(Disiarkan 11. 01. 2014)
Sesungguhnya
akhlak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu amat tinggi, sangat mulia,
seperti yang digambarkan dalam beberapa ayat suci Al-Qur’an. Antaranya ialah
Firman Allah dalam surah Al-Qalam: 4
yang bermaksud (terjemahan): “Dan
sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu
‘alaihi wasallam turun ke dunia ini untuk memperbaiki akhlak umat manusia.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam yang bermaksud: “Sesungguhnya aku
diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia.” (HR. Ahmad dan Al-Bazzar).
Kitab Suci Al-Qur’an merupakan mukjizat
Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Al-Qur’an merupakan pedoman dalam urusan dunia dan akhirat untuk seluruh umat
manusia, agar terhindar dari kobodohan, kemiskinan dan kejahatan menuju
keselamatan dan kebahagian hidup yang hakiki di dunia dan akhirat kelak.
Sabda Rasulullah Shallallhu ‘alaihi
wasallam, mengenai Al-Qur’an yang ertinya:
Al-Qur’an
merupakan sebuah Kitabullah Tabaraka wa Ta’ala yang di dalamnya terdapat berita
manusia sebelum kamu dan sesudah kamu, dan menghukum apa yang terjadi di antara
kamu; dia membentangkan mana yang benar dan mana yang salah, bukan suatu
permainan. Barangsiapa meninggalkannya kerana sombong, maka Allah akan
membinasakan nya; dan barangsiapa mencari pemimpin selain Al-Qur’an akan
disesatkannya oleh Allah; dia adalah
tali Allah yang kukuh dan cahayaNya yang menerangi serta peringatan yang
sangat bijaksana; dia adalah jalan yang lurus. Dengan berpedoman pada dia,
seluruh keinginan manusia tidak akan salah, lidah tidak akan bercampur,
pendapat tidak akan porak poranda. Dan dengan bersumber dari dia, para ulama’
tidak akan merasa kenyang. Dan tak akan larut kerana banyaknya yang menentang
dan keindahan-keindahannya tidak akan habis. Dialah yang jin apabila
mendengarnya tidak habis-habisnya mengatakan: “Sungguh kamu mendengarkan suatu
bacaan yang sangat mengagumkan sekali.” Barang siapa yang mengetahui ilmunya
pasti akan unggul dan barang siapa berkata dengan dia pasti benar; dan
barangsiapa berhukum dengan dia pasti Adil; dan barangsiapa beramal dengan dia
pasti diberi pahala, serta barangsiapa mengajak manusia kepadanya, pasti akan
terpimpin ke jalan yang lurus. (HR. At-Tirmidsi dari Ali Radhiyallahu
‘anhu.)
Kitab Suci Al-Qur’an merupakan sumber
dari segala sumber hukum yang berisi pedoman, petunjuk; berupa perintah,
anjuran mahupun larangan bagi seluruh umat manusia di dunia ini untuk
keselamatan, kesejahteraan dan kebahagian hidup mansuia itu sendiri. Baginda
Rasul Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, memimpin manusia ke jalan
yang diredhai Allah dengan bermodalkan Al-Qur’an.
Cinta Rasul kepada umatnya di dunia
dipatri dan diwarnai dengan kesucian Al-Qur’an yang telah diterjemahkan Baginda
dalam dirinya. Dengan bersumberkan Al-Qur’an baginda dapat memanusiakan manusia
atau membetulkan akhlak individu yang tergelincir di atas landasan yang di
redhai Allah s.w.t..
Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah
An-An’am ayat 151-153 meriwayatkan sepuluh inti perintah Allah kepada Nabi
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasalam, untuk disampaikan kepada seluruh umat
manusia, agar mendapatkan kesejahteraan hidup baik di dunia mahupun di akhirat.
Katakanlah:
“Marilah aku ((Muhammad) bacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu,
iaitu:
1.
Jangan kamu
mempersekutukan sesuatu dengan Allah.
2.
Berbuat baiklah
terhadap kedua orang ibubapa.
3.
Dan janganlah
kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki
kepada
mu dan kepada mereka.
4.
Dan janganlah
kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya
mahupun yang tersembunyi.
5.
Dan janganlah
kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu
(sebab) yang benar. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami.
6.
Dan janganlah
kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga
sampai ia dewasa.
7.
Dan
sempurnakanlah timbangan dengan adil. Kamu tidak memikulkan beban kepada
seseorang melainkan sekadar kesanggupannya.
8.
Dan apabila kamu
berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil meskipun dia adalah kerabat (mu)
9.
Dan penuhilah
janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat. Bahawa (yang kami
perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus.
10.
Maka ikutlah dia;
dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan itu
mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah
kepadamu agar kamu bertakwa.
Demikianlah
“sepuluh inti perintah Allah” kepada
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, untuk disampaikan kepada seluruh
umat manusia, agar mendapatkan
keselamatan, kesejahteraan dan kebahagian hidup baik di dunia mahupun di
akhiat.
Jika kita mahu mengamati dengan
saksama, mahu menghayati dengan tulus ikhlas dan semata-mata mengharapkan redha
Allah Subhanahu wa Ta’ala, akan kita dapati bahawa kesepuluh perintah Allah
tersebut, mengandungi pelajaran akhlak yang sangat tinggi, mengandungi
pelajaran budi pekerti yang sangat bermanfaat bagi kehidupan manusia itu
sendiri dalam mencari ketenangan hidup, keselamatan hidup, kesejahteraan hidup
dan kebahagiaan hidup yang hakiki di dunia dan di akhirat nanti.
Sesungguhnyalah akhlak Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam itu sangat tinggi, sangat mulia, seperti yang
digambarkan dalam beberapa ayat suci Al-Qur’an. Jika kita renungkan dengan saksama, akan kita
dapati bahawa ke sepuluh perintah Allah tersebut mengandungi pelajaran akhlak,
budi pekerti yang sangat tinggi, sesuai dengan tugas Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam turun ke dunia ini iaitu, memperbaiki akhlak umat manusia.
Jiwa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam ingin benar membetulkan akhlak umat- nya agar kesemua mereka
akan mendapat masuk syurga. Cintanya kepada umat manusia tidak ada tolak
bandingnya sehingga Baginda menolak perlawaan Allah menghadiakan matahari
sekalipun kerana keutamaan hati Baginda ia melihat umatnya tidak ada seorang
pun masuk neraka.
Allah Ta’ala berfirman Surah Al-Qalam
ayat 4 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan
sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi perkerti yang agung.”
Allah
memuji Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam . Sesungguhnya Baginda itu
mempunyai akhlak keagamaan yang agung dan budi pekerti yang mulia, kerana Allah
telah menghimpunkan kepada dirinya ketinggian martabat dengan mempunyai
sifat-sifat yang sempurna. Alangkah agungnya kurnia serta pangkat yang
disandang oleh Baginda dari Tuhan yang Maha Tinggi lagi Mulia.
Sesungguhnya di antara budi
pekerti Rasul yang mulia itu ialah bersifat sebagai orang yang alim, penyantun, sangat pemalu, kuat
beribadat, pemurah, penyabar, suka bersyukur, merenda diri, zuhud dan lain-lain
sifat yang mulia dan perangai yang diredhai.
Adalah diriwayatkan dari Anas,
khadam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam katanya bermaksud: Saya telah
menjadi khadam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam 10 tahun.Tidak
pernah Baginda berkata: “Ah”, dan tidak pernah mengatakan sesuatu yang
dikerjakan: “Mengapa engkau melakukan demikian?”, dan tidak pula pernah
mengatakan sesuatu yang tidak saya kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” (HR Al-Bukhari dan Muslim).
Allah Ta’ala berfirman dalam
surah Al-An’am ayat 151 mengenai larangan mempersekutukan Allah Ta’ala dengan
sesuatu apapun yang bermaksud (terjemahan):
“Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia.”
Islam adalah agama yang
mengesakan Tuhan dan memberi sifat-sifat kesempurnaan. Mengesakan Tuhan dalam
Islam termasuk salah satu rukun Iman. Menduakan Tuhan dalam Islam disebut
perbuatan syirik. Islam mengajak seluruh umat manusia kepada ajaran tauhid dan
menegaskan keesaan Allah tanpa ada Tuhan yang lain. Firman Allah Ta’ala surah
Al-Ikhlas ayat 1 – 4 yang bermaksud (terjemahan);
“Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang
bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dan tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan. Dan tiada ada seorangpun yang setara dengan Dia.”
Perbuatan syirik merupakan sumber
dari segala bentuk kejahatan umat manusia sepanjang zaman. Perbuatan syirik
akan membelenggu akal manusia dengan segala macam bentuk khayalan yang
menyesatkan, menimbulkan kurafat dan mitos, yang menimbulkan pertentangan
antara manusia, menyebabkan timbulnya pembunuhan dan kejahatan lain yang berbentuk
pemerasan, perkosaan, perampasan hak-hak asasi manusia seperti, penjajahan pada
sekompok manusia oleh kelompok manusia lain yang merasa lebih kuat.
Baginda Rasul Nabi Muhammad
shallallahu ‘alaihi wasalam antara sifat-sifatnya yang mulia ialah penyantun,
pemalu, suka bersyukur dan sentiasa rendah diri. Sifat demikian menandakan
bahawa Baginda tidak riya’ terhadap apa yang Allah subhanahu watallah berikan
kepada Baginda.
Manusia riya’ dapat melakukan perbuatan
syirik dengan berbagai alat seperti; hati, lidah, anggota badan, perhiasan,
harta kekayaan, ilmu dan lai-lain. Manusia yang bermegah-megah termasuklan
jawatan, anak, pengikut dan hal-hal lain yang membuat kebanggaan bagi diri
manusia, akan menimbulkan sifat lupa pada Allah Subhanahu wa Ta’ala sehinggalah
manusia itu masuk ke dalam kuburnya.
Kecintaan Baginda Rasul Nabu Muhammad
shallallahu ‘alaihi wasalam kepada umat
nya di dunia terbukti dengan berbagai pandoman hidup atau hadis Baginda yang
ditinggalkan kepada manusia untuk dipelihara dan diamal untuk mendapatkan
pahala Allah subhanahu watallah demi keselamatan hidup di akhirat kelak.
Cita-cita Rasulullah shalallahu ‘alaihi
wasalam adalah mewujudkan masyarakat Islam yang mempunyai kecerasan akal dan
kebersihan hati. Di samping itu, umat Islam perlu tangkas dalam bertindak,
berdedikasi tinggi serta mengamalkan disiplin ilmu yang berlandaskan keimanan
dan ketakwaan kepada Allah seperti yang tercermin dalam keperi- badian Baginda
yang semprna itu.
Perintah Allah dan Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasalam dalam membangunkan kelurga muslim ialah pendidikan
dasar yang harus diberikan kedua orang
ibu dan bapa kepada anak-anaknya ialah akhlak. Jika akhlak seorang anak sudah
dapat dipertanggungjawab kan, maka pendidikan lain yang akan diberikan kedua orang
tua kepada anak-anaknya akan dengan mudah diterima oleh anak-anaknya.
Kerana bagaimanapun akhlak dalam diri
seorang manusia merupakan kunci dari segenap tindakan manusia itu ke arah
kebaikan yang diharapkan. Tahap kedua dari pendidikan anak dalam keluarga
muslim ialah, mengenal Allah, lalu mengesakan Allah. Barulah kemudian diberikan
ajaran-ajaan agama Islam sesuai dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.
Seorang anak dalam keluarga muslim, pada
saat berusia tujuh tahun, harus sudah diajarkan solat, dan jika anak sudah
brusia sepuluh tahun bekum juga timbul kesedaran untuk mengerjakan soalt, ama
kedua ibu bapa wajib memukulnya, sesuai sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasalam. Yang bermaksud:
Suruhlah
anak-anak kamu itu mengerjakan solat, apabila ia telah berumur tujuh tahun? Dan
apabila telah berumur sepuluh tahu, tidk mahu mengerjakan solat maka
kerasilah dia
(pukulh anak itu). (HR.
At – Timidzi)
Perbuatan dosa manusia menurut
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasalam akan menimbulkan kesulitan dalam mencari
reziki bagi Si pelakunya. Sabda Rasullah Shallallahu’ alaihi wasalam yang
bermaksud:
Umur tidak akan bertambah,
kecuali dengan perbuatan baik; tak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa,
dan seorang akan terhalang rezeki kerana melakukan perbuatan dosa. (HR. Ibnu
Majjah).*
*Muhammad Nashiruddin: 10
PERINTAH Allah pada Nabi Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment