( Disiarkan pada
27. 09. 2014)
Hidup dan kehidupan merupakan agenda setiap
insan sebagai pemain dalam kelang- sungan
hidup di alam dunia. Membina pembangunan merupakan misi yang didukung oleh
setiap ahli masyarakat yang bergelar mukmin. Setiap yang hidup itu mempunyai
perjuangan nya mengikut perkembangan disiplin kehidupan.
Manusia adalah makhluk bermasyarakat dan
bersosial. Disiplin pembangunannya berlandaskan ukhuwah kemanusiaan demi
melahirkan kasih sayang sebagai ikatan kesepa- duan ummah. Kekuatan umat dalam membangunkan
kehidupan ialah kehadiran ilmu, samada ilmu ukrowi mahupun ilmu duniawi.
Penekanan kepada ilmu akhirat atau ilmu
ukrowi mempunyai impak kepada pembangunan dan kesejahteraan hidup di dunia.
Ilmu tauhid merupakan pemangkin atau catalyst
dalam mewujudkan tamadun kehidupan di alam ini. Ini bermakna jika kebajikan
akhirat diutamakan maka dengan sendirinya kebajikan dunia turut sama terbela.
Kelayakan peribadi yang pertama ialah
penguasaan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar sebagai bekalan kepada mental.
Mereka yang meletakkan diri sebagai pemegang amanah bagi menegakkan kebenaran
dan keadilan, patutlah mengetahui dan memahami peraturan itu secara menyeluruh,
sekurang-kurangnya membolehkan mereka membezakan antara ‘aqidah Islamiyah dan
ciri-ciri jahiliah, antara cara hidup Islam dan cara hidup jahiliah. Dengan itu
barulah seseorang berupaya untuk mengetahui bagaimana Islam mampu membuat
perubahan dalam masyarakat secara global.
Iman yang teguh sebagai bekalan
spiritual. Selain memiliki ilmu dan
kefahaman tenaga penggerak juga mestilah mempunyai keimanan yang teguh tehadap
‘aqidah yang menjadi asas segala kegiatan mereka.Tidak ada jalan lain untuk
mengelakkan daripada gejala ini melainkan dengan iman yang teguh terhadap Allah
subhanahu wa Tala yang Maha berkuasa atas segala makhlukNya. Yakin dengan al-Quran
sebagai kitab hidayah, yakin dengan petunjuk Rasul shallallahu alaihi wasallam
untuk menuju jalan selamat.
Merealisasikan tamadun Islam harus
merujukan sumbernnya. Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam merupakan peribadi
unggul, pencetus kepada tamadun Islam. Sebelum baginda mengisytiharkan Sahifah Madaniyyah dan negara Islam
Madinah, terlebih dahulu baginda membentuk peribadi-peribadi muslim selama 13
tahun di Mekkah yang dikenali kemudiannya dengan Muhajirin.
Demikian juga dengan orang-orang
Yathrib, dikenali sebagai Ansar Madinah. Perpaduan erat antara Muhajirin dan
Ansar itulah membentuk masyarakat dan negara Islam, sekaligus menjadi model di
sepanjang zaman.
Muslim yang salih dan berjaya, bererti
mampu mengarahkan halatuju fikirannya, emosi-nya, rohaninya, selari dengan
kehendak fitrah murni yang telah ditetapkan Allah semenjak azali. Keharmonian
tiga elemen inilah akan mencernakan perlakuan seseorang secara seimbang dan
sepadu mengikut acuan Ilahi. Inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran
yang bermaksud:
“Maka
hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus, fitrah Allah yang memfitah manusia
ke atasnya, tidak ada tukar ganti ciptaan Allah, iaitu agama yang benar, akan
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Al-Quran, surah al-Rum:30)
Perlakuan makhluk jahat bersemadi dalam diri manusia yang dinamakan (syaitan hawa) adalah faktor utama
berlakunya pemesongan tiga elemen di atas. Fitrah manusia memang telah
ditetapkan berada dalam keadaan selari dengan kehendak Penciptanya. Seorang
yang berjaya membetulkan kembali kedudukan yang asal atau berjaya mengekalkan
keadaan sebagaimana asalnya, bererti dialah orang yang berjaya mengurus diri dengan sempurna
dan dia yang digelar insan sempurna atau
insan kamil.
Insan kamil bukan hanya memiliki kehebatan
intelektualnya atau Intelectual Quality sehingga mampu menguasai ilmu pengetahuan yang luas,
berkemampuan mengurus cara berfikir secara kreatif dan inovatif, pantas dan
tepat dalam membuat penentuan, tetapi
mestilah ditunjangi oleh kekuatan spiritualnya atau Spiritual quality dengan
keimanan yang mantap terhadap Pencipta, seterusnya berjaya mengawal emosinya atau
emotional Quality dengan memiliki sifat-sifat mahmudah seperti benar, amanah,
adil, ikhlas, sabar, redha, syukur dan bertanggungjawab.
Kejayaan mengurus ke tiga-tiga elemen di
atas, sudah tentu akan melahirkan perlakuan terpuji dan tutur kata yang
selamat daripada meyakini orang lain.
Perlakuan yang seperti ini sudah tentu mampu menghambat jauh segala unsur yang
mungkin menimbulkan suasana yang tidak harmoni ketika berlakunya interaksi
antara seseorang dengan yang lain dalam masyarakat.
Baginda Rasul Nabi Muhammad shallahu ‘alaihi
wasallam menyarankan bahawa kebahagian hidup di dunia semestilah dengan ilmu
dan kebahagian hidup di akhirat semestinya dengan ilmu dan jika ingin
kebahagian dalam kedua-duanya dunia dan akhirat juga semestinya dengan ilmu.
Nabi Muhammad shallahu alaihi wasallam
adalah Rasul terakhir Allah wujudkan
untuk
memimpin manusia di muka bumi ini maka itu baginda penutup para nabi dn rasul,
maka selepas beliau tidak ada lagi yang dijadikan rasul dan nabi di dunia.
Satu usaha baginda dalam misi
pembangunan Islam ialah menegakkan pemikiran para umatnya tentang ilmu tauhid
yang diterimanya dari langit untuk membetulkan persepsi mereka tentang
keyakinan dan kepercayaan yang di pusakai dari datuk nenek dan moyang mereka. Perjuangan utama
baginda ialah memasyarakatkan Islam berpandukan dokumen wahyu dari langit yang
diterimanya melalui malaikat Jibril dalam usaha memanusiakan manusia.
Antara usaha yang terbesar dalam
memasyarakatkan Islam khususnya di kalangan masyarakat Quraisy ialah
mengembalikan kudrat kewanitaan yang telah dipinggirkan oleh bangsanya(Quraisy)
dengan alasan bahawa wanita adalah pembawa kesialan dalam pembangunan keluarga.
Wanita tidak diberi peranan dalam pembangunan manusia kerana mereka yakini
bahawa kaum wanita tidak setimpal dengan kaum lelaki.
Kepimpinan Rasulullah dalam
memasyarakatkan Islam ialah memberi keutamaan kepada ukhuwah kemanusiaan yang
menjadi tulang belakang dalam membina tamadun kehidupan. Rasulullah Shalallahu
alahi wasallam memimpin umatnya begitu sempurna sekali sehingga beliau tidak
kenal antara musuh dengan kawan.
Beliau menganggap semuanya sama sahaja
hanya perbezaannya ialah kepada masyarakat yang menentang beliau menganggap
mereka tidak faham mengenai perjuangan mereka itu adalah salah. Maka perjuangan
beliau ialah membetulkan ufuk pemikiran mereka kepada keredhaan Allah Subhanahu
wa Tala.
Rasulullah mengatakan kepada musuh-musuh
Islam bahawa mereka tidak memahami usaha mereka itu adalah salah. Kalaulah
mereka faham bahawa perjuangan mereka adalah salah maka pasti mereka tidak
berbuat demikian. Maka dalam kenyataan inilah maka Rasulullah mengharapkan
semoga diberi petunjuk oleh Allah agar dapat mengenal mana yang kufur dan mana
yang betul.
Mewujudkan pembangunan wajar dengan
ilmu. Maka itu melaksanakan pembangunan wajar diberi kepada seorang pemimpin
yang mempunyai ilmu sebagai nandi pembangunan dan menjadi katalis atau
pemangkin kepada kepimpinan itu. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam
seorang pemimpin yang serba boleh dalam
semua arena pembangunan.
Baginda memimpin tentera di medan
peperangan; Baginda juga memimpin masyarakat dalam bidang akidah; beliau juga
menjadi guru memimpin masyarakat mengenai pembangunan aqlak yang luhur; dan
Baginda juga pemimpin yang amat prihatin terhadap
pembangunan
keluarganya.
Sebagai pemimpin wajar mempunyai
pengalaman yang luas untuk dijadikan kekuatan
diri
membina stratigi kepimpinan itu. Misi pembangunan dalam strategi kepimpinan
Baginda ialah memanusiakan manusia yang telah jauh menyimpang dari landasan kehidupan yang bertamadun.
Dalam usaha menyebarkan ajaran
al-Quran kepada masyarakat jahiliah di zaman dahulu, beliau terlebih dahulu menterjemahkan
isi al-Quran dalam diri Baginda. Apabila siti Aisah, isteri Baginda, ditanya
oleh para sahabat mengenai akhlak Baginda maka beliau berkata, akhlak
Rasulullah ialah al-Quran. Ini bermaksud segala isi al-Quran itu telah Baginda
terjemahkan dalam dirinya.
Walaubagaimana pun sebagai
seorang pemimpin yang berwibawa ilmu kepimpinan beliau tidak menjadikannya
melonjat sombong dan mementingkan diri. Walaupun menjadi Rasul tetapi tidak
pernah menginap wang di rumahnya. Apabila beliau tidur sampai berbekas di
pipinya daun kurma kerana tidak mempunyai tikar untuk tidur.
Pembangunan dalam konsep Islam
berlandaskan kepada faktor masa kerana Allah. Kejayaan dalam satu-satu
pembanguna manusia adalah berlandaskan kepada kesesuaian masa untuk
melaksanakanya. Masa muda adalah usia yang bersesuaian untuk melaksanakan
agenda pembangunan kerana faktor yang diperlukan seperti tenaga, daya pemikiran
yang jitu dan keterampilan, semangat dan seumpama sentiasa bersamanya.
Pembangunan yang kita kecapi
dalam kehidupan ini ada dua kategori. Kategori pertama ialah seperti
Pembangunan jasmani, intelek dan rohani. Manakala pembangunan kategori kedua
ialah pebangunan kemanusiaan, Infrastruktor kehidupan termasuklah sains dan
teknologi.
Pembangunan jasmani memainkan peranan
utama dalam sinario memurnikan tamadun
kehidupan manusia. Pembangunan ini bermula sejak dalam rahim ibu. Setiap insan
harus melalui berbagai ciri kehidupan yang dimainkan oleh kedua orang tuanya
dalam membentuk anak dalam rahim ibu.
Pembangunan rohani landasannya
ilmu tauhid. Anak wajar diperkenalkan kepada kalimah-kalimah suci sejak usia
kanak-kanak. Mengazankan anak yang baru lahir adalah langkah pertama mengilmukan bayi dengan
kalimah-kalimah tauhid. Anak itu harus mempunyai ilmu tauhid tertanam dalam dadanya
untuk mengenali Allah dan mensucikannya. Mengenali Allah bermaksud ia membina
iman dalam dirinya terhadap alam ghaib dan mengenali kekuasaan Allah terhadap
kewujudan sesuatu hidup ini.
Kepimpinan ibubapa dalam
membentuk sasiah anak sangat menentukan. Dalam erti kata lain mendidik anak
melalui contoh yang dilakukan oleh kedua ibubapa. Dalam bahasa lain mengatakan “the child learns by example.” Amalan solat lima waktu sehari semalam dijadikan tunjang
mendisiplinkan anak. Anak wajar dibawa ke masjid menunaikan ibadah solat lima
waktu dan harus dididik dengan disiplin sembahyang. Anak itu di bawa ke masjid
untuk sembahyang dan bukan dibiarkan dan menjadikan masjid itu tempat berpesta bersama anak-anak
yang lain seperti mana berlaku kepada sesetengah bapa.
Pembangunan kemanusiaan
memberatkan kepada didikan ukhuwah kemanusian. Hormat menghormati antara sesama
manusia terutama kepada orang tua akan mewujudkan perasaan kasih sayang khususnya kepada sesama mukmin. Menghormati
harta benda kerajaan menjadi tanggungjawab bersama terutama sekali mengenai
peralatan elektronik seperti telefon awam, cable berbagai jenis yang diguna
untuk keperluan awam dan sebagai- nya.
Ikatan persaudaraan dan hubungan
kasih sayang antara anggota, adalah asas
kekuatan dan kejayaan masyarakat dan organisasi. Tindakan Rasulullah
Shallallahu alaihi wasalam mempersudarakan antara Muhajirin dan ansar sebaik
sahaja sampai di Madinah adalah suatu langkah bijak dan menjadi sunnah yang
sepaptutnya dicontohi oleh umat Islam di sepanjang zaman.
Rasulullah Shallallahu alaihi
wasallam bersabda:
“Perumpamaan
orang-orang yang beriman dari segi kasih sayang dan hubungan kemesraan antara
mereka, sepertilah satu jasad apabila salah satu anggota mengandu sakit,
nescahaya saling bersimpatilah antara mereka untuk menjaga malam dan demam.” (H.R. Muslim)
Perumpamaan di atas, adalah
sebagai suatu motivasi kepada umat Islam agar menjalinkan hubungan kasih sayang
antara mereka; saling bersipati sekiranya ada yang terlibat dengan kemalangan
dan penderitaan, saling membantu dan berkerjasama dalam menanggung kesusahan
dan kepayahan. Sekiranya terdapat perselisihan antara mereka, diwajibkan ada
orang tengah menyelesaikan perselisihan tersebut secara harmoni.
mohon copy paste , utk assignment , trima kasih , apa pun post yang sangat baik . syukran
ReplyDelete