Saturday, May 23, 2015

TANGANI MASA SECARA ISTIQAMAH DEMI MELAHIRKAN PEMBANGUNAN

 (Disiarkan pada 23. 5. 2015)
Setiap yang hidup itu memerlukan pergerakan untuk kelangsungan hidup di bumi ini. Itulah yang dikenali sebagai sunatullah. Allah sediakan alam ini dengan segala makhluk ciptaan-Nya demi  memanfaatkan masa yang Allah wujudkan di alam maya ini. Dalam menangani masa terbentuk satu naluri pada diri setiap makhluk yang berupa disiplin hubungan antara sesama makhluk yang tersendiri.
               Menangani masa sebaik mungkin merupakan strategi pembangunan yang diredhai Allah S.W.T. Orang yang mengenali masa bergerak adalah mereka yang sentiasa mengingati Allah kerana tanpa pertolong Allah tidak ada manusia boleh laksanakan. Segala  ibadah yang kita laksanakan merupakan tawakal dan manusia hanya mengharapkan keredaan Allah S.W.T. untuk memberikan prerogatif-Nya.
               Menangani masa secara istiqamah adalah satu konsep pembangunan yang akan membuahkan kejayaan dalam kehidupan. Pergerakan masa seharusnya seirama dengan arus pemikiran kita kerana tidak ada yang lebih penting dalam hidup ini selain daripada mengingati masa beredar selari dengan peningkatan usia setiap individu.
               Kewajipan setiap insan dalam menelusuri kehidupan adalah membuat perubahan pada diri sendiri. Usaha kita secara istiqamah merupan agen kepada perubahan pemabangunan kendiri. Tidak ada yang lebih mudah dilaksanakan selain dari budaya istiqamah kerana kerja atau ibadah yang berat pada mata memandang jika dilaksanakan secara istiqamah akan menjadi mudah dan dalam keadaan yang sempurna.
               Tangani masa secara istiqamah mengakibatkan kelancaran ibadah kerana budaya menanguhkan kerja tidak akan mendekati kita. Pepatah bahasa Inggeris mengatakan: “Stich in time save nine”, yang membawa maksud jahitlah kain baju yang robek atau koyak serta merta untuk menyelamatkan dari sembilan jahitan jika ditangguhkan sehingga robek atau koyaknya menjadi besar.
               Begitu juga halnya kepada muamalah hidup jika ditangani serta merta maka masalah itu akan selesai dengan serta merta tetapi jika tidak menggunakan masa secara istiqamah maka semangat hendak membereskan masalah berkenaan akan tertangguh dan menjadi sulit hendak dilaksanakan apabila sudah tergumpul dengan masalah yang baru datang.
               Pepatah lain mengatakan: “Strike the iron while it is red hot.”, yang maksudnya lebih kurang ketuklah besi itu apabila ia merah panas demi memudahkan untuk membentuk apa sahaja kita suka. Bidalan bahasa serupa ini amat penting diterjemahkan kepada amalan hidup kerana kerja yang sukar menjadi senang.
               Menangani masa secara istiqamah juga membuahkan kejayaan kepada kerja-kerja ibadah. Semangat istiqamah seharusnya menjadi sebahagian daripada diri kita kerana hidup ini berterusan dan wajar dihidangkan dengan ibadah kerana Allah. Mengamalkan solat lima waktu sehari semalam sebagai contoh amat penting dalam kehidupan kerana sembahyang itu adalah tiang agama. Amalan yang bermusim tidak sama sekali sesusai bagi seorang mukmin kerana hidup ini sentiasa dijaga dan dipelihara oleh setiap saat.     
               Pepatah Melayu mengatakan; “Hangat-hangat tahi ayam!” yang membawa maksud  melakasan ibadah bersungguh-sunggu tetapi hanya buat sekejap masa sahaja. Masa rajinnya datang, muamalahnya pasti beres tetapi hanya bermusim. Apabila semangat sudah sejuk maka ditinggalkan ibadah berkenaan.
               Orang yang menangani masa secara istiqamah akan melahirkan satu semangat yang unggul sentiasa mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. serta mendapat sanjungan dari orang yang menyaksikan kita. Allah amat cita kepada hamba-Nya yang sentiasa istiqamah menggunakan masa dalam semua agenda pembangunan.
               Jangan biarkan hidup ini kosong dan seharusnya di isi dengan aktiviti pembangunan sama ada pembangunan jasmani mahu pun pembangunan rohani. Tumpuan pembangunan  rohani adalah menjadi keutamaan kerana hubungan kita dengan Allah S.W.T. sentiasa terpelihara. Ini penting kerana agenda kehidupan akhirat harus kita bina sebagai persediaan kehidupan di akhirat nanti.
               Apabila hubungan dengan Allah sentiasa terpelihara maka pembangunan jasmani akan dengan sendirinya terbela. Orang yang meyuburkan kasih sayang dengan Allah S.W.T. akan dimudahkan urusan hidup di dunia yang fana ini. Setiap usaha atau ibadah yang kita lakukan merupakan tawakal dan jika budaya intiqamah mengiringi ibadah kita maka Allah pasti memberi keredhaan-Nya.
               Menyuburkan kasih sayang dengan Allah berpangkal daripada hati. Maka itu untuk menghidupkan hati, beberapa amalan yang wajar disempurnakan, antaranya ialah berzikir. Zikir adalah merupakan ibadah batiniah, tetapi hakikat zikir adalah adanya perasaan salam jiwa yang tetap mengingati Allah, sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang Maka Besar, Maha Agung, Maha Bijaksana dan juga Maha belas kasihan kepada Hamba-Nya.
               Zikir berasal dari bahasa Arab ZHIKR, mempunyai 3 erti iaitu  ingat, sebut dan ajaran.  Yang dimaksud dengan kata-kata zikir di kalangan umat Islam ialah ZHIKRULLAH, iaitu mengingati akan Allah, menyebut akan Nama Allah, mempelajari dan membaca firman-firman Allah (Kitab Suci Al-Qut’an).
               Ingat adalah pekerjaan hati (akal) semata, sedangkan sebut ialah mengingatkan dengan hati atau akal saja adalah baik. Tetapi dengan menurut-sertakan lidah (sebutan) adalah  lebih baik; kerana mengingat Allah dengan jiwa dan raga bersama-sama.   
               Dengan demikian zikir adalah termasuk ibadah. Para ahli sufi meletakkan zikir sebagai jalan rohaniah untuk menuju Allah. Di dalam Al-Quran terdapat banyak perintah tentang zikir kepada Allah: Berikut ini beberapa hikmah dari zikir, iaitu:
               “Seseorang yang berzikir kepada Allah, maka mereka akan mendapat ketenangan batin. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram, kerana mengingati Allah ingatlah, hanya dengan zikir (mengingati Allah) hati menjadi tenang.” (Surah Al-Ra’d ayat 13:38)
               Apabila seseorang itu berzikir kepada Allah, maka mereka akan merasakan ketenangan dalam jiwanya. Ini adalah rahsia yang boleh disahkan bagi mereka yang berzikir. Hal ini disebabkan kerana orang yang berzikir, maka mereka akan melalikan persoalan dunia, mereka akan hanya ingat kepada Allah S.W.T. saja.
               Dengan hilangnya beban persoalan dunia, maka disitulah akan lahir perasaan yang tenang, aman, damai dan tenteram. Sebaliknya jika manusia itu melupakan Allah S.W.T., maka mereka akan merasa hidup sempit dan seterusnya akan gelisah, sebagaimana firman Allah S.W.T.: “Barangsiapa yang berpaling dari-Ku (tidak mengingati Allah S.W.T.), maka mereka akan hidup dalam kesempitan.”
               Nabi Muhammad  S.A.W. bersabda maksudnya: “Di dalam diri manusia itu ada segumpal darah, jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah semua anggota badan manusia, iaitu adalah hati.”
               Hati mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia, dari penjelasan hadis tersebut juga menunjukkan hati manusia itu kadangkala bersih dan juga kadang-kadang kotor.
               Agar hati kita tetap bersih, maka ia mesti dibiasakan untuk berzikir, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang maksidnya:
               “Ubat penyakit hati itu ada lima perkara: “Membaca Al-Qur’an, kedua solat malam
(solat tahajjud), ketiga berterusan zikir atau istiqamah, keempat membiasakan berpuasa, dan yang kelima bergaul dengan orang-orang saleh.”
               Apabila manusia hatinya bersih dari sifat-sifat tercela seperti hasad dan sebagainya,
maka orang tersebut akan mencapai hakikat kebahagian. Sebab kebahagian adalah terkandung
pada keadaan hati manusia, jika hatinya baik dan bersih, maka otomatik akan mencapai
kebahagian.
               Bagi orang yang berzikir, maka Allah akan mengangkat darjatnya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:
               Apakah kamu mahu aku ceritakan kepada mu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan paling bersih dalam pandangan Allah S.W.T., serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh-musuh kamu semua dan memotong leher kamu, dan mereka juga memotong lehermu?” kemudian para sahabat bertanya; “Apakah itu wahai Rasul/” Beliau menjawab: “Zikir kepada Allah SWT.” (HR. Baihaqi)
               Kita sering melihat manusia yang merasa senang dan bahagia apabila dinaikkan pangkatnya, padahal yang menaikkan dan mengangkat adalah sesama manusia, dan sungguh akan lebih berbahagia dan gembira jika yang mengangkat itu Zat yang Maha Tinggi, Maha Mulia dan Maha Kuasa. Dan inilah hakikat kebahagian dan hanya Allahlah yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan mengangkat dan menghentikan darjat dan pangkat seseorang.
               Tiada orang yang paling merasa aman dan tenteram dalam hidup ini kecuali mereka yang selalu diawasi dan perhatikan oleh Allah SWT. Di antara manusia yang selalu diingat oleh Allah SWT ialah yang berzikir kepada Allah SWT.
               Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 2:152, yang bermaksud:
               “Ingatlah (zikirlah) kepada-Ku, nescaya Aku zikir (ingat) kepadamu.”
               Doa termasuk ibadah bahtiniah, sebab dalam berdoa yang paling berperanan adalah hati manusia. Doa adalah termasuk ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT. sebagaiman firman-Nya dalam al-Quran surah Al-Anbiya ayat 21:90 yang bermaksud:
               “Kemudian Kami  perkenankan permintaannya dan Kami kurniakan (seorang anak bernama) Yahya dan perbaiki  isterinya (boleh mengandung). Sesungguhnya mereka berlumba-lumba memperbuat  kebajikan, seraya meminta kepada Kami dengan harapan yang besar dan ketakutan. Adalah mereka orang-orang yang khusyuk (tunduk hatinya) kepada Kami.”
               Allah telah memperkenankan doa Nabi Zakaria, dan dikurniakanlah kepadanya seorang anak laki-laki yang bernama Yahya, kerana isterinya telah ditakdirkan boleh mengandung, sebab semua halangan yang merintang dan menyekat pertumbuhan benih di dalam rahimnya, telah dihalang oleh Allah dan dapat berjalan dengan baik, sehingga keadaannya yang tadinya dia mandul kemudian telah dapat mengandung serta melahirkan anak.    
               Sabda Rasaululah SAW:
               “Doa adalah inti dari ibadah.”
Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah Al-Isra’ayt 17:110 yang bermaksud:
               “Katakanlah: Serulah Allah atau serulah ar-Rahman! Apa sahaja yang kamu seru, Dia mempunyai nama-nama yang baik. Dan janganlah sembahyang dengan suara yang nyaring dan jangan pula dengan suara yang perlahan. Dan carilah jalan pertengahan antara kedua-duanya.
               Mengikut kata Ibnu Abbas: Bahawasanya Rasulullah SAW. Pada suatu malam telah sujud seraya membaca dalam sujudnya itu: “Ya Allah ya Rahman!” Lalu berkata Abu Jahal: “Sesungguhnya Muhammad telah melarang kami daripada menyembah Tuhan kami sedangkan dia sendiri ada menyeru nama dua Tuhan. Kemudian Allah pun menurunkan ayat ini – yang maksudnya – Tuhan itu mempunyai dua nama: Pertama, Tuhan itu bernama  Allah, dan kedua, Tuhan itu bernama ar-Rahman.”
               Dengan apa sahaja Tuhan yang kamu seru – sama ada dengan Allah atau dengan nama as-Rahman – kedua-duanya sama sahaja, bahkan Allah itu mempunyai beberapa nama yang
baik-baik – nama yang suci, mulia dan terpuji (al-Asmaul Husna).
               Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Berdoa kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan dengan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”Al-A’raaf ayat 7:55.
               Allah perintahkan manusia supaya mengesahkan-Nya, iaitu dengan beribadat kepada-Nya saja – sedang ibadat itu pula hendak dijiwai dengan doa atau permohonan.
               Berdoa atau bermohon kepada Allah, adalah merupakan salah satu ibadat yang amat penting. Kalaupun bukan merupakan perintah yang wajib, tetapi berdoa it sudah pasti adalah sunat. Biasanya seseorang hamba tidak akan memohon melainkan bila ia perlu kepada sesuatu yang dihajatinya, sedang ia tidak berdaya untuk memperolehnya lalu bermohonlah kepada   Tuhannya.

               Orang yang berdoa adalah mereka yang merasa dirinya lemah dan sekaligus ia merupakan pengakuan bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Besar, Zat Yang Agung dan Zat Yang Maha perkasa.” Doa juga melambangkan kepasrahan seorang hamba kepada Tuhannya, kepasrahan inilah hakikat dari ibadah, sebab jika manusia tidak merasakan dirinya lemah, maka ia akan melahirkan sifat sombong dan angkuh, sedangkan kesombongan akan melahirkan keingkaran dan kemaksiatan.

No comments:

Post a Comment