Saturday, October 10, 2015

BUDAYA MENOLONG MERUPAKAN IBADAT KERANA ALLAH SWT.

 (Disiarkan pada 10. 10. 2015)
Agama Islam menyedarkan kepada manusia supaya bertolong-tolongan dalam hal kebajikan dan jangan bertolong-tolongan dalam perkara-perkara yang merusak atau mengun- dang kemukaan Allah SWT. Perkara-perkara yang mengundang kemuderat kepada pembangu nan kehidupan atau kemaksiatan  akan hanya memperbanyakkan kodosaan kepada Allah SWT kelak akan membuka pintu neraka sebagai distinasi mutlak kepada manusia yang mengkufuri kenikmatan hidup yang diredai Allah. Ibadat yang akan mendekatkan kita kepada Allah ialah keikhlasan hati kita dalam melaksanakan Ibadat atau menolong orang yang berwajib.
Allah berfirman surah Al-Kahfi ayat 18:110 yang bermaksud:
“Katakanlah: Hanyasanya aku adalah manusia seperti kamu juga. Diwahyukan kepada ku bahawa Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu. Maka barang siapa mengharap-harapkan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, dan janganlah menyekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan sesiapa pun.”
Allah menyuruh rasul-Nya mengatakan pula: Bahawasanya aku hanyalah manusia biasa seperti kamu juga. Aku tidak mengaku bahawa pengetahuanku meliputi perkataan-perkatan Tuhanku, bahkan tak ada langsung pengetahuanku kecuali apa yang diajarkan-Nya kepada ku. Dan sesungguhnya Allah telah mewayukan kepadaku supaya  kamu menyembah Allah sebagai Tuhan yang satu, sebab Tuhan yang sebenar tak ada duanya dan tak ada yang menyekutui-Nya.
Sesiapa yang menginginkan pahala daripada Allah hendaklah beribadat kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlasnya, jangan menyekutukan-Nya dengan yang lain seperti yang dilaku kan oleh orang-orang yang tidak percaya kepada keterangan-keterangan Allah dan kepada pertemuan dengan-Nya.
Dalam hubungan ini Imam Ahmad dan Muslim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) dari Nabi (s.a.w.) bahawa Allah telah berkata:
“Akulah sebaik-baik sekutu, maka barang siapa berbuat amal yang mengandungi syirik (menyekutukan Aku) dengan yang lain, aku terlepas daripadanya (tidak ada kena mengena) dan orang itu menjadi hamba kepada yang disekutukannya).”
Moga-moga Allah jadikan amalan kita ikhlas semata-mata kerana-Nya tidak ada sedikit pun hendak mencari keredhaan yang lain. Muda-mudaan Allah memberi kita taufik dan hidayat-Nya untuk beramal dengan suruhan-Nya sesuai dengan yang diriwayatkan-Nya. Tuhanlah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Allah berfirman lagi dalam surah Ali-Imran ayat 3:145 yang bermaksud:
“...... Sesiapa menghendaki balasan di dunia nescaya Kami (Allah) datangkan ianya kepadanya, dan sesiapa menghendaki balasan di akhirat nescaya Kami(Allah) datangkan juga ianya kepadanya, dan Kami beri balasan orang-orang yang bersyukur.”
Tiap-tiap amalan yang dicita-citakan untuk kepentingan dunia semata-mata, Allah akan kurniakan upahnya sekadar yang dicita-citakan iaitu upah semasa berada di dunia. Begitu pula amalan yang dicita-citakan untuk kepentingan akhirat, upah akhiratlah yang akan diterima. Ia sesuai dengan hadis yang berbunyi:
“Hanyasanya amalan-amalan itu hendaklah disertakan niat, dan tiap-tiap seorang memiliki kadar yang diniatkan.”
Ayat yang diperkatakan ini ditujukan oleh Allah kepada pasukan-pasukan yang telah terpengaruh oleh harta rampasan dalam perang  Uhud sehingga tergamak mereka meninggal kan kedudukan mereka. Jadi seolah-olahnya Allah menyatakan: Sekiranya kamu mengejar upah didunia, tiadalah Allah menghalang-halangnya-terserahlah kepada kamu untuk merebut nya. Tetapi bukanlah ini yang menjadi dasar seruan pemimpin besar kamu Muhammad (s.a.w.). Malah kamu diserunya ke arah kebahagian di dunia dan juga di akhirat.
Mereka itu ialah orang-orang mukmin yang taat tidak terpesong pun arahnya dari berjihad, dan tidak   beramal kecuali kerana Allah dan hari kemudian.  
               Ibadah atau amalan yang bersifat ikhlas berpangkal dari hati. Ia adalah tiang terbesar daripada perbuatan hati. Kepadanya berpuncak seluruh ibadah. Ikhlas bermaksud ketaatan dan amal perbuatan itu, manusia hanya mendekatkan diri (bertaqarrub) kepada Allah dan menghendaki kedekatan dan keredaan-Nya, bukan tujuan-tujuan lain, seperti ingin terpandang manusia atau mencari pujian mereka atau tamak terhadap apa yang mereka miliki.
               Orang-orang cerdas melihat erti ikhlas hanya kiblatkan segala gerak dan diam, baik dalam keadaan menyendiri mahupun di halayak ramai, hanya untuk Allah tidak dicampuri apa pun, tidak dengan nafsu keinginan dan dunia. Hatinya membenam alam dunia, tidak sedarkan diri dan hanya melihat cakerawala keikhlasannya itu untuk mendekati Allah SWT. 
               Syaikh Muhammad Nawawi mengutib pendapat Al-Ghazali bahawa falsafah ikhlas ialah membeningkan atau menjernihkan amal daripada unsur-unsur berbangga diri (ujub) terhadapnya. Sesungguhnya melirik dan memandang amal adalah perbuatan ujub. Ujub termasuk sejumlah penyakit hati.  
               Syaikh Muhammad Nawawi sendiri mendefinasikan bahawa ikhlas ialah engkau hanya beribadah kepada Allah dan istiqamah padanya. Selanjutnya beliau mengutip  Hadith Nabi s.a.w. yang merupakan isyarat tentang erti ikhlas. Nabi menjawab, “Engkau berkata Tuhanku adalah Allah, lalu kamu istiqamah sebagaimana diperintahkan.”
               Hal ini, kata Syaikh Muhammad Nawawi merupakan isyarat tentang pemutusan segala sesuatu selain Allah daripada tempat mengalir pandangan. Inilah ikhlas yang sebenarnya. Al-Junaid  juga mendefinasikan bahawa ikhlas adalah membersikan amal daripada berbagai kotoran. 
               Peranan utama manusia dalam hidupnya ialah mengabdikan diri dan memberi sepenuh ketaatan terhadap perintah Allah dalam segala aspek kehidupan. Peranan ini disebut sebagai ibadah, Konsep ibadah bukan hanya bermakna solat, puasa, mengeluarkan zakat, dan menunaikan haji sahaja, tetapi ia juga meliputi segala usaha, dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Malah, sebarang tindakan dan operasi yang dijalankan oleh manusia dianggap sebagai ibadah selagi ianya bertujuan mendapatkan keredaan Allah. Jadi tanggungjawab asas manusia ialah mematuhi segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
               Menurut Islam, manusia mempunyai dua tugas yang berbeza, tetapi saling berkait antara satu sama lain, iaitu tugas 
sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya di dunia. Dengan penyempurnaan kedua-dua tugas ini, manusia dianggap beribadah kepada Allah. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Az-Dzariyat 51:56 – 58 yang bermaksud:
               “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak  menghendaki rezeki daripada  mereka dan tidak pula menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai kekuasaan yang sangat kukuh.”  
               Secara khusus pengabdian diri kepada Allah membabitkan perlaksanaan empat baha- gian asas, iaitu satu hubungan mencancang dengan Allah dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah (ubudiyah), dua hubungan mengufuk dengan manusia dalam konteks tanggugjawab manusia sebagai makhluk bermasyarakat, tiga hubungan mengufuk dengan alam dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai pengguna atau pentadbir sumber alam yang bijaksana, dan empat hubungan dalaman dengan diri sendiri dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di dunia (rububiayya).       
               Misi untuk menjadi khalifah Allah di dunia merupakan misi yang dipertangungjawab kan kepada semua manusia. Misalnya, setiap individu bertanggungjawab terhadap manusia dan makhluk lain yang ada dalam persekitarannya. Oleh itu tugas sebagai khalifah Allah meliputi tiga tanggungjawab asas, iaitu tanggungjawab kepada manusia, tanggungjawab kepada alam, dan tanggungjawab kepada diri sendiri.                                                                                                         
              Dalam menjalani kehidupan duniawi, al-Qur’an memberi peringatan kepada manusia bahawa mereka tidak dijadikan
dengan sia-sia. Allah berfirman surah Al-Mu’minun ayat  23:115 yang bermaksud:
               “Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (sia-sia) sahaja, dan  bahawasanya kamu tidak dikembalikan kepada Kami.”
               Adakah kamu menyangka wahai orang-orang yang celaka bahawa Kami telah menjadi kan kamu hanya untuk menjadi pemainan dan sia-sia belaka? Bukan! Sebaliknya Kami telah jadikan kamu untuk membimbing kamu dan mengajar kamu, supaya kamu dapat meningkat ke taraf yang lebih tinggi dari kedudukan kamu yang ada sekarang. Dan bukanlah seperti yang kamu sangkakan bahawa kamu tidak akan kembali kepada Kami untuk diperkirakan amalan kamu dan diberi pembalasan.
               Ayat ini menghisyaratkan tentang adanya hikmat atau rahsia mengapa mereka dibeba- ni dengan hukum-hukum syarak dan supaya mereka beramal dengan hukum-hukum tersebut dan mereka dibangkitkan pula pada hari akhirat untuk diberikan pembalasan di atas amalan yang telah mereka kerjakan, begitu pula dari apa yang mereka usahakan selama hidup di dunia.
               Firman Allah lagi dalam surah Al-Qiyamah ayat 75:36 yang bernaksud:
               “Adakah manusia mengira, bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa bertanggungjwab).”
               Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan saja lepas bebas hidup dalam dunia ini dengan tidak ada peraturan? Lepas dan bebas tidak ada pengembala, laksana binatang liar lepas di rimba? Menurut tafsiran dari Mujahid dan imam asy-Syafi’i : “Apakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan saja dengan tiada ada perintah dan tiada ada larangan?” As-Suddi mentafsirkan: “Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan saja hidup di dunia ini  dengan tidak ada perintah berbuat yang baik dan menjauhi yang buruk, dan kalau mati habis begitu saja, tidak ada hari kebangkitan lagi dari kubur?”
               Kehidupan yang paling baik ialah kehidupan yang bersifat sederhana. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:143 yang bermaksud:
               “Begitulah pula Kami jadikan kamu  umat yang wasatan (pertengahan), supaya kamu menjadi saksi, dan Rasul pula menjadi saksi di atas kamu........”.
               Allah menjadikan pula umat Islam ini suatu umat yang terbaik dan mulia dengan gelaran “Umat yang pertengahan.” Umat yang pertengahan itu umat yang sederhana dan biasa sahaja. Pertengahan itu pada hakikatnya, sesungguhnyalah akan nampak kelebihannya dan nyata kebaikannya.
               Gambaran kehidupan yang sederhana adalah seperti firman Allah surah al-Qasas ayat 28:77 yang bermaksud:
                    “Dan carilah dengan perantaraan (kekayaan) yang dikurniakan Allah kepadamu akan (kebahagiaan) kampung akhirat dan jangan engkau lupakan bahagian engkau di dunia ini, dan buatlah kebaikan sebagaimana Allah telah berbuat kebaikan kepadamu, dan janganlah engkau membuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang-orang yang berbuat bencana.”
               Ayat ini ada kaitannya dengan kisah Qarun dari bangsa kaum Bani Israil yang men- yombongkan diri dengan kekayaannya yang banyak. Lantaran itu ia ditegur dan dinasihati oleh kaumnya, supaya ia jangan leka dengan bersenang- senang sahaja.
               Seterusnya ia diingatkan dengan nasihat-nasihat yang baik seperti yang tersebut dalam ayat ini. Tentunya yang menjiwai nasihat-nasihat itu ialah Allah sendiri. Walaupun pada lahirnya kepada Qarun, namun tujuan nasihat-nasihat itu  untuk umum. Supaya dijadikan panduan oleh sesiapa dahaja.
                    Hendaklah engkau tuntut keselamatan di kampung akhirat dengan kekayaan yang dianugerahkan Allah kepada engkau. Hendaklah engkau cari pahala yang ada disisi Allah di akhirat dengan membelajakan harta yang dikurniakan Allah kepadamu pada jalan yang mendatangkan keredaan Allah. Hendaklah engkau rebut kebahagiaan hidup di kampung  akhirat itu lebih baik dan lebih kekal dari bersenang-senang dengan kemewahan dan kelezatan dunia.
                    Caranya adalah banyak, misalnya: Dengan memberi sedekah atau derma kepada fakir miskin, untuk mendirikan masjid, surau, sekolah, madrasah, kelas-kelas bimbingan agama, taman didikan kanak-kanak dan perpustakaan. Untuk membangunkan rumah sakit, klinik, rumah-rumah kebajikan, pemulihan akhlak, musafir-khana dan lain-lain. Amalan-amalan tersebut kadang-kadang dipanggil sebagai amal jariah.
                    Membelanjakan harta, menggunakan kekayaan yang melimpah-limpah, kenikmatan, kemewahan dan kemudahan moden yang ada, untuk perkara-perkara yang disebutkan tadi adalah merupakan jalan ke arah mendampingkan diri kepada Allah, dengan mendapat galasan di dunia dan pahala serta kebahagiaan hidup di akhirat.
                    “Dan jangan engkau lupa bahagian engkau di dunia ini”

                    Jangan engkau meninggalkan penghidupan di dunia yang menjadi bahagian engkau seperti bekerja mencari wang, dan berusaha mencari rezeki serta menikmati kelazatan dunia seperti makan, minum, berpakaian, berhibur dan sebagainya – dengan mengutamakan kampung akhirat semata-mata seperti sembahyang, puasa, iktikaf di masjid dan berwirid sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment