Saturday, January 16, 2016

KESEPADUAN ILMU DAN AGAMA DALAM MELAHIRKAN TAMADUN ISLAM

 (Disiarkah pada 16.01.2016)
               Istilah Tamadun menurut kamus Dewan Edisi Baru (1989) mengatakan bahawa tamadun itu adalah suatu keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya, politik, dan yang tinggi peradabannya.
               Pengajaran dalam al-Qur’an adalah merupakan perlembagaan bagi seluruh ummah dan Islam sebagai ad-din yang memainkan peranan besar dalam kecemerlangan Tamadun Islam. Ianya jelas dibentuk oleh ajaran Al-Qur’an itu  sendiri melalui akidah, syariah dan akhlak. Semua ajaran di dalamnya sebagai panduan yang lengkap dan sempurna, tidak dapat dibantah walau pun satu ayat.
               Ia juga merupakan petunjuk yang konkrit sepanjang zaman serta sesuai dengan sesiapa sahaja kerana Al-Qur’an itu sebagai manusia kepada makhluk manusia. Di mana pendidikan Islam amat memainkan peranan terpenting sebagai panduan untuk mencapai kecemerlangan tamadun Islam
               Semua aspek dalam tamadun Islam adalah penting dalam ajaran Islam itu sendiri. Di antara satu aspek dengan aspek lain saling berhubung kait dan saling bantu membantu kerana ia merupakan satu keseluruhan untuk mempertingkatkan kecemerlangan hidup ummah di dunia dan di akhirat.
               Aspek spiritual perlu kepada aspek material dan begitu juga sebaliknya. Yang mana kedua-dua aspek tersebut bertujuan sama-sama untuk melahirkan ummah yang berkeperi- badian tinggi dan berwibawa.
               Aspek individu perlu kepada aspek masyarakat dan sebaliknya kerana tiap-tiap manusia  tidak boleh menyelesaikan sesuatu perkara tanpa bantuan masyarakat lain, begitu juga ianya disebut sebuah masyarakat kerana adanya individu. Sebagai contoh  untuk mendapat sebiji beras sahaja memerlukan penglibatan masyarakat, seperti orang yang mena- nam, dan seumpamanya.
               Aspek dunia perlu kepada aspek akhirat dan sebaliknya. Jika manusia berjuang untuk kesenangan hidup di dunia semata-mata adalah tidak logis kerana setiap orang akan mati dan bermula hidup di akhirat pula. Sebaliknya manusia berjuang hanya untuk  kesenangan hidup di akhirat semata-mata, dan ini juga tidak mungkin kerana sekarang kita berada di alam dunia. Oleh itu mengimbangi hidup kehidupan di dunia dan di akhirat adalah suruhan Illahi SWT. sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 2:201 yang bermaksud:
“...Ya Tuhan kami! berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungi kami dari azab neraka.”
 Kita sudah maklum bahawa Al-Qur’an adalah merupakan Perlembagaan bagi seluruh ummah dan Islam sebagai ad-din yang memainkan peranan besar dalam kecemerlangan Tamadun Islam. Ianya jelas dibentuk oleh ajaran Al-Qur’an itu sendiri melalui akidah, syariah dan akhlak. Semua ajaran di dalamnya sebagai panduan yang lengkap dan sempurna, tidak dapat dibantah walau pun satu ayat. Ia juga merupakan petunjuk yang konkrit sepanjang zaman serta sesuai dengan sesiapa sahaja kerana Al-Qur’an itu sebagai manual kepada makhluk manusia. Di mana pendidikan Islam amat memainkan peranan sebagai panduan untuk mencapai kecemerangan tamadun Islam.
Islam amat menggalakkan umatnya menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sepanjang hayat, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. sebagai berikut:
“Tuntutilah ilmu sejak dari buaian sehingga ke liang lahad.”
Tujuan menuntut ilmu pengetahuan ialah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya, di samping memakmurkan alam dalam semua aspek. Hal ini adalah sesuai dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Negara yang bertamadun adalah mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan ilmu pengetahuan.
Sebagai contoh, kebangkitan kecemerlangan tamadun Islam negara Sepanyol pada abad yang ke 8 kerana pemimpin Islam pada ketika itu  cinta kepada ilmu pengetahuan, walau
pun keseluruhan negara Barat lain masih dalam “dark ages” atau zaman kegelapan.
Mempunyai senibina tersendiri.  
Senibina dalam tamadun Islam mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan bandar-bandar. Menurut Prof. Dr. J.A. Toynbee mengatakan bahawa tamadun Islam adalah tamadun bandar. Ianya sebagai senibina yang terbaik dan sempurna kerana lahirnya di bandar-bandar yang dibina oleh Islam. Walaupun demikian, seni bina Islam ini tidak pula mengabaikan aspek-aspek keTuhanan. Dalam kategori ini termasuk juga kesenian halus seperti khat dan seni awan larat. Kedua-dua jenis ini digunakan untuk menghiasi kulit-kulit kitab. Bangunan-bangunan, dewan-dewan dan seumpamanya.
               Kemunculan bandar-bandar baru
Pada peringkat permulaan Islam hanya bandar Mekah dan Medinah sahaja yang ditadbir dan dibangunkan. Berkat keredhaan Allah SWT yang dikurniaNya kepada pentadbir-pentadbir pada ketika  itu, hanya selang beberapa tahun kemudian, Islam telah mengembang kan sayapnya secara meluas ke  negara-negara lain, seperti di Afrika Utara,  Afrika Tengah, di Barat iaitu sepanyol, dan Pulau Sicily.
               Sebahagian besar penduduk-penduduk di negara tersebut telah memeluk Islam dan saling berkerjasama dalam pembangunan tamadun Islam. Akhirnya muncullah bandar-bandar baru yang membangun di sana-sini yang amat mengkagumkan dunia., tanpa mengabaikan ciri-ciri ke Islaman seperti bangunan Masjid, Perpustakaan, Istana dan seumpamanya.
               Kesepaduan Ummah.
Walaupun masyarakat alam pelbagai negara yang berada di bawah naungan Islam merupakan masyarakat majmuk yang berlainan bangsa, bahasa dan budaya, tetapi mereka saling membantu dan bertamadun ke peringkat yang lebih dinamik dalam semua aspek, baik dari segi rohani mahu pun jasmanai. Kesepaduan demikian, akhirnya membawa kecemerla- ngan tamadun Islam secara keseluruhannya. Sebagaimana pepatah Melayu berkata: “Bersatu teguh-berpecah roboh”. *
               Tamadun Islam mempunyai keunikan dan keistemewaan yang tersendiri kerana ciri-ciri dan sumber tamadun Islam adalah berbeza daripada tamadun-tamadun lain yang wujud sepanjang sejarah ketamadunan manusia.
Ciri-ciri Tamadun Islam
Pada asasnya tamadun Islam mempunyai ciri-ciri universal yang dimiliki oleh tamadun lain di dunia. Namun begitu tamadun
Islam turut memiliki ciri-ciri khusus yang memberikan warnanya yang tersendiri dan membezakannya daripada tamadun-tamadun lain.
1 Ciri-ciri universal tamadun Islam
Tamadun Islam juga turut berkongsi beberapa aspek persamaan dengan tamadun lain. Antara ciri-ciri universal tamadun Islam adalah seperti berikut:
(a) Pebandaran                                                                        (d) Perkembangan Perdagangan
(b) Revolusi Pertanian                                                           (e) Sistem Tulisan
(c) Sistem pemerintahan dan Pentadbiran                         
Ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah universal yang ada pada semua tamadun di dunia. Walaupun tamadun Islam telah mencapai kemajuan yang amat pesat dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, bahasa, seni, geografi, sejarah, politik, ekonomi, pendidikan, sastera dan lain-lain lagi, namun kemajuan ini adalah hasil tamadun Islam menerima pakai pencapain tamadun lain-lain serta turut berkongsi pencapainnya dengan tamadun lain. Sungguhpun begitu, tamadun Islam juga ada ciri-ciri khusus yang membezakan daripada tamadun lain.
2. Ciri-ciri khusus tamadun Islam
Ciri-ciri khusus tamadun Islam adalah seperti berikut:
                    a. TamadunIslam bersifat kewahyuan.
                    b. Al-Qur’an dan Al-Sunnah menjadi  rujukan utama tamadun Islam.
c. Tamadun Islam mengimbangi antara kehidupan  di dunia dan di akhirat.
                    d. Tamadun Islam mempunyai kesepaduan antara jasmani dan rohani
Dengan memiliki ciri-ciri khusus ini, tamadun Islam boleh dianggap sebagai tamadun yang tersendiri. Ia begitu berbeza dari satu sifat, sumber, scop dan scala masa dengan tamadun lain walaupun terdapat persamaan dari segi ciri-ciri universalnya.
Sumber tamadun Islam 
Setiap tamadun ada sumber rujukannya yang dijadikan panduan dalam usaha membina tamadun itu. Begitu juga dengan tamadun Islam yang dibina dan dicorakkan berdasarkan sumber rujukan yang tertentu. Terdapat dua sumber yang penting dalam pembinaan tamadun Islam iaitu al-Qur’an dan Sunnah.
Al-Qur’an dan Al-Sunnah
                    Tamadun Islam bersifat kewahyuan. Sumber tamadun Islam berpaksikan wahyu yang terdapat dalam Qur’an dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber naqli ini sangat penting kerana berfungsi sebagai pencetus asas-asas binaan tamadun Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak.
                    Tamadun Islam adalah unik dan istimewa kerana ia bukan lahir serta berkembang mekar daripada cetusan idea, budaya dan dorongan hawa nafsu manusia tetapi tamadun Islam dinaungi dan disuluhi  bahawa petunjuk dan pedoman al-Qur’an dan al-Sunnah yang merupa kan wahyu Allah SWT.
                    Al-Qur’an dan al-Sunnah juga  tidak dapat dipisahkan daripada tamadun Islam kerana kedua-dua sumber ini sering menekankan hubungan antara tiga dimensi iaitu Allah, manusia dan alam. Namun begitu tamadun Islam tidak menolak sumber yang berpandukan akal dan inisiatif manusia yang dikenali sebagai sumber aqli.
Dalam konteks ini, tamadun Islam sangat unik dan istemewa kerana ia adalah satu-satunya tamadun di muka bumi yang berjaya mengharmonikan sumber meterial dan spiritual secara seimbang dan bersepadu sesuai dengan ajaran Islam yang menekankan kehidupan material dan spiritual, dunia dan akhirat. Pendek kata, sumber tamadun Islam yang asasi iaitu  al-Qur’an dan al-Sunnah menjadikan tamadun Islam mempunyai makna, ciri-ciri serta keis- timewaan yang tersendiri.  
Faktor-faktor kejayaan tamadun Islam
                    Tamadun Islam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang kerana banyak faktor pendorong yang terdapat dalam ajaran Islam dan sumber-sumber asasnya. Antara faktor-faktor tersebut ialah seperti berikut:
1. Dorongan daripada semangat Iqra’ (membaca)
                    Wahyu pertama daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw adalah titik tolak kepada kelahiran tamadun Islam. Tamadun Islam tidak bertitiktolak dari kawasan yang berde- katan dengan sungai sebagai asas kehidupn material seperti tamadun-tamadun lain. Sebalik nya, pencetus kemunculan tamadun Islam adalah atas kewajiban agama dalam menuntut ilmu.
                    Firman Allah SWT surah al-‘Alaq ayat 96:1-5 yang bermaksud:
                    “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Yang mencipta manusia daripada segumpal darah yang beku. Bacalah dengan nama Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Yang mengajar (manusia) menggunakan kalam (pena). Yang mengajar manusia apa yang tidak diketahui.”
                    Menurut Harun (1992) dalam bukunya, “Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam”, kesan aktiviti ilmiah yang berlaku sepanjang kegemilangan tamadun intelektual Islam adalah cetusan dan dorongan yang bersumberkan perintah al-Iqara dalam al-Qur’an.
                    Surah al-Alaq menjadi pendorong dan pembakar semangat umat Islam dalam mencari
Ilmu. Disinilah kemungkinan terletaknya rahsia sumbangan umat Islam kepada perkembang-
an ilmu amanya dan perkembangan sains. Surah al-Alaq itu adalah pencetus dan dorongan
yang jitu kepada kepentingan menuntut ilmu.
2. Ilmu berasaskan tauhid
Ilmu tauhid adalah membahaskan tentang Allah SWT., sifat-sifat yang wajib pada-Nya,
sifat-sifat yang boleh disifatkan kepada-nya, dan sifat-sifat yang  sama sekali  harus ditiada kan daripada-Nya. Ilmu tauhid iaitu ilmu yang menegaskan hakikat keesaan Allah SWT. Tauhid berasas daripada bahasa Arab yang bererti mengesakan dan meyakini bahawa Allah SWT itu Esa dan tidak ada sekutunya.
Ilmu tauhid bertujuan memantapkan keyakinan dan kepercayaan agama melalui akal fikiran dan kemantapan hati yang dilandaskan wahyu. Ilmu tauhid juga bermatalamatkan untuk menjaga kepercayaan dan mengukuhkan keimanan supaya tidak wujud sebarang keraguan dalam jiwa manusia.
3. Panduan al-Qur’an dan al-Sunnah
                    Al-Qur’an dan al-Sunnah banyak memberi dorongan ke arah melahirkan insan yang bertamadun. Kedua-dua sumber tersebut sentiasa menyeru umat Islam untuk mencapai  kece- merlangan hidup di dunia dan di akhirat dengan menimba ilmu, berusaha gigih dan mengha- yati nilai-nilai positif. Firman Allah surah al-Qashash ayat 28:77 yang bermaksud:
“Dan Pergunakanlah kesempatan dan kurniaan yang dianugerahkan Allah kepadamu itu untuk keselematan di   akhirat, namun janganlah kamu abaikan bahagian kamu dari kehidupan dunia.Berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat kebaikan kepadamu. Lagi pula, janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi kerana Allah tidak menyenangi orang yang berbuat kerosakan.”
Pendek kata Al-Qur’an dan Al-Sunnah adalah pencetus dan pendorong yang sangat berkesan dalam membina tamadun Islam yang unggul. Hakikat ini terbukti dalam sejarah tamadun manusia khususnya pada abad ke 6 kerana seluruh tamadun manusia mendapat satu inspirasi yang baru dengan kemunculan tamadun Islam yang bersumberkan al-Qur’an danal-Sunnah.**

   *Ustaz Abdul Aziz bin Harjin. Pensyarah UiTM Perlis, Malaysia

** http//pengajianislam. Presbooks.com/chapter/keunikan-dan- keistemewaan-tamadun-Islam/ 

No comments:

Post a Comment