(Disiarkan pada 21.12.2013)
Meninjau
sejarah perkembangan manusia yang hidup di alam dunia wajar berlandaskan keperi
badian yang dipunyai oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sejak remajanya
hinggalah ke usia dewasa. Masa remajanya masyarakat Quraisy menggelar beliau sebagai al-amin iaitu orang yang boleh
dipercayai kerana kejujuran serta keikhlasnnya dalam segala perihal disiplin pembangunan
kehidupan manusia.
Agama Islam memandang
keperibadian seseorang secara utuh, termasuk aktiviti-aktiviti ibadah ritual
mahupun sosial. Menurut Al- Ghazali, karakter manusia itu mempunyai dua tahap:
1.
Hampir
menyerupai karakter makhluk-makhluk yang lain, hanya saja perbedaannya terletak
pada motivasi dan faktor pendorong lainnya.
2.
Karakter
manusia yang tertinggi itu hampir menyentuh dimensi ketuhanan dan karakter
malaikat, itu boleh dicapai dengan kemahuan
yang keras menguasai akal fikiran.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sejak
kecil hidupnya dibuai dengan penderita- an, dukacita dan sentiasa dilamun
kesukaran yang bertalu-talu. Lahir sahaja baginda, ia sudah menjadi anak yatim
kerana ayahnya meninggal dunia semasa usianya enam bulan dalam perut ibunya.
Meningkat usia enam tahun yang
sepatutnya menerima didikan kasih sayang dari seorang ibu tunggal, ibunya pula
balik ke rahmat Allah. Maka baginda manjadi anak yatim piatu di bawah asuhan
seorang nenek yang sudah lanjut usianya yang bernama Pa’ Man Abu Talip.
Meningkat usia tujuh tahun seharusnya
baginda pergi ke sekolah seperti anak-anak masyarakat Quraisy lain untuk
mengilmukan diri; tetapi baginda mendidik dirinya dengan mengambalakan kambing
kepunyaan masyarakat Quraisy. Ia berkhidmat mengambalakan kambing untuk
mendapat sesuap makanan untuk meneruskan hidupnya. Maka disitulah beliau
membina karakternya yang tinggi.
Sejak kecil (remaja) baginda tidak
pernah mendekati amalan-amalan kepercayaan suku kaumnya (Quraisy) termasklah
pacinya sendiri, yang membina tuhan
mereka sendiri meng- ikut kedudukan kehidupan masing-masing. Mereka yang
kaya membuat tuhannya dari pada emas dibentuk seperti manusia kemudian
disembah; yang sederhana kaya membuat tuhannya daripada perak dibentuk seperti
manusia kemudian disembah.
Mereka yang miskin membuat tuhannya
daripada kayu jati, manakala yang miskin tegar mengadun tepung terigu untuk
membuat tuhannya. Dan apabila perut
mereka rasa lapar dilihat tuhannya. Kata mereka, “tuhan, kami sudah sembah
engkau; sekarang perut kami rasa lampar, kami meminta tolong pada kamu. Jika
tidak setuju katakan tidak setuju; tetapi jika setuju diam sahaja”.
Tuahnnya diam sahaja maka mulalah mereka
mengambil tangannya kemudian bahagian kaki seterusnya badannya. Sehina-hina
manusia tiada yang memakan tuhannya sendiri, tetapi masyarakat Quraisy yang
dikategorikan sebagai masyarakat jahiliah memakan tuhannya sendiri.
Maka itu baginda Rasul Nabi Muhammad
s.a.w. tidak sama sekali mendekati keper- cayaan mereka dan sering mengasingkan
diri, menyepi di tempat-tempat yang sunyi di mana tidak ada orang di situ. Ia
sering beristikaf di gua hira; hendak memikirkan tentang makna kehidupan yang sebenar.
Akhirnya beliau menerima wahyu Illahi dari langit dan itulah dukumen yang
diturunkan Allah kepada baginda yang dikenali sebagai agama “Islam.”
Dalam Al-Quran karakter manusia itu
mempunyai berbagai dimensi dan berkembang seiring dengan perkembangan jiwa
manusia menuju tahap yang lebih tinggi. Maka tujuan agama Islam adalah meluruskan karakter
manusia; iaitu dengan memberikan motivasi terhadap keperibadiannya dan menawarkan
prinsip-prinsip yang jelas demi kebaikan manusia di dunia dan di akhirat dan
untuk memelihara kebaikan, ketenteraman dan keamanan masya-
rakat
secara umum.
Islam merupakan cara hidup (addin) yang
dipertanggungjawabkan kepada baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. untuk
mentarbiahkan kepada seluruh umat manusia di alam dunia ini. Islam adalah agama
Allah seperti firmanNya dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud
(terjemahan):
“Pada
hari ini telah Ku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku ridhai Islam
itu untuk agama bagi kamu.”
Dengan turunnya ayat ini, nyatalah kepada
kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara yang fardu
dan sunat, ada batas-batas hukuman, diterangkan perkara-perkara yang halal dan
haram. Syriatnya berkekalan hingga hari kiamat. Dengan sempurnanya Islam,
menjadilah ia suatu nikmat dari Allah; dan satu Rahmat yang Baginda Rasul Nabi
Muhammad s.a.w. bawa kepada umatnya serta seluruh alam.
Agama Islam telah diredai oleh Allah.
Sehingga siapa yang menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah Allah terima
agamanya, dan rugilah ia di akhirat. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah dipilih
Allah untuk memperbaiki akhlak manusia dengan berladaskan akidah Islam ke
seluruh alam maka baginda di gelar rahmat bagi sekalian alam.
Mengikut sejarah nabi-nabi dan para
rasul, sebanyak 25 orang rasul, kebanyakan mereka apabila umatnya mengingkari
akidah Islam yang dibawanya, mereka memohon pertolongan Allah agar ditimpakan
azab kepada mereka. Tetapi baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. tidak berbuat
demikian hanya memohon kepada Illahi untuk membuka hati umatnya agar dapat melihat kebenaran Islam sebagai
cara hidup.
Nabi Nuh as. dengan sedaya upayanya
memimpin umatnya untuk beriman kepada Islam tetapi yang berbuat demikan hanya
gulungan yang kurang berada sahaja. Ia berdakwa selama sembilan ratus tahun dan
yang berjaya dibawa kepada akidah Islam hanya sembilan orang sahaja yang
kesemuanya dari golongan petani.
Nabi Nuh akhirnya berputus asa untuk
mentarbiahkan umatnya termasuklah anaknya sendiri yang degil tidak mengikuti
risalahnya, maka ia memohon kepada Allah agar menurunkan Azab-Nya di atas
kaumnya yang berkepala batu. Maka berlakulah banjir seluruh alam menenggalamkan
manusia yang ingkar ajarannya
Begitu juga Nabi Hud as. apabila kaum
Aadnya mengingkari ajarannya azab turun. Kaumnya ditimpa kemarau yang
berpanjangan dan kemudian diikuti oleh angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai
bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merosakkan bangunan-bangunan rumah
dari dasarnya membawa berterbangan semua perabut dan milik harta benda melimpar
jauh serta kesemua binatang-bintang ternakan.
Keadaan kaumnya menjadi panik
mencari perlindungan. Suami tidak tahu
di mana isteri berada dan ibu juga kehilangan anak-anaknya, sedang rumah-rumah
mereka menjadi sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung
selama lapan hari tujuh malam, sehingga sempat menyapu bersih kaum Aad yang
bongkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk
menjadi pengajaran dan ibara bagi umat-umat yang akan datang.
Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yang
beriman, telah mendapat perlindungan Allah dari bencana yang menimpa kaumnya
itu dan tetap berada dalam keadaan selamat, aman dan tenang seraya melihat
keadaan kaumnya yang kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi
pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan serta teriakan dan tangisan orang yang meminta
pertolongan dan mohon perlindungan.
Kisah Nabi Hud diceritakan oleh 68 ayat
dalam 10 surah, di antaranya surah Hud,
ayat 50 hingga 60.
Kedegilan kaum Nabi Saleh juga sama
tidak mengikuti ajarannya untuk beriman kepada Allah. Unta Nabi saleh di bunuh
oleh kaum Tsamud. Selepas itu diancam pula hendak membunuh Nabi Saleh tetapi di
malam waktu mereka datang ke tempat Nabi Saleh bagi melaksanakan rancanan jahat
mereka, di malam yang gelap gulita dan sunyi-senyap ber- jatuhan di atas kepala
mereka batu-batu besar yang tidak diketahui dari arah mana datangnya dan ketika
itu juga merebahkan mereka di atas tanah
dalam keadaan tidak bernyawa.
Nabi Saleh memberi tiga hari kepada
kaumnya bagi memberi kesempatan, agar mereka sedar akan dosanya dan bertubat
meminta ampun serta beriman kepada Nabi Saleh
dan
kepada risalahnya. Akan tetapi dalam kenyataannya, tempoh tiga hari itu, bahkan
menjadi bahan ejekan kepada Nabi Saleh yang ditentangnya untuk mempercepatkan
datangnya azab itu dan tidak usah ditangguhkan tiga hari.
Azab Allah yang menimpa ke atas kaum Tsamud akan
terdahulu dengan tanda-tanda, iaitu pada pagi hari pertama, bila mereka
terbangun dari tudurnya akan menemui wajah mereka menjadi kuning dan berubah
menjadi merah pada hari kedua dan hitam ada
pada hari ketiga dan pada hari
keempat turunlah azab Allah yang pedih.
Kisah Nabi Saleh dalam Al-Quran di ceritakan
oleh 72 ayat dalam 11 surah, antaranya
surah Al-A’raf ayat 73 sehingga ayat 79
Meniti sejarah kehidupan Nabi Muhammad
s.a.w. sejak kecil hinggalah menjadi Rasul beliau telah mengalami hidup yang
amat susah. Allah menguji ketabahan hati beliau sehingga berjaya menangani
semua ujian tersebut dengan ikhlas dan jujur. Baginda tidak mendapat didikan
yang sempurna dari bangku sekolah disebabkan keadaan hidupnya yang sentiasa
diselimuti derita dan penderitaan. Tetapi baginda mendapat didikan langsung
dari Allah dengan berbekalkan akidah Islam yang diterimanya dari langit iaitu
al-Quran nul Karim.
Berbekalkan ilmu tauhid baginda berjaya
“memanusiakan manusia” terutama sekali di zaman jahiliah di mana manusia
dipimpin oleh iblis laknatullah. Kepimpinan yang amat menyesatkan akhlak
manusia itu, sehingga tingkah laku mereka menyerupai haiwan. Antaranya ialah
mereka berkeyakinan bahawa kelahiran anak perempuan akan membawa keruntuhan moral
keluarga dan mesti dibunuh dengan menguburkannya hidup-hidup!
Dilihat dari unsur kejadiannya yang
bersifat material, manusia itu dicipta dalam keadaan lemah. Manusia akan merasakan kenyataan ini jika mencoba
membaca dirinya sejak awal mula ia diciptakan dari air mani, hidup dalam
kandungan, kemudian lahir menjadi seorang bayi yang lemah yang membuntuhkan
pertolongan orang lain dan tidak dapat memenuhi keperluan hidupnya. Pada saat
itu ia merasa lemah dan memerlukan
bantuan orang lain dalam memenuhi semua
kebuntuhanya, sampai menjelang masa dewasa.
Memasukui masa dewasa ia terkadang
merasa sedemikian juga; iaitu mengalami
kesulitan, sakit, keputusasaan dan kegagalan, lalu nampak semakin tua. Dan
kelemahan manusia itu akan semakin bertambah jika umurnya bertambah tua renta.
Allah berfirman dalam Al-Quran surah Ar-Rum ayat 54 yang bermaksud
(terjemahan):
“Allah,
Dialah yang menciptakan kamu dari
keadaan yang lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu
menjadi kuat; kemudian Dia menjadikan (kamu)sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dan Dia
menciptakan apa yang di- kehendakiNya, dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi
Maha Kuasa.”
Orang mukmin sentiasa berupaya untuk
melawan kelemahan ini dengan kekuatan yang diperolehi dari sumber aslinya.
Manusia itu sangat lemah di mata Allah, untuk itu maka dengan percaya kepada-Nya adalah
merupakan kekuatan yang tidak terkalahkan dalam menaklukkan kelemahan tadi.
Dalam rangka itu ia harus sentiasa
berkontak langsung, memohon pertolongan, bersandar dan bertawakal kepada Allah.
Dan menjadikan iman sebagai landasan fikiran, kemahuan dan motivasinya,
sehingga jiwanya tidak akan mengalami
kelemahan dan tidak akan tenggalam dalam pergaulan hawa nafsu.
Baginda Rasul Nabi Muhammad
s.a.w. amat sungguh melihat umatnya tidak terpedaya oleh hawa nafsu lantaran
imannya memimpin diri dalam hidup sebagai hamba Allah. Rasul cinta dan bela
umatnya dari dunia hingga akhirat. Di ambang kewafatannya pun sempat beliau mengingatkan umatnya dengan berkata: “Asolat-asolat; ita’unisa-ita’unis;
umati-umati.” Maksudnya lebih kurang: solat peliharalah solat; wanita
lindungilah wanita; umatku-umatku, kemudian baginda menghembuskan nafasnya yang
terakhir!
Nanti di akhirat, sudah berada di
syurga Baginda Rasul seperti orang yang bingung, sehingga Allah menegurnya: “Kenapa Muhammad, surga-Ku tidak enak?” Enak
ya Allah tetapi saya memikirkan umatku. Saya berada di syurga dengan segala
fasiliti yang canggih tetapi bagaimana umatku? Allah bertanya apa mahunya
Muhammad! Baginda Rasul meminta kebenaran, ingin kembali ke bumi untuk melihat
umatnya. Tetapi Allah memberi jaminan bahawa umat Muhammad semuanya selamat.
Setelah Allah memberi jaminan maka Baginda Rasul senanglah hatinya.
No comments:
Post a Comment