(Disiarkan pada
30 Ogos 2014)
Masjid At-Taqwa Keningau di bawah kepimpinan
Pengurusi yang Baru Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Awang Tuah,
bersama dengan ahli jawatan kuasanya yang baru telah melakarkan satu sejarah
apabila mereka mengadakan samabutan Hari Raya Aidil Fitri di perkarangan masjid selepas solat
Jumaat pada 16. 8. 2014.
Sebelum memulakan solat Jumaat,
Pengerusi menyampaikan ucapan yang merupakan jemputan kepada seluruh para
jemaah masjid selepas solat Jumaat untuk turut sama menjamu selerah di
perkarangan masjid yang telah disediakan untuk sama-sama meraihkan sambutan
Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Oleh sebab jamuan serupa ini
julung kalinya diadakan di masjid, khususnya masjid At-Taqwa Keningau, beliau
turut sama memberikan sedikit penerangan mengapakah jamuan seperti ini di
adakan yang berupa sekalung budi dari Tuan Pengerusi.
Jemputannya kepada para jemaah
solat Jumaat ke Jamuan berkenaan yang dinamakan sebagai “Dari Anda Kepada Anda”, melambangkan keperhatinan Pengerusi
bersama Ahli Jawatan Kuasanya terhadap usaha menghidupkan dan mengeratkan
hubungan siraturahim kepada kaum muslimin dan muslimat seluruh masyarakat
masjid At- Taqwa khasnya dan kepada masyarakat Keningau amnya.
Pengerusi merasa amat sukacita
mengenai kerjasama para jemaah masjid atas sumbangan mereka kepada tabung
masjid yang amat baik dan memberansangkan. Mengikut pendapat salah seorang
pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah cawangan Keningau (JHEAINS),
beliau mengatakan bahawa tabung masjid At Taqwa Keningau di bawah kepimpinan
Pengerusi yang baru, adalah antara yang tertinggi subangannya setiap bulan
berbanding dengan masjid-masjid lain
yang ada di negeri di bawah bayu.
Atas dasar itu maka Pengerusi
Masjid At-Taqwa dengan ikhlas mengadakan jamuan yang dinamakan “Dari Anda
Kepada Anda” sebagai tanda kesyukurannya atas kerjasama yang mulia tersebut.
Pengerusi juga memikirkan bahawa “Makan dan Minum” merupakan keutmaan dalam
hidup setiap insan. Maka beliau tidak dapat memikirkan penghargaan yang lebih
bermakna selain dari mengadakan jamuan yang tidak sepertinya ini.
Beliau menyandarkan keimanannya kepada
Allah s.w.t. tentang kewujudan manusia sebagai makhluk yang bersosial dan
bermasyarakat. Kepentingan makan dan minum amat bermakna dalam senario
pembangunan manusia sebagai insan yang beriman dan bertakwa kepada Khaliknya,
di samping sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini.
Mulai dengan kejadian manusia
pertama iaitu Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa, Allah perintahkan pertama kepada
Adam dan Hawa untuk memakan buah-buahan yang ada di syurga dikecuali buah
khuldi itu! Di situ Allah menunjukkan keutamman hidup manusia, iaitu makan dan
minum di samping memelihara amanat yang Allah pesankan.
Allah wujudkan Siti Hawa dari
tulang rusuk sebalah kiri Nabi Adam untuk
menjadi teman hidupnya kerana Allah mengetahui dari gerak gerik Adam,
tidak begitu selesa hidup seorangan di syurga Allah tanpa teman. Maka jelaslah
kemahuan manusia untuk menenang kan jiwanya dalam hidup adalah dalam keadaan
berteman. Setelah itu Allah perintahkan mereka berdua supaya menjaga makan dan
minum di syurga supaya jangan sampai melampaui batas dan tidak memikirkan had
keredhaan Allah s.w.t..
Pengerusi juga menghimbau mengenai kelahiran
seorang bayi di dunia pun begitu juga keadaannya. Setelah dimadikan bayi itu, pertamanya
doktor yang mengurus kelahiran anak menasihatkan supaya bayi itu hendaklah menyusukan
titik ibunya. Maka itu falsafah pemikiran
Pengurusi masjid untuk hidangan kepada para jemaah yang amat sesuai
sebagai tanda kasih sayangnya ialah makan dan minum.
Setelah memperolehi tenaga dari air susu
seorang ibu maka anak itu memerlukan belaian kasih sayang yang tidak berbelah
bagi dari seorang ibu yang melahirkannya.
Hubungan
yang intim antara seorang ibu dengan anaknya melahirkan satu keimanan atau
kepercayaan
kepada sang bayi bahawa disitulah anak itu memulakan pembangunan seorang
insan
untuk mengenali hidup ini sebagai ibadah.
Bermula dengan kepercayaan atau keimanan
tersebut maka anak itu akan mengem- bangkan keikhlasannya untuk mendekati ibu
sebagai agen segala keperluan hidup seorang bayi. Perjanjian antara anak itu
dengan Allah semasa di alam rahim akan dimertainya apabila anak itu mula
mengenali fitrah akal yang Allah bekalkan kepadanya sebagai rasul dalam diri
seorang insan serta nafsu pembangunan sebagai khalifah Allah.
Masjid At-Taqwa serupa juga dengan
kejadian seorang bayi yang diasuh oleh seorang ibu yang mengandungnya serta
melahirkannya. Bermula dengan jamuan makan dan minum, Pengerusi masjid
berkeyakinan bahawa masyarakat masjid at Taqwa akan mengubah langkah ke arena
pembangunan rohani demi kesejahteraan pembangunan jasmani.
Berkat dari nama “Taqwa” akan melahirkan
satu genarasi yang mempunyai kepim- pinan diri ke arah insan yang beriman dan
bertakwa kepada Allah s.w.t.. Orang yang sentiasa muliakan hidupnya dengan
beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. akan menempuhi hidup yang sentiasa
Allah beri jalan keluar dari kesulitan yang dihadapinya dalam menangani
ranjau-ranjau perjalanan hidup sebagai hamba Allah.
Mendapat berkat dan rezqi dari Allah
adalah sesuatu yang setiap mukmin mengingini dalam hidupnya. Firman Allah
Surah Al-R’raaf ayat 96 yang bermaksud:
“”Kalau
penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa kepada Allah, nescaya Kami (Allah)
bukakan pintu keberakatan dari langit
dan bumi. Tetapi mereka mendustakan juga lalu
Kami seksa mereka disebabkan perbuatan yang mereka usahakan.”
Keberakatan dari langit ialah turunnya
hujan dan keberakatan dari bumi ialah tumbuhnya tanam-tanaman dan buah-buahan.
Termasuklah keberkatan yang berbentuk segala macam nikmat dan rezeki seperti
wujudnya kesejahteraan dan keamanan di atas bumi. Mereka yang beriman dan
bertakwa, nescahaya Allah mewahkan hidup mereka dan memudahkan dengan segala
macam keberakatan, sebagai ganti dari azab dan malapetaka yang ada di bumi.
Falsafah pemikiran Pengerusi tentang
mengadakan jamuan tersebut kepada para jemaah masjid adalah dalam konotasi “menang-menang”.
Para Jemaah masjid dengan hati yang ikhlas kerana Allah, menghulurkan sumbangan
kepada masjid dengan tujuan dapat kiranya memanfaatkan hasil keikhlasan hati
mereka kepada pembinaan kesejahteraa masjid serta memelihara nama baik masjid
sebagai masjid “At-Taqwa”di sisi Allah s.w.t..
Para Jemaah masjid memberi sumbangan
kepada masjid sebagai satu kesyukuran dipihak masjid dan masjid memberi kembali
kesyukurannya kepada para jemaah dalam bentuk makanan dan minuman demi menjaga
kesihatan jasmani dan rohani para jemaah sekalian semoga dengan kesihatan Allah
kurniakan itu akan menjadi motivasi dalaman para jemaah untuk menyemerakan suasana
masjid sebagai rumah Allah.
Falsafah pemikiran Pengerusi masjid
merupakan sehaluan dan satu haluan
dengan khutbah para Khatib solat Jumaat yang dikumandangkan setiap
Jumaat menyeruh para jemaah mengekalkan kecekalan hati memanfaatkan masa solat
di masjid sebagai mana yang telah dilaksanaka semasa bulan Ramadan.
Merapatkan hati kepada masjid merupakan
tanda keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. serta menyinarkan kasih sayang
kepada Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sebagai kekasih Allah yang sentiasa
cintakan umatnya dari dunia hingga akhirat. Baginda menerima Islam dari Allah
untuk mentarbiahkan umat manusia seluruh alam ke jalan yang diredhai Allah
s.w.t.. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam hayatnya tidak pernah
meninggalkan Rumah Allah hingga di ambang akhir hayat Baginda pun sempat lagi
mengimami solat subuh bersama jemaah masjid.
Dokumen wahyu yang diterimanya dari
Allah melalui Malaikat Jibril selama 23 tahun, mengandungi disiplin pembangunan
untuk “Memanusiakan Manusia”. Manusia dijadikan Allah sebagai hamba-Nya
sememangnya dalam keadaan lemah maka ilmu tauhidlah yang membetulkan persepsi
kemanusiaannya membentuk ke jalan yang diredhai Allah s.w.t..
Menghadirkan diri dengan hati yang
ikhlas kerana Allah, ke masjid untuk melaksanakan ibadah “Tujuh Belas Rakaat”
merupakan satu kemuliaan dan kemurnian hidup seorang mukmin di sisi Allah s.w.t.
yang akan membuka jalan keluar kepada segala kesulitan dalam hidup di dunia
yang fana ini. Allah akan melimpahkan segala rahmat dan nikmat hidup yang tidak
disangka-sangka kepada ahli ibadah masjid yang sentiasa khusyuk beribadah
kerana Allah.
Kehadiran para jemaah solat
Jumaat dalam jamuan itu amat memberansangkan. Masajid telah sediakan sepuluh
kemah di perkarangan masjid dan penuh dengan jemaah menjamu selera. Kehadiran
Yang Berhormat Datuk Haji Sairin Haji Karno sebagai Penaung Masjid menyerikan
lagi suasana kemerian ukhuwah kemanusiaan.
Oleh sebab jamuan itu diadakan
pada hari Jumaat maka para jemaah kebanyakannya tergesa-gesa menjamu selera mengejarkan
masa untuk balik ke pejabat kepada mereka yang berkerja. Para Jemaah yang telah
bersara serta masyarakat kampung turut sama mengambil masa yang terluang beramah
mesra dengan para hadirin sekalian.
Masjid At-Taqwa sangat bertepatan
namanya kepada para jemaah yang sentiasa menyemarakkan masjid setiap waktu azan
berkumandang di udara. Mengikut tafsiran Kiai Indonesia M.Z. Zainuddin, Taqwa
adalah nama terbitan dari tiga huruf iaitu “Ta’” , “kof” , “wou”; dan
masing-masing mempunyai makna yang tersendiri.
“Ta’” dari perkataan tawadhu yang
membawa makna tidak mahu dipuji, sentiasa rendah diri, tidak angkoh dan tidak
sombong dan mempunyai sikap kefahanan mental. Pemimpin yang berwibawa adalah
golongan manusia yang tawadhu. Syaidina Abu Bakar setelah dipilih oleh rakyat
sebagai pemimpin berkata:
“Saya telah dipilih oleh kamu
untuk memimpin tuan-tuan. Kalau saya benar
bantu saya tetapi kalau saya lari dari kebenaran tegur saya. Inilah contoh orang yang bersikap tawadhu. Dia tidak meloncat sombong setelah
dipilih malah kalau boleh dia menolak perlantikan itu tetapi oleh kerana
kecintaannya kepada rakyat yang inginkan kepimpinan yang berwibawa maka ia
menerima dengan penuh harapan agar rakyat berganding bahu membantu nya. Dengan
hati yang ikhlas dan terbuka beliau menerima pelantikan tersebut dan bersedia
menerima kritikkan dari rakyat yang dipimpinnya.
‘Qof’, terbitan dari perkataan
Qanaah yang membawa makna, merasa cukup dengan apa yang diberikan Allah. Sifat
memadai sekadar apa yang ada tanpa tamak dan haloba. Misalan seorang pemimpin
berkata kalau rakyat saya lapar, biar saya jadi orang yang pertama merasa
kelaparan. Tetapi kalau rakyat saya merasa kenyang biarlah saya orang yang
terakhir merasa kenyang.
Menurut pandangan Prof. Dr. HAMKA
dalam bukunya bertajuk “Tasauf Moden”, Qanaah itu mengandugi lima perkara:
1.
Menerima
dengan rela akan apa yang ada.
2.
Memohonkan
kepada Tuhan tabahan yang pantas, dan berusaha.
3.
Menerima
dengan sabar akan ketentuan Tuhan.
4.
Bertawakal
kepada Tuhan.
5.
Tidak
tertarik oleh tipu daya dunia.
Itulah yang
dinamai Qanaah, dan itulah kekayaan yang sebenarnya.
Rasululah
s.a.w. bersabda:
“Bukanlah
kekayaan itu lantaran banyak harta, kekayaan ialah kekayaan jiwa.”
Ertinya: Diri
yang kenyang dengan apa yang ada, tidak terlalu haloba dan cemburu, bukan orang
yang meminta lebih terus terusan, kerana kalau masih meminta tambah, tandanya masih
miskin.
Rasulullah s.a.w. bersabda juga: “Qanaah itu
adalah harta yang tak akan hilang dan
para (simpanan) yang tidak akan lenyap.” (HR: Thabrani dan
Jabir)
Orang yang mempunyai sifat qanaah telah
memagar hartanya sekadar apa dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya
kepada yang lain.
Berkerjalah, kerana manusia dikirim ke
dunia buat bekerja, tetapi tenangkan hati, yakinlah bahawa di dalam pekerjaan
itu ada kalah dan ada menang. Jadi tuan bekerja lantaran memandang harta yang
telah ada belum mencukupi, tetapi bekerja lantaran orang hidup tak boleh
menganggur.
Sifat ketiga dari perkataan taqwa ialah “Wou”,
terbitan dari perkataan warak yang bermaksud terpelihara baik yang subahat lebih-lebih
lagi yang haram. Tidak sama sekali
mendekati corruption atau rasuah.
Maka itu orang yang taqwa mempunyai sifat ketiga-tiga tersebut di atas. Semoga
para jemaah masjid at-Taqwa sedemikian sifat pembangunan dalam hidup mereka.
Insyallah! Bicara Minda mengucapkan “Selamat menyambut Hari Kemerdekaan”.
No comments:
Post a Comment