(Disiarkan
pada 15. 2. 2014)
Memahami
ciri-ciri pembangunan insan wajar bermuara dari disiplin hubungan manusia dengan dunia menurut
pandangan Islam. Agendanya wajar berlandaskan kepada keseder- hanaan antara kehendak rohani dengan jasmani. Islam tidak melarang seseorang mengguna kan
kebendaan selama diperolehinya kebendaan itu dengan cara-cara yang betul. Banyak terdapat ayat Al-Quran
yang memberi galakan untuk mendapatkan kedudukan yang baik dalam kedua-dua
bidang, rohani dan kebendaan secara bersama.
Allah berfirman surah Al-Qasas:77
yang bermaksud (terjemahan): “Dan carilah
pada apa yang telah dianugerah oleh Allah kepada kamu (kebahagiaan) di akhirat,
dan janganlah kamu melupakakan bahagian
kamu dari (keni’matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain)
sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu”.
Islam
mengharuskan seseorang berhias dan mengambil faedah daripada benda-benda yang
diinginkannya dengan syarat ia melakukannya secara sederhana. Firman Allah
surah Al-A’raf: 31 -33 yang bermaksud (terjemahan):
“Hai anak Adam, pakailah pakaian
yang indah pada setiap (memasuki) masjid. Dan makan dan minumlah, tetapi jangan
berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
berlebih-lebihan. Katakanlah, “Siapakah yang mengharamkan perhiasan daripada
Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pula
mengharamkan) rezeki yang baik”. Katakanlah, “Semuanya itu (disediakan) bagi
orang-orang yang beriman (dan orang-orang yang tidak beriman) dalam kehidupan
dunia, semata-mata bagi orang-orang yang beriman di hari kiamat. Demikianlah
kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui”.
Allah
menitik-beratkan supaya menghiasi diri, adalah mengajar manusia bertamadun dan
tahu akan kesopanan dirinya terutama pada masa menyembah Allah, yang
seolah-olahnya memberikan gambaran bahawa manusia itu sebelum tahu menciptakan
pakaian misalnya mereka yang tinggal di gua-gua dan hutan-hutan adalah hidup
dalam keadaan bertelanjang. Namun demikian oleh kerana mereka ada perasaan
malu, maka semundur-mundur bangsa
manusia mahu juga ia bercawat dengan daun kayu atau kilit binatang yang
telah diburuhnya, untuk menutup kemaluannya. Inikan pula manusia yang telah
bertamadun dan maju seperti sekarang ini, sudahlah selayaknya mereka di samping
menutup auratnya hendaklah meng- hiasi
pula akan dirinya.
Sebabnya ayat ini diturunkan,
mengikut kata Ibnu Abbas (r.a.): Adalah orang-orang Arab jahiliah mengerjakan
tawaf berkeliling Kaabah dengan bertelanjang. Orang lelaki pada waktu siang dan
kaum perempuan pada waktu malam. Mereka berkata: Kami tidak mahu tawaf dengan
pakaian yang mengandungi dosa kami kepada Allah. Maka turunlah ayat ini.
Allah menyuruh Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan kepada orang-orang Arab jahiliah yang
tawaf dengan bertelanjang itu: Siapakah yang melarang kamu mempergunakan perhiasan yang Allah jadikan
untuk makhluk-Nya supaya kamu pakai dan berhias diri dengannya pada masa kamu
tawaf dan sebagainya? Allah tidak ada membuat yang demikian itu.
Di zaman moden ini remaja
perempuan tidak menganggap menutup aurat itu sebagai syariat tetapi lebih
kepada fesyen atau perhiasan untuk mencantikkan jasad sebagai tuntunan awam.
Menutup aurat direka sedemikian rupa yang lebih memperlihatkan bentuk badan
daripada menutup aurat yang bersifat kesopanan.
Berpakaian dengan bertudung melambangkan
kesucian dan kecantikan Islam tetapi malangnya kesucian tersebut dicemari oleh
bahagian badan yang lain yang ditutup bagikan membungkus buah nangka! Ciri-ciri
pembangunan di situ tidak menampakkan ketamadunan
hidup
seperti yang dinyatakan Allah dalam firman-Nya yang tersebut di atas.
Membentuk akhlak manusia biarlah
dari rebungnya tetapi jika masyarakat di mana anak itu membesar tidak ada
ciri-ciri yang mendidiknya sebagai insan yang bersopan, tahu malu dan
bertamadun maka jangan hairanlah masyarakat remaja sekarang, gejala-gejala
sosial tumbuh bagikan kulat di pagi hari selepas ditimpa hujan semalaman.
Ada anak-anak apabila didaftar
belajar kesekolah pada kali pertamanya menjadi kelangkabut kerana tidak tahu
siapakah ia harus memanggil bapa yang menjadi bin atau binti dalam daftar
kemasukan sekolah. Bolehkan nama bapanya
sebagai “telanjur” atau yang lebih sesuai lagi dicatat sebagai bin
“ramai-ramai”!
Pada suatu ketika penulis bertemu
dengan salah seorang pegawai perubatan hospital Keningau baru-baru ini.
Berbincang mengenai akhlak para remaja pegawai berkenaan amat kesal terhadap
pembangunan remaja masa kini. Lalu beliau bertanya kepada penulis apakan
pandangannya mengenai masyarakat remaja masa sekarang? Penulis memberi gambaran
dengan singkat dan jelas menyatakan bahawa budaya malu itu tidak bersama lagi
dengan masyarakat remaja.
“Makna dasar malu adalah
mencegah, lalu diguna dalam erti kata lain iaitu menahan. Yang dikatakan dengan
mencegah ialah kesan daripada malu. Kesan sesuatu bukanlah asalnya. Oleh kerana
mencegah termasuk kesan malu, maka galakan untuk sentiasa memiliki rasa malu
merupakan motivasi mencegah diri daripada perbuatan tercela.
Begitu juga malu
disebut kehidupan dunia dan akirat. Maka itu siapa sahaja yang tidak mempunyai
rasa malu maka ia dianggap mati di dunia dan akan menderita di akhirat. Para
pujangga mengatakan, “Hidupnya wajah
berkat sifat malu, sebagaimana hidupya tanaman berkat air.”
Berdasarkan hal demikian, hidupnya hati
atau nurani seseorang menunjukkan kuatnya sifat malu pada orang tersebut,
sebaliknya kurangnya rasa malu menandakan matinya hati dan jiwa. Kerana itu selama nurani terus hidup maka
selama itu pun akhlak malu akan sempurna. Malu
(al-baya’) ialah sifat atau perasaan
yang menimbulkan keengganan melakukan sesuatu yang rendah atau kurang sopan.
Malu merupakan ciri khas sikap manusia yang menyingkap nilai iman seseorang dan
berpengaruh bagi tinggi rendahnya akhlak seseorang.”1
(1Surianshah
Mohd Farid: Satu Kajian Analisis dan Takhru – Diploma Pengajian Islam(AlQuran
dan As-Sunnah), Kolej Universiti Islam Antara Bangsa Selangur 2010. Hlm 31-32
).
Pegawai berkenaan menceritakan
bahawa hospital Keningau telah menerima pesakit remaja (perempuan) dalam
keadaan tenat, bersama anaknya dalam
sebuah bakul. Bayi itu baru lahir tapi tidak bernyawa lagi. Plasentanya masih
bersamanya belum dipotong. Setelah disiasat oleh pihak hospital didapati anak
yang malang itu tidak punya bapa yang sah. Pandangan
penulis sepintas lalu keadaan masyarakat remaja masa kini sudah menyamai
masyarakat jahiliah masa lampau. Inilah akibat kesan dunia globalisasi atau
dunia tanpa sempadan. Gejala sosial dari negara luar dapat masuk dengan mudah
ke dalam masyarakat Malaysia terutama sekali melalui internet yang tanpa
kawalan.
Pengaruh agama tidak dapat
membendung gejala ini sebab masalahnya penyakit tersebut telah disebatikan
dengan pembangunan insan semasa dalam perut ibu lagi. Ibu mengandung, suaminya
kurang memahami ciri-ciri pembanguna insan yang bakal di lahir oleh seorang
isteri. Pepatah Melayu mengatakan: “Jika
bapa borek pasti anaknya rintik”. Jangan salahkan ibu mengandung tetapi
salahkan akhlak kedua suami isteri dalam menangani pembangunan kehidupan
keluarga.
Allah bekalkan manusia dengan
akal dan kemahiran berfikir maka jangan mengkufuri nikmat yang Allah beri.
Ilmunya Allah telah dibekalkan kepada manusia dalam dua media iaitu ilmu Allah
yang terucap seperti al-Quran dan ilmu Allah yang tercipta iaitu alam ini. Baca
dan ikhtiarkan diri untuk memahaminya. Allah tidak mencipta sesuatu dalam hidup
ini dengan sia-sia.
Membaca alam ini seperti memahami
kehidupan seekor ikan di laut. Air laut rasanya masin tetapi ikan yang hidup di
dalam air laut dagingnya tidak merasa masin. Ini menunjukkan satu analogi atau
tamsil bahasa mengenai kehidupan seorang insan. Jika kejadian insan itu semasa
di alam rahim terbentuk dari bahan yang bersih maka apabila lahir kelak insan
berkenaan akan mempunyai akhlak yang luhur.
Kalau pun ia terdedah kepada masyarakat
yang hilang harga diri dan suka menagi dadah, najis itu tidak akan mempengaruhi
akhlak anak berkenaan. Badannya merasa
jijik melihatnya dan ta’ punya kerelaan hati untuk menyentuh sekali pun
mengenai najis dadah tersebut. Allah menciptakan ikan di laut untuk manusia
memahaminya mengenai falsafah hidupnya yang boleh diterjemahkan kepada
pembangunan manusia.
Seperkara lagi yang elok diambil sebagai
panduan hidup dalam membina insan dalam rahim ibu ialah melihat mengenai amalan
seorang ibu semasa mengandung. Mengambil satu contoh seperti peristiwa yang
berlaku kepada keluarga Mohd.Yunus Ashasi di kampung Baginda, Keningau
Pedalaman atas.
Anaknya bernama Susilawati bte Mohd
Yunus, berusia empat tahun telah dijemput oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Islam
Negeri Sabah (JAHEINS) datang ke Kota Kinabalu untuk membuat persembahan
membaca surah Yassin tanpa menggunakan teks, sempena menyambut perayaan Mauludi
Rasul 1983, di hadapan khalayak ramai di padang Bandaran Kota kinabali.
Anak itu membuat persembahannya membaca
surah Yassin tanpa teks dengan mudah bermula ayat Yassin hingga akhir ayat
tanpa masalah. Hanya kecacatannya dari segi tadjuid yang agak kurang jelas
kerana logat bercakap pun belum pantas kerana usianya terlalu muda baru genap
empat tahun sahaja.
Setelah upacara tersebut selesai,
seorang pemberita tempatan menemuduga orang tua anak tersebut dan mendapati
bahawa ibunya Puan Nasilah bte Salim, semasa mengandung anak berkenaan ia (ibu)
sentiasa suka mengaji terutama sekali membaca surah Yassin. Seolah-olah membaca
Al-Quran itu bagikan mengindam kepadanya.
Demikianlah peristiwa yang menggambarkan
amalan seorang ibu semasa mengan- dung, akan mendidik anak dalam kandungannya.
Dan adalah tidak mustahil bagi seorang bapa atau suami juga jika ia mempunyai
amalan yang suci atau tabiat yang tercela, akan membentuk keperibadian anak
dalam kandungan isterinya.
Dunia ialah ujian kepada manusia.
Al-Quran menganggap kehidupan dunia sebagai menguji seseorang. Dunia menjadi
perantaraan untuk mencapai kebahagiaan akhirat. Setiap urusan dunia sama ada
urusan rumahtangga, pasar, tempat bekerja, kedai dan majlis perwakilan, semuanya
merupakan ujian-ujian yang berbeza bagi sesorang.
Ciri-ciri pembangunan manusia tidak
terkecuali dari menempuhi ujian Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. dalam surah
Al-Angkabut: 2 – 3 yang bermaksud (terjemahan):
“Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedangkan mereka
tidak akan diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang
sebelum mereka. Maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”
Maksud ayat ini adalah manusia menyangka
bahawa cukuplah bagi mereka setakat mengatakan kami telah beriman? Adakah mereka tidak lagi perlu diperiksa bagi
menjelaskan sama ada mereka sebenarnya orang-orang yang benar atau pendusta?
Jadi dalam Islam, bukanlah memadai dengan hanya menjadi penganut Islam, tetapi
hendaklah dilahirkan kesan-kesan ajaran Islam itu dalam semua keadaan, sama ada
ketika susah atau ketika senang.
Semua
perkara, sama ada baik atau buruk yang menimpa diri manusia adalah menjadi
ujian bagi melahirkan kebenarannya.
Di tempat lain Allah berfirman
dalam surah Al-Mulk: 1 – 2 yang bermaksud (terjemahan):
“Maha suci Allah yang di tanganNyalah segala kekuasaan, dan Dia Maha
Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji
kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya”.
Pandangan hidup
seperti ini adalah menjadi pendorong utama seseorang untuk maju, ia juga
menjadi pendorong yang kuat untuk seseorng itu berjihad melawan keburukan atau
kekejian yang diinginkan olehnya. Pandangan seperti ini mengubahkan sebahagian
daripada pandangan agama lain yang menganggap bahawa penganut agama tidak perlu
berjihad menentang keburukan.
No comments:
Post a Comment