Friday, January 24, 2014

PELIHARA MARUAH DIRI SEBAGAI MARTAB KEMANUSIAN

 (Disiarkan pada 25. 01. 2014)
Antara  perkara-perkara penting yang patut selalu menjadi ingatan bagi seorang insan adalah berusaha untuk memelihara dan mempastikan kemuliaan dan harkat manusia; menghormati dan menjaga fitrah kemanusiaan dan mengembangkan sumber-sumber kekuatan dan keistemewaan yang ada dalam diri insan.
Para pemikir yang insaf dan pakar-pakar Barat di berbagai disiplin ilmu pengetahuan telah melemparkan kritikan tajam dan teguran yang sangat keras terhadap peradaban dan kebudayaan mereka sendiri, kerana ianya sangat mengutamakan kebendaan dan mengenepi kan nilai-nilai kemanusiaan.
Penilain dan kretika seperti ini patut mendapat perhatian dan sokongan, oleh itu kita patut berusaha menjadikan kebudayaan dan peradaban kita sebagai satu peradaban yang mengambil berat nilai-nilai kemuliaan manusia dalam realiti kehidupan yang sebenar dalam masyarakat dan negara kita. Usaha yang bersungguh-sungguh harus diterapkan untuk  mem- berikan tempat dan laluan yang wajar kepadanya dalam kehidupan rohani dan pemikiran, sehingga  ia dapat melakukan tugasnya dengan selesa dalam rangka membina dan memba- ngun manusia Muslim yang berkualiti.
Kemodenan bermaksud: Seorang manusia mesti hidup pada masa dan zamannya dari segi pemikiran, sikap, nilai-nilai, perilaku dan pandangan hidup; dalam segi kemenangan dan kekalahan di medan persaingan. Ia mesti ikut berkecimpung dalam aktiviti masyarakat. Bergerak, melangkah dan berfikir seperti mereka. Ia tidak boleh hidup di dalam keterasingan dengan kenangan, pemikiran, gambaran, adat kebiasaaan, nilai-nlai, syi’ar-syi’ar, berkeya- kinan dan kepercayaan di masa lampau yang boleh jadi sesuai ketika di masa dahulu dan tidak sesuai lagi  di masa kini.
Jadi, intipati pengertian kemodenan adalah: “Menjalani kehidupan sesuai dengan tuntutan keadaan manusia yang hidup di masa kini, bukan dengan manusia yang telah lama meninggal dunia”. Hidup sesuai dengan situasi dan kondisi  semasa, bukan dengan kenangan di masa silam.
Unsur pertama yang terpenting bagi mencapai makna kemodenan yang sebenar adalah: Kita  wajib memahami keadaan “zaman” yang sedang  kita tempuhi sekarang ini secara terperinci, benar dan mendalam. Kerana, jika kita tidak mengerti dan tidak mengenal “wajah zaman” kini dengan sebenar dan mendalam, maka akan mengakibatkan terjadinya perkara yang sangat buruk.
Sebagai contoh, seorang pakar perubatan  yang mencadangkan ubat yang mahal untuk seorang pesakit, namun dia tidak melakukan pemeriksaan  dan ‘diagnoses’ yang teliti yang benar kepada pesakitnya terlebih dahulu. Boleh jadi ubat tersebut akan menambah buruk keadaan si pesakit  atau juga menyebabkan kematiannya.
Di antara salah satu ciri-ciri zaman moden ini ialah “zaman pemeliharaan dan penjagaan hak-hak manusia.” Kita tidak akan diiktiraf sebagai manusia moden jika kita tidak menjaga dan mengakui hak-hak insan dalam perlembagaan dan undang-undang sama ada di institusi-institusi kerajaan ataupun swasta. Kita wajib menghormati  dan menjaga hak-hak orang lain dan menanamkan sikap seperti  ini kepada para generasi muda, bangsa dan para pemimpin kerajaan, khususnya hak-hak kaum mustad’afin dan orang-orang miskin.
Hak-hak manusia yang mesti kita jaga dan pelihara adalah: Hak-hak seorang individu terhadap masyrakat; hak rakyat terhadap para pemimpin kerajaan; hak orang-orang miskin terhadap orang-orang kaya; hak kaum buruh terhadap para majikan; hak kaum wanita terhadap kaum lelaki; dan hak-hak anak-anak terhadap orang tua.
Hak-hak lainnya ialah menjaga dan memelihara harkat dan maruah diri dalam hubungan dengan sesama insan dari berbagai kelompok dan golongan, supaya harga diri, maruah dan harta benda yang menjadi miliknya terjaga dan terpelihara daripada gangguan pihak lain yang tidak bertanggungjawab baik daripada golongan yang lebih kuat dan lebih berkuasa.
Apakah harta yang paling mahal dan penting di alam kehidupan ini? Adakah ia intan berlian, emas dan jamrut? Adakah ia terletak kepada  keadaan hidup serba mewah yang mempunyai rumah banglo yang besar dan beberapa buah kereta. Kekayaan dunia penting tetapi  dengan syarat iman itu harus dibentingi oleh ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Harta yang paling mahal ialah harga diri atau maruah diri yang wajar manusia memeliharanya lebih utama daripada agenda-agenda dunia yang akan mengkufurkan manusia dari kesucian beragama. Orang yang mempunyai harga diri jika ditempatkan berkerja di mana sahaja akan menunjukkan kejujuran dalam melaksanakan tugasnya. Budaya rasuah tidak akan mempengaruhi jiwanya kerana mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi.
Kemuliaan hidup seseorang itu tidak bersandarkan kepada kekayaan materialnya tetapi kekayaan budi perkertinyalah yang dipandang lebih mulia. Antara sebabnya ialah untuk memperolehi harta yang banyak memerlukan model yang tinggi berbanding dengan mempunyai harga diri serta maruah yang tinggi dan keperibadian yang mulia tidak memerlu kan model untuk memperolehinya.
Kemiskinan dalam hidup bukannya satu barometer yang merendahkan maruah diri seorang insan dalam hidup ini. Budi perkerti yang  unggul serta gigih berkerja untuk menseimbangkan ekonomi dan arus pembanguna semasa adalah faktor yang setiap manusia wajar menciburkan diri. Kerana rajin beribadah akan sentiasa mendapat keedhaan dari Allahs.w.t.
Manusia yang mempunyai harga diri yang tinggi lagi mulia dalam segenap muamalat- nya ialah Baginda Rasul Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasallam. Baginda digelar oleh setiap lapisan masyarakat termasuk musuh beliau sendiri sebagai al-amin kerana kejujuran dan keikhlasan-nya dalam melaksanakan segala aktiviti kehidupan amat sangat dikagumi.
Beliau mempunyai harga diri yang amat tinggi walaupun hidupnya serba sederhana. Imannya yang menguatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak ada tolak bandingnya.
Akhlak Baginda Rasul Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan contoh yang unggul bagi seluruh umat manusia di alam kehidupan ini. Baginda diutus Allah ke dunia untuk memperbaiki akhlak manusia serta membetulkan ufuk pemikiran setiap insan dilandasan yang digarisbawahkan oleh Islam sebagai agama yang diredhai Allah s.w.t..
Fakulti akal dalam diri manusia mempunyai dua fungsi iaitu dari sudut jasmani fungsi akal merujuk fungsi yang dijalankan oleh otak dan sudut rohani pula, akal bertanggungjawab terhadap proses persepsi, pemahaman, penakulan, pemikiran dan pembinaan skim ilmu.


Dengan akal, manusia dapat berfikir tentang baik buruknya sesuatu  perkara, mengatasi konflik kognitif, dan meneliti perubahan dalam persekitaran sehingga dapat mengambil manfaat darinya. Pada asasnya akal terdiri daripada bahan kerohanian yang membolehkan roh rasional mengenali dan membezakan kebenaran daripada kebatilan.
Dalam fakulti akal, terdapat satu proses penting yang dikenali  sebagai fikir. Konsep fikir merujuk aktiviti renungan (refleksi) atau  penyoalan dalaman yang rasional dan kritis. Melalui fikir, roh manusia bergerak ke arah memperoleh makna tentang sesuatu objek pengetahuan. Perolehan makna atau ketibaan roh kepada makna tentang sesuatu itu pula adalah melalui  proses intuisi yang berlaku dalam kalbu.
Dalam konteks ini, perkaitan antara akal dengan kalbu dapat dilihat dengan jelas. Akal berfungsi membina skim melalui tiga proses asas, iaitu penglibatan aktif, fikir (refleks) dan pengabstarakan, manakala kalbu pula berfungsi mengembangkan skim ilmu  menjadi ilmu melalui proses intuisi atau ilham.
Antara akal dengan berfikir, akal adalah salah satu tabi’at semulajadi  dalam kejadian manusia, yang merupakan salah satu gejala daripada haqiqat kemanusiaan. Gejala ini membuktikan adanya suatu alat anggota yang  dapat melahirkan tugas  berakal dan berfikir, seperti juga anggota lain yang terdapat dalam diri  manusia.
Akal dianalogikan sebagai rasul dalam diri individu. Kehadiran akal dan iman kepada Allah dalam jiwa manusia menjadikannya insan yang berqualiti. Dalam sistem pengurusan pendidikan, kecemerlangan dalam pengurusan yang terletak bukan sahaja kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi yang terkini dan canggih tetapi juga kepada kualiti manusia yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas.
Islam mengingkari sikap orang-orang yang  jumud, vakum dan tidak memiliki inisiatif dan daya inovatif di dalam kehidupan ini. Bahkan Al-Qurannul Karim menegur dan menging
kari sikap ‘pak turut’ ummat terdahulu yang hanya mampu ‘mengikut’ dan ‘mengekor’  cara kerja dan berfikir nenek moyang. Firman Allah Ta’ala, bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “ikutlah apa yang telah  diturunkan Allah,” mereka menjawab “(tidak), tetapi kami hanya mengikut  apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. (Apakah mereka akan mengikut juga), walaupun nenek moyang  itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat  petunjuk”. (Surah Al-Baqarah: 170)
Baginda Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam menasihatkan umatnya untuk sentiasa berkerja, berjuang dan berusaha dengan penuh semangat demi menyinarkan maruah diri dalam arus perubahan pembangunan semasa.
Sabda Baginda yang bermaksud: “Carilah akan apa-apa yang bermanfaat untukmu, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah semangat. Jangan pernah berkata: “Jikalau aku berbuat begitu pasti akan dapat begini, tetapi ucapkanlah “Semuanya yang terjadi sudah ketentuan Allah; Dia berbuat apa yang dikehendaki-Nya, kerana sesungguhnya kalimat “Jikalau”itu membuka pintu-pintu perbuatan syaitan”. (Haditah riwayat Imam Muslim dalam Kitab “ al-Qadr dan Abu Hurairah r.a.)
Seorang Mukmin yang kuat dituntut untuk hidup sesuai dengan keperluan zaman dan sentiasa mempersiapkan diri dengan bekalan yang cukup menyahut cabaran masa hadapan. Sebahagian ulama salaf berkata yang bermaksud: “Allah Ta’ala menyayangi seseorang yang mengenali keadaan zamannya dan berpegang teguh dengan prinsipnya diperjalanan hidup ini”. (Diriwayakan oleh Imam al-Suyuti di dalam kitabnya “Al-Jami’al- Sanghir” dari Ibn Abbas r.a)
Peliharalah maruah diri sebagai martabat kemanusiaan. Islam adalah agama ilmu. Al-Qur’an adalah kitab ilmu dan ayat pertama diturunkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wasalam ialah berkenaan dengan ilmu. Firman Allah yang bermaksud (terjemahan): “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.” (Al-Alaq: 1)
Al-Qur’an telah menjadikan ilmu sebagai asas perbezaan antara manusia. Memelihara maruah diri wajar berlandaskan ilmu. Selain itu, Al-Qur’an juga menjadikan orang-orang yang berilmu sebagai orang-orang yang bersaksi kepada Allah dengan ketauhidan bersama para malaikat. Allah berfirman surah Ali-Imran ayat18 yang bermaksud (terjemahan):
“Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan melainkan-Nya, yang menegakkan keadilan, Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tiada Tuhan melainkanNya, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Ali Imran: 18)
Orang yang berilmu adalah orang-orang yang paling takut kepada Allah serta bertakwa kepadaNya. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Fathir: 28 yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya  hanyalah orang-orang yang berilmu.”
Tidak ada orang yang takut  kepada Allah kecuali orang yang mengenali Allah.  Allah

s.w.t. hanya dapat dikenali berdasarkan kepada kesan-kesan kekuasaan dan rahmatNya terhadap makhluk. Lantaran itu, kenyataan bahawa manusia berilmu sahajalah yang takut kepada Allah telah dibuktikan  di dalam konteks ayat dalam al-Qur’an surah Fathir: 27-28 yang membicarakan  tentang kekuasaan Allah terhadap alam semesta.

No comments:

Post a Comment