(Disiarkan pada 21. 11. 2015)
Manusia diwujudkan Allah di dunia
lengkap dengan berbagai fitrah. Fitrah merupakan sifat semula jadi manusia yang
dijadikan oleh Allah dalam diri manusia.
Setiap manusia mem punyai potensi semula jadi atau fitrah untuk tumbuh dan
berkembang menjadi insan yang baik dan berwawasan.
Walaubagaimana pun pada hakikatnya, daya
intelek bukanlah hak milik individu secara mutlak, tetapi ianya adalah hak
milik Allah. Setiap individu dimanahkan dengan daya intelek sebagai ujian
daripada Allah. Oleh itu, individu yang berjaya menggunakan daya tersebut
mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah akan mendapat kebahagian, manakala
individu yang gagal pula akan mendapat penderitaan.
Hidup bersosial atau bermasyarakat
merupakan fitrah setiap individu mukmin kerana hidup ini tidak membuahkan
keseronokan tanpa kehadiran orang lain. Para pakar sains mengakui bahawa
manusia adalah makhluk bersosial. Manusia sentiasa menginginkan kesamaan dan
persamaan dalam semua keperluan hidup bermasyakat.
Allah berfirman dalam al-Qur’an
surah Al-Hujerat ayat 49:13 yang
bermaksud:
“Hai
manusia sesungguhnya, Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu
dan bapa) dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan
bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah Maha
Mengetahui lagi Maha amat mengetahui.”
Allah menerangkan bagaimana pergaulan
sesama manusia yakni bukan supaya berperang atau bersengkita melainkan supaya
berkenal-kenalan dan berkasih-kasihan antara satu dengan yang lain. Satu bangsa
tidak lebih baik daripada yang lain, melainkan dengan ilmu pengetahuannya,
sedang seorang yang terlebih mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih
bertakwa.
Manusia, apabila dipandu oleh alam
kebendaan maka ia mempunyai pembawaan diri yang sangat tinggi dan tidak akur
kepada peraturan kemanusiaan sebagai panduan untuk membudayakan amalan hidup
yang bebas dari perasaan sombong, takabur dan merasakan diri itu lebih hebat
dari orang lain.
Pembawaan diri serupa demikian amatlah
rendah di sisi Allah SWT. kerana hanya Allah sahajalah yang berhak untuk merasa kehebatan dari segala-galanya. Umat manusia harus fikir
bahawa untuk mendekati Allah dan merasakan diri itu tidak ada apa yang boleh
ditujukkan kehebatannya tanpa pertolongan dari Allah SWT.
Persaudaraan di dalam Islam merangkumi
semua kelompok masyarakat. Tidak ter- dapat di sana sekelompok manusia yang
terlalu tinggi darjatnya untuk bersaudara dengan orang lain dan tidak terdapat
di sana sekelompok manusia yang terlalu
rendah darjatnya untuk bersaudara dengan orang lain.
Adalah tidak harus kita menjadikan
harta, jawatan, keturunan, kedudukan di dalam masyarakat sama ada dalam bentuk
material atau bukan sebagai alasan untuk meninggikan diri antara satu sama
lain.
Pemerintah adalah saudara kepada yang
diperintah dan pemimpin adalah saudara kepada yang dipimpin. Di dalam sebuah
hadith ada menyebutkan:
“Sebaik-baik
pemimpin kamu ialah orang-orang yang kamu sayangi mereka dan mereka menyanyangi
kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpin
kamu ialah orang-orang yang kamu bencikan mereka dan mereka membenci kamuu,
kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.” (Diriwayat oleh
Muslim dari ‘Auf Ibn Malik).
Kesejahteraan hidup wajar dihiasi dengan
akhlak yang luhur untuk memandu manusia memelihara kemurniaan hidup.
Menghormati orang lain dengan layanan yang saksama adalah
dituntut
oleh agama Islam sebagai nadi pembangunan ummah.
Hidup bersosial membina masyarakat
sebagai rukun hidup bermaruah. Kebahagian hidup merupakan fitrah yang dituntut
oleh semua lapisan masyarakat. Untuk mendapatkan kebahagian, segala usaha
manusia harus difahami sebagai tawakal
yang akan menempah kemurnian hidup di sisi Allah SWT.
Manusia hidup bermasyarakat membentuk
nilai-nilai murni dalam hubungan kemanu- siaan sebagai teras pembangunan
sosial. Hidup ini wajar dihiasi dengan disiplin tolong-menolong demi membina empangan untuk memurnikan budaya
hidup sebagai hamba Allah SWT.
Setiap individu harus memelihara
kesetiaan sosial yang disulami dengan perasaan bertimbang rasa sebagai
pemangkin untuk membudayakan benih-benih kaih sayang sesama insan.
Unsur manusia ada dua iaitu jasmani dan
rohani, maka kedua-duanya wajar dipelihara untuk mewujudkan perasaan timbang
rasa terhadap diri sendiri kerana Allah. Setiap manusia sememangnya berasal dari sumber
yang sama di mana Allah SWT bertanggungjawab terhadap kewujudannya. Allah SWT
bersifat Pengasih dan Penyayang yang telah menjadikan manusia mempunyai
sifat-sifat tersebut.
Fitrah ini harus ada pada manusia
yang digunakan untuk dirinya, masyarakat dan juga kepada makhluk-makhluk Tuhan
yang ada disekelilingnya. Dengan adanya kasih sayang
akan
melahirkan timbangrasa kepada sesama makhluk kelak membina kesejahteraan hidup
yang dituntut oleh agama.
Bertimbang rasa itu merupakan
sifat naluri setiap individu yang bersifat ghaib tetapi kehadirannya dalam jiwa
manusia amat diperlukan. Bertimbang rasa terhadap diri sendiri merupakan satu penghormatan
serta rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana mewujudkan manusia dengan keadaan
yang amat mulia dan sempurna berbanding dengan kejadian makhluk-makhluk Allah yang lain di muka bumi ini.
Firman Allah surah Al-Ira’ ayat
17:70 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan manusia dan Kami tempatkan
mereka di daratan dan di lautan, serta Kami berikan mereka rezeki daripada
barang-barang yang baik serta Kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk
yang Kami ciptakan dengan sebenar-benar kelebihan.”
Manusia adalah
makhluk mulia, kemuliaan manusia kerana persediaan yang diberikan kepadanya, persediaan
ini tidak lain daripada kesempurnaan dirinya zahir dan batin. Kesem- purnaan
lahir dengan adanya anggota kerja dan kesempurnaan batin dengan adanya tenaga
jiwa yang menjadi sumber kepercayaan (ketuhanan), perasaan dan kemahuan. Dari
sumber ini timbullah perbuatan, muncullah amalan, dan wujudlah pembalasan.
Islam memandangkan sifat semula
jadi (fitrah) manusia, mencerminkan fenomena percantuman entiti manusia yang
terbentuk daripada tanah liat yang menggambarkan kecendurungan manusia ke arah
kejahatan, manakala entiti manusia yang terbentuk daripada roh suci
menggambarkan kecenderungan manusia ke arah kebaikan.
Manusia memiliki keupayaan yang
terpendam untuk menjadi jahat atau menjadi baik di samping memiliki potensi
untuk menolak atau menerima petunjuk Allah SWT. Oleh itu ia mempunyai entiti
yang unik. Manusia bukanlah malaikat dan juga bukan syaitan. Bagaimana pun
taraf manusia boleh mencapai tempat
tertinggi daripada malaikat atau boleh terjatuh ke tempat yang paling
rendah sehingga bersifat seperti
syaitan.
Semasa Baginda Rasul Nabi
Muhammad SAW diisra mi’rajkan atau di naikkan ke tujuh petala langit ditemani
oleh malaikat Jibril hingga ke Sidratul Muntaha iaitu Arasy Allah, Nabi
Muhammad SAW melanjutkan perjalanan menghadap Allah tanpa ditemani Jibril untuk
menerima mandat melaksanakan shalat lima waktu.
Shalat merupakan media untuk
mencapai kesalehan spritual individual hubungannya
dengan
Allah. Shalat juga menjadi sarana untuk menjadi keseimbangan tatana masyarakat
yang egalitar, beradab, dan penuh kedamaian.
Hidup bersosial membawa berkat
dengan syarat bahawa semua kegiatan seseorang hamba Allah sama ada yang berupa
ibadat terhadap Illahi atau pun yang
berupa muamalat terhadap sesama manusia, semuanya itu hendaklah dilakukan dalam rangka persembahannya kepada
Allah SWT. dengan niat hendak mencapai keredhaan Allah SWT., keredhaan Illahi
yang memungkinkan tercapainya hidup yang
sebenar-benarnya.
Hidup yang lebih tinggi mutunya
dari hidup yang duniawi, hidup yang bukan bermaksud kebendaan sebagai
kelanjutan hidup material iaitu hidup di alam akhirat yang puncak kebahagiannya
terletak dalam pertemuan dengan Khalik. Inilah ertinya penyembahan
Allah
SWT sebagai tujuan hidup.
Di samping itu manusia semuanya
telah bersumpah dan berjanji kepada Allah SWT serta mengakui bahawa Allah
adalah Tuhan yang perlu disembah dan Dialah yang mengatur seluruh makhluk ini.
Allah SWT. menyatakan bahawa
manusia telah mengakui keesahan-Nya dan berjanji untuk berbakti dan beribadat
kepada-Nya di alam arwah. Maka setiap perjanjian itu perlu menempuhi neraca
ujian, apakah iman itu benar atau palsu, sadurankah atau sejati (waja), ianya
ibarat emas yang mesti diuji terlebih dahulu, apakah tulin atau tidak. Setelah diuji
barulah ianya bernilai baik atau tidak, tinggi atau rendahnya mutu emas itu.
Begitu juga iman belum boleh dikatakan seorang itu beriman kerana kedudukan
iman seseorang itu berbagai rupa menurut kesanggupan menguasai iman
masing-masing.
Dunia yang kita diami sekarang
ini bukanlah merupakan syurga yang aman bahagia. Bahkan disebaliknya merupakan
tempat ujian, tempat pecubaan, tempat persaingan, pentas drama untuk manusia
berlakon dan memainkan peranan penting sekali dalam menentukan nasib hidupnya
di masa akan datang iaitu alam akhirat.
Seandainya manusia dapat
menghadapi segala cubaan-cubaan dan rintangan-rintangan itu, maka berjayalah
mereka di dalam hidupnya dan dapatlah dia mempertahankan keperi- badian sebagai
manusia yang sebenarnya. Tanpanya hidup mereka sentiasa diselimuti penderitaan
dan kehinaan
Allah menyatakan di dalam Al-Qur’an
bahawa manusia dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini, sepertimana yang
tersebut di dalam kisah Adam a.s.. dan cita-cita para malaikat untuk menduduki
tempatnya. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud:
“Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, ‘Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Apakah Engkau
hendak menjadikan (khalifah) dimuka bumi itu
orang yang membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,
sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan
memuji Engkau dan mensucikan Engkau.’ Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku lebih
mengatahui dari apa yang kamu tidak ketahui.’”
FirmanNya lagi dalam surah Al-An’am ayat
6:165 yang bermaksud:
“Dan
dialah yang menjadikan kamu penguasa (khalifah) di bumi.”
Ditangan manusia terletak kekuasaan
untuk mengatur dan mengendalikan segala isi alam ini. Firman Allah SWT surah
Al-Baqarah ayat 2:29 yang beremaksud:
“Dialah
Tuhan yang menjadikan segala apa yang di bumi ini untuk kepentingan manusia.”
Oleh itu, maju dan mundur, baik dan
buruknya keadaan alam ini adalah bergantung kepada manusia. Manusialah yang
layak memegang amanah ini yang tidak dapat ditanggung oleh makhluk-makhluk
lain. Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT sendiri dalam firman-Nya dalam
surah Al-Ahzab ayat 33:72 yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Kami telah menawarkan amanah ini kepada langit, bumi dan gunung,
maka semuanya
tidak sanggup memikulnya, mereka takut akan mengkhianatinya dan manusialah yang
layak memikul amanah ini, tetapi manusia ini amat zalim dan bodoh.”
Tanggungjawab manusia terhadap Tuhan
tentang amanah ini bukanlah suatu perkara yang ringan malah ianya haruslah melaksanakannya dengan baik dan jujur. Perkara
utama tentang kelayakan jawatan khalifah ialah bahawa manusia itu hendaklah
mengenali Tuhannya dengan sebenar-benarnya dan beribadat kepadanya dengan
sebenar-benar ibadat.
Firman Alah SWT dalam surah At-Thalaq ayat 65:12 yang bermaksud:
“Allah
yang menjadikan tujuh petala langit dan begitu juga bilangannya dari bumi, yang
mana segala perintah diturunkan di antara kedua-duanya supaya kamu mengetahui
bahawa Allah amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu dan Allah ilmuNya telah
meliputi tiap-
tiap sesuatu.”
Dalam ayat ini
ternyata bahawa mengenali Allah SWT. itu ialah tujuan bagi segala kejadian
langit dan bumi.
Bilamana manusia melalaikan tugas
itu, nescaya Allah SWT. akan rurunkan kepadanya azab yang pedih. Sebaliknya apabila mereka dapat menjalankan
segala tugas dan tanggungjawabnya itu dengan sempurna, nescaya dia diberikan
Allah SWT penganugerahan yang utama dan mulia.
No comments:
Post a Comment