(Disiarkan pada 1. 3. 2014)
Beriman
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’la ialah asas kehidupan rohani. Ia juga menjadi
punca kepada semua ketenangan serta menjadi sumber kepada semua kebahagiaan.
Iman ini tidak hanya setakat beriman
bahawa ada Tuhan yang menguasai alam, tetapi dengan mengetahui kesucian Allah,
kebesaran-Nya dan melahirkan kesan keimanan ini dengan perbuatan-perbuatan yang
lahir.
Beriman kepada Allah membebaskan
seseorang daripada belenggu kebendaan. Dia tidak tunduk kepada nafsu dan tidak
mempedulikan faedah dan bahaya yang khas. Seseorang yang beriman akan berusaha
untuk dirinya, untuk bangsa dan umat manusia seluruhnya. Jadi setiap apa yang
berlaku kepada orang itu sama ada amalan
kebajikan dan pengorbanannya adalah
kerana imannya dengan Allah.
Hakikat ini disokong oleh pengalaman-pengalaman
manusia secara umum. Pada setiap kerajaan dan setiap masa terdapat manusia yang
mengorbankan dirinya untuk kebajikan dan kebahagiaan manusia seluruhnya.
Pengorbanan ini dibuat lantaran keimanan kepada Allah yang mendorongkannya
berbuat demikian.
Hakikat iman seperti ini diakui
oleh Al-Quran. Sebab itu kita lihat tiada ayat Al-Quran yang menyebut “mereka
yang beriman”, melainkan disertakan dengan “dan beramal soleh”. Ini menunjukan
bahawa keimanan wajib disertakan dengan amal soleh di mana amal soleh ini
sebenarnya adalah buah dari keimanan itu.
Sesungguhnya beriman kepada Allah
dan amal soleh melahirkan keredhaan Allah dan diberi ganjaran di akhirat.
Contoh untuk demikian ialah terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkan
seperti:
“Sesungguhnya
orang beriman dan mengerjakan amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.”
“Dan
sampaikan berita gembira kepada mereka
yang beriman dan berbuat baik bahawa bagi mereka disediakan syurga.”
“Sesungguhnya
mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan
pahala orang-orang yang mengerjakan amalannya dengan baik.” (Al-Kahfi: 30.)
Iman menjadi penghalang kepada seseorang
dari melakukan maksiat. Sebab apa juga yang dilakukan oleh manusia dan apa jua
yang lahir darinya adalah bergantung kepada akidahnya. Dengan sebab itulah
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tidak
berzina seseorang penzina sedang semasa dia melakukan zina itu dia mukmin,
tidak mencuri seorang pencuri sedang semasa ia mencuri itu ia mukmin dan tidak
minum arak oleh peminum sedang semasa ia minum itu ia mukmin.” (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Iman yang sempurna menegah
seseorang mukmin melakukan apa yang bercanggah dengan keimanannya iaitu
meninggalkan apa yang dilarang. Beriman kapada Allah akan menerangkan kegelapan
hidup kita ini. Dalam saat kegagalan, seseorang mukmin akan mengingati bahawa
dia mempunyai tempat untuk meminta
tolong iaitu Allah s.w.t. Jadi tidak ada
sebab baginya untuk berputus asa. Hatinya menjadi tenang dan peristiwa malang
yang dialamainya akan dianggap sebagai perkara kecil sahaja. Allah memberitahu
orang-orang mukmin bahawa Allah sentiasa menolong mereka. Ayat-ayat berikut
memboktikannya:
Firman Allah surah At-Taghabun:11
yang bermaksud (terjemahan): “Dan sesiapa
yang beriman dengan Allah maka Allah sentiasa memberi petunjuk atau memimpin
hatinya.”
Orang
yang beriman dengan Allah serta tahu setiap kejadian mengikut qadak Allah dan
kadarNya, nescahaya orang itu akan dikurniakan sifat sabar dan reda serta tetap
iman di dalam hatinya.
Firman Allah surah Al-Hajj : 54 yang
bermaksud (terjemahan):
“Dan
sesungguhnya Allah adalah pemimpin
orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.”
Allah itulah yang telah memberi petunjuk dan pimpinan
kepada orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya, dengan memberi
kemudahan-kemudahan untuk men- dapatkan perkara yang hak lagi benar serta jelas
lagi terang. Begitu juga dengan
menghapuskan perasaan ragu-ragu yang dibisikkan oleh syaitan ketika rasul
membaca Quran, dan memelihara dasar-dasar agama yang benar, serta beramal
seberapa yang boleh ke arah jalan tersebut.
Firman Allah lagi dalam surah
Al-Baqarah: 257 yang bermaksud (terjemahan):
“Allah pelindung
orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekufuran)
kepada cahaya (iman)
Apabila iman telah subur,
kepercayaan kepada Allah dipelihara, dijadikan didikan, disiarkan dan
dimajukan, maka Allah sendirilah yang akan memimpin umat yang beriman itu.
Sebab iman kepada Allah Yang Tunggal, tidak memberi tempat buat mempercayai
yang lain. Hubungan yang langsung dengan Allah, tidak memakai perantaraan, menyebabkan
jiwa mendapat sinar selalu dari Illahi.
Iman kepada Allah itu membawa
terbukanya akal. Iman membawanya tunduk kepada syariat Illahi dan peraturanNya.
Iman menimbulkan ukhuwah Islamiah dalam menyuburkan hidup berjemaah. Iman
menimbulkan masyarakat yang bercorak Islam. Kelak akan sangat terasa perbedaan
hidup dalam cahaya dengan hidup dalam gelap.
Firman Allah juga dalam surah An-Nahlu: 97, yang bermaksud
(terjemahan):
“Barang siapa
yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman
maka sesungguhnya akan Kami berikan
kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan
kepada mereka dengan pahala yang lebih baik apa yang telah kerjakan”.
Allah menerangkan persamaan
antara lelaki dan perempuan dalam beramal soleh akan mendapat ganjaran yang
sama, dengan syarat mereka itu orang yang beriman, sebagai tanda rahmat dan
kemurahan Allah tidak membeza-bezakan kedua orang yang berlainan jenis itu
selagi masing-masing berusaha menunjukkan kebaktian.
Maka itu manusia dalam kehidupan
ini berada ditengah-tengah gelombang dukacita dan kesusahan. Sesiapa yang tidak
beriman kepada Allah dan tidak menjadikan-Nya
sebagai tempat memohon pertolongan ketika susah maka dia adalah menjadi
manusia yang paling malang dalam hidupnya. Hal in berlainan dengan orang mukmin
yang dengan imannya, dia dapat hidup dengan baik seperti yang disyaratkan oleh
Al-Quran.
Unsur rohani dalam pembangunan
insan berteraskan kepada keimanan dan beramal soleh. Maka itu pembangunan
rohani sewajarnyalah dengan iman dan ketakwaan kepada Allah. Kelemahan manusia
dalam memahami antara pembangunan rohani dengan pembangu- nan jasmani berpaksi
kepada ilmu mengenai pembangunan yang nyata dengan pembangunan yang berbentuk
ghaib.
Pembangunan yang bersifat nyata
dapat dilihat dengan mata kepala kemanfaatannya dalam kehidupan berbeza dengan
pembangunan rohani yang bersifat ghaib, hanya iman dapat merasakan
kehadirannya. Maka begitu juga dengan pahala dan dosa individu sukar memaha-
minya tanpa kehadiran iman.
Antara tujuan kehidupan rohani
ialah menimbulkan ketenangan dalam jiwa manusia,
membuang
kesusahan hati dan keluh-kesah yang menjadi musuh utama kepadanya. Sesung-
guhnya zikrullah merupakan suatu cara yang berkesan untuk sampai kepada tujuan
tersebut.
Setengah orang mengatakan bahawa
kesusahan hati dan pergolakan jiwa tidak ada hubungan dengan jasmani atau
badan. Tetapi kajian sains telah membuktikan bahawa susah hati yang
berpanjangan dan jiwa yang sentiasa tidak
tenteram, merupakan perkara fisiologi yang melemahkan tugas-tugas serta
menampakkan berbagai penyakit ke atas mereka.
Hakikat
ini diakui Dr. Brel yang mengatakan: “Sesungguhnya
seorang yang beragama sebenarnya tidak mengalami penyakit jiwa.” Katanya
lagi: “Sesungguhnya doktor-doktor jiwa mendapai bahawa keimanan yang kuat
memberi jaminan kepada tidak berlakunya perasaan tidak senang atau penyakit
saraf, malah keimanan tersebut dapat mengubati penyakit-penyakit itu”.
Zikrullah atau mengingatkan Allah
adalah salah satu dari kesan-kesan iman. Ianya menjadi santapan rohani dan
menimbulkan ketenangan jiwa. Ini diakui oleh Al-Quran seperti dalam surah
Ar-Ra’d ayat 28 yang bermaksud (terjemahan):
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
Orang-orang yang kembali kepada Allah
itu, ialah mereka yang beriman sedang
hati mereka menjadi tenteram dan cenderung untuk mengingat Allah.
Mengingat Allah mengikut kata Muqatil–mengingat dengan Quran, yang dibaca dan
merenungkan isinya. Atau mengingat tentang adanya pahala dan rahmat Allah yang
dijanjikan-Nya, maka menjadi tenteramlah hati mereka.
Ingatlah, hanya dengan mengingat
Allah sahajalah hati orang-orang Mukmin menjadi tenteram selama-lamanya, iaitu
akan hilang segala syak dan ragu-ragu, hilang rasa bimbang gelisah, disebabkan
sinaran iman yang menerangi hati mereka.
Dengan ayat ini kepada kita
dijelaskan bahawa iman adalah menyebabkan sentiasa ingat kepada Tuhan, atau
zikir. Iman menyebabkan hati kita mempunyai pusat ingatan atau tujuan ingatan.
Dan ingatan kepada kepada Tuhan itu menimbulkan tenteram, dan dengan sendirinya
hilanglah segala macam kegelisahan, fikiran kusut, putusasa, ketakutan, kecema-
san, keragu-raguan dan duka cita.
Ketenteraman hati adalah pokok
kesihatan rohani dan jasmani. Ragu dan gelisah adalah pangkal segala penyakit.
Orang lain sukar dapat menolong orang yang meracun hatinya sendiri dengan
kegelisahan. Kalau hati telah ditumbuhi penyakit, dan tidak segera diobati
dengan Iman iaitu iman yang menimbulkan zikir dan zikir yang menimbulkan Thuma’ninah, maka celakalah yang akan
menimpa. Hati yang telah sakit akan bertambah sakit. Dan punca segala penyakit
hati ialah kufur akan nikmat Allah. (Prof. Dr.HAMKA)
Zikrullah mempunyai kesan besar
dalam pendidikan rohani. Seseorang yang meng- ingati Allah dan mengaggungkan
kebesaran-Nya, akan menjadikan hatinya khusyuk dan lembut. Perbuatan-perbuatan
yang dilakukannya semua baik belaka, sebab dia mengetahui bahawa Allah
memerhatikannya. Sedang mereka yang tidak ingatkan Allah dan tenggelam dalam
keseronokan, hati mereka keras dan akan
melahirkan perbuatan –perbuatan keji. Oleh sebab itulah Allah memberi amaran
kepada kita supaya jangan sampai kepada
keadaan yang tidak diingini ini.
Firman Allah surah Al-Hadid ayat
16 yang bermaksud (terjemahan): “Belumkah
datang waktunya bagi orang-orang yang beriman
supaya tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang
telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya
telah diturunkan al-Kitab kepada mereka. Kemudian berlalulah masa yang panjang
atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka
orang-orang yang fasik”.
Oleh kerana Islam
mementingkan zikrullah, maka ia menjadikan sembahyang itu dilengkapkan dengan zikir-zikir. Islam
menetapkan sembahyang ini mesti dilakukan lima kali dalam sehari semalam, malah
dituntut supaya ditambah pada waktu
malam yang dinamakan tahajud, sebab waktu malam jiwa menjadi bersih dan tenang
membolehkan seseorang yang berkeadaan demikian bermunajat. Inilah yang disuruh
oleh Allah.
Firman Allah dalam surah Al-Isra’
ayat 78 – 80 yang bermaksud (terjemahan):
“Dirikanlah
semahyang dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah
pula sembahyang) subuh. Sesungguhnya sebahyang
subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan Pada sebahagian malam hari
bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu,
mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: “Ya
Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku
secara keluar yang benar dan berikanlah padaku dari sisi Engkau kekuasaan yang
dapat menolong”.
Sembahyang adalah patinya ibadat.
Kerana di dalam sembahyang, seorang hamba itu menyembah Tuhannya, untuk memohon
dan merayu, serta meninggalkan segala pekerjaan dan ingatan yang lain – semata
–mata ingatannya itu ditumpukan bulat-bulat kepada Allah.
No comments:
Post a Comment