasa kenikmatan
atas kehadiran sesuatu keperluan dalam hidup, manusia tidak merasainya maka
tidak bersyukur selagi ia masih berada dengan kita. Ambil misal mempunyai gigi
yang utuh. Dalam hidup jarang sekali atau tidak ada orang merasa syukur kerana
mempunyai gigi yang kuat dan utuh. Tetapi giliran gigi mula meninggalkan mulut
kita barulah kita merasa menikmatan mempunyai gigi yang baik.
Rupanya kehadiran gigi dalam mulut kita
adalah alat yang menentukan atau merasa sedapnya makanan itu. Semasa gigi masih
baik nafsu makan amat menyelerahkan tetapi gilirang gigi sudah tidak ada selera tidak akan
bersama kita lagi walaupun makanan itu lezat-lezat belaka. Memakan sateh atau
buah-buahan seperti apel, limau, sebagai contoh, tidak ada keinginan lagi
hendak menyertai dalam hidangan di mana-mana keramaian. Walaupun dibantu dengan
memakai gigi palsu, tidak se enak berbanding dengan mempunyai gigi aslinya.
Dengan kehadiran gigi juga menjadi satu
hiasan kepada muka kita. Apabila orang yang mempunyai gigi yang utuh, ia ketawa
orang lain tertarik melihatnya. Tetapi cuba kita lihat orang yang tidak
mempunyai gigi, apabila ia ketawa ramai orang tidak ingin melihatnya malah ia
akan lari darinya!
Semasa melaksanakan amal ibadah sentiasa
doa kita dihiasi dengan rasa syukur kerana kita menelusuri hidup sentiasa
dilindungi Allah s.w.t. Maka itu orang yang tidak mendirikan solat yang wajib
tidak akan mendapat peluang untuk mengucapkan syukur kepada Allah. Setiap kali
kita mendirikan solat lima waktu masa wiridnya sentiasa dihiasi dengan kalimah
syukur alhamdulillah sebanyak tiga puluh tiga kali.
Semasa wirid kita mengucapkan
subhanallah sebanyak tiga puluh tiga kali. Ini bererti kita memohon Allah
supaya dipermudahkan urusan hidup ini. Kemudian diikuti dengan kalimah
alhamdullah sebanyak tiga puluh tiga kali yang melambangkan kesyukuran kita
kepada Allah terhadap segala nikmat hidup serta pertolongan-Nya untuk
dipermudahkan urusan hidup. Kemudian yang terakhir masa wirid itu ditutup
dengan ucapan Allahuakbar sebanyak tiga puluh tiga kali. Ini bermakna kita
memuji Allah yang Maha Berkuasa dalam segalanya mengenai hidup ini.
Beriman kepada Tuhan Yang Maha
Esa terdapat dalam ayat ke (2) Surah Al-Fatihah, di mana dinyatakan dengan
tegas bahawa segala puji dan ucapan syukur atas sesuatu ni’mat itu bagi Allah.
Allah adalah Pencipta dan sumber segala ni’mat yang terdapat dalam alam ini. Di
antara ni’mat itu ialah: ni’mat menciptakan, ni’mat mendidik dan menumbuhkan,
sebab kata “robb” dalam kalimah “robbul ‘alamain” tidak hanya bererti “Tuhan”
dan “Penguasa”, tetapi juga mengandung erti “tarbiyah” iaitu mendidik dan
menumbuhkan.
Hal ini menunjukkan bahawa segala
ni’mat yang dilihat oleh manusia dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam
ini bersumber dari Allah, kerana Tuhanlah yang Maha Kuasa di atas jagad ini.
Pendidikan, penjagaan dan penumbuhan oleh Allah di alam jagad ini haruslah
diperhatikan dan difikirkan oleh manusia sedalam dalamnya, sehingga menjadi
sumber berbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia
kepada ke Agungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyaakat.
Ucapan syukur atas sesuatu nikmat
dari Allah ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat (5) iaitu “iyyaka na’ budu
wa-iyyaaka nasta’iin” (Hanya kepada Engkaulah satu-satunya Zat yang patut kami
sembah, dan hanya kepada Engkaulah (pula) satu satunya Zat yang patut kami
minta pertolongan. Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.
Yang maksudnya dengan “Yang
Merajai di Hari Kemudian (kiamat)” ialah
pada hari
itu Allahlah
yang merajai dan berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya
sambil mengharap ni’mat dan takut kepada siksaan-Nya. “Ibadat” yang terdapat
dalam ayat lima semata-mata ditujukan kepada Allah. (na’budu di ambil dari kata
“ibadat”: kepatuhan dan ketundukan yang ditimbulkan oleh perasaan tentang
kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, kerana berkeyakinan bahawa Allah
mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadap-Nya).
Budayakan hidup dengan kalimah
bersyukur secara istiqamah maka Allah akan permudahkan urusan hidupmu. Orang
yang sentiasa mengucap syukur dalam melaksanakan agenda kehidupan akan sentiasa
dihidangkan dengan kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment