(Disiarkan pada 28.
6. 2014)
Manusia
hidup ditegakkan oleh kesepaduan umatnya. Masyarakat bersepadu membina mahligai
ketamadunan hidup sebagai tunjang keluhuran perlembagaan pembangunan umat
berdisiplin dan bertakwa kepada Allah S.W.T.. Penyatuan masyarakat akan membina
kekuatan bersepadu kerana hidup ini tidak akan wujud tanpa kehadiran orang
lain.
Pembanguan wujud apabila ilmu itu
ada disajikan. Ilmu merupakan zat pembangunan yang amat luas. Maka itu ilmu
tidak dapat dikuasai semua oleh seorang kerana Allah wujudkan manusia dalam
berbagai peringkat kekuatan mental yang boleh menerima ilmu dalam kadar
tertentu sahaja mengikut fitrah Allah berikan kepada individu berkenaan.
Manusia yang paling tinggi kekuatan
mental mentafsir ilmu Allah ialah Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallalla Alaihi
Wasallam. Diikuti oleh orang yang mempunyai ingatan yang kuat atau photographic memory yang dikenali
sebagai genius. Orang yang mempunyai
kekuatan mental yang luar biasa adalah anugerah Tuhan untuk memimpinnya
mengenali rahsia berbagai alam yang Allah taburkan di alam dunia mahu pun di
alam ghaib.
Manusia
wajar melahirkan bibit-bibit ukhuwah demi melahirkan kehidupan yang conducive dan bertamadun. Hormat
menghormati antara sesama manusia menjadi sajian dalam melahirkan masyarakat penyayang
serta proaktif serta berkerjasama dalam segala perlaksanaan ibadah kerana
Allah.
Hidup bertamadun wajar diikat
dengan perasaan kasih sayang antara sesama maka itu Allah bekalkan manusia
dengan dokumen wahyu-Nya sebagai petunjuk cara hidup yang diredhai-Nya. Untuk
membolehkan manusia menggunakan dokumen wahyu tersebut Allah sediakan Pesuruh-Nya
(Rasul) untuk mentarbiahkan manusia cara-cara hidup berlandaskan Al-Qur’an atau
wahyu Illahi dan sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.
Manusia diamanatkan sebagai khalifah
Allah untuk memakmurkan alam kehidupan, maka itu perasaan kasih sayang harus
ada pada setiap individu mukmin terhadap setiap makhluk di alam ini. Kewajaran
membudayakan perasaan kasih sayang terhadap makhluk lain menjadi ibadah kerana
setiapnya berhak hidup demi kekuasaan Allah yang Maha Pencipta, Maha berkuasa dan Maha Bijaksana. Perasaan kasih sayang itu bersarang dalam hati
setiap individu mukmin.
Firman Allah dalam Al-Qur’an
Surah Al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud(terjemahan): “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan
diminta pertanggung jawapannya.”
Hubungan hati dengan organ tubuh
lainnya, sebagaimana raja yang bertakhta di atas singgasana yang dikelilingi
oleh para pengawalnya. Seluruh pengawalnya
bergerak ke atas perintahnya. Dengan kata lain, bahawa hati itu adalah sebagai reactor pengendali atau remote control sekaligus pemegang komando yang paling hadapan. Oleh itu,
semua anggota badan ada dibawah kendaliannya. Di dalam hati inilah anggota
badan lainnya mengambil ketela- danan, dalam ketaatan atau penyimpangan.
Organ-organ tubuh lainnya selalu mengikut dan patuh dalam setiap keputusannya.
Nabi Shallallahi Alaihi Wasallam
bersabda bermaksud: “Ketahuilah,
sesungguhnya di dalam tubuh ini ada sepotong daging. Apabila ia baik maka baik
pula seluruh tubuh, dan bila ia rosak, maka rosak pula seluruh tubuh.
Ketahuilah sepotong daging itu ialah hati.”
(HR.
Bukhari & Muslim)
Hati inilah raja mereka, segala perintah
wajib dilaksanakan dan semua menerima segala keputusannya. Setiap perbuatan
mereka tidak akan lurus dan benar sebelum ada tujuan dan niat yang
dikehendakinya. Hati ibarat pemimpin dan akan diminta pertanggunjawabnya atas
yang dipimpinnya.
Kerana kedudukan hati yang tinggi
inilah, sehingga ia menjadi sentral perhatian para
solehah
(sufi; yang menggunakan tarikat, pergi memperolehi kebenaran hakikat dan
kesucian
jiwa),
untuk melembutkan dan meluruskannya serta menyiasati berbagai penyakit.
Mengubati penyakit hati inilah, yang merupakan ibadah paling utama bagi manusia.
Dengan ilmu, hati akan tergerak
menyantuni jiwa membina jaringan ukhuwah, kelak akan menelurkan perasaan kasih
sayang yang menjadi trust dalam
mewujudkan kesatuan umat mencintai Allah yang Maha Pengasih, Penyayang dan Maha
Pemberi terhadap segala nikmat, rahmat
dan kemanfaatan hidup. Maka itu hati yang hidup dan sihat akan sentiasa
besama Allah dalam memimpin segala perlaksanaan ibadah. Maka itu hati yang
hidup akan sentiasa melihat alam
kehidupan dalam prospektif ibadat.
Ada beberapa cara atau amalan untuk
menghidupkan hati. Berzikir adalah merupakan ibadah batiniah yang terkadang
boleh dinampakkan dalam zhahiriah, tetapi hakikat zikir adalah adanya perasaan
dalam jiwa yang tetap mengingati Allah, sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang
Maha Besar, Maha Agung, Maha Bijaksana dan juga Maha belas kasihan kepada hamba-hamba-Nya.
Dengan demikian zikir adalah termasuk
ibadah. Para ahli sufi meletakkan zikir sebagai jalan rohaniah untuk menuju
Allah. Di dalam Al-Quran terdapat banyak perintah tentang zikir kepada Allah. Firman Allah Surah Al-Azab ayat 41 yang
bermaksud;
“Hai
orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan
zikir yang sebanyak-banyaknya.”
Orang-orang yang beriman agar mengingati
Allah (zikir) sama ada dengan perantaraan hati yang sematkan dan dipusatkan ke
lubuknya, mahupun dengan perantaraan lidah yang diucap dan dilafazkan dengan
sebanyak-banyaknya dalam segala hal dan keadaan sekuasa dan semampu-mampunya,
kerana Allah itulah Tuhan yang memberi segala nikmat dan kurnia hidup kepada
mereka.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat
198 yang bermaksud:
“Maka
apabila kamu telah bertolak dari “Aarafah, bezikirlah kepada Allah di
al-Ma’syar al-haram. Dan berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah sebagaimana
yang dihidayahkannya kepadamu...”
Firman Allah surah Al-Rum ayat 17-19
yang bermaksud:
“Maka
bertasbihlah kepada Allah di waktu petang dan di waktu subuh, dan baik-Nya lah
segala puji di langit dan di bumi dan di
waktu tengah hari (Zuhur). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati
dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi setelah matinya. Dan seperti itulah kamu akan
dikeluarkan (dari kubur).
Firman Allah surah Al-Nisa ayat 103 yang
bermaksud:
“Apabila
kamu telah menunaikan solat, maka ingatlah Allah pada waktu berdiri, duduk dan
berbaring.”
Keterangan ayat-ayat tersebut, maka
jelas sekali bahawa Allah memerintahkan agar selalu berzikir atau ingat kepada
Allah S.W.T., hal itu tentunya mengandungi berbagai hikmah yang sangat besar.
Hikmah-hikmah dari zikir Allah kurniakan
iaitu dijelas dalam firman-Nya surah
Al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud:
“Seorang
yang berzikir kepada Allah, maka mereka akan mendapat ketenangan batin.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman hati mereka
menjadi tenteram, kerana mengingati Allah ingatlah, hanya dengan zikir
(mengingati Allah) hati menjadi tenang.”
Apabila seseorang itu bezikir kepada
Allah, maka mereka akan merasakan ketenangan dalam jiwanya. Ini adalah rahsia
yang boleh disahkan bagi mereka yang berzikir. Hal ini disebabkan kerana orang
yang berzikir, maka mereka akan melalikan persoalan dunia, mereka akan hanya
ingat kepada Allah S.W.T. saja.
Dengan hilangnya beban persoalan dunia,
maka di situlah akan lahir perasaan yang
tenang,
aman, damai dan tenteram. Sebaliknya jika manusia itu melupakan Allah S.W.T.,
maka mereka akan merasa hidup sempit dan seterusnya akan
gelisah, sebagaimana firman Allah S.W.T.: “Barang siapa yang berpaling dari-Ku (tidak mengingati Allah
S.W.T.), maka mereka akan hidup dalam kesempitan.”
Hati mempunyai peranan yang sangat
penting dalam kehidupan manusia, dan penjelasan hadis Rasulullah mengenai hati
menunjukkan hati manusia itu kadangkala
bersih dan juga kadang-kadang kotor.
Agar hati kita tetap bersih, maka
ia mesti dibiasakan untuk berzikir, sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:
“Ubat penyakit hati itu ada lima perkara: “membaca Al-Quran, kedua
solat malam (solat tahajud), ketiga beterusan zikir, keempat membiasakan
berpuasa dan yang kelima bergaul dengan orang-orang soleh.”
Apabila manusia
hatinya bersih dari sifat-sifat tercela seperti hasad, marah dan sebagainya,
maka orang tersebut akan mencapai
hakikat kebahagian. Sebab kebahagian adalah terkandung pada keadaan hati
manusia, jika hatinya baik dan bersih, maka otomstik akan mencapai kebahagiaan.
Bagi orang berzikir, maka Allah
akan mengangkat darjatnya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Apakah kamu mahu aku ceritakan kepada mu berkenaan amal perbuatan yang
terbaik dan paling bersih dalam pandangan Allah SWT. serta orang yang tertinggi
darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedakah emas dan perak serta
lebih dari memerangi musuh-musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan
mereka juga memotong lehermu?”kemudian para sahabat bertanya: “Apakah itu wahai
Rasul?” Beliau menjawab:”Zikir kepada Allah SWT.”( HR Baihaqi)
Tiada orang yang
paling merasa aman dan tenteram dalam hidup ini kecuali mereka yang selalu
diawasi dan diperhatikan oleh Allah SWT ialah yang berzikir kepada Allah SWT.
Sebagaimana
firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud:
“Ingatlah (zikirlah) kepada-Ku, nescaya Aku (ingat) kepadamu.”
Ayat ini menyuruh kita
mengingatkan Tuhan, nescaya Tuhan kelak mengingat kita, dan menyuruh kita
mensyukuri-Nya, tetapi jangan sekali-kali kufur atau derhaka kepada-Nya.
Suruhan zikir (mengingat Allah) disini,
oleh para mufassirin dibahagikan kepada tiga bahagian:
Pertama, mengingat Allah dengan
lisan – bertasbih, tahmid dan tamjid – yakni mensucikan-Nya memuji-Nya dan
menyanjung-Nya – yang merupakan bacaan-bacaan yang diucapkan oleh lisan.
Kedua, mengingati Allah dengan
hati – memikirkan kebesaran dan kekuasan Allah yang terdapat pada tanda-tanda
ciptaan-Nya dan alam yang diciptakan-Nya – yang dapat difikirkan dengan
mengambil contoh iktibar daripadanya.
Ketiga, mengingati Allah dengan anggota tubuh – dengan amalan dan
kerja yang diperintahkan oleh-Nya -
seperti; sembahyang, puasa, berbuat baik, berusaha dalam segala rupa khidmat
yang memerlukan kepada gerak anggota tubuh badan.
Maka tiap-tiap manusia yang
mengingati Allah dengan cara yang disebutkan
tadi, pasti Allah akan mengingat pula kepadanya. Orang yang mengingat
Allah dengan mentaati-Nya, Allah akan mengingatnya dengan bantuan-Nya. Orang
yang mengingat Allah pada masa lapang hidupnya dan sedang menikmati rezeki-Nya,
Allah mengingatnya pada masa kesusahannya dan kemalangannya.
Orang yang mengingat Allah dengan
beriman dan mentauhaidkan-Nya, Allah akan mengingatnya dengan menjanji syurga
dan keredhaan-Nya. Orang yang mengingati Allah dengan berhati ikhlas, Allah
akan mengingatnya dengan kelapangannya pada waktu kesempitan. Mangingat Allah
dengan sepenuh hati, dosanya akan Allah ampuni, dan mengingat Allah dengan
berdoa, Allah kurniakan apa-apa yang dipinta.
Sentiasa mengingati Allah
bermaksud mencintai Allah maka itu kita merasakan kehadiran Allah dalam jiwa
setiap detik hidup kita. Menghidupkan ukhuwah akan melahirkan kan kasih sayang
antara sesama maka itu bibit-bibit kecintaan kepada Zat yang Maha pengasih dan
Maha Penyayang akan terjelma.
Mengingati Allah dengan
sendirinya kita memelihara kebajikan rohani demi kesejahteraan hidup di akhirat
kelak. Mementingkan kebajikan akhirat bermakna kebajikan dunia turut sama
disajikan.
No comments:
Post a Comment