Sunday, December 6, 2015

BERJEMAAH LEBIH BERMANFAAT DARIPADA SEORANG DIRI (TWO HEADS ARE BETTER THAN ONE)

 (Disiarkan pada 5. 12. 2015)
Konotasi ini memberi gambaran bahawa dalam menyelesaikan masalah ibadah pembangunan kehidupan, pendapat daripada dua orang atau berjemaah adalah lebih manfaatnya berbanding dengan usaha seorang diri. Manusia berbincang untuk memberi ruang kepada percambahan fikiran demi mendapat kata putus mengenai penyelesaian sesuatu agenda. Dalam percamabahan fikiran itu minda kita memainkan peranan utama. Apa yang kita hendakkan ialah ilham dari Allah SWT. yang diberi pada setiap individu yang terlibat dalam jemaah berkenaan.
Dalam hubungan kemanusiaan, kita memerlukan media untuk berkomunikasi. Madia yang amat sempurna dan mudah dilaksanakan ialah dengan menggunakan kod bahasa untuk menghantar mesej atau maklumat kepada orang lain.
Islam menggalakan umat manusia supaya sentiasa berbincang atau berjemaah dalam semua segi perlaksanaan pembangunan. Walaubagaimana pun berjemaah semata tanpa kekuatan ilmu kurang manfaatnya. Maka itu untuk membolehkan manusia berinteraksi antara sesama, perlu ada ilmu pengetahuan. Dengan ilmu kita dapat berbincang serta bertukar-tukar pendapat untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi dalam kehidupan.
Ibadah berbincang akan menjemput ilham yang didatangkan oleh Allah yang akan mendewasakan tindakan kita secucuk dengan keredhaan Allah SWT. Dalam suasana pembangunan mengenai agenda tertentu, tidak ada faktor pembangunan yang, walau macam mana rumitnya sekalipun, tidak dapat diselesaikan jika ufuk pemikiran kita tumpukan kepada keredhaan Allah SWT. Keyakinan kita adalah setiap masalah itu merupakan ujian Allah  kepada hamba-Nya agar segala fitrah Allah berikan kepada manusia dimanfaatkan.
Berbicara ialah satu nikmat Allah yang terbesar, yang diberikan kepada manusia. Dengan berbicara manusia menjadi makhluk yang termulia dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Ar Rahman ayat 55:1-4 yang bermaksud:
“Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang telah mengajarkan Al-Qur’an. Dia Menjadikan manusia. Mengajarnya pandai berbicara.”
Allah melebihkan manusia dari makhluk-makhluk  yang lain dengan mengajarkan pandai berbicara. Sungguh amat besar nikmat pandai berbicara  yang dianugerahkan Allah kepada manusia itu. Wajiblah manusia mensyukurinya, dan yang tidak mensyukurinya di anggap suatu keingkaran.
Islam telah menjelaskan bagaimana seharusnya manusia memanfaatkan nikmat yang amat besar ini, agar manusia benar-benar dapat mempergunakannya untuk berbicara  sehari-hari yang baik, yang menjadi jalan kebaikan.
Jika kita menghitung pembicaraan seseorang, ternyata apa yang mereka bicarakan lebih banyak pembicaraan yang tidak ada gunanya. Bukan dengan cara demikian mensyukuri nikmatnya yang amat besar ini. Allah menjadikan lidah bukan untuk  membicarakan yang sia-sia tetapi untuk yang bermanfaat. Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat  4:114 yang bermaksud:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau  mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.”   
Allah mencela perbuatan orang-orang yang suka membanyakkan berbisik-bisik itu dapat menimbulkan persangkaan yang tidak baik. Terutama jika isi kata-kata yang  dibisik-bisikkan itu mengandungi tujuan buruk atau parkatan jahat. Sebenarnya berbisi-bisik itu tidak perlu sekiranya tidak merupakan rahsia yang takut diketahui. Kemudian Allah menyatakan pula: “ Kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyeruh berbuat
kebajikan, atau mendamaikan, antara manusia.”
               Berbisik-bisik untuk merancangkan suatu kerja yang baik dan bertujuan mulia tidaklah pula dilarang. Bahkan kadang-kadang perlu sesuatu kerjasama yang baik itu dirahsiakan yang hanya baik atau lebih sesuai diperkatakan dengan jalan berbisik-bisik sahaja supaya tidak diketahui orang, kerana jika diketahui orang mungkin rancangan itu akan gagal di tengah jalan atau akan merosakkan rancangan tersebut.                                                                          
Manusia menimba ilmu pengetahuan daripada orang lain. Ilmu itu sebenar adalah satu pengalaman diri  mengenai fenomena alam kehidupan. Maka itu orang yang mempunyi ilmu yang banyak adalah mereka yang mempunyai pengalaman yang luas hidup bersama dengan orang lain. Ada orang mengatakan bahawa pengalaman itu adalah guru yang paling bijaksana.
Pengalaman bersama dengan orang lain ada kaitan dengan usia individu. Semakin panjang usia semakin banyak pengalaman. Maka itu Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan kepada umatnya dengan bersabda: “Tuntutilah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.” Menuntut ilmu sebanyak yang boleh  kerana orang yang berilmu Allah menyukai hamba-Nya kerana umat demikian sentiasa dekat dengan Allah dan akan memudahkan urusan hidupnya sebagai persediaan hidup di akhirat kelak.
Ini bermakna menuntut ilmu itu tidak terbantas kepada peluang-peluang yang ada semasa usia remaja sahaja. Baginda Rasul menyarankan bahawa menuntut ilmu itu sepanjang hayat. “Education is a long life learning.” Menurut pendapat ahli psikologi, orang yang menghabiskan usianya untuk menimba ilmu adalah mereka yang tidak didatangai oleh faktor ‘lali’ dalam hidupnya.
Tidak ada penceon dalam menuntut ilmu. Orang berkata menuntut ilmu itu  adalah sepanjang zaman. Dalam menuntut ilmu semakin kita tahu semakin kita tidak tahu. Ia membawa maksud bahawa orang yang menuntut ilmu, semakin banyak ilmu yang diterokai nya semakin banyak lagi ilmu yang belum dapat dikuasainya.
Agama mentamsilkan ilmu yang setakat dapat dikuasi oleh manusia bagikan menculupkan jarinya ke dalam laut, kemudian angkat. Air yang membasahi jarinya adalah ibarat banyaknya ilmu yang dapat dikuasainya berbanding dengan ilmunya Allah yang ada di alam kehidupan ini bagikan air lautan yang tidak bertepi itu.
Dan jika kita mengunakan air lautan itu sebagai tinta untuk mencatit  ilmunya Allah; sehingga kering air laut itu pun tidak dapat menghabiskan ilmunya Allah dan kalau pun digandakan banyaknya air lautan itu pun sehingga kering sekalipun tidak dapat jua menghabiskan ilmu Allah.
Maka itu wajarlah setiap insan itu mengetahui dirinya betapa kerdilnya di hadapan Allah SWT. Oleh itu janganlah berpuas hati tentang ilmu yang kita perolehi dalam usaha membangunkan ummah. Manusia harus mengakui dirinya bahawa disisi Allah SWT. seorang insan itu ilmunya amat sedikit yang menjadikannya merasa amat besar!
Akhlak yang baik dan jujur, bermanfaat kepada orang lain yang hidup bersama kita akan sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Hidup ini memerlukan kehadiran orang lain kerana tidak semua keperluan dalam hidup dapat kita sediakan sendirian. Hidup yang bermanfaat adalah mementingkan budaya berjemaah.
Berjemaah dalam melaksanakan ibadat akan menelorkan suasana perasaan kasih sayang yang dengan sendirinya akan mengukuhkan semangat kekitaan. Manusia yang menghayati paradigma give and take atau kesalingbergantungan, tidak  bersifat tamak kepada harta dan ilmu. Mereka sedar bahawa ilmu untuk  dimanfaatkan bersama dan bukannya untuk kepentingan diri semata-mata.
Sikap mementingkan diri sendiri sebenarnya akan menyempitkan rezeki Allah. Rezeki yang luas adalah hasil kerjasama dalam pembangunan ummah. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Almaidah ayat 5:2 yang bermaksdu:
“......Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan kebaktian , tetapi
janganlan bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan melanggar peraturan. Takutlah  kamu kepada Allah. Seungguhnya Allah itu  bersangatan keras seksanya.”
Allah menyeru sekalian umat Islam itu  hendaklah antara satu sama lain bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan, iaitu segala kerja yang baik dan membawa faedah kepada masyarakat, dan bertolong-tolongan dalam kebaktian iaitu  beramal yang baik yang mengundang jasa sesuai dengan yang diperintahkan oleh Allah dan jauh dari apa yang ditegah-Nya.
Dan Allah melarang bertolong-tolongan dalam perkara maksiat yang mendatangkan dosa, demikian pula dalam perkara permusuhan dan melanggar hukum. Jika seruan ini dipegang, dan dilaksanakan sepenuhnya dalam hubungan masyarakat, maka akan terciptalah kesucian, kebahagian dan perdamaian dalam  pehubungan umat manusia.
Ayat ini merupakan amaran, iaitu  kamu hendaklah berhati-hati, jangan melanggar peraturan Allah yang telah ditetapkan-Nya kerana orang yang melanggarnya bererti akan diseksa, sedang seksa Allah itu sangatlah kerasnya.
Dalam sejarah kewujudan manusia, setiap individu mukmin Allah telah  jadikannya sebagai khalifah di muka bumi ini. Ia bermaksud manusia mempunyai agenda yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. untuk memurnikan tamadun kehidupan yang difahami sebagai ibadat. Amanah Allah  wajar diselenggarakan tanpa berkecuali kerana kegagalan  berbuat demikian akan dipertanggungjawabkan kepadanya apabila masa penghisaban di padang Mahysar nanti.
Allah berfirman dalam Al-Qur’an  surah Al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud:
“Dan ingatlah hai Muhammad) ketika Tuhanmu(Allah) berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku menjadikan seorang khalifah di atas bumi (Adam).” Maka jawab mereka itu: “Adakah patut Engkau menjadikan seorang khalifah di atas bumi yang akan membuat bencana menumpahan darah (berbunuh-bunuh), sedang kami tasbih  memuji Engkau dan mensucikan Engkau.” berfirman Allah::“Sesungguhnya Aku  mengetahui apa-apa yang  tiada kamu mengetahui.”
FirmanNya lagi dalam surah Al-An’am ayat 6:165 yang bermaksud:
“Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa (khalifah) di bumi.”
Ditangan manusia terletak kekuasaan untuk mengatur dan mengendalikan segala isi alam ini. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:29 yang bermaksud:
“Dialah Tuhan yang menjadikan segala apa yang di bumi ini untuk kepentingan manusia.”
Oleh itu, maju dan mundur, baik dan buruknya keadaan alam ini adalah bergantung
kepada manusia. Manusialah yang  layak memegang amanah ini yang tidak dapat ditanggung oleh makhluk-makhluk lain. Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT sendiri dalam firman-Nya  dalam surah Al-Ahzab ayat 33:72 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah ini kepada langit, bumi dan gunung, maka semuanya tidak sanggup memikulnya, mereka takut akan mengkhianatinya dan manusialah yang layak memikul amanah ini, tetapi manusia ini amat zalim dan bodoh.”
               Tanggungjawab melaksanakan amanah haruslah dengan baik dan jujur. Perkara utama tentang kelayakan jawatan khalifah ialah bahawa manusia  itu hendaklah mengenali Tuhannya dengan sebenar-benarnya dan beribadah kepadanya dengan sebanar-benar ibadat. Firman Allah surah At-Thalaq 65:12 yang bermaksud:
               “Allah  menjadikan tujuh petala langit dan begitu juga bilangannya dari bumi, yang mana segala perintah diturunkan di antara kedua-duanya supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu dan Allah ilmu-Nya telah meliputi tiap-tiap sesuatu.”
               Mengenali Allah SWT itu ialah tujuan bagi segala kejadian langit dan bumi. Bilamana
manusia melalaikan tugas itu, nescaya Allah SWT akan menurunkan kepadanya azab yang
pedih. Sebaliknya apabila mereka dapat menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya itu dengan sempurna, nescaya dia diberikan Allah SWT penganugeraan yang utama dan mulia.
               Setiap detik masa adalah amat penting diisi dengan agenda kehidupan. Jangan biarkan masa berlalu begitu  sahaja tanpa membuat sebarang perubahan dalam menangani kehidupan. Muhasabah diri sama ada masa itu telah digunakan sebaik mungkin adalah wajar dengan cara merujuk kepada pandangan yang telah dilaksnakan oleh orang lain. Disitulah pentingnya mengeratkan hubungan sesama insan atau faktor ukhuwah kemanusiaan wajar menjadi barometer dalam memimpin diri untuk mengikuti pembangunn semasa.

               Dengan demikian, maka terlaksanalah budaya hidup: “Two heads are better than one” atau  berjemaah dalam semua ibadat lebih manfatnya daripada seorang diri. Keutamaan dalam konotasi ini ialah memelihara suasana ukhuwah kemanusiaan lebih diutamakan berbanding dengan hidup bersendirian.  

No comments:

Post a Comment