Friday, January 22, 2016

SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU, MATIKU SEMATA-MATA KERANA ALLAH.

 (Disiarkan pada 23. 1. 2016)
Qul inna sholaatii wanusukii wa-mahyaaya wa-mamaatii lillaahil robbil al aalamiin. Katakan
lah (Muhammad) sesungguhnya shalatku dan semua ibadahku dan hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan pemelihara semesta alam.
               Ayat ini dapat difahami sebagai perjalanan tentang agama Nabi Ibrahim alaihis-salam yang disinggung di atas sekaligus merupakan gambaran tentang sikap Nabi Muhammad saw mengajak kaumnya untuk beriman.
Ayat ini memerintahkan: Ketakanlah Wahai Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasal lam bahawa, “Sesungguhnya shalatku, dan semua ibadahku termasuk korban dan penyem belihan binatang yang ku lakukan dan, hidupku bersama segala yang terkait dengannya, baik tempat, waktu, mahupun aktiviti dan matiku, yakni iman dan amal shaleh yang akan ku bawa mati, kesemuanya ku lakukan secara ikhlas dan murni hanyalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemelihara semesta Alam.
Tiada sekutu bagiNya; dalam zat, sifat dan perbuatanNya, antara lain dalam pencip- taan alam raya dan kewajaran untuk disembah. Demikian itulah tuntunan yang sangat tinggi kedudukannya lagi luhur yang diperintahkan kepadaku oleh Allah swt dan aku adalah orang yang pertama dalam kelompok orang-orang Muslim, yakni orang-orang Muslim yang paling sempurna  kepatuhannya dan penyerahan dirinya kepada Allah swt. 
Kata mamaati (matiku) mempunyai makna dalam doa-doa yang dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam setelah kematian beliau. Seperti  diketahui, pada beberapa ayat al-Qur’an Allah Subhanahu Wa Talla telah berfirman yang maksudnya: Janganlah kalian katakan syuhada itu mati, salah satu ayat yang semisal dalam al-Qur’an Surah al-Baqarah ayat 2:154 yang bermaksud:
“Janganlah kalian mengatakan terhadap orang-orang yang gugur dijalan Allah, bahawa mereka itu mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya”
Ayat ini diturunkan, kerana orang yang terkorban di dalam peperangan Badar dari kaum Muslimin telah dikatakan orang: “Mereka itu mati meninggalkan segala kenikmatan di dunia.”
Ada pula orang-orang kafir dan Munafik mengatakan: “Mereka telah membunuh diri mereka sendiri secara aniaya, semata-mata memenuhi kemahuan Nabi (saw) sahaja dengan tidak  ada faedahnya.” Maka Allah menurunkan ayat ini, yang  ditujukan kepada orang-orang yang berkata demikian.
Adapun orang-orang Mukmin yang telah terkorban di dalam peperangan Badar itu sebanyak 14 orang. 6 orang di antara mereka dari kaum Muhajirin dan 8 orang yang lain dari kaum Ansar. Allah menyatakan bahawa mereka yang terbunuh itu hidup, untuk menerima pahala mereka  dari-Nya. Al-Hasan meriwayatkan, orang-orang yang mati syahid itu hidup di sisi Allah. Roh mereka akan dapat merasakan rezeki-rezeki, bau-bauan syurga dan kegem- biraan. Sebaliknya roh  keluarga Firaun akan merasakan pedihnya neraka – pagi dan petang – menderita dan kesakitan.
Ini adalah bukti bahawa orang-orang yang taat kepada Allah akan menerima pahala mereka di dalam kubur atau alam barzakh. Begitu pula halnya dengan orang-orang ahli maksiat (derhaka kepada Allah), sebaik sahaja mereka itu dikuburkan, akan langsung menerima seksaannya.
Apa lagi para Waliyullah, para  Rasul, bahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam hidup di alam yang tidak kita ketahui hakikatnya. Di sana, beliau melihat dan mendoakan umatnya, bahkan dalam beberapa hadits dinyatakan bahawa siapa yang mengucapkan salam kepada Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau akan menjawab salam itu.
 “Allah akan mengembalikan ruhku supaya aku menjawab salamnya”. Demikian sabda beliau. Nah apa yang beliau lakukan itu juga merupakan Lillaahi Ta’ala, tidak mengharapkan imbalan dari manusia.
Seluruh gerakan salat mula dari berdiri, ruku’ dan sujud merupakan simbol dari perjalanan hidup dunia, pada suatu saat kita mampu berdiri tegak, di saat lain kita tertunduk dalam ruku’ dan pada yang lain lagi kita tersungkur dalam sujud. Itulah dinamika hidup manusia yang selalu berputar menangani keadaan hidup antara baik-buruk, bahagia –sengsara, sukses-gagal dan lain-lain.
Maha Suci Allah yang telah memerintahkan kita untuk mendirikan salat, penuh dengan makna dengan hikmah yang besar bagi siapa yang mampu mendidikan dan mengistiqamahkan solat. Marilah kita berusaha terus untuk mengeksplore perintah mendidikan salat. Semoga Allah memberi pengetahuan dan hikmah kepada kita untuk menjadi hamba Allah yang sukses dunia akhirat.
Salatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata kerana Allah. Kalimah ini merupakan satu jaringan kehidupan yang setiap manusia mukmin wajar terjemahkan dalam hidupnya agar dapat mendekati diri kepada Allah dan melaksanakan ibadah sebagai hamba Allah. Perjalanan hidup itu harus dilihat dalam jaringan kehidupan yang mengeratkan hubungan yang amat kuat kepada Zat Yang Maha Pencipta, Pengasih, Penyayang, dan yang amat Bijaksana itu.
Adapun hidup dan mati, keadaannya lebih jelas lagi kerana memang sejak semula kita telah menyedari – bahawa keduanya adalah milik Allah dan berada dalam genggangman-Nya. Ini adalah penyerahan diri secara total kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan segenap detak di hati dan segenap gerak dalam kehidupan. Dengan melaksanakan salat dan i’tikaf. Ketika hidup dan  mati. Dengan menjalankan ritus-ritus ibadah, dengan kehidupan yang  realitas, dan dengan kematian setelahnya.
Ini adalah tasbih “tauhid” mutlak dan penghambaan yang sempurna yang  menyatukan salat, ibadat, kehidupan dan kematian, untuk  kemudian memberikannya semata kepada Allah
Manusia hidup dengan satu tujuan iaitu beribadah kepada Allah. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Az-Zaariyat ayat 51:56 yang bermaksud:
“Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepadaKu.”
Menyembah Allah merupakan tanggungjawab setiap manusia mukmin. Manusia diper tanggungjawabkan untuk memelihara  amanah Allah iaitu  melaksanakan kekhalifahannya sebagai pemakmur alam kehidupan di atas bumi ini agar ianya conducive atau membantu kepada kehidupan berbagai makhluk Allah  sesuai bagi berbagai makhluk tersebut hidup di atas muka bumi ini.
Penyebutan kata salat sebelum penyebutan kata ibadah meskipun salat adalah satu bahagian ibadah, dimaksudkan 
untuk menunjukkan penting rukun Islam yang kedua ini. Salat adalah satu-satunya kewajipan yang tidak dapat ditinggalkan
sebanyak lima kali sehari semalam. Apapun alasannya berbeza dengan kewajiban-kewajiban lain.
Islam agama yang sesuai dengan logik dan akal. Ia tidak menyuruh penganutnya mempercayai sesuatu kecuali setelah ditunjukkan kebenaran yang dapat diterima oleh akal. Ia juga tidak menentang akidah yang lain kecuali setelah dinayatkan yang akidah itu salah.
Mempunyai berbilang-bilang  Tuhan umpamanya, menjadikan manusia sebagai hamba kepada Tuhan-tuhan itu. Jadi dengan demikian manusia bertanggungjawab untuk mendapat keredhaan dari Tuhan-tuahan tersebut. Bagi mencapai tujuan ini mereka hendaklah mengadakan persedian-persediaan seperti memberi handiah-hadiah, nazar-nazar dan korban-korban untuk Tuhan-tuhan itu. Dalam hubungan itu Al-Qur’an mengatakan kepada orang-orang musrikin seperti itu dengan firman Allah dalam surah Yunus ayat 10:39-40 yang bermaksud:
“Manakan yang lebih baik, Tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa? Kamu tidak menyembah selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek muyang kamu membuat itu. Allah tidak menurunkan sesuatu keterangan pun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah
kepunyan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain dia.”
Jadi Al-Qur’an menyatakan perbezaan besar antara menyembah Tuhan yang satu yang  semua perkara tunduk kepada hukumnya; di samping menyatakan ringannya pengorbanan manusia, di samping menghapuskan yang berlaku akibat perbezaan akidah. Kemudian Al-Qur’an berpindah kepada hujah dengan orang-orang yang musrikin dengan katanya (yang bermaksud) bagaimana kamu boleh menyembah tuhan-tuhan yang kamu sendiri buat dan kamu atau bapa-bapa kamu yang memberi tuhan-tuhan itu?
(Yakni Allah tidak  menjadikan berhala-berhala itu hujah dan dalil yang dapat menyakini penyembahan-penyembahan berhala itu).
Sesiapa yang meneliti rahsia alam, mengetahui peraturan, ciptaan yang halus dan kesatuan peraturan, ciptaan yang halus dan kesatuan maksud bagi semua alam, maka tidak dapat  tidak ia akan beriman dengan  keEsahan Allah dan akan jelas baginya ketinggian ayat Al-Qur’an yang mengakui hakikat ini:
Firman Allah surah Al-Anbiya ayat 21:21-22 yang bermaksud:
“Apakah mereka mengambil Tuhan-tuhan dari bumi yang dapat menghidupkan (orang-orang mati)? Sekiranya ada di langit dan  di bumi Tuhan selain Allah,  tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa.”
Allah mencela perbuatan orang-orang musrik yang mengambil beberapa banyak Tuhan di muka bumi ini, untuk  dijadikan Tuhan yang disembah, itu dengan mengambil bermacam-macam berhala dan patung daripada batu, emas , perak dan lain-lain benda lagi untuk  dipujahnya. Apakah berhala dan patung yang mereka jadikan Tuhan itu dapat meng hidupkan orang yang sudah mati?
Jawabnya, berhala yang begitu hina keadaannya masakan dapat menghidupkan orang yang sudah mati dan membangkitkan mereka dari kubur masing-masing. Sifat ketuhanan mestilah dapat menghidupkan orang yang sudah mati. Kalau tidak dapat menghidupkan orang
yang sudah mati, maka tidak  layak untuk menjadi Tuhan.
               Dalam ayat 22  surah yang sama, Allah telah membuat dalil yang bersandarkan dengan hukum akal mengenai keesahan Tuhan, dan  menolak tetang adanya Tuhan  selain Allah. Iaitu, sekiranya dilangit dan di bumi itu ada Tuhan  yang lain lagi  yang memerintah selain Allah, nescaya kedua-duanya akan binasa berserta dengan  penduduk  langit  dan bumi tersebut. Kerana sekiranya ada dua Tuhan yang memerintah di langit dan di bumi, pasti akan berlaku dua kemungkinan:
               1 Mungkin ke dua-duanya berselisih
               2 Mungkin pula kedua-duanya sepakat.
Kalau ada dua Tuhan yang memerintah  di langit  dan di bumi sedangkan kedua-duanya  pula berselisih pendapat dan masing-masing hendak melakukan yang berlain-lainan, bererti kedua-duanya saling bertentengan dan akan berlawan.
               Sebab, kalau yang satu hendak mengadakan sesuatu benda sedangkan yang lain tidak mahu mengadakannya lalu  kedua-duanya berselisih, maka  benda  yang hendak diadakan itu tidak  akan wujud. Akibatnya kedua-dua Tuhan itu akan merosakkan perjalanan alam. Hal ini tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Kerana alam  sudah pun wujud dan berjalan dengan teratur serta dalam  keadaan yang baik.
               Dan kalau kedua-dua Tuhan itu pula sependapat dan sepakat, hal ini juga tidak diterima oleh akal. Kerana kalau kedua-duanya hendak mengadakan sesuatu benda, bererti makhluk yang dijadikan itu lahir daripada kerjasama mereka. Adapun hasil kerjasama dari dua orang yang sepakat dan bersatu, adalah dianggap sebagai suatu kelemahan andainya mereka nanti berpisah. Sebab kalau mereka berpisah, masing-masing saling berhajat kepada yang lain. Bukanlah layaknya Tuhan  itu bersifat lemah dan berhajat pula yang lain.
                    Oleh kerana bukti tentang pengatur langit  dan bumi itu  tak dapat tidak mestilah  satu, maka nyatalah yang bersifat esa dan satu itu hanyalah Allah. Maka Suci Allah, Tuhan yang kekuasaanNya meliputi seluruh alam, termasuklah Arasy pusat tempat mentadbirkan  perjalanan alam ini, dan Maha Suci Allah daripada disifatkan  oleh orang-orang musyrik bahawa Dia mempunyai anak  atau isteri, iaitu sifat yang sama sekali tidak layak bagiNya.
                    Perjalanan hidup manusia bersama makhluk-makhluk Allah yang ada di alam kehidupan, Allah yang mengatur dan menentunya yang dikenali sebagai ibadat. Beriman kepada kitab Allah merupakan satu rukun daripada rukun-rukun Islam. Kitab-kitab tersebut mengandungi apa yang disampaikan oleh para nabi kepada umatnya iaitu, seruhan-seruhan Allah kepada mereka. Dengan sebab itu  setiap orang Islam wajib beriman dengan al-Qur’an dan juga kitab-kitab lain yang diturunkan ke atas nabi-nabi terdahulu.
                    Terdapat beberapa ayat yang menyatakan wajib beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan ke atas nabi-nabi terdahulu: Firman Allah surah Al-Baqarah ayat 2:285 yang bermaksud:
                    “Rasul itu telah beriman dengan apa yang telah diturunkan oleh Tuhannya, begitu pula orang-orang mukmin. Semuanya beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kita-Nya dan  Rasul-Rasul-Nya. (Seraya mereka berkata): “Tiadalah kami beza-bezakan antara seseorang jua pun daripada Rasul-Rasul-Nya.” Dan mereka itu berkata: “Kami dengar dan kami taati, keampunan Engkau (kami pohonkan) Ya Tuhan Kami, dan kepada Engkau tempat kembali.”
                    Allah memulakan surah Al-Baqarah ini dengan menyebutkan, bahawa Qur’an itu jangan diragukan, kerana ada mengandungi petunjuk bagi orang-orang yang takwa. Lalu Allah menjelaskan sifat-sifat mereka dengan pokok keimanan yang mereka pegangi. Allah mengakhiri surah al-Baqarah ini dengan menyebutkan, bahawa pesuruh-Nya, iaitu Nabi Kita Muhammad (saw), telah beriman dengan apa yang yang telah diturunkan-Nya, begitu pula orang-orang Mukmin.

No comments:

Post a Comment