Saturday, October 24, 2015

KONSEP JUJUR DAN IKHLAS AKHLAK YANG MULIA MENURUT ISALAM

 (Diarkan pada 24. 10 2015)
Jujur maknanya lurus hati; tulus; ikhlas. Orang yang jujur akan selalu menerima kebaikan sebagai balasan baik daripada Allah. Kejujuran  bermakna kelurusan hati; keikhla- san. Kejujuran Samin membuat guru besarnya sungguh bangga dan memujinya.
               Ikhlas bermaksud perasaan hati yang bersih dan jujur; suci hati. Beramallah dengan ikhlas semoga diberi ganjaran oleh Allah. Ikhlas tidak boleh dipisah dengan siddiq (benar) tulus. Ikhlas dan jujur itu berpangkal dalam hati.
Dalam bahasa Melayu, ikhlas itu tidak dipisahkan dengan jujur yang dalam bahasa halusnya ‘tulus’,  sebab itu selalu orang berkata ‘tulus ikhlas’, dan ketulusan itu bukan di lidah saja, kerana lidah mudah berputar, mudah mungkir. Kerana lidah berkata atas kehendak hati. Yang penting ialah ketulusan hati.
Dalam menempuh jalan ke arah yang dicita-citakan, hendaklah seseorang itu berlaku jujur dan ikhlas. Allah pernah berfirman dalam hadith Qudsi ertinaya: “ Ikhlas itu  merupakan sebuah rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku yang Aku berikan kepada hamba-Ku yang ku kasihi.”
Allah tidak menerimaa amalan kita, jika amalan itu tidak dikerjakan secara ikhlas semata-mata kerana Allah. Ibrahim bin Adham menjelaskan bahawa ikhlas itu  ialah niat yang benar terhadap Allah SWT.
Pengertian jujur dan ikhlas itu terdiri dari enam macam pada perkataan, niat, cita-cita, janji, perbuatan, maqam dan kedudukan.  Kesemanya itu  harus ditujukan kepada Allah SWT dan kepada segala kebajikan yang dilakukan.
Orang yang ikhlas adalah yang tidak memiliki pendorong kecuali mendekatkan diri kepada Allah. Oleh yang demikian apa yang disebut ikhlas adalah memurnikan amal dari segala dosa ini, sedikit mahupun banyak, sehingga amal itu semata-mata bertujuan untuk taqarrub. Jadi, tidak  ada pendorong yang lain. Jadi penyelesaian ikhlas adalah dengan mengetepikan pertimbangan-pertimbangan peribadi, memotong kerakusan terhadap dunia, memurnikan tujuan akhirat, yang semua ini harus lebih dominen di dalam hati.
Al-Ghazali dalam kitab niat dan ikhlas di dalam bukunya Al-Ihya, terdapat huraian mengenai hukum amal yang bercampur sebahagian noda-noda dunia atau pertimbangan-pertimbangan peribadi, semua tidak ikhlas kerana Allah dan semua juga tidak ikhlas kerana riyak. Apakah orang muslim berhak mendapatkan sebahagian pahala dari amal itu atau tidak?
Orang yang mengerjakannya semata kerana riyak, maka sudah pasti amalnya itu merupakan sebab kebencian dan seksa dari Allah. Sedang orang yang melakukannya secara ikhlas kerana Allah, maka amal itu merupakan datangnya pahala dari Allah. Allah tidak menerima amal kecuali amal itu ikhlas dan untuk mencari keredaan-Nya semata.
Keikhlasan manusia dalam beramal biasanya bersama dengan adanya keimanan kepada Allah SWT. Iman itu adalah kekuatan naluri diri untuk meyakini sesuatu itu ada walaupun kita tidak dapat melihat dengan mata kepala mahupun mati hati kita sendiri.
Iman itu tidak dapat diperolehi dari sesiapa pun, tidak dengan keturunan mahupun dipelajari dari sesiapa sahaja. Ia datang dengan sendirinya membawa kita bagaimana mema- hami kehidupan ini di sisi Allah SWT yang Maha Pengasih,  Maha Penyayang, Maha Bijak sana dan Maha sempurna.
Pada suatu ketika penulis bicara minda berjumpa dengan adik saudaranya  yang juga seorang mualaf,  lalu ia bertanya mengenai amalan sembahyang tahajud. Secara ikhlas penulis tidak pernah mengamalnya kerana tidak tahu apa itu sembahyang tahajud. Maka adik saudaranya pun menasihatinya bahawa amalan sembahyang tahajud dilaksanakan pada waktu malam selepas tidur dan bangun dalam keheningan malam. Ia dilaksanakan dengan niat solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Ta Allah.
Adik saudaranya menambah kata dengan hati yang jujur, menasihat abang saudaranya
supaya setelah selesai solat tahajud baca surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali kemudian hadiahkan kepada saudara-saudara yang telah pulang ke rahmatullah.
Columnist (penulis ruang) amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada adik saudaranya kerana mendapat satu ilmu darinya untuk diamal dalam bulan Ramadan yang menjelang tiba. Dengan hati yang ikhlas, columnist (penulis ruang) tidak sabar-sabar lagi  menungguh kedatangan bulan yang mulia itu.
Ibadat puasa tibalah masanya maka abang saudaranya dengan khyusuk dan tawadhu melaksanakan amalan-amalan wajib seperti ibadah puasa, sembahyang lima waktu dan diikuti dengan sembahyang sunat tahajud pada pukul dua pagi selepas tidur kerana keletihan melaksanakan ibadah puasa. Surah Al-Fatihah dibacanya sebanyak tiga kali selepas solat tahajud kemudian dihadiahkannya kepada arwah saudara kaum muslimin tanpa menyebut nama-nama mereka.
Amalan seperti itu diteruskan dengan niat ikhlas kerana Allah. Hari demi hari  minggu bertukar minggu dengan hati yang jujur mengamalkan ibadah puasa bersama keluarga. Pada lima belas hari bulan Ramadan columnist atau penulis ruang bermimpi kepada ipar saudarnya yang sudah pulang ke rahmatullah sekian lama sebelum columnis bicara minda memeluk Islam. Ipar saudara berkenaan juga adalah saudara baru dan telah mengerjakan ibadah haji sebelum meninggal dunia.   
Dalam mimpi penulis, ipar saudara tersebut menziarahinya ke rumah lalu  masuk langsung ke bilik tidur dan berjumpa persis di pintu bilik berkenaan. Sambil berpelukan seraya berkata satu sama lain bahawa mereka amat merindui kerana lama tidak berjumpa! Dalam keadaan berpelukan penulis sedar dalam hati bahawa ipar saudaranya itu telah mening gal dunia!
Dalam keadaan berpelukan, tersedar dari tidur langsung melihat jam dalam tangan
menunjukkan pukul empat pagi. Penulis ruang menunggu masa solat subuh, setelah melaksanakan- nya langsung bergagas pergi berjumpa dengan adik saudaranya yang tinggal lebih kurang tiga suku kilometer jauhnya dari rumah.
Beliau juga baru selesai mengerjakan solat subuh. Penulis mengetuk pintu lalu mengucapkan salam. Pintu dibuka sambil menyambut salamnya lalu adik saudaranya mempersilakan masuk. Tanpa melengahkan masa penulis lalu menceritakan mimpinya semalam dan meminta  adik saudaranya untuk mentafsirkan mimpi itu. Setelah mendengar dengan khusyuk dan tawadhu, lalu dia bertanya mengenai amalan yang diajarnya sebelum bulan Ramadan. Penulis mensahkan bahawa amalan itulah yang dijaganya setiap malam.
Adik saudarannya lalu memeluk penulis sambil menangis. Penulis merasa hairan dan terperanjat lalu bertanya: Kenapa? Dengan air mata berlinangan membasahi pipinya, diikuti dengan ucapan “Syukur Alhamdulillah, doa mu sayang telah diperkenankan Allah SWT!” Penulis lalu terpegun, hatinya langsung bersama Allah SWT! Mulai saat itu tumbuh IMAN yang kukuh dalam dadanya.
Beliau  lalu  berfikir sejenak, dengan perasaan ikhlas dan jujur, sambil mengeluarkan air mata, lalu berkata dalam hati: “Syukur Alhamdulillah, sehina-hina amalanku selama ini, setelah mengucap  Dua Kalimah Syahadat tujuh tahun dahulu, lalu melaksanakan ibadah yang belum pasti kebenarannya berada di landasan akidah Islam, Allah perkenankan juga doaku”!
Mulai dari saat itu juga penulis ruang dengan hati yang yakin dan tabah menguatkan iltizamnya untuk menimba ilmu akidah dengan apa cara jua pun untuk memantapkan imannya kepada Allah yang benar-benar Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu.
Sejak dari itu penulis ruang, dibimbing oleh hati yang ikhlas dan jujur, mencari sumber ilmu di merata tempat yang beliau boleh bersandar demi memperkukuhkan iman yang baru menginap di hatinya. Penulis bermula dengan amalan zikir yang ditujukajar oleh adik saudaranya.
Ia melaksanakan  zikirAllah mulai jam 12.00 tengah malam hingga jam lima pagi
tanpa henti dan mengamalkannya secara istiqamah selama 41 hari. Perlaksanaannya ialah selepas zikir ayat kursi sebanyak 141 kali, kemudian zikir: Ya Kafi; Ya Ghany: Al-Fattah; Ar-Razzaq sebanyak 3,000 kali. Penulis telah mengamalkannya sebanyak dua kali selepas silang empat tahun.
Kemudian diikuti dengan mendengar ceramah agama melalui kessette oleh ustaz M.Z. Zainudin, kyai muda dari Indonesia, sehingga beliau mempunyai sebanyak 32  buah ceramah kesemuanya yang menitik beratkan kepada pembangunan kehidupan khusus kepada keluarga dan uhhuwah kemanusiaan dalam perspektif Islam. Penulis mendengar semua kassette secara
bergilir setiap hari sehingga beliau khatam apa yang diceramahkan dalam kesemua 32 kessette.
Selain mendengar kessette beliau juga mengambil kesempatan mendengar ceramah agama secara langsung di mana sahaja yang ada mengadakan acara ceramah keagamaan. Tanpa menghiraukan apa saja halangan, penulis pasti menghadirkan diri bersama buku catatan di tangannya. Setiap kali menghadirkan ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz yang bertauliah pasti penulis mengambil peluang untuk bertanya jikalau sesi soal jawab dibuka.
Ustaz Abu Hurairah graduan dari univesiti Al-Azhar dari Phillipine yang berkhidmat dengan USIA buat seketika dahulu, banyak membantu penulis dalam ceramanya setiap hari Sabtu selepas solat subuh di masjid negeri Kota Kinabalu.
Dengan usaha dan amalan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas kerana Allah, serta dilakukannya secara istikamah, maka beliau dikurniakan oleh Allah satu rahmat sebagai columnist atau penulis ruang Bicara Minda dalam surat khabar tempatan “The News Sabah Times” sejak 2002 hingga sekarang.
Setiap rencana yang disiarkan di ruang bicara minda, beliau susun semula sambil membuat edisi mana-mana perlu  kemudian dibukukan dengan menggunakan tajuk yang melambangkan pembangunan kehidupan dalam perseptif Islam. Setakat ini beliau telah siap menulis 13 buah buku dan 5 buah daripadanya telah diterbitkan. Ada 8 buah lagi yang sedang diedit oleh JHEAINS dan akan diterbit oleh kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dengan kerjasama Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. Arif, Pegawai Penerbitan selaku Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah dan Wakil Rakyat Membakut .
Buku yang bertajuk “Dimensi Iman Lambang Keunggulan Islam” telah diterbitkan oleh kerajaan negeri Sabah dan telah dilancarkan di Sandakan, sempena menyambut  perayaan Maal Hijrah pada tahun 1436H yang lalu. Penulis menghadiahkan buku ini khusus kepada Ustaz Abu Hurairah kerana beliaulah yang meminta columnist (penulis ruang), supaya melahirkan sebuah buku mengenai keunggulan Islam sebagai agama Allah.
Beliau amat memerlukan sebuah buku seperti ini untuk memboktikan kepada rakyat jelata yang bukan beragama Islam kerana beliau sering diperlikan oleh mereka bahawa Islam tidak unggul berbanding agama lain seperti Keristian, semasa beliau mengadakah ceramah untuk memperkenalkan Islam kepada mereka. Ustaz Abu Hurarah mencabar kepada penganut agama tertentu  untuk memboktikan keunggulan agama mereka dengan menghasilkan sebuah buku.
Penulis bicara minda mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi terima kasih kepada kerajaan negeri khasnya kepada  Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa  Haji Aman kerana sudi menolong penulis menerbitkan semua buku-bukunya yang telah siap ditulis.
Demikianlah satu ibadat yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas akan membuahkan satu hikmah dari Allah SWT, kerana Dialah satu-satunya Zat yang wajib setiap umat Islam mendekatinya dan menyayanginya kerana hidup ini wujud kerana Allah. Ibadah ku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah!    
Kelahiran sains dan teknologi masa kini telah mengkufuri manusia mukmin terutama sekali golongan belia dan beliawanis kepada nikmat hidup yang dihidangkan oleh Allah SWT. Akibat daripada itu keikhlasan serta kejujuran manusia memelihara akidah dan kesucian Islam serta memupuk suasana ukhuwah kemanusiaan, dan kasih sayang demi kesejahteraan ummah sudah terumbang-ambing ditiup oleh buaian keseronokan dunia!
Agama Islam yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dari Allah SWT dalam perantaraan malaikat Jibril membetulkan persepsi manusia terhadap falsafah pembangunan kehidupan yang diredai Allah SWT. Islam menekankan keunggulan dalam berbagai sudut kehidupan. Keunggulan Islam itu sebagai satu agama benar (deen al-haq) yang meliputi Islam sebagai agama Allah SWT dan tanggungjawab setiap individu terhadap agama tersebut.
Kebersihan hati secara mutlak tidak akan dapat dicapai kecuali telah bersih dari lima perkara: iaitu bersih dari syirik yang dapat menodai iman tauhid; kedua, bersih dari bid’ah yang berakibat ingat sunah; ketiga, bersih dari syahwat yang dapat mengingkari perintah; keempat, bersih dari kealpaan yang dapat menghalangi zikir; dan kelima, bersih dari riyak yang dapat menghalangi tajrid dan ikhlas. Kelima perkara itu dapat menghalangi manusia dari rahmat Allah SWT.
Oleh kerana itu, manusia memohon kepada Allah SWT agar ditunjukkan ke jalan yang lurus. Tidak ada sesuatu permohonan yang sangat diperlukan oleh seseorang dan lebih bermanfaat kepadanya,  kecuali doa semacam ini. Jalan yang lurus itu meliputi beberapa ilmu, keinginan, amal dan meninggalkan kemaksiatan zahir mahu pun batin setiap saat.

Allah sentiasa akan memberikan petunjuk ke jalan yang lurus kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya berkat kurnia dan rahmatNya. Allah akan senentiasa memberi petunjukNya yang sesuai dengan watak tiap-tiap orang. Allah jua memalingkan siapa saja yang dikehendaki dari jalan yang benar kerana keadilan dan kebijaksanaan-Nya. 

No comments:

Post a Comment