(Disiarkan pada 28. 12. 2013)
Kelahiran
seorang nabi mempunyai sinonimnya dengan pembangunan tamadun manusia di alam dunia
untuk memimpin umatnya sebagai persediaan mereka menempuhi hidup di akhirat
kelak. Allah memilih mereka atas dasar sebagai penyampai risalah langit untuk
memperbaiki akhlaq dan keperibadian makhluk manusia sebagai hamba Allah.
Nabi Adam as sebagai manusia
pertama diwujudkan dan disediakan segala keperluan hidup di syurga tetapi
segala nikmat hidup Allah sediakan itu tidak dipelihara Adam maka terpaksa
Allah mengambil balik nikmat tersebut buat sementara dan menjadikan manusia
menempuhi hidup serbah kekurangan dan terpaksa berusaha untuk mendapatkannya
kembali.
Di samping mengalami berbagai
kekurangan dari segala keperluan hidup, manusia juga akan mengalami berbagai
masalah dalam menempuhi kelahirannya di alam dunia. Ada yang dilahir dengan
kekurangan sifat manusia terutama sekali bahagian anggotanya; ada yang lain
tidak dibekalkan akal dan kemahiran berfikir; dan ada pula lahir yang tidak dilengkapkan
dengan ke lima-lima deria seperti tidak mempunyai mata untuk melihat dan tidak
kurang juga manusia yang lahir tidak
mempunyai pendengaran dan terpaksa menempuhi hidup kurang upaya.
Kelahiran seorang insan dengan
segala fitrah Allah berikan juga tidak menjamin kebahagian hidupnya jika tidak
berkesempatan hidup mempunyai ibu dan bapa sejak kecil. Hidupnya dilamun
kemiskinan tanpa mengalami kasih sayang yang dibuai oleh kedua orang tuanya
kelak mengakibatkan hidupnya serba kekurangan. Segala-gala bentuk kehidupan
tersebut adalah atas sebab ujian Allah berikan kerana gara-gara manusia (Adam)
tidak merestui amanat Allah s.w.t. dahulu.
Baginda Rasul Nabi Muhammad
s.a.w. merupakan insan yang lahir sebagai anak yatim dan kemudian setelah
menjangkau usia enam tahun menjadi anak yatim piatu pula. Walau bagaimana pun
baginda telah menelusuri berbagai rintangan dan penderitaan hidup yang
bertalu-talu, semua ditanganinya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Meningkat
usia remaja baginda melayani hidupnya dengan berkhidmat sebagai pengambala
kambing kepunyaan masyarakat Quraisy.
Segala bentuk penderitaan hidup
seorang manusia di bumi ini tidak asing lagi bagi baginda yang menjadi garam
dan gulai dalam membangunkan dirinya. Kesemua bentuk kehidupan ditanganinya
dengan hati yang ikhlas. Dengan pada itu, dia sentiasa bersyukur kerana diberi
hidup sihat dan dapat berfikir demi mencari rahsia kebenaran hidup yang sebenar.
Setiap rintangan dan permasalahan
dalam hidup Baginda ditanganinya dengan tenang kerana beliau telah menelusuri
hidup serbah susah dan kekurangan yang bertalu-talu sejak kecil lagi. Maka
akhlak Baginda telah terbentuk menghadapi hidup susah. Maka itu sebarang
permasalahan yang menimpa Baginda tidak menjadi kejutan baginya.
Sebagai contoh, jika kita biasa memakan
sayur kangkung dengan cara merebus sahaja pada masa kecilnya kemudian terbiasa
dengan lauk yang enak-enak masa remaja, maka jika sayur kangkung itu dihidang
kepada kita masa kini tentu sekali selerah mengatakan “ini makanan kebiasaan
saya!”
Hidup mengalami serbah kekurangan
sebagai seorang insan tidak menjadi faktor bagi Nabi Muhammad saw untuk menjadi
penonton dalam pembangunan masyarakat. Baginda membina kehidupannya berlandaskan
keikhlasan dan kejujuran dalam segala bentuk disiplin pembangunan, kelak
menjadi idola kepada tamadun kehidupan manusia di alam dunia yang
penuh dengan berbagai pencorobahan yang berbentuk
negatif.
Perjuangan hidupnya adalah untuk mencari kebenaran demi
membetulkan kerenah-kerenah masyarakat manusia hidup di dunia terutama sekali
kepada bentuk kehidupan suku bangsanya Quraisy. Baginda meyakini bahawa manusia
seharusnya dipimpin dengan penuh kasih sayang serta hormat menghormati antara
sesama kerana hidup ini menyeronokkan atas dasar kehadiran orang lain.
Hatinya yang suci dan ikhlas
mencari kebenaran dalam hidup akhirnya Baginda dihadiahkan satu risalah dari
langit oleh Zat Yang Maha Berkuasa,
Allah. Risalah langit itu menjadi kekuatan serta nadi perjuangan Baginda menerajui kehidupan dengan agenda membetulkan
akhlaq manusia khususnya kaumnya iaitu masyarakat Quraisy di landasan yang
diredai Allah s.w.t.
Risalah dari langit itu ialah
Islam iaitu agama Allah untuk makhluk manusia hidup di alam dunia ini. Firman
Allah dalam Al-Quran surah Al-Maaidah ayat (5)3 yang bermaksud (terjemahan): “Pada hari ini telah-Ku sempurnakan untuk
kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah-Ku redai
Islam itu jadi agama bagi mu.”
Ayat ini diturunkan pada hari Jumaat
lepas asar bertepatan hari Arafah tahun 10 hijrah semasa Nabi s.a.w. mengerjakan Haji Wada, waktu wukuf di padang
Arafah. Ketika itu Baginda sedang mengenderai
untanya, hampir sahaja lututnya terperososk, lalu unta itu pun terduduk
kerana terlampau berat menerima turunnya wahyu.
Ada satu riwayat menyebutkan: Manakala
ayat itu diturunkan, Sayidina Umar telah menangis. Nabi s.a.w. bertanya : “Apa
yang menyebabkan engkau menagis ya Umar?” dijawab: “Yang menyebabkan saya menangis
ialah, kerana kami masih mengharapkan adanya tambahan dalam agama kami. Kiranya
dianya telah sampai kepada tingkatan sempurna. Sesungguhnya bila sesuatu itu
telah sempurna maka kemudiannya akan berkuranganlah dia.” Nabi s.a.w. menjawab:
“Benar katamu.”
Maksud kata-kata tersebut, iaitu sesuatu
yang sudah sampai kepada puncaknya, tidak ada lagi jalan yang boleh dilalui,
hanyalah jalan menurun. Dan jika agama Islam semasa itu telah sempurna dilengkapkan Tuhan, bererti
Rasulullah yang membawa agama itu tidak lama lagi akan berpisahlah dengan
mereka yang ada, kerana telah selesai tugasnya. Kerana itulah Sayidina Umar
menangis bersedih hati.
Benarlah kemudian, mulai dari turunnya
ayat itu Rasulullah s.a.w. hanya hidup kira-kira 81 hari, lalu meninggal dunia
pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah.
Baginda Rasul Nabi Muhammad menerima
risalah tersebut dalam perantaraan Malaikat Jibril sedikit demi sedikit selama
23 tahun, agar Baginda boleh menghafalnya serta mentarbiahkan kepada umatnya.
Di samping menyampai dan mengajarkan kepada umatnya, Ia memberi peluang juga
kepada Baginda untuk menterjemahkan risalah itu dalam diri Baginda. Maka
benarlah jika Siti Aisah, apabila ditanya orang mengenai akhlaq Baginda, beliau
mengatakan akhlaq Baginda ialah Al-Quran.
Menyentuh soal pembangunan keluarga baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah
mengalami semua bentuk kesulitannya. Bermula dengan keadaan hidup yang miskin
ia berkhidmat untuk mendapat sesuap kehidupan yang terpaksa ditanganinya tanpa
menghadir kan diri ke sekolah untuk menimba ilmu.
Walaubagaimana pun baginda tidak
mengasingkan dirinya dari memikirkan mengenai pembangunan manusia sebenar.
Hidupnya susah tetapi tidak membiarkan keadaan tersebut menjadi faktor untuk
hidup melarat yang akan dipusaki oleh orang lain terutama sekali kaum
keluarganya. Masa remajanya dihabiskan untuk mencari kebenaran dalam hidup.
Kekuatan dalam jiwanya melihat cahaya
kebenaran hidup lahir apabila ia ditauliahkan oleh Allah s.w.t. untuk menerima
risalah dari langit dengan perantaraan malaikat Jibril dari hasil usahanya yang
sentiasa menyendiri dan menyepikan diri di gua Hira. Risalah tersebut menjadi
teman dan kekuatannya untuk membetulkan keadaan hidup manusia di zaman
jahiliah.
Menyampaikan kebenaran hidup(agama)
kepada masyarakat jahiliah bagikan usaha memasukkan unta ke dalam lobang jarum
peniti. Tetapi jiwa baginda yang sentiasa sabar diselimuti dengan doa Baginda
kepada Allah s.w.t. agar hati mereka terbuka untuk melihat cahaya kebenaran
dalam hidup terutama sekali mereka yang keras kepala. Baginda dapat menangani
kerenah-kerenah tersebut.
Kesabaran serta ketabahan hati
baginda dapat menembusi kekarasan hati masyarakat Quraisy dan berjaya membawa
mereka mencintai Islam. Antara ujian yang ditangani baginda adalah amat
membahayakan kepada keselamat baginda tetapi atas perlindungan Allah s.w.t. baginda
berjaya menanganinya.
Pernah pada suatu ketika selepas
sembahyang Zohor lalu baginda rehat di bawah pohon kurma lalu tertidur kerana
letih seharian memerangi musuh-musuh Islam. Seorang musuh Islam menghampiri
beliau kemudian menghunuskan pedang dan meletakannya ke lehir Muhammad, lalu
baginda tersedar dari tidurnya dengan pedang dilehir sedia menghapuskan
baginda.
“Kelmarin kamu amat handal berperang
dengan bantuan orang-orang pejuang Islam. Sekarang kalau pedang ini saya
tetakkan ke lehir mu siapa akan membantu kamu?” Dengan hati yang tenang baginda
berkata: “Tiada yang akan membantu saya
melainkan Allah”. Kalimah Allah jika diucapkan oleh orang yang hatinya
bersih pengaruhnya amat menakjub kan.
Tangannya bergelatar memegang
pedang kerana terlalu panas bagikan api lalu ia terlepas. Jatuhnya pedang itu ke
tanah lalu diambil oleh nabi dan ditunjukkan kepada musuh itu sambil berkata:
“Sekarang, kalau saya gunakan pedang ini untuk menetak lehir kamu, siapa yang akan membantu kamu?”. Pemuda itu menjawab: “Tiada yang membantu
saya melainkan engkau Muhammad. Tolonglah ampuni kesalahan saya.” Baginda
mengembalikan pedang kepada pemuda itu
seraya berkata “Jangan ulangi lagi perbuatan mu itu.”
Sudah nyata senjata jelas
mengancam nyawa baginda tetapi ia masih mengampuni perbutannya. Betapa sabarnya
hati baginda. Pernah baginda berkata
kepada Sayidina Ali tentang musuh-musuh Islam bahawa perbuatan mereka yang
jahat itu tidak disedari mereka adalah salah maka dia berbuat mengikut hatinya.
Maka itu kita kena bersabar memberinya peluang untuk memahami keadaan.
Semasa baginda berjalan kaki ke
mesjid hendak sembahyang zohor, kemudian seorang masyarakat Quraisy melihat serta
memerhati di mana Muhammad lalu. Jalanannya melalui sebuah rumah dua tingkat.
Lalu mereka menungguh di atas rumah. Apabila baginda lalu di situ diludahinya
dan kena betul-betul di atas dahi baginda.
Baginda melihat ke atas seraya
berkata “Saya diludahi.....batal air sembahyang saya”, lalu baginda cepat ke
mesjid untuk mengambil wudhu semula. Setiap kali baginda lalu di situ ia
diludahi sehingga pada satu masa apabila ia lalu di situ tiada yang meludahinya.
Kemudian dia berfikir “Saya ini mesti diludai kalau sampai di situ tetapi
sekarang, tidak diludahi lagi. Ke mana ia pergi?”
Baginda mencari-cari keliling
rumah berkenaan lalu ketemu seorang lalu ditanya: “Apa kamu cari?” Baginda
mengatakan bahawa apabila ia lalu di situ diludai tetapi yang meludahinya kali
ini tidak ada lagi. Kemana perginya! “Mungkin si pulan itu.” Lalu baginda
bertanya dimana dia. Orang itu menunjukkan rumahnya seraya berkata ia sakit,
demam panas.
Baginda cepat pergi mesjid sembahyang zohor setelah itu balik ke rumah.
Ia meminta isterinya Siti Aisah menyediakan makanan untuk dihantar kepada orang
sakit. Sampai di rumahnya, dari luar baginda mengucap:“Asallamualaikum”. “Siapa
itu?” “Saya Nabi Muhammad, langganan awak!” “Naik sahaja pintu tidak dikunci.” Baginda
naik, dilihanya paras muka Muhammad kemudian ia berkata: “Kamu ini Muhammad
saya sakiti hati kamu dengan meludahi
kepala kamu, tetapi giliran saya sakit kamu pula orang pertama datang menzirahi
saya. Betapa murninya hati mu Muhamad. Mulai hari ini Muhammad saksikanlah saya
mangucap: ‘Asahadu Allah illaha illallah wa ashaduanna Muhamadarasulullah.”
Masuk Islam. Demikianlah antara faktor-faktor kejayaan baginda untuk
mentarbiahkan Islam kepada masyarakat jahiliah, sehinggalah sekarang para
ulama’dan para pencinta agama Allah membawa ajaran tauhid ke seluruh pelusuk
dunia.
No comments:
Post a Comment