(Disirkan pada 7. 11. 2015)
Islam memandang berat tentang hubungan
sesama manusia (muamalah). Kerukunan hidup manusia adalah diikat dengan
kesamaan dan persamaan dalam semua keperluan hidup di alam ini. Walaubagaimana
pun pentingnya manusia bermasyarakat atas sebab keperluan hidupnya tidak dapat
ditangani oleh seorang diri. Segala ilmu keperluan hidup di dunia tidak dapat
dikuasai oleh seorang diri maka wajib
bertolong-tolongan antara satu sama lain; dalam bahasa lainnya “give and take”.
Apabila kita perhatikan persamaan yang
diperintahkan oleh Islam, kita lihat tidak ada undang-undang agama ataupun
undang-undang ciptaan lainya yang mengawasi prinsip persamaan seperti yang
dilakukan oleh Islam.
Islam mengiktirafkan bahawa seluruh
manusia adalah sama di hadapan undang-undang dan hak-hak umum politik. Tidak
ada perbezaan warna kulit, kaya miskin, berpangkat dan tidak berpangkat.
Allah berfirman dalam surah Al-Hujerat
ayat 49:13 yang bermaksud:
“Wahai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadi kamu berbangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal
mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertakwa!”
Ayat ini menyeru seluruh manusia, bukan
suatu kabilah atau sesuatu umat sahaja. Mereka semua adalah dari satu bapa dan
dari satu ibu; jadi tidak patutlah mereka mendakwa diri mereka lebih tinggi
atau mulia dari bangsa atau seseorang lain. Perbezaan-perbezaan warna kulit,
bahasa dan bangsa tidaklah menghapuskan sifat persaudaraan mereka, tetapi
mereka wajib berkenal-kenalan antara satu dengan lain supaya terjalin perasaan
kasih sayang dan berkerjasama untuk menghapuskan halangan-halangan hidup.
Jadi, di sini jelas dapat dilihat betapa
tingginya prinsip atas dasar persamaan yang dibawa oleh Islam. Rasulullah juga
pernah melafazkan kata-kata yang bermaksud:
“Wahai
manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu, bapa-bapa kamu satu. Semua kamu adalah
anak Adam dan Adam dijadikan dari tanah. Sesungguhnya orang yang paling mulia
di antara kamu adalah orang yang paling bertakwa. Tidak ada kelebihan orang
Arab ke atas orang Ajam, tidak orang Ajam ke atas orang Arab, tidak orang yang
berwarna merah ke atas yang putih, dan tidak orang yang putih ke atas yang
merah kecuali dengan takwa.” Riwayat Imam Ahmad.
Inilah dasar persamaan yang telah lahir
sejak 14 kurun yang lampau yang dibawa oleh Islam di negeri Arab yang sangat
terkenal dengan bangsa yang berbangga dengan keturunan.
Rasulullah tidak membezakan hak-hak dan pergaulan antara orang
putih dan dengan yang hitam atau antara orang merdeka dengan hamba. Baginda
telah melantik Bilal menjadi ketua di Medinah sedang di sana masih ramai
terdapat sahabat dan Bilal itu sendiri bekas hamba yang ditebuskan oleh Abu
Bakar.
Ketinggian Islam akan lebih ternyata
dapat dilihat apabila dibandingkan dengan cara pergaulan umat yang maju
sekarang ini yang menafikan kemuliaan manusia.
Islam telah memerintahkan umatnya supaya
melaksanakan keadilan di kalangan manusia. Firman Allah surah An-Nisa ayat 4:135
yang bermaksud:
“Hai
orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu berdiri teguh di atas keadilan serta
menjadi saksi (atas kebenaran) kerana Allah – sekalipun terhadap dirimu sendiri
atau terhadap ibubapa dan kaum kerabatmu. Kalaulah dianya kaya atau miskin maka
Allah lebih mengetahui tentang keduanya. Oleh sebab itu, janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu untuk berlaku buruk (aniaya). Dan sekiranya kamu memutar
belit atau berpaling, maka sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui akan apa-apa yang
kamu kerjakan.”
Hendaklah kamu menjalankan keadilan
dengan sungguh-sungguh di dalam semua
penyaksian,
dan jangan zalim atau aniaya. Begitu pula hendaklah jujur dan benar dalam masa
menjadi
saksi – semata-mata kerana Allah dan
dengan penuh rasa keikhlasan. Kejujuran sewaktu menjadi saksi itu adalah perlu
dan sangat-sangat dituntut, walaupun, umpamanya, akan melibatkan atau merugikan
diri sendiri, atau orang-orang yang dikasihi, seperti ibubapa dan kaum kerabat.
Al-Quran tidak memandai dengan ini
sahaja malah ia menyuruh umat Islam supaya
menjaga
keadilan walaupun terhadap pihak musuh. Firman Allah SWT.
“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,
mendorongkan kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu
lebih dekat kepada takwa.”
Dalam ayat lain Allah SWT
berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 4:58 yang bermaksud:
“Apabila kamu menghukum di antara manusia maka hemdaklah kamu menghukum
dengan adil.”
Antara nilai kemanusiaan
masyarakat yang anjurkan oleh Islam ialah persaudaraan atau ukhuwah. Ia
bermaksud; manusia hidup di dalam sebuah masyarakat yang sayang-menyayangi,
mempunyai perhubungan yang erat dan saling bantu-membantu.
Mereka dihimpunkan oleh perasaan sebagai
anak bagi keluarga yang satu yang saling menyayangi antara satu sama lain,
memberi peransang antara satu sama lain sehingga setiap orang di dalamnya merasakan
kekuatan saudaranya adalah kekuatannya, kelemahan saudara nya adalah kelemahannya.
Ia akan merasa kecil apabila bersendirian dan merasa banyak apabila bersama
saudara-saudaranya.
Al-Qur’an al-Karim telah menjadikan
persaudaraan sebagai saudara kandung
kepada keimanan di dalam masyarakat yang
beriman. Kedua-duanya tidak boleh berpisah seperti mana firman Allah SWT dalam
surah al-Hujurat ayat 49:10 yang bermaksud:
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.”
Al-Qur’an juga telah menjadikan
persaudaran itu sebagai nikmat yang paling besar. Firman Allah SWT surah Ali-Imran
ayat 3:103 yang bermaksud:
“Dan
ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) kamu
bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu bersaudara
dengan sebab nikmat Allah tersebut.”
Sebelum kedatangan agama Islam kamu
adalah suku-suku yang saling bermusuh-musuhan dan berbunuh-bunuhan;
yang
kuat menganiaya yang lemah dan yang kaya
menganiaya yang miskin. Tetapi Allah telah mengurniakan nikmat-Nya
dengan
mendatang kan kepada kamu agama Islam. Disatukan-Nyalah hati sehingga semuanya
menjadi saudara yang amat mesrah
Dalam surah yang berlainan, Allah SWT
telah berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 8: 62 – 63 yang bermaksud:
Dialah yang memperkuatkan kamu dengan
pertolongan-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Yang mempersatukan hati-hati
mereka (orang-orang yang beriman). Sekalipun kamu menggunakan kekayaan yang
berada di atas permukaan bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati
mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Ada dua
pertolongan yang dijanjikan dalam ayat ini: Pertama, pertolongan yang mempunyai
sebab-sebab tersembunyi tanpa diketahui ialah yang dimaksudkan dengan
pertolongan Allah, iaitu yang datang daripada-Nya secara langsung tanpa
sebarang perantara- an dan tanpa dimaklumi. Pertolongan kedua, yang mempunyai
sebab-sebab zahir yang diketahui iaitu pertolongan yang datangnya dengan perantaraan orang-orang
yang beriman yang membantu berjuang di medan perang.
Allah menerangkan cara
pertolongan dengan perantaraan orang-orang mukmin, iaitu Allah mempersatukan
mereka pada mengimani (mempunyai) engkau ya Muhammad berupa pengorbanan nyawa
dan harta mereka untuk mempertahankan engkau, iaitu selepas bermusuhmusuhan dan
berpecah-belah berikutan berlakunya peperangan di antara mereka dengan
berlanjutan dan mengambil masa yang amat panjang.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: “Seorang muslim adalah saudara
kepada seorang muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya
kepada musuh...janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling
bermusuhan, dan janganlah saling menipu...jadilah kamu semua hamba-hamba Allah
yang bersaudara.”
Sebuah Hadith
yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad
dari Zaid Ibn Arqam bahawa Rasulullah s.a.w. membaca setiap kali selepas solat
yang maksudnya:
“Ya Allah Ya Tuhan, Tuhan segala sesuatu serta Pemiliknya, Aku bersaksi
sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagiMu.
Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan segala
sesuatu serta Pemikiknya, Aku bersaksi sesungguhnya Muhammad itu hambaMu dan
pesuruhMu.
Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan segala
sesuatu serta Pemiliknya, Aku bersaksi sesungguhnya semua hambaMu adalah
bersaudara.”
Ungkapan Rasulullah s.a.w. “sesungguhnya semua hamba adalah bersaudara”
mengandungi dua makna yang mana kedua-duanya adalah benar.
Pertama: Hamba disitu
adalah merujuk kepada manusia
keseluruhannya. Mereka adalah saudara
antara satu sama lain berdasarkan kepada semuanya adalah anak Adam dan
hamba kepada Allah. Ini adalah persaudaraan kemanusiaan umum.
Allah SWT telah menyifatkan
beberapa orang Nabi bahawa mereka adalah saudara kepada kaum mereka sekalipun
kaum mereka mengkufuri risalah yang dibawa oleh mereka lantaran persamaan
mereka dari segi bangsa dan asal keturunan sepertimana yang disebutkan dalam
firman Allah SWT surah al-A’raf ayat 7:65 yang bermaksud:
“...Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum ‘Ad saudara mereka, Hud”
Surah
al-A’raf ayat 7:73 yang bermaksud:
“...Dan (Kami telah mengutuskan) kepada
kamum Tsamud saudara mereka, Saleh.”
Surah
al-A’raf ayat 7:85 yang bermaksud:
“...Dan (Kami telah mengutuskan) kepada penduduk Madyan saudara
mereka, Syu’aib.”
Kedua:
Hamba
yang dimaksudkan disini hanyalah khusus
kepada umat Islam sahaja berdasarkan
kepada persamaan mereka dari segi agama. Mereka dihimpunkan oleh akidah
yang satu iaitu tauhid, qiblat yang satu
iaitu ka’bah, kitab yang satu iaitu al-Qur’an, Rasul yang satu iaitu Muhammad
s.a.w. dan manhaj yang satu iaitu Syariat Islam.
Ini adalah persaudaraan
Islam yang khusus. Ia tidak menafikan yang pertama kerana yang khusus tidak
boleh menafikan yang umum, begitu juga sebaliknya.
Apa yang lebih pentingnya,
persaudaraan Islam ini mempunyai hak yang lebih banyak, berdasarkan kepada
kesatuan akidah dan syariat serta pemikiran dan tingkah laku.
Unsur utama bagi
persaudaraan ini ialah perasaan kasih sayang. Peringkat kasih sayang yang
paling rendah ialah bersihnya hati dari perasaan hasad dengki, kebencian, iri
hati dan punca-punca yang menyebabkan
permusuhan dan pertengkaran.
Antara keperluan
persaudaraan di dalam Islam ialah saling tolong-menolong, bantu-membantu dan
sayang menyayangi. Tidak ada nilainya persaudaraan jika anda tidak membantu
saudara anda ketika diperlukan, membantunya ketika kesulitan dan mengasihani nya
ketika lemah.
Rasulullah s.a.w. telah menggambarkan
kepada kita contoh yang mengkagumkan tentang tolong-menolong dan ikatan yang
kukuh di kalangan anggota masyarakat Islam. Sebahagian dari gambaran yang
menarik itu ialah sabda Rasulullah s.a.w.
“Bandingan seorang yang beriman kepada orang yang beriman yang lain
adalah
umpama sebuah
bangunan yang saling mengukuhi antara satu dengan yang lain”. Lantas Rasulullah
s.a.w. memasukkan jari-jemari baginda antara satu sama lain. Disepakati oleh
al-
Bukhari
dan Muslim dari Abu Musa.
Seketul bata sudah tentulah lemah
sekalipun buatannya kelihatan kukuh. Sementara ribuan batu yang berselerak
tidak boleh membentuk apa-apa dan tidak dinamakan sebagai bangunan. Binaan yang
kukuh hanya terjadi dengan batu-bata yang saling diikat dalam barisan-barisan
yang terusun berdasarkan sistem tertentu. Lantara itu akan terbentuklah dari
batu-bata tersebut sebuah dinding yang kukuh. Dari himpunan beberapa dinding
terbentuklah rumah yang tegap. Rumah yang
tegap itu amat sukar hendak dimusnahkan oleh tangan-tangan para perosak.
Rasulullah s.a.w. juga menggambarkan
keagungan kasih sayang antara anggota masyarakat, saling melengkapi dan kasihan belas antara satu sama lain dengan
sabda Baginda:
“Perumpamaan
orang-orang yang beriman dalam jalinan cinta dan kasih sayang di antara mereka
adalah seperti tubuh yang satu apabila ada anggota tubuh yang merasa sakit,
maka seluruh anggota yang lainnya merasa demam dan tidak dapat tidur malam”.
Diriwayatkan
oleh Muslim dari al-Numan Ibnu Basyir.
Itu adalah ikatan
penghubungaan antara anggota tubuh. Setiap satu memerlukan kepada yang lain. Ia
tidak dapat berpisah dan takkan hidup tanpa yang lain. Organ pernafasan tidak
dapat berpisah dari organ pencernaan. Kedua organ tersebut tidak dapat berpisah
dari saluran dan tekanan darah. Setiap satu melengkapi yang lain. Dengan
bantuan setiap anggota maka hiduplah
seluruh tubuh. Ia akan
berterusan
berkembang dan berperanan.
No comments:
Post a Comment