(Disiarkan 8. 3. 2014)
Islam
adalah agama Allah yang dilahirkan untuk memahami serta mentafsirkan konsep
alam ghaib. Falsafah kehidupan yang bersandarkan konsep tauhid adalah asas
kepada keimanan kepada Allah Subhanuhu Wa ta’ala, Zat yang Maha Berkuasa
terhadap kewujudan segala-galanya, samada di alam ghaib mahupun di alam nyata.
Zat Allah bersifat ghaib yang hanya dapat dicenakan kehadiran serta
kekuasaannya tentang kewujudan alam kehidupan dengan kehadiran iman pada setiap
insan.
Islam amat berbeza falsafahnya
berbanding dengan agama lain terutama sekali tentang kensep serta pemahaman
mengenai Tuhan Yang Maha Berkuasa. Islam bersandarkan konsep akidahnya kepada
dokumen wahyu yang diterima manusia (Muhammad) dari Allah dalam perantaraan
Malaikat Jibril.
Dokumen wahyu yang diturunkan
Allah kepada hamba-Nya ada empat iaitu, Kita Zabur yang diterima oleh Nabi
Daud, Kitab Taurat yang diterima oleh Nabi Musa; Kitab Injil yang diterima oleh
Nabi Isa dan Kitab Al-Quran yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad
Shallalla Alaihi Wassalam.
Kesemua dokumen tersebut
diturunkan Allah kepada manusia yang dipilih-Nya(Rasul) melalui Malaikat
Jibril. Risalah dokumen tersebut, diperanggungjawabkan kepada Rasul yang
dipilih untuk menyebarkan ajaran tauhid kepada manusia. Mereka dibekalkan Allah
dengan beberapa kekuasaan yang luar biasa dalam menjalankan amanah Allah.
Pengajaran yang dapat dipetik
dari kisah Nabi Daud seperti Allah telah memberi contoh bahawa seseorang yang
bagaimana pun besar dan pekasanya yang hanya menyandar kan diri kepada kekuatan
jasmaninya dapat dikalahkan oleh orang yang lebih lemah dengan hanya sesuatu
benda yang tidak bererti, sebagaimana Daud yang muda usia dan lemah fisikal
mengalahkan Jalout yang perkasa itu dengan bersenjatakan batu sahaja.
Seorang yang lemah dan miskin
tidak patut berputus asa mencari hasil dan memperolehi kejayaan dalam usaha dan
perjuangannya selama ia bersandar kepada takwa dan iman kepada Allah yang akan
melindunginya.
Kemenangan Daud atas Jalout tidak
menjadikan dia berlaku sombong dan takabur, bahkan sebaliknya ia bersikap
rendah hati dan lemah-lembut terhadap kawan mahupun lawan. Bersikap sabar
memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah kerana sikap sombong itu
merupakan bisikan iblis.
Sifat sabar merupakan kekuasaan
manusia menahan diri dari hasutan iblis yang akan menjerumuskan manusia ke
lembah kehinaan. Sifat sabar merupakan perilaku manusia yang berbentuk ghaib, tidak dapat dilihat mahupun
disentuh keberadaannya. Kita hanya dapat menyaksikan akibatnya.
Kepadanya Allah turunkan kitab
“Zabbur”, kitab suci yang menghimpunkan qasidah-qasidah dan sajak-sajak serta
lagu-lagu yang mengandungi tasbih dan puji-pujian kepada Allah, kisah umat-umat
yang dahulu dan berita nabi-nabi yang akan datang, di antaranya Nabi Muhammad
Shallallahu Alaihi Wasallam.
Beberapa keistimewaan yang dikurniakan
Allah kepada Nabi Daud adalah seperti berikut: Allah mengutuskannya sebagai
nabi dan rasul, mengurniainya hikmah, kesempurnaan ilmu, ketelitian amal
perbuatan serta kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan.
Allah menundukkan gunung-gunung dan
memerintahnya bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud tiap pagi dan senja.
Burung-burung pun turut bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud berulang-ulang.
Nabi Daud diberi pengertian
tentang maksud suara/bahasa burung-burung. Allah telah
memberinya
kekuatan melembutkan besi sehingga ia dapat membuat baju-baju dari lingkaran-
lingkaran
besi dengan tangannya tanpa pertolongan api. Nabi Daud telah diberi kesempatan
menjadi raja memimpin kerajaan yang kuat yang tidak dapat dikalahkan oleh
musuh, bahkan sebaliknya ia selalu memperolehi kemenangan di atas semuanya.
Nabi Daud dikurniakan suara yang
merdu oleh Allah yang enak didengar, sehingga kini ia menjadi kiasan, bila
seseorang bersuara merdu dikatakan bahawa ia memperolehi suara Nabi Daud.
Kitab Taurat adalah kitab suci
yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa ta’ala kepada Nabi Musa a.s.. Nabi Musa
merupakan Rasul yang menentang kezaliman kerajaan Firaun, yang mengistiharkan
dirinya sebagai tuhan. Ramalan dari seorang ahli nujum kerajaan, mengikut
perhitungan falaknya, seorang bayi
lelaki akan lahir dari kalangan Bani Isra’il yang kelak akan menjadi musuh
kerajaan dan bahkan akan membinasakannya.
Maka itu raja Firaun segera mengeluarkan perintah agar semua bayi
lelaki yang lahir di dalam daerah lingkungan kerajaan Mesir dibunuh dan agar
diadakan penyiasatan yang teliti sehingga tidak seorang pun dari bayi lelaki,
tanpa dikucuali, terhindar dari tindakan itu. Maka dilaksanakan perintah raja
oleh para pengawal dan tenteranya. Setiap rumah dimasuki dan diselidiki dan
setiap perempuan hamil menjadi perhatian mereka pada saat melahirkan anak.
Nabi Musa berketurunan dari Bani Isra’il
dilahir di zaman kerajaan Firaun yang zalim itu. Firaun tidak mengetahui bahawa
kehendak Allah tidak dapat dibendung dan bahawa takdirnya bila sudah berfirman
“Kun” pasti akan terwujud dan menjadi kenyataan “Fayakun.” Tidak sesuatu
kekuasaan bagaimana pun besarnya dan kekuatan bagimana pun hebatnya dapat
menghalangi atau menggagalkannya.
Sekali-kali tidak terlintas dalam
fikiran raja yang kejam dan zalim itu bahawa kerajaannya yang megah, menurut
apa telah tersirat dalam Lauhul Mahfuz, akan ditumbang
kan
oleh seorang bayi yang jestru diasuh dan dibesarkan di dalam istannya sendiri
akan mewarisi kelak oleh umat Bani Isra’il yang dimusuhi, dihina, ditindas dan
disekat kebibasannya. Bayi asuhan mereka itu ialah laksana bunga mawar yang
tumbuh di antara duri-duri yang tajam atau laksana fajar yang tumbuh menyinsing
dari tengah kegelapan yang mencekam.
Yakabad, Isteri Imran yang melahirkan Musa
atas pertolongan seorang bidan melahirkan bayinya. Kelahiran Musa dirahsiakan
oleh bidan itu. Setelah bayi mencapai usia tiga bulan, Allah memberi ilham
kepada Yakabad agar menyembunyikan bayi di dalam sebuah peti yang tertutup
rapat, kemudian membiarkan peti yang berisi bayinya itu terapung di atas Sungai Nil.
Peti itu di awasi dan diikuti oleh kakak
Musa di mana ia berlabuh. Alangkah cemasnya kakak Musa, ketika melihat dari
jauh bahawa peti yang diawasi itu,
dijumpai oleh putri raja yang kebetulan berada ditepi Sungai Nil lalu
diambilnya dan diserah kepada ibunya iaitu isteri Firaun. Langsung Firaun
memerintahkan membunuh bayi itu tetapi isterinya sangat tertarik hati kepadanya
kemudian dijadikan anak angkatnya.
Demikianlah jika Allah Yang Maha Kuasa
menghendaki sesuatu, maka dilicinkan jalan bagi terlaksananya takdir itu.
Selamatlah nyawa putra Yakabad yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi
Rasul-Nya, menyampaikan amanah wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sudah
sesat.
Musa diasuh oleh Firaun selama lapan
belas tahun, cara pemikirannya tetapi Musa sentiasa menentangnya dengan memberi
beberapa fakta agar Firaun beriman kepada Tuhan. Musa menunjukkan kekuasaan
ghaib atau mukjizat kepada Firaun seperti meletakkan tongkatnya di atas lantai lalu segera menjelma menjadi seekor ular
besar yang melata meng- hala ke Firaun mengakibatkannya ketakutan dan melarikan
diri.
Kemudian Musa memasukkan tangannya ke
dalam saku bajunya . Tatkala tangan itu
dikeluarkan
dari saku, bersinarlah tangan Musa itu menyilaukan mata Firaun dan orang-orang
yang sedang berada disekelilingnya. Walau bagaimana pun Firaun menyaksikan
semua itu dianggapnya sebagai sihir.
Maka itu Firaun menjemput ahli-ahli
sihir seluruh negara datang ke istana untuk melawan sihir Musa. Setelah
berlakunya pertandingan antara sihir-sihir negara, nyata Musa memenangi
petandingan itu dengan tongkatnya yang menjadi ular besar memakan semua
ular-ular ahli sihir yang lain. Maka semua ahli-ahli sihir tercengang dan hairan lalu beriman kepada
Tuhan dengan sujud di hadapan Musa.
Mereka berkata: Itu bukanlah perbuatan
sihir yang kami kenal yang diilhamkan oleh syaitan tetapi sesuatu yang
digerakkan oleh kekuatan ghaib yang
menandakan kebenaran kata-kata Musa dan Harun maka tidak ada alasan bagi kami
untuk tidak mempercayai risalah mereka dan beriman kepada Tuhan sesudah apa
yang kami lihat dan saksikan dengan mata kepala kami sendiri.”
Seorang penyokong Firaun yang mukmin
menyembunyikan iman kepada Tuhan berusaha memberi kefahaman kepada
penyokong-penyokong Firaun dan beriman kepada Tuhan tetapi tidak mempedulikan
ajakan tersebut. Kedegilan hati Firaun tidak sedikitpun mendengar nasihat
orangnya yang mukmin itu. Firaun meningkatkan penindasan ke atas Bani Isra’il
kian meningkat sehingga mereka tidaklagi bertahan di bawah pimpinan Firaun.
Mereka meminta Nabi Musa untuk mengeluarkan mereka dari tanah Mesir iaitu tanah
tumpah darah mereka sendiri.
Kemudian bertolaklah rombongan
orang-orang Bani Israil dibawah pimpinan
Nabi Musa meninggalkan Mesir menuju ke Baitul Maqdis dengan berjalan
kaki yang cepat, kerana takut tertangkap oleh Firaun dan bala tenteranya yang
mengejar mereka dari belakang. Setelah fajar mereka sampai di tepi lautan
merah.
Berkatalah seorang daripada sahabat Nabi Musaa, bernama Yusha’ bin Nun: “Wahai Mu
kemana kami harus pergi? Musuh berada di belakang kami sedang mengejar dan laut
berada didepan kami yang tidak dapat dilintasi tanpa sampan.” Nabi Musa
menjawab: “Jnganlah kamu khuatir dan cemas. Perjalanan kami ini diperintahkan
oleh Allah kepadaku, dialah yang akan
memberi jalan keluar seta menyelamatkan kami dari cengkaman musuh yang zalim
itu.”
Pada saat yang kritikal itu, di mana
para pengikut Nabi Musa berdebar-debar ketakutan, seraya menanti tindakan Nabi
Musa yang kelihatan tenang saja, turunlah wahyu Allah kepada Nabi-Nya dengan
perintah agar memukul air laut dengan tongkatnya. Maka dengan izin Allah
terbelahlah lautan itu, tiap-tiap belahan merupakan seperti gunung yang besar.
Di antara kedua belahan air laut itu
terbentang dasar laut yang sudah mengering dan dengan segera di bawah
pimpinan Nabi Musa dilewatilah oleh Bani Israil menuju ke tepi Timurnya.
Terbelahnya air laut itu menunjukkan
sesuatu yang digerakan oleh kekuatan ghaib
yang di mana mata kepala manusia tidak dapat melihatnya tetapi hanya dapat
menyaksikan kesannya. Kekuasaan Allah itu tiada sesiapa pun dapat
menghalangnya. Allah berkuasa terhadap segala sesuatu samada di alam ghaib
mahupun di alam nyata kerana Dialah yang mewujudkan maka Dialah juga berkuasa
untuk membentuk semula dalam apa juga kehendak Allah.
Setelah mereka sudah berada di bahagian
tepi Timur dalam keadaan selamat terlihatlah oleh mereka Firaun dan bala
tenteranya menyusuri jalan yang sudah terbuka diantara dua belah gunung air
itu. Kembali rasa cemas dan takut mengganggu hati mereka seraya memandang
kepada Nabi Musa seola-ola bertanya apa yang hendak dilakukan selanjutnya.
Dalam pada itu Nabi Musa telah diilhami
oleh Allah agar bertenang, menantikan
Firaun
dan bala tentera turun semua ke dasar laut. Kerana Takdir Allah telah
mendahului bahawa mereka akan menjadi bala tentera yang tenggelam. Raja Firaun
setelah sampai ketepi laut Merah merasa bangga melihat kekuasaannya sehingga
lautan berbelah menjadi dua memberi jalan kepada mereka.
Setelah Firaun dan bala tenteranya
berada di tengah-tengah lautan yang berbelah itu, jauh dari kedua tepinya,
tibalah perintah Allah dan kembalilah air yang menggunung itu menutupi jalur
jalanan yang terbuka di mana Firaun dan rombongannya sedang memimpin barisan
tenteranya mengejar Musa dan Bani Israil. Terpendamlah mereka hidup-hidup di
dalam perut laut dan berakhirlah riwayat hidup Firaun dan kaumnya untuk menjadi
kenangan sejarah dan ibrah bagi generasi akan datang.. (Bersambung)
No comments:
Post a Comment