(Disiarkan pada 8. 2. 2014)
Fenomena
alam kehidupan sentiasa menguji kepekaan manusia berfikir menangani ibadah yang
dilaksanakan, kerana hidup ini sedemikian wajah alam pembangunannya. Tidak ada
yang mudah dalam mewujudkan pembangunan kerana Allah bentukkan alam kehidupan
dalam keadaan sedemikian rupa, yang semuanya
berpasangan.
Firman Allah surah Az-Zariat ayat
49 yangbermaksud (terjemahan): “Dan
segala apa yang kami ciptakan ada
pasangan-pasangannya, mudah-mudahan kamu beringat”.
Segala sesuatu yang berada di alam ini dijadikan oleh Allah
keadaannya berpasang-pasangan atau ada lawannya sepertinya: lelaki pasangannya
perempuan, langit pasangannya bumi, matahari pasangannya rembulan, tanah rata
kawannya pergunungan, musim sejuk lawanya musim panas, manis lawannya masam,
cahaya terang lawannya suasan gelap dan sebagainya yang dapat kita saksikan.
Fenomena lain juga dapat kita
saksikan berpasangan seperti susah dan senang, baik dan buruk, cantik dan
hodoh, berat dan ringan, cepat dan perlahan, kecil dan besar dan dalam dan
cetik dan sebagainya adalah fenomena alam kehidupan yang terpaksa ditangani
oleh setiap insan dalam melaksanakan ibadah kerana Allah. Kesudahan destinasi
manusia di alam kehidupan juga Allah s.w.t. sediakan dua tempat. Tempat yang
baik dan sempurna bernama syurga dan tempat yang tidak baik dan menyeksakan
benama neraka.
Allah wujudkan alam kehidupan mempunyi tamsil kepada pembangunan kehidupan
di alam dunia. Allah tidak wujudkan sesuatu makhluk tanpa tujuan dan
kemanafaatannya kepada kehidupan maka itu manusia wajar mencari dan menemukan
tujuan berkenaan untuk diterjemahkan kepada pembangunan kehidupan.
Menanam padi ditamsilkan sebagai satu ibadah bagi memenuhi keperluan
hidup di alam dunia kelak akan meneruskan perjalanan hidup di alam akhirat
sebagai distinasi mutlak setiap insan. Padi diperlukan sebagai makanan asas kepada
manusia untuk hidup dan bertenaga melaksanakan ibadah kerana Allah sebelum (roh)
beralih kehidupan di alam barzakh untuk penantian datangnya hari kebangkitan sebelum
menuju ke alam akhirat.
Manakala menanam rumput ditamsilkan
sebagai ibadah dunia semata untuk memenuhi keperluan hidup makhluk lainnya seperti
haiwan yang menjadi aset dalam pembangunan manusia. Rumput juga ditamsilkan
sebagai ujian bagi manusia melaksanakan ibadah kerana jika rumput dibiarkan
tumbuh bersama padi maka pertumbahan padi akan terbantut kerana segala makanan
dalam tanah diperlukan oleh rumput juga yang ingin hidup bersama.
Kedua-dua makhluk, padi dan rumput,
kehidupanya agak berbeza antara satu
sama lain. Padi, jika tidak diusahakan oleh manusia untuk menanmnya tidak akan
tumbuh, manakala rumput tidak perlu ditanam ia akan tumbuh dengan sendirinya.
Di mana sahaja terdapat lapangan tanah, rumput akan tumbuh dikecuali di padang
pasir dan di atas batu yang tidak ada tanah di situ. Walau di dalam air
sekalipun rumput tumbuh seperti yang terdapat di tepi-tepi laut dan juga di
sungai-sungai.
Kehadiran rumputlah membuat hidup ini
sentiasa diuji oleh Allah untuk melihat semangat makhluk manusia melaksanakan
ibadah untuk kelangsungan hidup berwawasan. Disebalik kewujudan rumput dalam
kehidupan, ia juga memaksa manusia untuk memahami falsafah kehidupannya mengapa
Allah wujudkan makhluk rumput dalam kehidupan manusia.
Risalah pertama yang diturunkan Allah
dari langit yang diterima oleh manusia (Muhammad) melalui Malaikat Jibril ialah
“baca”. Allah memerintahkan manusia untuk membaca alam kehidupan demi mengenali
dirinya kelak mendekatkannya kepada kekuasaan Allah s.w.t. yang mewujudkan alam
ini bersama dengan segala makhluk lainnya yang hidup di dalamnya.
Perintah membaca oleh Allah kepada
manusia mempunyai makna yang luas. Membaca alam kehidupan menjadi agenda utama
bagi manusia sebagai khalifah Allah untuk memakmurkannya. Dalam kehidupan ini
Allah wujudkan dua dokumen penting bagi manusia untuk membacanya demi
kelangsungan hidup bertamadun.
Dokumen pertama ialah membaca ilmu Allah
yang terucap oleh-Nya, iaitu al-Quranul Karim yang diterima oleh manusia
(Muhammad) melalui Malaikat Jibril. Dokumen kedua ialah membaca alam ini dengan
segala isinya termasuklah makhluk-makhluk yang hidup mahupun yang tidak hidup.
Makhluk yang tidak hidup termasuklah air
berbagai jenis seperti air minum, hujan, air laut, petrol, dan kemia. Udara
yang mengandungi berbagai jenis gas seperti oksijen, karbon dioksida,
hyadrogen, helium. Logam bermacam jenis seperti intan belian, emas, tembaga,
perak, besi. Batu yang bermacam kategori seperti yang besar, kelikir dan halus
seperti pasir, tanah yang mengandungi
bermacam-macam elemen yang ada kemanfaatan kepada kehidupan makhluk yang ada
dibumi ini seperti rumput, dan segala jenis tumbuh-tumbuhan. Haiwan berbagai
jenis juga yang hidup dalam tanah seperti cacing, kuman dan sebagainya.
Makhluk yang hidup seperti manusia,
binatang atau haiwan berbagai jenis termasuklah jenis herbivorous, Omnivorous
atau omnivor, carnivorous atau karnivor (maging). Ikan bermacam jenis yang
hidup di dalam air sungai dan laut dan
sebagainya semuanya ini adalah bahasa alam yang wajar dibaca dan difahami oleh
manusia.
Mengambil ikhtibar kehidupan rumput ia
mempunyai falsafah yang sesuai kepada pembangunan manusia. Pepatah pujangga
mengatakan: Hiduplah seperti rumput yang tidak mempunyai resiko yang tinggi
dari ditiup angin kencang tetapi bersedialah dipijak-pijak manusia serta haiwan
yang lalu lalang dan menerima najis yang dibuang oleh haiwan tersebut.
Jika mahu hidup sebagai seorang kaya
atau orang kenamaan dipersilakan tetapi bersedialah menerima resikonya
seperti hidupnya sepohon pokok yang
tinggi melangit tetapi resikonya amat tinggi apabila tumbang ditiup angin
kencang. Pepatah Melayu mengatakan “besar periuk besar keraknya” memberi erti
hidup seorang kaya semestnya banyak juga tanggungan dan resikonya.
Dalam mewujudkan pembangunan kita juga
akan mengalami berbagai sesiko yang menyulitkan perjalanan hidup. Ini
disebabkan manusia sentiasa dicuragi oleh iblis dalam perlaksanaan berbagai
ibadah kerana Allah. Dengan pada itu juga Allah akan sentiasa menguji kesabaran
serta ketabaan hati manusia sebelum mendapat keredhaan Allah s.w.t..
Hidup di dunia sememangnya sentiasa
diselimuti dengan kesukaran apabila kita melakanakan agenda pembangunan. Selain
dari melaksnakan agenda kehidupan, manusia juga sentiasa berhadapan dengan
kedatangan derita yang tidak diundang memudertakan perlaksanaan ibadahnya.
Antaranya ialah keadaan badan yang
kurang sihat dan bertenaga kerana sakit. Kita merujuk kepada pakar perubatan
tetapi kita perlu wang untuk mendapatkan obat yang diperlukan. Untuk
mendapatkan wang amat sukar bagi sesetengah orang dan kadang-kadang kesulitannya
seperti memasukkan unta ke dalam lobang jarum.
Orang yang berkeluarga mempunyai
tangungan resiko yang amat berat untuk melaksanakan pembangunan keluarga
terutama sekali kepada mereka yang mempunyai ramai anak. Mereka perlu biayaan
persekolahannya yang besar disamping menjaga kesihatan mereka termasuklah
menyediakan makanan serta kainbaju mereka.
Sebenarnya, di sebalik falsafah yang dibayangkan
dalam konotasi: “jika kita tanam padi rumput tumbuh sama; tetapi jika kita
tanam rumput mustahi padi akan tumuh sama,”
mempunyai makna yang lebil sofistikated dan menyeluruh mengenai alam
kehidupan. Agenda tersebut memfokoskan
kepada perlaksanaan ibadah di alam kehidupan manusia sebagai pemakmur alam untuk
mendapatkan imbalan kepada kemanfaatan hidup di akhirat kelak.
Hidup beragama (Islam) menjadi kewajiban
pada setiap insan sebagai pemain dalam kelangsungan hidup di alam dunia sebelum
beralih kepada kehidupan di alam akhirat kelak sebagai distinasi mutlak yang
disediakan oleh Allah Suhanahu Wa Tallah. Kehidupan dunia- lah yang menjadi
medan pertempuran manusia mengejar kehidupan yang bersifat bahagia dan
menyenangkan.
Walau bagaimana pun pemberatan ibadah
kepada alam akhirat akan dengan sendirinya dunia terbela. Tetapi jika dunia
diberi keutamaan berbanding akhirat maka kepincangan hidup akan berlaku kerana
dana pahala untuk akhirat tidak akan menjelma. Di situlah pembangunan rohani
tidak mendapat apa-apa dari segi kebajikannya.
Bilamana manusia melalaikan tugasnya di
atas bumi ini, nescahaya Allah s.w.t. akan menurunkan kepadanya azab yang
pedih. Sebaliknya apabila mereka dapat menjalankan segala tugas dan
tanggugjawabnya itu dengan sempurna, nescaya Allah s.w.t. penganugerahan yang utama dan mulia.
Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai
makhluk yang teristemewa dan mulia berbanding dengan makhluk yang lain. Firman
Allah yang bermaksud (terjemahan):
“Dan
sesungguhnya Kami telah memuliakan manusia dan Kami tempatkan mereka di daratan
dan di lautan, serta Kami berikan mereka rezeki daripada barang yang baik-baik serta Kami lebihkan
mereka daripada kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan sebenar-benar
kelebihan.” (Al-Isra’:
70)
Di permulaan ayat ini Allah menyebut
tentang kemuliaan manusia dan di akhir
ayat tentang kelebihan yang dikurniakan kepada manusia. Maksud kemuliaan di sini, iaitu Allah menjadikan manusia lebih mulia daripada haiwan kerana diberi akal, boleh bertutur
kata, pandai menulis, dan melukis serta bagus pula rupa dan bentuk tubuh badannya.
Dan maksud kelebihan pula, iaitu Allah menjadikan manusia berkelebihan kerana dengan
akal dan kefahamannya dapatlah dia memperbaiki kepercayaan atau
iktikadnya dengan betul serta memperbaiki budi pekertinya menjadi mulia.
Kelebihan ini hanyalah dikira daripada kalangan orang-orang mukmin sahaja,
sedang orang kafir tidak dikira ada kemuliaannya disisi Allah s.w.t..
Penganugerahan akal kepada manusia
adalah suatu hadiah yang paling berharga sekali dan tidak dapat dinilai, tanpa
akal manusia tidak dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah s.w.t. dan
manusia adalah sama dengan binatang
Dengan akal manusia dapat berfikir dan
bertindak sesuai dengan tugas sebagai hamba Allah s.w.t.. Akal juga merupakan
alat bagi seseorang manusia untuk dapat
menilai sesuatu dan meggunakannya untuk manfaat umum. Segala rahsia yang selama
ini terpendam dan tersembunyi dapat dibongkar oleh manusia. Inilah dia hikmah Allah s.w.t. menjadi seluruh makhluk ini tidak sia-sia.
Untuk mengetahuinya manusia perlulah mengkaji
dan menyelidik, akan tersingkaplah rahsia-rahsia tersebut. Inilah dia peranan
akal yang menemukan sesuatu itu dengan hakikat kejadianya, manusia akan kagum
terhadap hikmah dan kebijaksanaan ciptaan Allah Subhanahu wa Tallah.
Allah bekalkan manusia dua rasul; iaitu
rasul yang diutus-Nya dan rasul dalam diri seseorang iaitu akal. Allah s.w.t.
menyarankan kepada manusia supaya menggunakan akal ini mengikut landasan yang telah digariskan olehNya.
Firman Allah s.w.t. surah An-Nahl ayat 78 yang bermaksud (terjemahan):
“Allah
telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu sedangkan kamu tidak mengetahui
sesuatu. Lalu Allah jadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati (akal)
supaya kamu bersyukur.”
Allah s.w.t. seringkali menggesa supaya
manusia menggunakan akalnya. Akal yang digunakan tidak mengikut aturan yang
sepatutnya atau tidak menggunakan akal yang diberikan itu adalah suatu
kesalahan yang besar dan dapat menjauhkan dirinya ke jurang kebinasaan. Apa
yang sepatutunya, akal haruslah
diarahkan untuk mengkaji dan menilai kekuasaan Allah s.w.t. bagi menguatkan
lagi akidah tauhid dan keimanan kepada Allah s.w.t.
Alam Haiwan dan burung menyerupa alam
manusia. Allah berfirman surah Al-An’am ayat 38 yang bermaksud (terjemahan): “Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di
bumi dan binatang yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan umat (seperti)
kamu”.
Dalam ayat ini Allah menggambarkan
kumpulan haiwan dan burung sebagai umat. Ia menyerupai kita dari segi mempunyai
akal untuk mentadbir sesuatu. Ini adalah hakikat saintifik yang diiktiraf oleh
ilmu sains. Sesungguhnnya kumpulan haiwan mempunyai hubungan kemasyarakatan
yang erat. Ada di antara kumpulan tersebut
hidup dalam sistem pemerintahan beraja yang mempunyai undang-undang
tetap, sepertimana semut, lebah dan lain-lain.
Hakikat yang dinyatakan oleh al-Quran
ini tidak ragu-ragu lagi menjadi salah satu mukjizat al-Quran. Hakikat ini
diakui oleh sains hanya setelah dibuat kajian mendalam pada binatang-binatan
dan burung-burung.
No comments:
Post a Comment