(Disiarkan pada
6. 9. 2014)
Ikhlas adalah satu perasaan hati yang
bersih dan jujur. Berdermalah dengan
ikhlas semoga diberi ganjaran pahala
oleh Allah s.w.t.. Kejujuran dan keikhlasan dalam melaksana kan ibadah dituntut
oleh Islam. Seorang yang berhati ikhlas sentiasa memikirkan ibadahnya kerana
Allah. Iman memandu manusia untuk membudayakan keikhlasan demi kesempurnaan
hidup bermasyarakat.
Ikhlas ertinya bersih, tidak ada
campuran, ibarat emas murni, tidak ada campuran perak beberapa persen pun.
Perkerjaan yang bersih terhadap sesuatu, bernama ikhlas. Misalnya seorang
bekerja kerana semata-mata kerana mengharapkan puji majikan, maka ikhlas
amalnya kepada majikannya, atau dia bekerja memburu harta dari pagi hingga ke
petang dengan tidak jemu-jemu, kerana semata memikirkan upah, maka keikhlasnnya
kepada perutnya.
Tempat ikhlas ialah hati. Bilamana
seorang berniat mengerjakan sesuatu
pekerjaan, mulai melangkah sudah dapat ditentukan ke mana tujuan dan bagaimana
dasar. Ada orang berminat hendak menolong fakir miskin. Pekerjaan memberi
pertolongan adalah baik, tetapi belum tentu baik jika dasarnya tidak subur.
Barulah akan baik dari zat sampai kepada sifatnya jika dasarnya kepada ikhlas.
Iaitu menolong fakir dan miskin kerana Allah, bukan semata mengharapkan puji
dan sanjung. Oleh sebab itu, perkataan ikhlas itu terpakai terhadap Allah
semata-mata.
Ikhlas tidak dapat dipisahkan dari
siddiq (benar) tulus. Lurus dan benar niat dan sengaja, kerana Allah belaka,
tidak mendustai diri dengan perkataan ‘kerana Allah’, pada hal di dalam hati
bersarang kerana puji, kerana mencari nama dan lain-lain. Orang yang mengaku
mulutnya benar, tetapi hatinya berdusta, dia termasuk dalam golongan pendusta.
Ikhlas adalah seluruh perbuatanmu muncul
kerana Allah semata, di dalam kalbumu
tidak ada hasrat sedikit pun
untuk berpaling kepada makhluk, ketika,
dan sesudah melakukan perbuatan tersebut. Menampakkan bekas ketaatan dari cahaya wajahmu dan
menampakkan bekas sujud di keningmu. Termasuk tanda-tanda keikhlasan mu adalah
jika kamu tidak bergembira dengan pujian
manusia kepadamu, dan tidak bersedih
kerana celaan mereka terhadapmu. Dalam pandangan mu keduanya tersebut
adalah sama.
Ikhlas adalah syarat penerimaan amalan.
Ganjaran akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala berkadar dengan
tingkat keikhlasan ini. Amalan yang ikhlas akan mengganda-gadakan ganjarannya
mengikut kehendak Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Untuk menghasilkan hakikat ini setiap amalan hendaklah
dilakukan dengan istiqamah iaitu
berterusan walaupun sedikit, sama ada secara perseorangan ataupun di tengah-tengah khalayak ramai.
Keikhlasan adalah batu asas di dalam penerimaan
amalan. Oleh itu setiap amalan walau bagaimana cantik
sekalipun, tidak akan bernilai di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala sekiranya
tidak disertai dengan ikhlas.
Ikhlas akan menolak kesyirikan walaupun
syirik itu mempunyai darjat yang
berbagai-bagai. Apabila amalan kosong dari sifat ikhlas, ia mungkin disebabkan
riya’ dan riya’ adalah termasuk ke dalam syirik khofi (syirik yang
tersembunyai). Meninggalkan sesuatu kerana manusia dipanggil riya’ dan
melakukan sesuatu amalan untuk manusia dipanggil syirik. Oleh itu seseorang
hendaklah memaksudkan amalannya semata-mata untuk memperolehi keredha- an Allah
Suhanahu wa Ta’ala.
Hati yang ikhlas sentiasa melahirkan
suasana kehidupan yang khusyu’ dan tawadhu kerana Allah. Ibadah tidak akan
pernah betul tanpa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan. Berjalan menuju
Allah tidak akan pernah betul melainkan
dengan kejujuran dan keikhlasan.
Dalam menempuh jalan ke arah yang
dicita-citakan, hendaklah seseorang itu berlaku
benar
dan ikhlas. Allah pernah berfirman dalam hadith Qudsi ertinya: “Ikhlas itu
merupakan sesuatu rahsia dan pada rahsia-rahsia-Ku yang Aku berikan kepada
hamba-hamba-Ku yang Ku kasihi.”
Allah Suhnanahu wa Ta’ala tidak menerima
amalan kita, jika amalan itu tidak
dikerjakan dengan secara ikhlas semata-mata kerana Alah Subhanahu wa Ta’ala.
Ibrahim bin Adham menjelaskan bahawa
ikhlas itu ialah niat yang benar
terhadap Allah Suhanahu wa Ta’ala.
Manusia binasa kecuali orang yang
berilmu. Orang yang berilmu juga binasa kecuali orang yang beramal. Orang-orang
yang beramal binasa kecuali mereka yang
ikhlas. Orang-orang yang ikhlas ini sentiasa berada dalam bahaya yang
besar. Allah tidak menerima amal ibadah dan perkataan kecuali berlandaskan
ikhlas kerana Allah Ta’ala
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman
dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud: “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya mnyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan
supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah
agama yang benar.”
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman
dalam al-Quran surah al-Taubah ayat 119 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan
hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.”
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala
tidak melihat kepada tubuh dan rupa kamu, akan tetapi Dia melihat kepada hati
kamu.” (Diriwayatkan oleh Muslim dalam Jami’ al-Ushul, no. 4731)
Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah orang
bersifat jujur dan ikhlas dalam setiap keadaan, perkataan dan perbuatan
sepanjang hidupnya. Demikianlah
kedua-dua ibubapanya mendidiknya dan
sentiasa berpegang dengannya hingga
meninggal dunia. Belia berkata:
“Wahai anakku! Hendaklah kamu bersifat
jujur dan menjaga kesucian diri. Tanpa keduanya, seorang manusia tidak akan
dapat mendekatkan diri kepada Allah. Dengan sayap ikhlas, orang yang ‘arif (mengenal Allah) terbang
meninggalkan kegelapan sangkar duniawi menuju keluasan cahaya kesucian, lalu
mendarat di taman sifat kejujuran.”
“Wahai anakku! Jalan menuju Allah tidak
akan dapat dilalui melainkan dengan berbekalkan sifat jujur dan tidak akan
sampai kepada Allah melainkan setelah
berpuasa dari dunia dan segala isinya. Jika jiwa sudah bersih daripada kotoran kemanusiaan
dan segala perintah telah
dilaksanakan, maka beruntunglah orang
yang menyedari kelalaian akalnya, membersihkan keadaannya dengan mendekatkan
diri kepada Tuhannya, berada diri menuju Tuhan yang akan menghisab amal dengan
cepat, berlumba menuju negeri akhirat, dan memuhasabah diri dari apa-apa yang
harus dia tinggalkan. Dunia adalah jambatan penye- barangan dan hari qiamat adalah huru-hara yang amat
dahsyat.”1
Syeikh Abdul Qadir al-Jalani berkata:
“Asas amal adalah tauhid dan ikhlas. Seseorang yang tidak bertauhid dan ikhlas kepada Allah bererti tidak
memiliki amal. Kukuhkanlah asas-asas amalmu dengan tauhid dan ikhlas, lalu
binalah amalanmu dengan kekuatan dan
kekuasaan Allah, bukan dengan kekuatan
dan kekuasaanmu.”2
“Setiap
amalan yang tidak mengandungi keikhlasan ibarat kulit yang tidak ada isi
atau sepotong kayu yang tegak namun rapuh atau gambar gambar tanpa makna, dan
ini adalah perbuatan orang munafiq.2
Niat yang ikhlas dipunyai
oleh semua nabi-nabi Allah Subahanahu wa
Ta’ala sebagai mana firman-Nya dalam al-Quran surah Hud ayat 29 yang bermaksud:
“Dan (Nuhpun bekata), hai kaumku, aku
tiada meminta harta benda dari mu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah
dari Allah.”
Begitu juga
maksudnya, adalah untuk menjaga dirinya sendiri daripada terjeremus ke
dalam
kemungkaran yang sama. Allah s.w.t. akan membantunya dan menghapuskan
kemungkaran
tersebut sekiranya ia benar-benar ikhlas
dan jujur di dalam usahanya.
Ganjaran pahala dari Allah
Suhanahu wa Ta’ala, setelah kita melaksanakan ibadah yang diredhai-Nya adalah
sesuatu yang amat diperlukan dalam hidup ini sebagai bekalan diri menghadap Zat
Yang Maha Berkuasa itu. Pahala juga akan
menjadi teman hidup kita di alam barzakh semasa menanti dunia hancur-hancuran
atau kiamat datang.
Apakah yang diperlukan dalam
hidup ini? Menjawab persoalan ini kita perlu melihat nandi pembangunan seorang
insan dalam sinario kehidupan di alam dunia. Pembangunan seorang insan harus
dilihat dalam dua dimensi iaitu alam
duniawi dan alam ukrowi.
Jika tumpuan keutamaan
pembangunan kepada jasmani manusia sering diporak-porandakan oleh iblis
laknatullah mengakibatkan kepincangan dalam disiplin pembangunan nya. Maka itu
halatuju pembangunan berkiblat kepada melayani nafsu yang berunsurkan
kepentingan diri semata.
Pembangunan ukrowi landasannya
ialah dalam hati dan akal sebagai rasul dalam diri setiap insan. Keikhlasan
dalam hati wajar dijadikan strategi perjuangan demi memartabatkan pembangunan
jasmani dan rohani yang dimurnikan dengan tujuh belas rakaat. Ibadah kerana
Allah akan menjamin kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Disiplin pembangunan
yang dibalut dengan akidah, Allah akan sentiasa memudahkan urusan dalam hidup.
Manusia diwujudkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala
dengan satu tujuan iaitu ber- ibadat dan
memuji keagungan Allah. (Adz-Dzariyat ayat 56). Perlaksanaan agenda dalam
hidup harus dilakukan sebagai tawakal
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka itu disiplin perlaksanaannya haruslah
dalam keadaan berwudhu. Budaya berwudhu akan dapat menjaga keikhlasan dan
kejujuran dalam hati sentiasa mewarnai
tidakan dalam melaksanakan agenda pembangunan manusia.
Kikhlasan itu sebenarnya adalah
nadi pembangunan insan kerana usaha kita
ke arah itu adalah berupa tawakal kepada
Allah Suhanahu wa Ta’ala. Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Fatihah yang
bermaksud:
“Kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kami beribadat dan kepada Allah
Suhanahu wa Ta’ala jualah tempat kami memohon pertolongan.” Jika nakbudunya
sempurna maka pertolongan akan sentiasa di perkanankan Allah.
Dalam melaksanakan tujuhbelas
rakaat, jasmani dan rohani wajar dalam keadaan bersih agar kekhusyukan dalam
beribadat sentiasa terpelihara dan terjaga. Jika budaya membersihkan diri,
jasmani dan rohani setiap kali, melaksanakan amanah yang di pertangung
jawabkan, maka pasti keikhlasan dan kejujuran hati akan mewarnai tindakan anda
dalam semua bentuk pembangunan.
Allah berfirman dalam al-Quran Surah
Ali Imran ayat 160 yang bermaksud: “Jika
Allah Subhanahu wa Ta’ala menolong kamu., maka tidak ada orang yang dapat
mengalakan kamu, dan jika Allah Subhanahu wa Ta’ala membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka
siapakah gerangan yang dapat menolong
kamu (selain) dari Allah Subhanahu wa Ta’ala sesudah itu? Oleh kerana itu
hendaklah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja orang-orang mukmin
bertawakal.”
Mengekalkan kebersihan seperti sentiasa
berwudhu, manusia boleh menjaminkan
keikhlasan dan kejujurannya dalam melaksanakan agenda pembangunan, kelak
membuahkan keuntungan hidup dunia dan pasti menempah jaminan kebahagian
kehidupan akhirat.
Ikhlas kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala
bermaksud hanya semata-mata pecaya kepada-Nya. Ia tidak boleh
dipesekutukan dengan yang lain, pada
zat, sifat dan pada kekuasaan-Nya. Hadapkan kepada-Nya segala sifat-sifat kesempurnaan yang penuh. Hindarkan daripada
prasangkaan sifat-sifat kekurangan.
Ikhlas kepada agama kerana Allah
menjadi nadi perjuangan menegakkan keadilan dan kesucian hidup di
alam yang fana ini. Keikhlasan kepada agama Allah memandu manusia
mencintai
Allah Subhanahu wa Ta’ala dan memelihara tauhid-Nya serta menjauhi segala
Larangan-Nya.
Adalah menjadi perjuangan hidup, berjihad kerana Allah demi menegakkan kemurnia
beragama.
Setiap mukmin yang ikhlas
cintakan agama yakni cinta kepada Allah dan Rasul-Nya menunjukkan keteguhannya
kepada agama Islam. Setiap mukmin melaksanakan jihad kerana Allah untuk
menentang perbuatan yang zalim kepada kesucian
agama Islam.
1Qala’id al-Jawahir, hlm. 61
2Fath al-Rabbani, majlis: 6
3Ibid, majlis: 24
No comments:
Post a Comment