Saturday, February 22, 2014

UNSUR JASMANI DALAM PEMBANGUNAN INSAN

 (Disirkan pada 22.2.2014)
Manusia adalah sejenis makhluk ciptaan Allah yang terbentuk daripada cantuman roh yang besifat ghaib dan kekal dengan jasad yang bersifat nyata dan sementara. Roh mempunyai empat fungsi yang utama, iaitu kalbu, akal, jiwa, dan ruh. Jasad pula merupakan alat yang digunakan oleh roh untuk menjalani kehidupan di dunia.
               Roh dicipta oleh Allah dahulu daripada jasad dan ia sudah mempunyai beberapa pengetahuan kerohanian sebelum bercantum dengan jasad. Selepas roh bercantum dengan jasad, terdapat empat unsur asas yang membentuk  ciri semula jadi manusia, iaitu unsur syahwat, unsur marah, unsur kesyaitanan dan unsur ketuhanan.
Unsur syahwat berkait dengan keperluan fisiologi, unsur marah berkait dengan keperluan keselamatan, dan unsur ketuhanan berkait  dengan keperluan psokologi. Manakala unsur kesyaitanan pula tidak berkait dengan sebarang keperluan asas, tetapi boleh melahirkan sifat buruk seperti menipu, mungkir janji, dan bercakap bohong. (Nik Aziz Nik Pa 1999)
Manusia mempunyai potensi kekuatan dan kelemahan yang tertentu. Mana-mana kekuatan atau kelemahan akan berkembang subur dengan banyak berdasarkan kepada beberapa faktor seperti jiwa manusia, corak asuhan, kualiti pendidikan, persekitaran fisikal dan persekitaran sosio-budaya.
Satu kekuatan asas yang ada pada manusia ialah kebolehan untuk membina ilmu, membuat pilihan hidup, dan mengurus diri sendiri. Kelemahan manusia yang paling utama ialah sifat lalai dan lupa. Sifat inilah yang menjadi punca kezaliman, kejahilan, penderhakaan dan ketidaktaatan manusia terhadap peraturan dan suruhan Allah Subhanahu Wa Talah. Itulah sebabnya manusia dinamakan insan kerana sifat pelupanya.
Melalui unsur kesyaitanan dan sifat pelupa manusia terdedah kepada bisikan syaitan, iaitu sejenis makhluk yang menjadi musuh utama manusia yang sentiasa berusaha untuk membawa manusia ke neraka. Untuk membantu manusia menjalani kehidupan duniawi dengan baik, Allah menurunkan petunjuk dalam bentuk dokumen wahyu iaitu Al-Quran dan al-Sunnah. Dengan berpandukan ilmu wahyu, pemikiran rasional, dan pengalaman yang konstruktif, manusia dapat menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi dengan baik.
Maka itu manusia yang dekat dengan Allah Subhanahu Wa Talah, syaitan tidak dapat mengganggunya. Bisikan syaitan tidak dapat mempengaruhi hati manusia yang sentiasa menghiasi hidupnya dengan ibadah kepada Tuhan. Amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wa Talah menjadi perisai manusia hidup di dunia kerana tujuan manusia diwujudkan Allah Subhanahu Wa talah ialah melaksanakan ibadah kepada Nya.
Jasad merupakan alat bagi roh dalam kehidupan duniawi. Oleh itu jasad perlu dipelihara dan dilindungi dengan baik. Manusia perlu mengambil bahan yang berfaedah dan bersuaian dengan kesihatan badan (keperluan fisiologi) dan mengelakkan diri daripada perkara yang boleh mencacatkan dan membinasakan badan (keperluan kesihatan). Kelalaian manusia menjaga dan dilindungi jasadnya, Allah akan mengambil balik kesihatan jasad. Maka itu manusia akan ditemani oleh permasalaan kesihatan. Keperluan fisiologi merupakan keperluan untuk mendapat makanan, minuman, oksigen, tidur, rehat, aktiviti fizikal, seks dan kepuasan deria.
Keperluan keselamatan merupakan keperluan untuk mengelakkan diri daripada kecederaan dan kesakitan, mendapat jaminan ketenteraman yang lahir daripada keadaan yang berstruktur, dan merasa terlindung daripada ancaman luaran dan dalaman.
Allah telah mewujudkan dua mekanisme dalam roh kehaiwanan bagi memenuhi keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan, iaitu mekanisme pendorong mengarahkan dan memfokoskan keperluan yang ditimbulkan oleh unsur syahwat dan unsur marah, manakala mekanisme penggerak pula menggerakkan anggota badan untuk mencapai pelbagai matlamat, termasuk memuaskan keperluan yang ditimbulkan oleh unsur syawat dan unsur marah.
Unsur syahwat terbit daripada sifat  kehiwanan. Unsur ini bertanggungjawab terhadap tabiat kehaiwana yang ada pada diri manusia seperti makan, tidur, dan seks. Matlamat utama unsur syahwat ialah memuaskan keperluan fisiologi. Jika dikawal dengan baik, keinginan syahwat dapat memberi  beberapa manfaat kepada manusia. Bagaimanapun, unsur syahwat mempunyai untuk mendesak manusia memenuhi keinginannya dengan bebas.
Sekiranya mekanisme pendorong dikuasai unsur syahwat, maka manusia akan melakukan perbuatan yang berunsur kehaiwanan seperti tamak, keganasan seks, pengotor, gopoh dalam tindakan, bakhil pada keperluan, tebal muka, suka belanja besar tidak kena pada tempatnya, dan golojoh.
               Al-Ghazali (1988) menyatakan bahawa syahwat perut dan syahwat jantina merupakan dua jenis syahwat yang paling banyak meruntuhkan akhlak manusia. Antara lain, beliau mencadangkan aktiviti berikut bagi mengatasi kedua-dua jenis syahwat seperti berikut:-
1.      Membiasakan diri dengan amalan puasa sukarela dan melatih diri untuk makan secara sederhana.
2.      Melatih diri untuk bertafakur (berfikir) tentang bidang ketaatan, bidang kemaksiatan, sifat-sifat yang membinasakan, dan sifat-sifat yang menyelamatkan.
3.      Membiasakan diri dengan amalan muraqabah, iaitu meneliti diri sebelum, semasa, dan selepas melaksanakan sesuatu perbuatan.
4.      Membiasakan diri dengan adab yang mulia seperti adab makan, dan minum, adab berkomunikasi, adab bergaul, dan adab berkeluarga.
5.      Membiasakan diri dengan amalan tahara, iaitu mensucikan anggota badan daripada najis dan kotoran, mensucikan anggota badan daripada perbuatan dosa, mensuci kan fikiran daripada perkara yang keji, dan mensucikan rohani daripada perkara yang batil seperti takbur, syirik, riya’, dan percaya kepada tahayul dan khurafat.
Unsur marah pula terbit daripada sifat kekerasan, kebuasan, dan kebengisan. Unsur kekerasan tidak sama sekali memberi laluan diri untuk berfikir secara logik dalam sinario keimanan. Semua hujah di pihak lain tidak difikirkan mengandungi kebenaran. Masalahnya ialah ia hanya berfikir kebenaran diri sendiri sahaja. Perkara demikian berlaku pada dirinya mungkin disebabkan falsafah pemikiran tidak dijadikan sebagai pokok untuk mencari kebenaran.
               Ciri-ciri pemikiran yang tidak dilandaskan kepada akal dan keimanan akan meng- hanyutkannya ke jurang kekerasan hati yang tidak berkompromi dengan apa sekali pun sudut-sudat kebaikan dan kebenaran. Demi menegakkan kebenarannya, ia akan membawa berbagai masalah lain yang tidak ada kaitan sama sekali tentang agenda yang merumitkan lagi kefahamannya.
               Sekiranya mekanisme pendorong dikuasai unsur mara, maka manusia akan memaparkan sifat-sifat yang ganas dan buas  seperti dengki, dendam, suka membangkang tanpa pembaikan, buruk perangai, suka bermusuh, tidak sabar, degil mempertahankan kelemahan dan keburukan diri, suka menghina dan merendahkan usaha orang lain, tamak, suka memfitnah, bercakap lucah, suka menghukum, buruk sangka, suka mencarut, dan suka mencerca.
               Ketiadaan sifat marah pada diri manusia juga dianggap sebagai sifat yang tercela kerana seorang kehilangan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang mengganggu kehormatan diri atau kehormatan keluarganya. Ini menimbulkan sifat tidak peduli ketika peribadi isterinya dihina dan dicaci oleh orang yang buruk akhlak.
               Walau bagaimana pun orang yang buruk akhlak sebenar tidak tahu diri samada dia mempunyai penyakit rohani seperti itu. Memperbaiki atau menyedarkan diri orang berkenaan adalah lebih bermanfaat daripada mempersembahkan sifat marah kepadanya. Kita balik kepada iman di mana segala sifat manusia merupakan fitrah dari Allah Subhanahu Wa Talah.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasalam pernah bersabda kepada sahabatnya Syaidina Ali apabila beliau meminta izin kepada baginda untuk membalas orang quraisy yang menyakiti baginda. Nabi Muhammad tidak membenarkan Ali untuk bertindak dengan alasan mereka (Quraisy) tidak sedar atau tidak tahu apa yang mereka buat adalah bersifat jahat. Kalaulah mereka tahu dan faham apa yang dilakukan adalah salah pasti mereka tidak berbuat demikian.
               Akal merupakan sumber kerohanian yang digunakan oleh roh rasional untuk mengenali dan membeza kebenaran daripada kebatilan. Maka itu anak yang belum baliq atau anak yang masih kecil tidak dapat mengenali dan membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Mereka tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah dengan menggunakan pemikiran mereka.
               Apabila anak itu sudah baliq atau umurnya kira-kira tujuh tahun kanak-kanak berupaya mengenali dan membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Akal dalam diri seorang insan berfungsi sebagai rasul maka pemikiran wajar dilandaskan kepada  akal untuk menimbang kebenarannya.
               Unsur ketuhanan berada dalam roh manusia semenjak mula kejadiannya. Bagai manapun, unsur ini mula berfungsi dengan jelas selepas roh bercantum dengan jasad. Unsur ketuhanan melahirkan sifat-sifat seperti suka kepada pujian, kekuasaan, pencapaian hasrat diri, apresiasi daripada orang lain, prestij, mengetahui, dan memahami. Antara lain, matlamat asas unsur ketuhanan adalah untuk memuaskan beberapa keperluan manusia seperti keperluan emosi, sosial, pencapain hasrat diri, penjernihan diri dan rohani.
               Jika mekanisme pendorong dikuasai unsur ketuhanan tanpa bimbang pemikiran rasional dan syariat Islam, maka manusia akan memaparkan tingkah laku yang negatif seperti suka kepada kekuasaan dan keitemewaan yang mutlak, mahu kebebasan berbuat segala perkara, mahu terlepas daripada ikatan sifat kehambaan, mengaku dirinya mengetahui dan menguasai berbagai-bagai ilmu, dan suka kepada pujian.
               Sebaliknya, unsur ketuhanan yang dikembangkan berpandu kepada pemikiran rasional dan bimbingan Allah yang terkandung dalam syariah Islam akan melahirkan sifat-sifat yang baik seperti cinta kepada ilmu, harga diri, yakin diri, hikmah, berusaha mempelajari hakikat segala sesuatu, berusaha menguasai urusan kehidupan dengan kekuatan ilmu dan pandangan hati, dan kasih sayang.
               Dalam keadaan seperti ini, manusa tidak akan mengabdikan diri kepada dorongan syahwat dan marah. Dengan mengawal dorongan syahwat dan mengembalikannya kepada batas kesederhanaan, maka terpancarlah sifat-sifat yang mulia dalam diri manusia seperti berdisiplin dalam setiap pekerjaan, berbudi mulia, suka kepada aktiviti yang beradab, bercita-cita tinggi, berpandangan jauh, bijaksana dalam membuat pertimbangan; cermat dalam percakapan, taat kepada perintah Allah, takwa, gembira melakukan kebaikan, kuat bekerja, cintakan ilmu yang bermanfaat, bersih fikiran, kemas dalam tindakan, dan suka bekerjasama.
               Isilah akhlak merujuk seluruh aspek kehidupan manusia seperti disiplin diri, aktiviti harian, sikap, watak, gaya hidup, corak pemikiran, perilaku, dan cara pembawaan diri dalam pergaulan sesama manusia. Akhlak yang mulia terbentuk daripada cantuman disiplin yang tinggi. Amalan yang salih, sikap yang kontruktif, pemikiran yang luas dan terbuka, pergaulan yang beradab.
               Kekuatan syahwat yang bermanfaat ialah kekuasaan syahwat yang berada di bawah kawalan akal rasional dan syarak. Kekuatan syahwat yang bermanfaat akan mendorong pembentukan peribadi yang suci, jauh dari perbuatan maksiat. Manakala kekuatan syahwat

yang tidak bermanfaat akan mendorong pembentukan peribadi yang buruk. Keburukan peribadi menggambarkan orang yang berakhlak rendah.

No comments:

Post a Comment