BELAJAR DARI KELEMAHAN
ORANG MERUPAKAN IBADAT
(Disiarkan pada 12. 12. 2015)
Budaya bermayarakat banyak yang boleh
kita pelajari lewat kelemahan mereka dalam menangani agenda pembangunan
kehidupan. Malah firman Allah pertama diturunkan kepada manusia ialah memerintahkan manusia supaya “baca”.
Hidup ini harus kita lengkapi dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan
terhadap kejadian-kejadian alam kehidupan termasuk lah juga alam yang terucap
oleh Allah SWT iaitu dokumen wahyu-Nya, Al-Qur’an nul Karim.
Membaca alam kehidupan adalah dalam
kategori dokumen yang tercipta oleh
Allah. Alam manusia mempunyai banyak ikhtibar yang kita boleh pelajari lewat
ibadat yang mereka laksanakan. Manusia
adalah makhluk yang dicipta Allah dalam keadaan lemah. Firman Allah
surah Al-Ahzab ayat 33:72 yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Kami (Allah) telah memberikan amanat (tanggungjawab) itu kepada langit dan bumi
dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut kepadanya,
dan manusia pula mahu memikulnya. Sesungguhnya dia adalah aniaya lagi tersangat
jahilnya.”
Mengapakah manusia yang ada mempunyai persediaan untuk menerima
bebanan itu setengahnya telah mengabaikannya. Hal ini tidak lain kerana pada
diri manusia itu terdapat naluri atau pembawaan suka marah yang mengakibatkan
ia berlaku aniaya dan zalim. Begitu juga ingin menuntut kemahuan nafsu syahwat
yang mengakibatkan ia jahil untuk mengambil tahu dan memperhatikan terhadap
kesudahan sesuatu perkara.
Oleh itu Allah bebankan
kewajipan-kewajipan agama kepadanya, maka bebanan-bebanan itulah yang menjadi
pengekang dari mengikuti berterus-terusan kehendak nalurinya yang tidak
terbatas.
Firman Allah lagi dalam surah An-Nisa’
ayat 4:28 yang bermaksud:
“Allah
ingin memberikan kamu keringanan, kerana
manusia itu dijadikan bersifat lemah.”
Allah tidak memberatkan kamu, kerana
Allah tidak mengadakan sesuatu yang mem- beratkan di dalam agama. Bahkan
hukum-hukum yang telah ditetapkan-Nya
itu merupakan suatu keringanan dan kemudahan jua untuk mengamalkannya.
Tetapi manusia dijadikan oleh Tuhan bertabiat dan bersifat
lemah. Kerana kelemahan nyalah maka ia kurang sabar menghadapi perempuan yang
sewaktu-waktu mudah saja hendak mempersuntingnya dan menjadikan mangsanya. Dan
kerana lemahnya jualah maka itu tidak kuat menahan desakan syahwatnya yang
setiap saat mencari kepuasannya.
Dan kerana kebijaksanaan Allah jualah maka Allah tidak mengadakan sesuatu yang memberatkan seseorang
di dalam agama. Bahkan semua ketetapan-Nya
mempunyai ukuran yang selaras dengan
tenaga dan kemampuan seseorang untuk
menjalankannya, sehingga tidak ada jalan bagi seseorang untuk berdali atau cuba
menolak.
Satu penyakit dalam suasana bermasyrakat
ialah kehadiran penyakit rohani. Penyakit ini merupakan kelemahan nurani
dalaman manusia. Kehadirannya sukar diketahui oleh orang yang mengalaminya
tetapi yang boleh mengetahui ialah orang lain. Maka itu wajar kita pelajari
mengenai masalah individu tertentu dan harus dijadikan ikhtibar diri untuk
berhati-hati supaya penyakit berkenaan tidak menginap dalam diri kita sendiri.
Pengalaman demikian akan mendidik kita
lebih berhati-hati terhadap kelemahan orang lain kerana semua keadaan fenomena
alam kehidupan akan kita alami jika kita
gagal untuk meminta perlindungan dari Allah SWT. Setiap ibadat yang kita
laksanakan wajar kita mengu- capkan “Bismilla hirahma nirahim” terlebih dahulu
untuk mendapat perlindungan dari Allah.
Maka dengan itu juga baginda Rasul Nabi
Muhammad saw. sering berdoa bilamana baginda melaksanakan ibadat tertentu
dengan berkata: “Ya Allah berilah aku kekuatan untuk melihat yang putih itu
adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam.(Hadith sahih)
Maka dengan itu juga harus kita mengucapkan
“innalilahi wa innalilahi rajiun”;
sebaik sahaja kita menyaksikan atau mendengar berlakunya gejala atau musibah
yang
menimpa
kepada orang lain.
Kalimah ini ialah sebahagian daripada
surah Al-Baqarah ayat 2:156 yang bermaksud:
“Iaitu
orang-orang yang apabila ditimpa musibah (malapetaka) mereka berkata
Sesungguhnya kami
adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Inilah frasanya yang umat Islam bacakan
apabila seorang dilanda oleh malapetaka dalam hidup dan biasanya dibaca apabila
menerima khabar kematian seorang. Ia dapat juga dibacakan di mana-mana keadaan
melibatkan mana-mana jenis risiko. Frasa ini biasa diterje- mahkan:
“Sesungguhnya kita milik Tuhan dan kepada Tuhan jualah kita kembali.”
Umat Islam mempercayai bahawa Allah
adalah Esa yang memberikan dan Dia jualah yang mengambil. Dia menguji umat
manusia. Oleh itu, umat Islam menyerah diri kepada Tuhan dan bersyukur kepada Tuhan untuk
apa-apa yang mereka terima. Pada masa yang sama, mereka bersabar dan menyebut ungkapan ini dalam
waktu kacau-bilau dan mala petaka.
Kalimah ini mudah mengatakannya,
terutama saat kita ditimpa musibah. Dan semestinya tidak hanya kematian, tetapi
musibah sekecil apa pun, meski pun hanya terkena duri atau tertendang akar
nengka di jalan. Namun demikian, ucapan itu mungkin hanya sebatas ucapan di
lisan saja, tetapi mungkin sulit bagi kita menunjukkan bahawa kita telah mengaplikasikan
ayat ini.
Apa hanya itu hakikat dari ayat inna
lillahi wa inalillahi rojiun? Masih banyak makna
yang
bisa digali atau dikaji dan banyak erti yang bisa timbul dari ayat ini.
Hakikatnya luas kalau kita mahu lebih memahaminya.
Kalau kita perhatikan secara
sungguh-sungguh semua yang ada di dunia ini datangnya dari Allah. Apa yang kita
miliki sekarang ini datangnya tidak lain dari Allah. Semua yang telah kita
terima selama ini adalah dari Allah. Apakah itu rezeki, anugerah, duit,
jabatan, kepandaian, ilmu, perhiasan, baju, motor, rumah, mobil(bagi orang yang
punya mobil), anak, isteri, susah, senang, sakit, sehat, rasa sayang dan cinta
kita kepada seseorang dan lain-lain datangnya dari Allah, baik secara langsung
mahupun tidak langsung.
Nah, sekarang kalau di antara milik kita
seperti tersebut di atas diambil oleh yang punya? (Allah)...bagaimana?
Jawabnya: Yah diikhlaskan. Yang minta, Allah berhak mengambil atau meminta apa saja kita
miliki, kerana
semua
datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.
Apabila ada saudara kita, menginginkan
sesuatu barang yang kita miliki, maka sebaik nya kita berikan kepadanya. Bila kita ingin memberi
sarung atau baju kepada sesama kita,
tentu kita pilih yang paling baik (atau
baru) bukan yang bekas kita pakai walaupun masih kelihatan bagus.
Selain itu banyak pesan dari para ustaz
dan ulama bahawa dalam rezeki yang kita dapatkan, ada hak dari sebahagian
rezeki itu untuk kita bagikan kepada orang lain. Jadi hak itu harus
diberi kepada sesama kita yang berhak.
Namun apa yang biasanya terjadi? Kita
sangat susah untuk berderma, berinfaq atau sedekah. Kita merasa apa yang diraih
itu adalah berkat usaha sendiri, berkat kehebatan kita sendiri. Jadi kita
“berhak sombong” dan berhak memakainya untuk apa sahaja sekali pun itu
untuk kepentingan diri sendiri.
Ada teman yang sangat ringan meminjamkan
barang peribadi kepada teman-teman nya, tanpa pandang bulu siapa teman yang
meminjamnya itu. Bahkan jika diselidik si peminjam, “Benar nih boleh aku pinjam...? Ia bertanya kalau hilang atau rusak bagaimana..? Dia biasanya hanya menimpali, “Aku percaya kamu kok... Kalaupun hilang itu
bererti Allah
tidak memberi
kepercayaan padaku untuk memilikinya...”
Terhadap teman
yang seperti ini, kita dan teman-teman lain malah jadi segan. Malah jadi lebih
menghargai dan berhati-hati (memegang teguh kepercayaan yang diberikan
olehnya). Pemikiran kita sedemikian kerana kita yakin bahawa dia adalah salah
satu insan yang disayang oleh Allah,
kerana telah meneladani sifat pengasih dan penyayang-Nya (Ar Rahman dan Ar
Rahim).
Namun terkadang kita menjadi sangat
sulit untuk berbagi. Tetangga yang mahu pinjam
kendaraan
barang sekali sahaja sangat berat memenuhinya, bahkan sekalipun ketika
keperluan menghantar berobat isterinya. Apa lagi berbagi dalam hal rezeki.
Misalnya membantu “memberi makan” tetangga yang susah makan saja tak sudi,
padahal kita tahu tetangga kita itu
sangat kesulitan walaupun itu hanya untuk makan sehari-hari.
Di lain pihak, di rumah kita malah
justru bergelimangan makanan, lauk pauk tersaji beraneka ragam, begitupun buah,
dan itupun banyak sisa-sisa makanan di pinggan yang tidak habis termakan dan akhirnya dibuang di tempat
sampah.
Kita bermasyarakat akan mendidik kita
lebih diwasa dalam segala hal ibadat kita kerana banyak yang kita pelajari
dalam suasana ukhuwah kemanusiaan. Ilmu yang kita perolehi dari memperhatikan
kelemahan orang lain menjadi pengalaman kita untuk cuba sedaya upaya
mengilakkan ia berlaku kepada diri kita. Ahli pujangga mengatakan bahawa
“Pengalaman merupakan guru yang paling bijaksana.”
Mengambil iktibar dari peristiwa yang
telah berlaku akan memberi kefahaman diri yang lebih dominan. Segala
peristiwa yang telah kita alami
merupakan teguran Allah SWT. kepada mereka yang beriman. Dan sebagai musibah
kepada orang yang tidak meyakininya sebagai kekuasaan yang Maha Pencipta.
Dokumen wahyu yang Allah turunkan kepada
manusia, penuh dengan iktibar yang wajib setiap umat manusia menjadikannya
sebagai landasan dan pedoman hidup agar manusia
tidak
terpedaya dengan elemen-elemen yang bersifat fatamorgana.
Hidup berakidah menunjukkan satu
disiplin pembangunan yang sentiasa berlandaskan kepada peraturan hidup serta
kesempurnaan bermasyarakat kerana Allah SWT. Hidup yang mempunyai disiplin adalah
satu keadaan yang sentiasa dikawal oleh peraturan dan undang-undang awam untuk
melindungi keselamatan masyarakat dan menegakkan kebenaran yang diredhai Allah
SWT. Agama Islam sentiasa menunjukkan jalan yang benar, lurus dan mengesakan
keagungan Allah yang menciptakan alam kehidupan.
Allah bekalkan manusia dengan
akal dan kemahiran berfikir sebagai kekuatan untuk mengolah disiplin kehidupan.
Tidak cukup dengan itu manusia dilengkapkan lagi dengan berbagai ilmu
pembangunan seperti mana yang termaktub dalam dokumen wahyu Illahi yang
diterima oleh para Rasul dalam perantaraan malaikat Jibril.
Al-Qur’an adalah kitab suci
Allah, dokumen agung untuk mentarbiahkan manusia cara hidup atau disiplin
kehidupan yang diredhai Allah SWT. Kitab suci ini mengandungi ajaran Allah yang
wajar dipatuhi oleh manusia berserta dengan segala larangan-larangan Allah yang
mesti dijauhi oleh manusia. Firman Allah surah Ali Imran ayat 3:103 yang
bermaksud:
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan
jangan kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya)
kepada mu, ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hati kamu,
sehingga kamu menjadi bersaudara dengan nikmat-Nya dan adalah kamu di atas
pinggir lobang neraka lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan
ayat-ayat-Nya ke pada mu, mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.”
Berpeganglah kamu
dengan kitab Allah dan dengan perjanjian antara kamu dengan Allah kerana setiap
manusia dahulunya telah pun menyaksikan adanya Allah dan berjanji untuk
bersetia dengan-Nya. Juga dimaksudkan menyeru supaya kamu bersatu padu di antara satu dengan yang lain dengan penuh
kemesraan pada mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Tali Allah di sini ialah
agama-Nya yang menuju ke jalan yang lurus. Dan dilarang kamu bercerai-berai,
yakni jangan berselisih di antara kamu sesama Islam kelak membawa ke jalan yang
sebaliknya iaitu jalan yang ditegah oleh Allah.
Di antara jalan-jalan perselisihan dan
perpecahan ialah menubuhkan perkumpulan-
perkumpulan atau parti-parti yang berdasarkan semangat
berpuak-puak dan berpihak-pihak dan
semangat taassubkan bangsa – masing-masing
memandang sukunya atau bangsanya lebih daripada yang lain – dan
masing-masing hendak mengalahkan lawannya seperti yang dibayangkan oleh Tuhan
terhadp kalangan suku Aus dan suku Khazraj mahupun yang banyak kita saksikan
berlaku di kalangan kita pada masa ini. Jalan-jalan yang membawa perpecahan
tersebut hendaklah dijauhi.
Apakah yang ada pada diri kita dalam
membentuk masyarakat? Keberadaan kita sebagai ahli masyarakat akan melahirkan
ukhuwah kemanusiaan yang dibalut dengan fitrah kasih sayang sebagai ikatan
melahirkan masyarakat madani. Budaya kekompakan bersosial akan melahirkan
suasana give ada take dalam kelangsungan
hidup bermasyarakat.
Walaubagaimana pun kelangsungan hidup
bermasyarakat merupakan tawakkal kepada Allah kerana tidak ada yang manusia
boleh laksanakan tanpa pertolongan dari Allah. Maka itu budaya bermasyarakat
adalah agenda sedar menyedari dalam kehidupan. Kelemahan orang lain boleh
berlaku kepada diri kita sendiri maka itu harus ibadat kita itu adalah
tawakal
kepada
Allah yang berhak memberikan kejayaan yang kita inginkan.
No comments:
Post a Comment