(Disiarkan pada 20 9. 2014)
Al-Quran
merupakan dokumen wahyu yang menempatkan kehidupan itu dalam perseptif yang
sempurna. Al-Quran memberi garis panduan untuk manusia melaksanakan tanggung
jawabnya untuk memurikan pembangunana demi membina landasan hidup yang
diperlukan dalam membentuk tamadun kehidupan.
Iman dan takwa unsur ibadat
kepada Allah subhanahu wa Tala yang wajar dibalut dengan perasaan kasih sayang
yang akan membina hidup sempurna. Kasih sayang antara sesama merupakan teras
kepada kasih sayang dengan makhluk Allah yang lain yang ada di alam kehidupan
kita. Tanggungjawab kita sebagai pemakmur alam kehidupan merupakan amanah
sebagai khalifah Allah yang wajar dilaksanakan kerana Allah.
Makhluk manusia hidup
bermasyarakat dan bersosial maka itu disiplin pembangunan dalam mewujudkan
ukhuwah kemanusiaan adalah antara yang terpenting dalam membina tamadun
kehidupan. Kesarasian hidup antara sesama, perlu ada pada setiap individu.
Merekalah yang memainkan peranan untuk memegang kebertanggungjawaban atau accountibility kepada kebajikan sosial
demi mewujudkan hubungan kasih sayang kerana Allah.
Manusia harus sedar bahawa hidup
bersosial bermakna badan masyarakat itu ditamsilkan seperti badan kita sendiri.
Tangan kanan kita membantu tangan kiri dalam segala urusan pembangunan dan
begitu juga sebaliknya. Hidup bermasyarakat haruslah dalam suasana tolong
menolong dalam membina kehidupan kerana keperluan hidup itu sentiasa ada pada
kekuasaan orang lain. Segala ilmu yang diperlukan dalam kehidupan ini tidak
dapat dikuasai oleh seorang maka itu wajar ada suasana “give ada take” dalam
bermasyarakat.
Peranan kebertanggungjawaban atau
accauntibility seseorang sebagai
pemain dalam kehidupan adalah mengatur disiplin perlaksanaan pembangunan sesuai
dengan kebolehan yang ada pada dirinya. Maka di situlah berlakunya kepekaan
mengatur tanggungjawab berpandu kepada falsafah pengurusan yang menekankan
konotasi“The right man on the right
place, ada the right man on the right job.”
Orang yang mempunyai kemahiran dalam
membina jambatan harus diberi kepada jurutera yang mahir mengenai disiplin
pembinaan sebuah jambatan dan bukan diberi kepada seorang ustaz yang memimpin
di bidang keagamaan. Merawat pesakit harus ditugaskan kepada doktor atau
pegawai perubatan, kerana dia tahu jenis ubat untuk satu-satu jenis penyakit,
dan bukan diberi kepada seorang juru bina bangunan yang hanya tahu selok belok membina
bangunan.
Antara kehidupan manusia dengan
kewujudan alam kehidupan di sekelilingnya, manusia mempunyai
kebertanggungjawaban atau accountibility yang
Allah wasiatkan yang dikenali sebagai khalifah Allah s.w.t..
Kerbertanggungjawaban yang mulia ini merupakan amanah yang wajar dilaksanakan
dengan sempurnanya.
Kebertanggungjawaban yang sempurna
kepada kebajikan alam itu akan melahirkan satu suasana kehidupan yang berbentuk
“menang-menang” atau “win, win
situation”. Penjagaan kebersihan alam kehidupan akan melahirkan kesihatan
kepada manusia sebagai penggunanya. Air, dan udara adalah antara fenomena alam
yang amat penting kepada kehidupan. Pencemaran kepada alam tersebut akan
mengakibatkan kemuderatkan kesihatan manusia sebagai pengguna.
Dalam kajian pakar kesihatan Amerika
Syarikat dalam tahun 1979 menunjukkan bahawa kebersihan alam adalah antara yang
terpenting dalam kategori penjagaan kesihatan alam kehidupan. Ia adalah dalam
kategori ketiga terpenting selepas para doktor perubatan mendahului, dan diikuti
oleh Jabatan Pendidikan yang memegang amanah demi menjaga kesihatan kehidupan.
Kebersihan alam sekitar mempunyai impak kepada kesihatan makhluk yang
menghuninya termasuklah manusia.
Ini bermakna setiap individu mempunyai
kebertanggungjawab atau accountability kepada
pemeliharaan kebersihan alam sekitar. Negara-negara Barat antaranya ialah
negara Switzerland yang amat prihatin mengenai kebersihan bandarnya sehingga
anak-anak yang kecil pun sudah terdidik mengenai disiplin keberihan.
Satu peristiwa berlaku kepada seorang rakyat Malaysia pergi melawat negara
tersebut dengan tujuan melancung. Kemudian dia bersiar-siar di kawasan
pelancungan atau tourist park sambil menghisap rokok. Setelah habis menghisap
rokoknya ia membuang pontongan nya di merata tempat. Kejadian itu disaksikan
oleh seorang anak tempatan, lebih kurang usianya lima tahun. Ia mengambil
pontongan rokok yang dibuang itu kemudian diberi kepada pelancung Malaysia
berkenaan.
Rakyat Malaysia tersebut mengatakan
kepada budak itu “I don’t want it any
more.”
Anak
itu menjawab “We don’t want it either.”
Kemudian pelancung Malaysia itu mengambil balik potongan rokok itu dan membuang
di tempat yang disediakan khas. Budaya penanggungjawaban atau accountability dalam hati setiap rakyat
Switzealand mengenai kebersihan hidup telah diterjemahkan dalam kehidupan
setiap insan.
Budaya accountibility atau kebertanggungjawaban, jika tertanam dalam diri
setiap insan ia akan membentuk akhlaq manusia yang sentiasa mesrah alam di mana
sahaja ia berada. Ia tidak merasa keseorangan dalam hidup ini tetapi sentiasa
memikirkan tanggung jawab itu sebagai nadi pembangunan bersama.
Misi pembangunan manusia khususnya di
Malaysia dilihat masih kurang menepati agenda yang dimuatkan dalam wawasan
negara menujuh era globalisasi yang menempatkan negara ke puncak negara
berteknologi tinggi seperti yang dinyatakan dalam wawasan 2020. Agenda telah
disediakan sebagai acuan yang diinginkan dalam membentuk Malaysia setaraf
dengan negara maju di dunia, tetapi masih berlaku budaya kurang mendapat
pengiktirafan di peringkat akar umbi.
Pepatah Melayu yang mengatakan “Indah
berita dari rupa!” masih menjadi teka teki pembangunan masa kini. Kelonggaran
dalam kebertanggungjawaban atau accountibility
setiap rakyatnya dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan terutama sekali kepada agenda negara masih
berlaku unsur-unsur kelemahan dari segi keikhlasan dan kejujuran.
Peristiwa berlaku yang membabitkan
kebocoran kertas soalan bahasa Inggeris dan Sains dalam peperiksaan Ujuan
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 ini, yang dianjurkan oleh
Kementerian Pendidikan, sebagai contoh, kurang menggambarkan satu persepsi
manusia yang matang dari segi perlaksanaan agenda wawasan 2020.
Amat mengaibkan lagi ialah, telah disyaki yang bertanggugjawab mengenai
kerenah tersebut berlaku di kalangan keluarga pendidik sendiri yang sepatutnya
kumpulan manusia yang memegang amanah kerajaan untuk membentuk manusia yang
berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri yang mendokong cita-cita dan jiwa
murni yang kiblatnya kepada “A towering
personality”.
Persoalannya ialah mengenai kefahaman
individu-individu berkenaan tentang hubungan kita dengan Allah. “Hablum minallah”. Dalam hidup di alam
dunia ini kewajiban yang wajar dipelihara ialah hubungan manusia dengan Allah.
Ini bermaksud hidup ini merupakan ibadah kerana Allah. Hidup tanpa hubungan
yang erat dengan Allah kita telah mengkufuri kekuasaan Allah yang mewujudkan
manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya dimuka bumi ini.
Mengkufuri hubungan manusia dengan Allah
sebenar adalah manusia yang tidak kenal dengan budaya tujuh belas rakaat!
Perlaksanaan tujuh belas rakaat, menempatkan seseorang itu dekat dengan Allah
maka itu sebarang ujian dalam hidup, Allah telah memagarkan dengan kekebalan
yang sukar ditembusi oleh sebarang pencerobahan termasuklah manusia yang
mempunyai akal yang sifatnya positif. Akal yang bersifat positif menerima apa
sahaja dan percaya pada hal-hal yang tidak benar, misalnya khurafat dan
khayalan, tanpa adanya dasar yang mengikuti suatu paham dan sebagainya. Sifat
demikian itu yang tidak dinilai, dan ditolak oleh Islam.
Mendidik anak supaya dapat menguasai
ilmu yang kelak akan mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah merupakan satu kebertanggungjawaban atau accountability yang
diletakkan di bahu para pendidik yang bertauliah. Tidak ada yang mudah dalam
menangani hidup ini. Setiap ibadah dalam merealisasaikan pembangunan kehidupan
semestinya melalui berbagai ujian Allah. Maka itu ujian Allah itu harus
ditangani dengan sifat “sabar” dan bertoleransi.
Mendidik anak atau mengilmukan insan
merupakan satu ibadah. Ibadah ini
merupakan perjuangan dalam hidup. Dan perjuangan itu adalah satu
pengorbanan. Manusia yang meganiayakan peraturan dalam hidup bermasyarakat adalah
rakan iblis sebenar. Ia bertopengkan manusia tetapi sebenarnya jiwanya adalah
jiwa syaitan.
Kelonggaran dalam memegang
kebertanggungjawaban atau accauntibility yang
diamanahkan oleh kerajaan sebenar, orang berkenaan telah merelakan dalam
jiwanya menggadaikan maruah bangsa dan negaranya sendiri. Kepentingan diri
lebih diutamakan daripada kepentingan masyarakat keseluruhannya.
Tahukan anda bahawa peristiwa ini
menunjukkan kepada dunia bahawa kesahihan atau credibility persijilan negara Malaysia di mata dunia agak masih
mendapat keraguan di peringkat ahli fikir antarabangsa. Dan jika inilah berlaku
maka faktor bubungan antarabangsa mengenai qualiti pendidikan di Malaysia akan
menjadi persoalan.
Masalah yang sering berlaku kepada
setiap insan sama ada tua, muda, remaja mahupun retua, berkeluarga atau bujang
ialah mereka kurang membudayakan kesyukuran terhadap apa yang ada pada mereka.
Sebagaimana contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. begitulah
seharusnya diikuti setiap daripada kita. Walau ketika uzur, sibuk atau di mana sahaja, Rasulullah
tetap sabar mendirikan solat. Bahkan lebih mengharukan kita apabila Raslullah
walaupun telah dijamin selamat daripada sebarang dosa bahkan dijamin Allah
dengan syurga, tetap mendirikan solat malam.
Apabila ditanya mengapakah baginda
bersusah payah bangun pada tengah malam dengan mengerjakan solat sehingga
bengkak-bengkak di kaki, Rasulullah memberikan jawapan yang sungguh mengusik
hati kita. Kata Rasulullah, apakah tidak layak untuknya menjadi hamba yang
bersyukur? Jadi Rasulullah sendiri
merasakan sebegitu rupa, maka dimanakan kedudukan kita sebagi umatnya?
Ramai orang yang ketika hendak
menunaikan solat, merasakan bahawa ia hanya merugikan mereka. Sedangkan ibadat
itu sebenarnya baik buat mereka. Tapi akhirnya, akibat tidak sabar, mereka
tidak solat. Tumpuan mereka hanya kepada perniagaan tanpa menandahkan tuntutan
kewajipan salah satu rukun Islam.
Mereka merasakan dengan menunaikan
solat, mereka akan mengalami kerugian yang banyak sama ada dari aspek masa atau
kewangan. Situasi begini boleh berlaku di mana-mana organisasi. Tambah
menyedihkan lagi, ketika ketua menunaikan solat, anak buah pun tidak melakukan sedemikian. Begitulah juga
sebaliknya.
Berbalik kepada peristiwa kebocoran
kertas soalan peperiksaan UPSR dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan Sains,
semasa si pulan merancang melaksanakan mengenai peristiwa tersebut beliau tidak
mengenali dirinya sebagai seorang pendidik! Kesibukan hendak mengatur stratigi
cara bagaimana melaksanakannya sehingga lupa melaksanakan ibadah solat.
Kalaulah ia bersabar sedikit untuk melaksanakan solat, kejadian tersebut
mungkin tidak berlaku, kerana solat itu adalah tiang agama.
Peristiwa kebocoran yang disyaki
dilakukan oleh warga pendidik sebenar merupakan satu ujian Allah s.w.t. kepada
Kementerian Pendidikan dan seluruh warga pendidik. Setiap bentuk pembangunan
semestinya melalui berbagai ujian Allah s.w.t.. Ujian itu kalau dilihat dari
kaca mata iman, mempunyai hikmahnya tersendiri.
Akibat peristiwa kebocoran kertas
peperiksaan maka Pengarah Peperiksaan bersama
timbalannya
dikenakan tindakan “gantung kerja” sehingga penyiasatan selesai. Ini telah
menggemparkan Kementerian Pendidikan keseluruhannya dan menjadi satu ikhtibar
kepada orang awam dalam kementerian lain agar mula melihat keberkesanan warga
kerja dalam empayarnya sendiri.
Jika dilihat dari perspektif kewibawaan
perlaksanaan tugas yang diamanahkan dalam berbagai sektor termasuklah sektor
pengangkutan, tahun 2014 ini telah menunjukkan berbagai ujian Allah yang tidak
terduga berlaku kepada kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh yang Amat Berhormat
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kehilangan Boing MH370 masih menjadi
mestri hingga kini dan Boing MH 17 masih belum selesai mencari penumpang nahas
pesawat tersebut yang ditimbak jatuh di kawasan Ukraine, di Republik Russia
itu. Ujian tersebut amat menekankan jiwa rakyat Malaysia. Walaubagaimana pun
harus bersabar kerana kesabaran yang indah
itu akan membuahkan satu kejayaan yang tidak disangka-sangka. Isyallah!
No comments:
Post a Comment