(Disiarkan pada 21.
6. 2014)
Berbicara
tentang dunia yang fana melahirkan satu nuansa untuk memahami hakikat kehidupan
dunia yang kurang tenteram kepada jiwa kerana kehidupan dunia sekarang ini diciptakan Allah bukan satu
penghidupan yang sempurna. Satu kehidupan yang
sementara, kehidupan yang penuh dengan serba macam kekurangan,
kekecewaan dan lain-lain. Keadaan demikian
digambarkan dalam firman Allah dalam Al-Qur’an surah Al-Imran ayat 185 –
186 yang bermaksud (terjemahan):
“Tiap yang berjiwa akan mengalami mati, dan tidak akan disempurnakan
ganjaran kamu, kecuali pada hari kiamat. Kerananya, barang siapa dijauhkan dari
Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka selamatlah dia. Sedang kehidupan
dunia ini tidak lain hanya berada tipuan sahaja.”
Amalan baik atau
di sebaliknya, di dunia akan hanya dapat diberi ganjaran oleh Allah pada hari
kiamat. Walau bagaimana pun di dunia ini pernah ganjaran itu dapat diterima
secara tunai dengan tidak tertangguh-tangguh lagi. Dan sebelum datangnya hari
kiamat, telah disonsong terlebih dahulu oleh peristiwa-peristiwa lain – sebagai
pendahuluan – yang akan diterimanya di
dalam kubur.
Hal tersebut telah dikuatkan oleh kenyataan sebuah hadis
marfu’ yang dikeluarkan oleh at-Tirmidzi dan at-Tobari berbunyi, “kubur itu
merupakan taman-taman syurga, atau lubang –lubang neraka”, yang bermaksud: Di
dalam kubur, roh orang yang baik itu akan merasakan kenikmatan syurga, dan roh
orang yang jahat pula akan merasakan seksa neraka.
Orang yang dapat menghindarkan
dirinya dari terkena seksa lalu berusaha untuk memperolehi pahala, berjayalah
ia. Jelasnya, Allah itu ada menyediakan syurga dan neraka pembalasan
amalan-amalan manusia. Dan manusia itu tidak dapat memasuki syurga sebelum ia
menjauhkan dirinya – terlebih dahulu – dari neraka. Yang bermakna: Sebelum
dapat mengalahkan nafsu kebinatangannya yang sentiasa mengajaknya ke neraka, maka selama
itu sukarlah baginya untuk memasuki syurga, dan dengan demikian payahlah ia
akan terselamat atau memperolehi kejayaan.
Antara dunia
dengan akhirat, kehidupan dunia merupakan medan yang menyediakan berbagai
ujian yang mana manusia wajar memilih dipihak kemenangan demi mendapatkan
keuntungan pahala untuk kemanfaatan kehidupan akhirat. Janganlah lupa akan
kedudukannya sebagai manusia yang mesti memperlengkapkan dirinya dengan serba
serbi ilmu pengetahuan, dan menghiasi dirinya dengan budi pekerti yang mulia
serta akhlak yang tinggi. Kerana manusia itu bukanlah jenis haiwan yang mudah
diperdayakan oleh kelezatan atau dikalahkan oleh kemewahan.
Ayat 186 surah yang sama membawa maksud:
“Sesungguhnya
kamu akan dikenakan percobaan-perconbaan dalam harta dan diri kamu, dan
sesungguhnya kamu akan mendengar banyak dari orang-orang yang diberi kitab
dahulu sebelum kamu dan orang yang syirik akan celaan yang banyak. Dan jika
kamu sabar dan takwa, maka itulah sebaik-baik urusan”
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji oleh
Allah supaya berbeza antara yang mukmin dengan yang bukan mukmin, dan diketahui
di mana yang baik dari yang buruk – itu ujian pada harta kamu; diuji dengan
menguranginya atau menyuruh belanjakan harta tersebut ke jalan yang dituntut
oleh syarak, di dalam segala bidang
kebajikan, derma dan bakti, guna meninggikan darjat umat Islam, atau mengawalnya dari ancaman
pencerobohan musuh. Dan juga ujian pada diri kamu, dengan mengorbankan
jiwa raga di dalam medan pertempuran atau berjihad pada
jalan Allah sehingga rela mati dengan
meninggalkan segala yang dikasihinya.
Ayat ini diturukan untuk memberi
kesedaran kepada orang-orang mukmin janganlah
terkejut
sampai hilang fikiran atau terperanjat sampai hilang pegangan bilamana ujian
Allah
datang menimpa ke atas harta mereka atau diri mereka. Allah mengingatkan lagi akan
adanya ujian Allah pada diri kamu itu iaitu: Demi sesungguhnya, kami ada
mendengar cacian, gangguan dan kata-kata
yang tidak sopan – tersangatlah banyaknya – yang dilakukan oleh golongan
orang-orang yang dituruni kitab sebelum
kamu (dari golongan Yahudi dan Nasrani) dan
dari golongan yang menyekutukan Allah (dari kaum musrikin), misalnya
mengatakan “Allah itu miskin dan kami orang-orang kaya” juga lain-lain kata
dusta yang direka-reka, menganiaya nabi dan cuba membunuhnya dan lain-lain
seumpamanya.
“Dan jika kamu sabar dan takwa maka itulah sebaik-baik urusan.” Kalau
kamu sabar menghadapi berbagai-bagai ujian, tabah menghadapi bala’ dan malapetaka
yang menimpa ke atas harta dan diri kamu, serta tahan tidak menghiraukan
ejekan, celaan dan gangguan orang-orang Ahli Kitab dan musrikin, di samping itu
tetap pula bertakwa kepada Allah – teruskan menjalankan perintah –Nya dan
meninggalkan tegahan-Nya – sesungguhnya kesabaran dan takwa kamu itu
setepat-tepat tadbir, iaitu daripada
perkara-perkara yang mesti dijadikan keazaman tiap-tiap seorang, kerana
ternyata mengandungi keistemewaan dan kehoramatan.
Az-Zuhri meriwayatkan:
Bahawasanya Ka’ab bin al-Asyraf – seorang penyair bangsa Yahudi – kerap
mencerca Nabi (s.a.w.) dan menghasut orang-orang kafir Quraisy supaya
membencinya di dalam syairnya.
Adapun kedatangan Nabi (s.a.w.) di
Medinah mendapati penduduknya hidup bercampur gaul di antara orang-orang Islam,
orang-orang musrikin dan orang-orang Yahudi. Nabi (s.a.w.) berusaha menjadikan
mereka semua hidup dalam suasana rukun dan damai. Akan tetapi orang-orang
Yahudi dan musyrikin telah menyakitinya dan menyakiti sahabat-sahabatnya amat
berlebihan.
Oleh itu, Allah menyuruh Nabi-Nya
bersabar di atas yang demikian itu, dan
kepada orang-orang tersebut Allah
tujukan ayat “Dan akan kamu dengar dari
orang –orang yang dituruni kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang
menyekutukan itu cacian yang banyak” ini.
Iman dan takwa yang hidup subur pada
diri seorang akan berbuah. Buah iman dan Takwa terus menerus sepanjang masa,
tidak bermusim seperti buah-buahan. Buahnya di musim susah ialah kesabaran dan
buahnya di musim senang dan beruntung ialah syukur. Di musim perang dan
kekacauan buahnya ialah ketenangan, di kala bersalah ialah ampunan dan taubat. Dan buahnya yang terus
ada si segala musim, ialah rasa bahagia dan puas hati. Dan buahnya yang paling
tinggi kedudukannya, ialah timbulnya perasaan “Cinta” terhadap Allah.
Bila seorang hamba sudah berhasil
mendapatkan rasa cinta terhadap Allah, berubahlah dunia dan segala isinya
dalam
pandangan hidupnya. Bayangkan bagaimana indahnya perasaan seorang pemuda
mendapat kekasih sejantung hati dan
bagaimana
bahagia dan leganya hatinya bila berada di samping kekasihnya itu.
Cinta seorang suami terhadap isterinya
adalah hanya cinta kecil, sedang cinta
seorang hamba yang Iman dan taqwa terhadap Tuhannya adalah cita kaliber
besar, cinta teragung dan tertinggi,
serta terindah, melebihi segala cinta. Dia merasa dirinya selalu di samping Tuhan yang dicintainya,
Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Kaya.
Bila orang sudah merasa cinta kepada
Allah dan merasa diri selalu di samping
Tuhannya, ta’ satu perkara lagi yang dikhawatirkannya dalam hidup atau
sesudah mati. Ta takut miskin atau melarat, ta’ takut musuh siapa jua. Di mana sahaja dia berada,
dia berada di samping Tuhannya.
Maka itu orang yang telah mengenal akan
Tuhannya, sesudah Iman dan Taqwa (menjalankan segala ibadat dan perintah
Allah), ia berjuang untuk mendapatkan rasa cinta terhadap Tuhan. Tinggi gunung
akan didakinya, dalam jurang akan diharunginya, samudera
luas
akan diselami dan direnanginya, jalan apa saja akan ditempuhnya sekali pun
penuh onak dan duri. Ia akan memeras keringat berhabis tenaga, sekali pun akan
mengorbankan seluruh harta atau jiwanya untuk memperolehi cinta terhadap Tuhan,
dan agar dicintai oleh Tuhan.
Ke arah itulah ditujukan
perjuangan tiap-tiap orang yang beriman dan bertakwa itu. Umur panjang atau
pendek, hidup susah atau senang, orang benci atau suka, tidak manjadi persoalan dalam hidupnya, tidak menjadi
halangan dalam perjuangan hidupnya.
Allah berfirman Surah Al-Maidah
ayat 54 yang bermaksud (terjemahan): “Hai
orang-orang yang beriman! Barang siapa daripada kamu murtad (berbalik ) dari
agamanya (Islam), maka nanti Allah akan mendatangkan sesuatu kaum yang Allah mengasihi mereka dan
mereka mengasihi Allah, mereka
bertimbang rasa terhadap orang-orang mukmin, berkeras terhadap orang-orang
kafir, berperang pada jalan Allah dan tiada
takut celaan orang. Demikianlah kurnian Allah yang diberikan-Nya kepada
siapa-siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah itu luas (kurnian-Nya )lagi maha mengetahui.”
Datang peringatan
Tuhan kepada orang-orang yang beriman, orang-orang yang telah menyatakan
percaya kepada Allah dan Rasul, bahawa kalau kelak terjadi ada yang murtad di
kalangan kamu, iaitu di kalangan orang-orang yang telah mengaku beriman,
(murtad ertinya meninggalkan Islam dan kembali ke dalam kufur, membalik
langka). Maka kalau hal ini kelak kejadian, tidaklah akan terhenti perkembangan Islam. Ada yang murtad,
tetapi akan ada lagi masuk ganti yang baru, yang bersih Islamnya daripada yang murtad itu. Mereka
masuk Islam kerana cinta kepada Allah dan Allah pun menghargai dan membalas
cita mereka, tiada bertepuk sebelah tangan.
Di antara sebab-sebab yang
membawa seorang hamba cinta terhadap
Allah adalah seperti berikut:
1 Sering membaca Al-Qur’an dan memahamkan
isi dan maksudnya. Setiap ayat dari
ayat-
ayat
Al-Qur’an yang berjumlah 6,376 ayat itu sekali pun menerangkan berbagai-bagai
masalah dan kejadian, tetapi intinya,
tujuannya dan maksudnya adalah menerangkan kebesaran, keagungan dan rahmaniat
Allah. Bila seorang sering membaca
Al-Qur’an dengan mengerti akan maksud dan tujuannya, pasti timbul padanya rasa
cinta terhadap Tuhan.
2 Sering
taqarruh (mendekatkan diri) kepada Allah dengan menjalankan
ibadat-ibadat sunnat sesudah menjalankan
ibadat fardhu. Merasakan enak dan gemar melakukan berbagai-bagai ibadat, bukan
saja menujukkan cinta terhadap Allah, juga menjadi sebab timbulnya, rasa cinta
itu.
3 Memperbanyakkan zikir (mengingat Allah)
dengan hati, dengan lidah, dan amal perbuatan yang diperintahkan dan digemari
oleh Allah. Menzikirkan kalimat yang sangat disukai Allah iaitu: Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahu Akbar, La Haula wala Quwwata lla billah, dan la illaha
illallah.
4 Berjuang menundukkan hawa nafsu yang
nyata-nyat bertentengan dengan keredhaan Allah.
5 Pelajarilah nama-nama Allah,
sifat-sifat-Nya dan perbuatan-Nya.
6 Melihat segala ni’mat, kebaikan dan
rahmat yang diturunkan Allah kepada kita sendiri.
7 Sering berkhalwat (bersunyi diri sendiri)
menghubungkan jiwa sekujur perasaan kita dengan Allah, berkhalawat bermohon
sambil berdo’a atau bermunajat kepada –Nya.
8 Bergaul dengan orang-orang salih yang
menjadi kekasih Allah, mendengar kata-kata
dan nasihat-nasihat dari mereka.
9 Meninggalkan cakap-cakap kosong yang ta’
berguna
10 Menjauhi segala sebab yang membatasi antara
hati kita dengan Allah s.w.t.
Dengan
menempuh dan menjalani segala sebab dan hal-hal yang tersebut di atas ini, ke
dalam hati dan jiwa kita akan mengalir rasa kecintaan terhadap Allah. Dan inilah
yang mengakibat
kan
kecintaan Allah terhadap kita.
Menempuhi dunia yang fana yang
segalanya bersifat semantara sahaja bukan keutamaan dalam hidup tetapi akhirat
itu jugalah yang kekal dan abadi. Maka itu menjadi tangungjawab setiap mukmin
menangani kehidupan dunia tidak dijadikan matlamat hidup tetapi dijadikan medan
pertempuran antara agenda yang bermanfaat kepada kehidupan akhirat dengan
kebahagian dunia semata.
Adalah menjadi amanat dan
tanggungjawab setiap individu yang beriman melengkap kan diri dengan ilmu
pengetahuan untuk mengenali kebajikan rohani lebih diutamakan berbanding dengan
kebajikan jasmani semata. Ilmu dan amal menjadi intipati perjuangan pembangunan
kehidupan yang bahagia samada dunia dan akhirat.
Dengan ilmu kita mengenali diri
kita dan dapat melahirkan kecintaan kita kepada Allah kelak menjauhi segala
larangan-Nya dan melaksanakan segala perintah-Nya. Muda-mudahan Allah s.w.t.
sentiasa memberikan peluang dan kemampuan kepada kita untuk mencapai kedudukan
cinta dan dicintai oleh Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment