(Disiarkan pada 7. 6. 2014)
Orang
yang beriman sentiasa mengingati Allah S.W.T. dan menginsafi segala kelemahannya
serta merasa syukur terhadap nikmat dan rahmat Allah dalam hidup. Melihat alam
kehidupan dengan segala isinya meningkatkan keimanan dan ketakwaan hati kepada
kekuasaan Allah yang begitu memberi kenikmatan yang tidak terkira banyaknya.
Bangun sahaja dari tidur setelah melakukan sembahyang sunat tahajud
dan bersedia ke masjid menyahut seruhan azan berkumandang di angkasa memanggil
dengan kalimah “Solat itu lebih penting
dari tidur” atau “asolatu kairuh minanaum”, sebagai mukadimah memulakan hari
yang baru dengan segala hidangan Allah yang sentiasa tidak putus-putus itu.
Kita bernafas dengan udara yang
bersih sebagai hidangan Allah kepada semua makhluk-Nya, menyegarkan perasaan di
hati dan menimbulkan tenaga untuk bersedia melak- sanakan ibadah berupa
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara sebagai satu pembaharuan
kepada hidup bertamadun.
Kita hidup di alam nyata
mempunyai tanggungjawab yang wajar dilaksanakan sebagai pemakmur alam kehidupan
yang terbahagi kepada dua unsur iaitu unsur jasmani dan unsur rohani.
Ketahuilah bahawa pancaindera manusia hanya mampu menjangkau alam yang nyata yang wajar menjadi tanggungjawab
sebagai amal ibadah dalam pembangunan jasmani.
Ketahuilah saudara-saudara,
bahawa pancaindera dan akal atau fikiran yang ada pada kita manusia, hanya
sanggup menjangkau beberapa pengetahuan yang sedikit dan rendah sekali. Firman
Allah Al-Qur’an surah Bani Israil ayat 85 yang bermaksud:
“Dan
tidaklah diberikan kepada mu ilmu pengetahuan kecuali sedikit sahaja.”
Di sebalik alam benda yang merupakan
binatang-binatang dan planit-planit dengan segala isinya, ada lagi alam yang
lebih luas, yang bukan terdiri dari benda. Ia tidak dapat dicapai oleh
pancaindera, yang dinamakan alam Gaib, sebagai imbangan dari alam nyata iaitu,
alam benda.
Alam Ghaib jauh lebih luas dan lebih
hebat dari alam benda yang nyata ini. Sungguh hebat alam malakut dan alam akhirat ini. Sayang
kita tidak dapat menangkapnya sekarang.
Di antara alam ghaib ialah alam roh yang
ada dalam diri kita masing-masing. Roh
itulah yang menyebabkan kita hidup, berperasaan, berpengetahuan, dan
berkesedaran.
Bila roh keluar dari jasad kita akan menjadi busuk dan hancur, kerana roh itu
menyebabkan kita hidup. Roh itu tidak mengalami mati, ia kekal dan abadi. Sebab
itu memang ada hidup sesudah mati, iaitu hidupnya roh-roh manusia tanpa tubuh.
Inilah yang dinamai alam barzah. Alam barzah bererti alam perbatasan antara
alam hidup dunia sekarang ini dengan hidup akhirat nanti.
Hidup di dunia dipengaruhi oleh matahari,
bintang-bintang dan palanit-pelanit, maka itu seluruh keadaan dan kehidupan di
dunia ini selalu mengalami perubahan-perubahan. Nanti akan terjadi perubahan
begitu rupa, sehingga tidak mungkin akan ada lagi hidup di dunia ini. Semua
yang bernama hidup (bernyawa) akan mati. Kematian yang total inilah yang
dinamakan kiamat iaitu berakhirnya segala hidup di dunia ini.
Maka itu kehidupan dunia ini adalah
kehidupan sementara yang amat pendek jangka waktunya, sedang kehidupan di
akhirat adalah kehidupan yang tidak terbatas jangka waktunya, iaitu satu macam
kehidupan yang kekal dan abadi selama-lamanya.
Firman Allah, dalam Al-Qur’an surah
Al-Ankabuut ayat 64 yang bererti: “Dan
tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali, mainan dan permainan sahaja, sedang
kehidupan akhirat itulah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka
(manusia) mengetahui atau menginsafi.”
Dunia ini adalah merupakan tempat senda gurau
dan bermain-main sahaja serta
menjadi tempat untuk mencari kesenangan bagi
orang-orang yang menyekutukan Tuhan.
Dunia
ini adalah sangat terbatas tempohnya, dan keadaannya yang ada ini tidak pula
kekal. Sedangkan kampung akhirat itulah sebenar-benar tempat kediaman dan
kehidupan yang kekal. Kalaulah hal ini diketahui oleh orang-orang yang syirik
dan yang menyekutukan Allah, tentulah mereka tidak mahu mengutamakan kehidupan
di dunia ini dan mementingkannya kerana cepat sekali hilangnya, dan lambat laun
akan ditinggalkan juga.
Bertakwa kepada Allah mempunyai
tiga ciri-ciri yang membentuk manusia untuk merendah diri sabagai hamba Allah.
Tidak ada ciptaan Allah di atas bumi ini yang berhak untuk merasa sombong
melainkan Allah sendiri kerana Dialah mewujudkan segala-galanya untuk
kemanfaatan segala bentuk kehidupan dalam alam ini.
Perkataan takwa terbitnya dari tiga
huruf iaitu “ ta’ ”, “Qaf” dan “Wau” dan masing-masing membawa makna
yang tersendiri. Ta’ dari perkataan
tawadhu yang membawa makna rendah diri, tidak mahu dipuji dan tidak angkoh dan
tidak sombong dan mempunyai sikap ketahanan mental. Pemimpin yang berwibawa
adalah golongan manusia yang mempunyai pembawaan diri yang bersifat tawadhu
Syadina Abu Bakar setelah dipilih
oleh rakyat sebagai pemimpin mereka berkata: “Saya telah dipilih oleh kamu
untuk memimpin tuan-tuan. Kalau saya benar bantu saya tetapi kalau saya lari
dari kebenaran tegur saya..”
Inilah contoh orang yang bersikap
tawadhu. Dia tidak meloncat sombong
setelah dipilih, malah kalau boleh dia monolak perlantikan itu tetapi
oleh kerana kecintaannya kepada rakyat
yang inginkan kepimpinan yang berwibawa maka ia menerima dengan penuh harapan
agar rakyat berganding bahu membantunya. Ia dengan hati yang ikhlas dan terbuka
bersedia menerima kritikan dari rakyat yang dipimpinnya.
“Qaf”, terbit dari perkataan Qanaah yang
membawa maksud merasa cukup dengan apa yang ada. Dia faham bahawa pemberian
Tuhan itu adalah memadai baginya setimpal dengan perlaksanaan ibadahnya. Ia
tidak tamak dan haloba. Misalan, seorang pemimpin berkata: “Kalau rakyat saya
lapar biarlah saya jadi orang yang pertama merasa kelaparan. Tetapi kalau
rakyat saya merasa kenyang biarlah saya jadi orang yang terkhir merasa kenyang.”
Orang yang mempunyai sifat qanaah telah
memagar hartanya sekadar apa yang dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya
kepada yang lain. Qanaah adalah modal
yang paling teguh untuk menghadapi penghidupan, menimbulkan kesungguhan hidup
yang betul-betul (energy) mencari rezeki. Jangan takut dan gentar, jangan
ragu-ragu dan syak, mantapkan fikiran, teguhkan hati, bertawakal kepada Tuhan,
mengharapkan pertolongan-Nya, serta tidak merasa kesal jika ada keinginan
yang
tidak berhasil, atau yang dicari tidak dapat.
Dan huruf “wau” terbitan dari perkataan
takwa membawa maksud terpelihara baik subahat lebih-lebih lagi yang haram.
Tidak sama sekali mendekati rasuah. Amalan rasuah menjadi amalan kebiasaan
orang terutama sekali dalam mendapatkan “tender” atau sebut haraga untuk
melaksanakan sesuatu projek pembangunan.
Tahukah anda bahawa budaya rasuah
merupakan bibit-bibit kemaksiatan dalam hidup yang mengundang manusia ke jalan yang
diharam oleh Allah s.w.t. Segala penghasilan dari budaya rasuah menjadi pusaka
turun temurun keluarga yang membudayakannya. Keuntungan dunia yang
diperolehinya menjadi tikit masuk ke neraka jahanam.
Manusia melaksanakan ibadah
sembahyang membentuk hidup berdisiplin. Dalam mengerjakan sembayang atau
berkomunikasi dengan Allah, bahagian badan kita yang amat penting dalam hidup
manusia ialah bahagian kepala di mana letaknya otak untuk berfikir dan memahami
hidup sebagai hamba Allah.
Tetapi apabila kita sujud kepada
Allah kepala kita letakkan sama rendah dengan telapak kaki –Allahuakbar! menunjukan
bahawa manusia sujud menandakan kerendahan diri di hadapan Allah S.WT.. Dalam
mengolah aktiviti kehidupan, umat Islam harus memimpin diri supaya sentiasa
menjaga diri jangan sampai hilang pedoman dan membelakangi Allah yang berkuasa
terhadap segala-galanya dalam hidup ini.
Tiada yang dibanggakan oleh manusia
dalam hidup ini kerana segalanya yang ada pada diri manusia itu adalah kepunyaan
Allah demi kemanfaatan kepada kehidupan manusia. Setiap detik masa berlalu rahmat
Allah sentiasa bersama kita. Kita hidup, kita tidur, kita bernafas, kita
melihat dan kita berfikir adalah semuanya fitrah dari Allah s.w.t. Manusia
hanya menumpang untuk meneruskan hidup di dunia ini.
Kita hidup kerana adanya roh kepunyaan
Allah. Kita tidur kerana Allah beri badan kita rehat untuk bersedia
melaksanakan ibadah pada esok harinya. Kita bernafas dengan udara yang bersih
kepunyaan Allah. Udara itu masuk dalam jasad melalui rongga hidung dan kita menggunakan
organ paru-paru kepunyaan Allah. Udara yang mengandungi oksijen kepunyaan Allah
digunakan sebagai tenaga kita untuk terus hidup. Maka itu kewajaran untuk tidak
melupai Allah menjadi pangkal kepada segala aktiviti kehidupan.
Melaksanakan aktiviti tersebut wajarlah
dihiasi dengan iman dan takwa kepada Allah yang akan menjemput jiwa mensyukuri
nikmat dan rahmat Allah yang tidak ternilai pentingnya kepada kita sebagai
hamba Allah.
Allah namakan dirinya Al-Rahman dan
Al-Rahim ertinya Yang Maha Pengasih dan
Maha Penyayang. Tuhan adalah zat yang penuh dengan kasih dan sayang terhadap
makhluk-Nya. Segala yang kelihatan dan didengar tanpa kecualinya adalah rahmat
Allah. Bumi dengan segala isinya, matahari dengan cahayanya yang memancar,
bulan dengan sinarnya yang lunak, bintang dengan sinarnya yang berkedip-kedip,
semua itu adalah rahmat atas kasih
sayang Allah. Itulah rahmat Allah yang kelihatan.
Ada rahmat Allah yang ta’ dapat kita lihat, tetapi dapat kita rasakan.
Perasaan enak dan nyaman ketika kita makan dan minum, perasaan enak atau nyaman
ketika kita melihat pandangan yang indah adalah rahmat Allah yang jauh lebih tinggi dari benda yang kelihatan. Apa lagi
rahmat Allah yang berupakan cinta kasih terhadap anak isteri dan keluarga kita
atau terhadap manusia umumnya, adalah rahmat Tuhan yang jauh lebih tinggi lagi dari rahmat pertama dan kedua
tadi.
Cobalah bayangkan apa rasanya dan apa
ertinya hidup kalau tidak ada rasa cinta dan kasih terhadap anak dan isteri,
tehadap manusia dan keluarga. Firman Allah Surah Al-Ruum ayat 21 yang bermaksud:
“Sebahagian
dari tanda (rahmat) Allah, bahawa Allah telah menjadikan bagimu isteri agar
kamu dapat bersenang-senang dengan mereka dan Allah timbulkan antara kamu dan
isteri kamu rasa cinta dan kasih sayang. Dan dalam hal ini terdapat tanda
kekuasaan Allah bagi orang yang dapat berfikir.”
Firman Allah Surah Al-Qashash ayat 73
yang bermaksud:
“Dan
sebahagian dari rahmat Allah, ialah bahawa Allah telah menjadikan siang dan
malam untuk kamu, agar kamu dapat berhenti melepaskan lelah dan supaya kamu
dapat mencari kurniaan Allah. Dan mudah-mudahan kamu bersyukur kepada Allah.”
Rahmat Allah yang berupakan malam dan
siang, bukanlah rahmat yang kecil, tetapi adalah rahmat yang maha besar dan
penting. Dalam ayat 71 Surah Al-Qashash Allah berfirman yang bererti:
“Tanyalah kepada manusia ini Muhammad, bagaimanakah dan
apakah yang akan terjadi sekiranya Allah hanya menjadikan malam terus menerus
sampai hari kiamat.”
Bila Allah menjadikan malam
terus-menerus, maka semua manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan akan mati dan
musnah seluruhnya, kerana tidak ada makhluk yang dapat hidup dengan tidak
mendapat cahaya atau sinar matahari, maka keadaan hawa akan menjadi dingin
sedingin-dinginnya, jauh di bawah kosong darjah sehingga manusia ta’ ada
sanggup menahannya, darah akan kaku dan
beku, jantung dan paru-paru ta’ dapat
bergerak sehingga
manusia
pasti mati dalam beberapa hari sahaja.
Begitu
juga keadaan jika Allah menjadikan siang terus menerus maka seluruh manusia,
binatang dan tumbuh-tumbuhan akan mati dan musnah pula, kerana bila siang terus
menerus, ertinya manusia dan seluruh makhluk yang hidup di permukaan bumi ini
akan disiram dengan sinar matahari terus menerus dan ta’ hentinya, sehingga
manusia dan semua makhluk lain ta’ sanggup menangungnya sehingga semua
harus mati dan musnah, semuanya harus
terbakar menjadi abu.
No comments:
Post a Comment