(Disirkan pada 16. 5.. 2015)
Perlakuan manusia dalam melaksanakan
pembangunan mempunyai beberapa kategori
ber- pandukan kepada kekuatan iman individu berkenaan. Ada yang perlaksanaannya
sambil lewa; orang lain mempunyai kesungguhan dan keteguhan hati(istiqamah).
Melaksanakan pemba- ngunan wajar memiliki ketahanan mental serta mematuhi
budaya ketakalan atau istiqamah.
Semangat yang kuat dan kukuh dan mempunyai keyakinan diri bahawa hidup
ini sentiasa dihiasi dengan ibadah yang berterusan dengan disiplin yang tinggi
adalah dalam kategori manusia yang sentiasa membudayakan semangat istiqamah.
Semangat demikian akan sentiasa mendekatkan kita kepada kesempurnaan dalam
pembangunan tamadun.
Membaca kewujudan alam kehidupan semestinya ada ciri-ciri yang
mengiklankan sikap istiqamah. Kejadian siang dan malam sebagai contoh sentiasa
mengikuti disiplin istiqamah.. Masa siangnya dan waktu malamnya sentiasa silih
berganti. Disiplin demikian membentuk satu pergerakan hidup setiap haiwan yang
dikenali sebagai instinct atau naluri
semula jadi dalam meneruskan hidup sebagai haiwan.
Makhluk-makhluk seperti matahari, bulan dan bintang-bintang serta planet
di angkasa raya sentiasa berada di tempat-tempatnya pada masa-masa tertentu
menyinarkan cahaya dan tidak pernah berhenti sejak wujudnya makhluk tersebut.
Inilah kekuasaan Allah yang keung- gulannya amat luar biasa.
Dalam diri setiap manusia pula demikian keadaannya dalam sistem
pergerakan organ-organ untuk mengekalkan disiplin kehidupan. Organ jantung
bergerak mengepum darah ke seluruh anggota badan secara istiqamah sejak jasad
bertemu dengan roh hinggalah roh berpisah dengan jasad yang dikenali sebagai
mati.
Segala fenomena tersebut mempunyai makna tersirat kepada pembangunan
kehidupan. Manusia hidup dibekalkan Allah dengan berbagai fitrah untuk
membantunya melaksanakan ibadah secara istiqamah. Antaranya ialah akal, akhlak,
iman, kemahiran berfikir, kasih sayang, nafsu, tenaga, mata hati dan
sebagainya. Apabila menggunakan fitrah-fitrah tersebut secara istiqamah maka
akan menemukan kebaikan pada kehidupan itu.
Istiqamah
ertinya teguh hati, tetap pendirian. Walaupun tidak semua orang dapat bersikap
istiqamah namun memeluk agama untuk mendapatkan hikmah secara mendalam sangat
memerlukan sikap instiqamah ini. Keperluan terhadap sikap istiqamah ini sangat
digunakan pada setiap masa, lebih-lebih lagi ketika di zaman moden ini.
Istiqamah
mengandungi erti kemantapan, namun tidak
bererti tidak bergerak untuk maju. Umpamanya semakin tinggi teknologi sesuatu
kereta semakin mampu ia melaju dengan cepat tanpa goncangan. Maka disebut kereta itu memiliki istiqamah atau
kekuatan dan kemantapan. Kereta itu mantap dan tidak bergoncang bukan ketika ia
berhenti namun ketika ia begerak laju.
Begitu
juga halnya dalam kehidupan di zaman moden ini, kita harus bergerak maju, namun
tetap pada dasar pertama tanpa goyang. Ini dapat terujud kepada orang-orang
yang betul-betul memiliki jiwa dan pengetahuan keIslaman yang mendalam. Bukan
itu saja bahkan mereka tetap menjalani nilai-nilai keIslaman tersebut.
Sebagai
firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jin ayat 72:16 maksudnya:
“Dan bahawasanya, jikalau mereka tetap berjalan
lurus (istiqamah) di atas jalan itu
(agama Islam)
benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar atau
rezeki yang
banyak.”
Diwahyukan kepada
Rasul Nabi Muhammad S.A.W. seandainya bangsa manusia dan bangsa jin itu tetap
berjalan di atas jalan itu yakni mahu beragama Islam, pasti Allah akan
meluaskan rezeki kepada mereka dan memberi minum pula kepada mereka air yang
segar – dimaksudkan di sini ialah dilimpahkan kepada mereka kemewahan dunia. “Air
yang segar” itulah punca kehidupan, dan dengan banyaknya air pula datanglah
kemewahan. Lantaran itu ada peribahasa yang menyebutkan: “Di mana ada air di situlah ada harta, dan mana ada harta di
situ dia menjadi ujian.”
Begitulah
gambaran istiqamah yang dituntut di zaman moden ini. Namun kenyataan pada hari
ini menunjukkan banyaknya terjadi perubahan nilai istiqamah dalam diri
masyarakat maju. Kebanyakannya lebih memperuntukkan hawa nafsu dan kehendak
diri sendiri tanpa menghitungkan akan nilai-nilai kebenaran dalam ajaran Islam.
Jiwa
yang kosong lebih banyak dari mereka yang tidak teguh pedirian dan tidak
memiliki Istiqamah. Keresahan dan kebingungan lebih banyak melada masyarakat
yang mulai jauh dari nilai-nilai agama lantaran cuba mencampurkan kesucian dan
kebenaran itu dengan debu kemaksiatan.
Istiqamah
berkaitan dengan kemampuan kita dalam berjuang untuk menghadapi ujian dan
penderitaan. Kerana semakin tinggi nilai iman seseorang itu semakin besar pula
cubaan yang harus dihadapinya. Dengan datangnya berbagai cubaan, ujian dan
penderitaan itu jika jiwa seseorang menjadi kuat dan tabah
Namun
sebaliknya bagi mereka yang tidak memiliki iman yang kuat, yang mudah
terpengaruh dengan suasana lingkungan, mereka akan merasa lemah dan terus
tumbang apabila cubaan atau bencana datang dari Allah. Mereka mengeluh,
menyalahkan orang lain bahkan menyalakan Allah S.W.T.. Keimanan seseorang
itu harus dibuktikan dengan cubaan untuk
melihat sejauh mana seseorang itu mampu mempertahankan nilai kesucian iman yang
dimiliki. Firman Allah Surah Al-Ankabut ayat 29:2-3 yang bermaksud:
Adakah manusia itu menyangka akan dibiarkan (begitu sahaja)
lantaran mereka mengatakan: Kami telah beriman – tanpa mereka diuji?Sesungguhnya
Kami(Allah) telah menguji orang-orang
dahulu sebelum mereka. Dan sesungguhnya Allah itu mengetahui orang-orang yang benar, dan
sesungguhnya Dia juga mengetahu para pendusta.
Ditinjau dari
sudut sejarah semenjak manusia itu diciptakan oleh Allah S.W.T. dan semenjak
diciptakan kebaikan dan keburukan, semenjak itulah antara keduanya mendapat
pelawanan. Kebenaran memenangani kemungkaran, sebaliknya kemungkaran atau
kebatilan itu hadir di tengah-tengah kebenaran untuk mengganggu dan mencampur
adukkan keduanya. Begitulah seterusnya sampai saat ini. Antara yang benar
dengan yang salah terus terjadi perlawanan, namun kenyataan yang dapat kita
saksikan bahawa kebatilan itu pasti akan menerima kehancuran.
Beberapa cubaan
juga diberikan oleh Allah S.W.T. terhadap Nabi yang telah terdahulu. Betapa
besarnya cubaan dan ujian yang harus mereka terima.
Istiqamah dalam
kehidupan Nabi Adam adalah antara contoh Allah berikan terhadap nabi yang telah
mencatatkan sejarah. Setelah Adam diciptakan oleh Allah S.W.T. di dalam syurga,
lalu Allah memerintahkan kepada semua Malaikat supaya sujud kepada Adam as, maka sujudlah para semua Malaikat
kecuali yang sombong dan tergolong kafir,
iaitu iblis laknatullah.
Tinggallah
Adam as. sendiri di dalam syurga. Namun Allah mengetahui bahawa Adam merasa
kesepian kemudian Allah menciptakan seorang wanita bernama Hawa. Allah
berfirman dalam al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 2:35 yang bermaksid:
“Hai Adam damailah oleh kamu dan isterimu
syurga ini, dan makanlah makanan-
makanannya yang
banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan jangan kamu dekati
pohon ini, yang
menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.”
Akhirnya
Nabi Adam as. tidak lama bertahan di syurga lantaran tergoda oleh pujukan
syaitan (iblis) dengan rayuannya. Dilanggarnya perintah Allah, didekati pohon
khuldi yang terlarang itu, dimakannya buah pohon tersebut. Kemudian keduanya dikeluarkan dari syurga.
Allah berfirman dalam al-Quran Surah Al-A’raf ayat 7:20 yang bermaksud:
“Maka
syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan
kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan
berkata: “Tuhan kamu tidak melarang mu dari mendekati pohon ini, melaikan
supaya kamu berdua tidak menjadi melaikat atau tidak menjadi orang-orang yang
kekal (Dalam syurga).
Kemudian
syaitan membujuk kepada Adam as. dan Hawa dengan bersumpah bahawa dia
sesungguhnya termasuk orang-orang yang memberi nasihat:
Allah
kemudian berfirman dalam al-Quran Surah Al-A’raf ayat 7:22 yang bermaksud:
“Tatkala keduanya telah merasai buah kayu
itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya
dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan menyeru mereka; Bukankah Aku telah
melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu:
“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.”
Iblis
terus juga memujuk dan menggoda, sehingga Adam dan Hawa dapat ditundukkan oleh
tipu dayanya. Sebab keduanya menyangka Iblis benar-benar jujur, dan percaya
bahawa orang yang berani bersumpah dengan nama Allah tentulah tidak berdusta.
Keduanya kalah oleh tipu daya Iblis untuk menahan diri daripada memakan buah
kayu di syurga. Akhirnya Hawa telah
mendahului merasa buah larangan itu dan memakannya, yang diikuti pula oleh Adam
kerana melayani kemahuan isterinya yang mengajak sama memakannya.
Pohon
khuldi yang dilarang oleh Allah S.W.T.untuk mendekatinya, ada yang mengerti kan
sebagaimana nama yang diberikan oleh syaitan dalam surah Thaha ayat
20:120. Syajatratulkuldi atau pohon
kekekalan, kerana menurut syaitan orang yang memakannya akan kekal tidak akan
mati
Namun ada yang
berpendapat bahawa khuldi tersebut hanya merupakan kiasan, sesungguhnya yang
dimaksudkan menghampiri pohon khuldi dan memakannya adalah bahawa Adam as. dan Hawa
telah melakukan hubungan kelamin ketika di syurga. Sebagai man firman Allah
dalam surah al-A’raf di atas, tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu,
nampaklah keduanya aurat-aurat mereka.
Akhirnya
oleh Allah S.W.T. Adam dan Hawa dilimparkan ke dunia, hidup sampai waktu yang
ditentukan. Keduanya menyesali atas dosa yang dilakukan ketika disyurga dan
memohon keampunan kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah berfirman dalam al-Quran
surah Al-Baqarah ayat 2:37 yang bermaksud:
“Kemudian Adam menerima beberapa kalimat
dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima
taubat lagi Maha Penyayang.”
Kemudian
Adam as. Yang ditugaskan oleh Allah S.W.T. sebagai khalifah di permukaan bumi
memulai hidupnya bersama Hawa dengan berbagai cubaan dan ujian, namun Adam
tetap bertakwa kepada Allah S.W.T., dan bertambah teguh istiqamahnya.
Istiqamah
dalam kehidupan Nabi Ibrahim untuk menegakkan kebenaran dan menghancurkan
pepalsuan juga mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya. Kehadiran di tengah-tengah umat yang sombong
dan angkuh akan perintah Allah tidak merubah sikapnya dalam menegakkan
kebenaran dan keadilan. Dia berusaha mencari kebenaran itu.
Nabi
Ibrahim as. Mencari kebenaran yang hakiki, kebenaran yang dianugerahkan oleh
Penciptanya yang Agung, bukan kebenaran pada patung-patung dan berhala yang
disembah oleh orang-orang yang tidak mampu mengenalisa dan mengerti itu. Dia
terus mencari dan mencari. Ketika malam telah menjadi gelap dia melihat
bintang-bintang lalu ia berkaa; inikah
Tuhan ku? Tetapi tatkala bintang-bintang itu tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka
kepada yang tenggelam”. Kemudian tatakala ia melihat bulan terbit dan dia
berkata: “Inikah Tuhanku?”, tetapi setelah dilihatnya bulan itu menghilang dan
terbenam. Kemudian dia bermohon kepada Illahi, jika Tuhanku tidak memberi
petunjuk kepada ku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat.
Nabi
Ibrahim as. terus mencari kebenaran itu, tatkala dilihatnya mata hari terbit
dia berkata berkata inikah Tuhanku? kerana inilah yang lebih besar, maka
tatkala mata hari itu terbenam dia berkata, hai kaumku, sesungguhnya aku
berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. Sebagai suatu bukti bahawa dia
telah menemukan sesuatu yang dicari Kebenaran yang hakiki itu bukan pada mata
hari, tetapi kebenaran yang sesungguhnya yang mencipta benda-benada itu dan
seluruh yang ada di alam raya ini.
Kemudian
Ibrahim berkata lagi:
“Sesungguhnya aku menghadapkan diri ku
kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang
benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah.” (Al-An’am:
6:79)
Usaha
Nabi Ibrahim mencari kebenaran sehingga ia merosakkan segala patung-patung
sembahan umatnya yang mengakibatnya di bakar hidup-hidup oleh pemerintah
Namsud. Tetapi Allah menyelamatkan Ibrahim dari kobaran api yang besar itu..
Allah berfirman maksudnya:
“Kami berfirman: Hai api menjadi dinginlah
dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim” (Al-Anbiya: ayat 21:69).
Kerana kemugkaran
raja Namrud terhadap Allah maka akhirnya ia, berserta pengikut nya yang ingkar
itu mendapat seksaan dari Allah dengan datangnya nyamuk-nyamuk yang sangat luar
biasa banyaknya dengan membawa penyakit untuk mereka. Namrud berserta
pengikutnya mati dalam menanggung seksaan Allah tersebut.
Namun
tidak sekadar itu saja,Nabi Ibrahim harus menerima cubaan yang lebih berat lagi
iaitu agar mengorbankan putra yang disayanginya Ismail as. Namu kerana keimanan
yang ada di lubuk hati Nabi Ibrahim as. telah kuat dan kukuh, maka perintah dan
cubaan itu dengan senang hati dilaksanakannya. Allah menyintai orang-orang yang
beriman maka di selamat kanNya Ismail dari perinstiwa pengorbanan itu. Maka terlepaslah Nabi
Ibrahim dari dolongan yang amat berat itu dan termasuk golongan orang-orang
yang beruntung di sisi Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment