Friday, February 5, 2016

SEMANGAT BERSEPADU NADI PEMBANGUNAN UMMAH

 (Disiarkan pada 6. 02. 2016)
Semangat  bersepadu merupakan adab kesopanan dan budaya pembangunan Islam. Fungsi  masyarakat Islam di sini ialah menyebarkan adab kesopanan ini, mendidik anggota nya serta mengeluarkan para siswa-siswi berdasarkannya di semua peringkat dan orentasi pendidikan, bermula dari taman asuhan kanak-kanak sehingga ke tahap universiti.
Masyarakat Islam juga berfungsi mempermosikan adab kesopanan dan budaya Islam kepada semua bangsa dengan  pelbagai mikanisma sama ada melalui makalah, syair, drama, penerbitan, buku, majalah, akhbar, humor, lakonan dan sama ada melalui media bercerak maupun elektronik. Dalam hal ini semua hal institusi sama ada  keagamaan seperti masjid, kesenian seperti teater, pendidkan seperti sekolah atau media seperti televisyen, mestilah memberi kerjasama.
Tidak wajar jikalau di dalam sebuah masyarakat hanya terdapat satu pihak sahaja yang berusaha membangunkan nya sementara di sana terdapat banyak pihak pula yang meruntuhkan nya sepertimana yang diungkapkan oleh seorang penyair.
“Bilakah akan tertegaknya sebuah bangunan dengan sempurna, jika kamu membina nya sementara orang lain meruntuhkannya?”.
Kata penyair yang lain pula:
“Seandainya terdapat seribu orang yang membina yang disusuli dengan seorang meruntuh, itu sudah cukup (untuk meruntuhkannya).
Bagaimana pula jika hanya terdapat seorang yang  membina tetapi terdapat seribu orang yang meruntuhkannya.”      
Apatah lagi  jika cara meruntuhkan di zaman kita ini menggunakan dinamit bukan  lagi cangkul. Perkara ini sesuai untuk semua bangunan material dan maknawi.
Kewajipan masyarakat Islam masa kini ialah menafikan segala bentuk kesopanan serta budaya masyarakat yang  dimasukkan ke dalamnya perkara yang bertentangan dengan tabiat  yang seimbang dan normal, tidak kira sama ada ia berasal dari zaman-zaman kelemahan pemikiran atau kemunduran ketamadunan yang telah menimpa dunia Islam sejak beberapa kurun yang lampau.
Begitu juga dengan budaya yang  diseludup masuk kepada kita melalui tamadun moden Barat, seperti  ciptaan-ciptaan fesyen terbaru, perabot rumah, makan-makanan, adat perkawinan, pelbagai jenis perayaan dan hubungan antara lelaki dan wanita...dan selainnya.
Akibat daripada itu, kita dapati masyarakat Islam sekarang mengandungi dua kelompok manusia yang hidup dalam dua bentuk yang berbeza.
Jika kita meneliti permasalahan keluarga sebagai contoh, di sana kita dapati terhadap orang yang tidak membenarkan lelaki yang  bertunang dengan anak perempuannya melihat nya anaknya walau sekilas pandang sekalipun perkara tersebut bertentangan dengan hadith-hadith yang sahih. Bahkan di setengan tempat bakal suami tidak dibenarkan melihat bakal isterinya walau selepas diangkat nikah secara Syarak, sebaliknya ia hanya boleh melihatnya pada malam pertama.
Bertentangan dengan kumpulan tersebut, di sana terdapat mereka yang membenarkan anak gadisnya yang sudah dipinang untuk keluar berdua-duaan, saling berpegangan tangan, ketika berangkat atau pulang, menuju ke tempat rekreasi dan juga panggung wayang pada waktu siang atan pertengahan malam. Alasannya ialah agar dapat mengenali jiwa pasangan nya dengan lebih dekat melalui pergaulan dan percampuran tersebut.
Masyarakat berfungsi untuk membela adab kesopanan serta budaya-budaya ini melalui undang-undang dan sistem perundangan. Mereka tidak boleh membiarkan orang lain memusnahkan adab kesopanan umat  Islam, memadamkan profil keperibadiannya serta meng hancurkan budayanya yang telah diambil dari wahyu Allah yang telah diwajibkan ke atas masyarakat melalui Syarak.
Jika masyarakat memandang mudah terhadap adab kesopanan dan budaya-budayanya serta membiarkan para perosak melakukan apa yang mereka suka bermakna masyarakat tersebut telah mengabaikan risalah masyarakat Islam yang sebenar.
Bukanlah namanya masyarakat Islam yang benar, jika ia membuang segala budayanya yang tulin untuk menerima budaya-budaya asing dan adab kesopanan yang berbeza dengan nya. Jestru itu, keperibadiannya akan pudar, jatidirinya akan terpadam dan ia menjadi pak turut kepada yang lain, padahal Allah telah menjadikannya orang yang dituruti.
Lantaran itu. anda akan dapat melihat anggota masyarakatnya makan dan minum dengan tangan kiri, para lelakinya memakai cincin emas, sementara para wanitanya  meniru wanita-wanita kafir seperti mendedahkan rambutnya, dadanya serta memperlihatkan perut serta belakangnya.
Ramai wanita Islam mengamalkan adab dan kesopanan itu sebagai fesyen. Contohnya Islam menutup aurat tidak memikirkan arahan itu sebagai kesopanan masyarakat Islam. Dan di sana wanita Islam lebih suka memakai tudung  dengan sepenggal bahagian kepada tertutup manakala bahagian dahinya berurai rambut ditiup angin. Tidak kurang pula bahagain menutup badan yang kelihatan lebih menggiurkan pada mata memandang terutama sekali kepada  individu yang  potongan badangnya gemuk, apabila ianya dibungkus seperti membungkus buah nangka.
Ada yang kelihatan menjijikan apabila badan yang Allah berikan dalam keadaan kurus
dan kecil ditutupkan dengan kain seperti membungkus buah nagka. Sekilas pandang seolah-olah individu berkenaan bagikan seorang yang berjalan dalam keadaan berbogel. Apakah makna menutup aurat sehingga mahasiswi dari universiti tertentu selepas selesai pengajian mengubah fesyen pakainnya kepada yang lebih mendedahkan auratnya. Peliharalah adab dan kesopanan sebagai lambang keunggulan masyarakat Islam.
Semangat bersepadu dalam Islam lebih manis dipandang jika adab dan kesopanan Islam itu dijadikan tunjang pembangunan ummah. Falsafah pembangunan kehidupan masyarakat Islam adalah wahyu dari Allah S.W.T. Maka itu menjadi amanah Allah untuk menjaganya dan bukan mengiklankan cara berpakaian yang kurang sopan.
Bukanlah namanya masyarakat Islam jika kaum mudanya bercampur antara lelaki dan perempuan dengan saling bersentuhan, bersenggolan dan berpegangan sama di kolej atau universiti, di perkemahan atau di perkelahan atau di dalam kendraan.
Bukanlah namanya masyuarakat Islam jika ia membiarkan mana-mana institusi yang mencurigakan sama ada akhbar, wayang atau media massa meruntuhkan struktur binaan umat serta menghembuskan kepadanya angin beracun yang membawa bencana yang menyakitkan, memusnahkan segala-galanya dengan arahan tuan mereka yang terdiri dari Zionis, para penjajah, dan Komunis melalui tulisan-tulisan yang menyesatkan, berita-berita palsu, cerita-cerita luca, gambar-gambar prono, nyanyian-nyanyian cabul,  drama-drama luca, filem-filem yang menyentuhkan akhlak serta siri-siri yang penuh dengan kebatilan.
Masyarakat Islam yang sebenar ialah masyarakat yang memelihara adab kesopanannya yang tulen dan budayanya yang sejati sebagaimana ia melindungi tanahnya dari dijajah, kehormatannya dari dicabul, kekayaannya dari dirompak dan harga diri dihina.
Masyarakat Islam tertegak di atas dasar  “akidah” yang menentukan falsafahnya secara menyeluruh sama ada berkenaan dengan tempat bermula, tempat kembali dan matlamat hidup. Ia juga menjawab beberapa persoalan sama ada lama atau baru seperti: “Dari mana, hendak ke mana dan kenapa?...Dengan falsafah yang menyeluruh tersebut akan membentuk “masyarakat bertauhid” serta tidak menyekutuhkan Allah swt dengan sesuatu.
Masyarakat Islam juga tertegak di atas syiar-syiar yang mengukuhkan lagi hubungannya dengan Allah swt. melalui amalan-amalan lahiriah. Jestru itu , maka wujudlah “masyarakat yang beribadah” yang mana tugas utamanya ialah beribadat kepada Allah swt.
Masyarata Islam terbina di atas  pemikiran dan pemahaman yang jelas yang menjadi
kan ia mampu menilai amalan, pendirian, individu dan ideologi. Berdasarkan pertimbangan yang khusus yang tidak cendrung ke arah kanan atau kiri. Ia adalah “masyarakat intelektual” yang unik.
               Masyarakat Islam terbina di atas akhlak dan nilai-nilai luhur yang diyakini keimanan nya kepada agamanya serta Syariatnya. Akhlak adalah sebahagian dari agama memandangkan ia adalah perintah atau larangan yang datang dari Allah swt. Lantaran itu  ia adalah “masya- rakat berakhlak”.
               Masyarakat Islam terbina di atas adab kesopanan dan budaya tertentu yang menjadikan nya  unik, yang bukan diciplak dari masyarakat lain sama ada yang jauh atau yang lama.
               Selain dari terbinanya masyarakat Islam di atas dasar-dasar tersebut keseluruhannya, ia juga terbina di atas dasar perikemanusiaan (humanity) yang  tinggi sebagaimana yang sentiasa dicari-cari oleh manusia yang bertamadun.
               Ilmu adalah antara nilai yang tertinggi yang dibawa oleh Islam serta dibangunkan kehidupan manusia di atasnya sama ada kehidupan maknawi atau kebendaan, kehidupan akhirat atau dunia, menjadikannya sebagai jalan keimanan dan perangsang kepada amalan. Ia juga merupakan faktor pertama yang menjadikan manusia sebagai khalifah; kerana mereka dijangka (oleh Malaikat) akan melakukan kemusnahan dan menumpahkan darah di atas permukaan bumi. Lalu Allah telah menolak sangkaan para Malaikat dengan firmanNya:
               “Sungguhnya aku Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Allah menga- jarkan Adam nama-nama keselruhannya.” (al-Baqarah: 2:30-33)
               Islam adalah agama ilmu, al-Qur’an al-Karim adalah kitab ilmu dan ayat yang pertama diturnkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah berkenaan dengan ilmu itu iaitu:
                    Firman Allah surah al-Alaq ayat 96:1 yang bermaksud:
                    “Bacalah dngan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.”
Membaca adalah pintu keilmuan sementara al-Qur’an merupakan:
                    “Kitab yang diperjelaskan ayat-ayatnya, iaitu bacaan di dalam bahasa Arab, untuk kaum yang berilmu.” Surah Fussilat ayat 41:3.
                    Al-Qur’an telah menjadikan ilmu sebagai asas perbezaan antara manusia. Firman Allah surah az-Zumar ayat  39:9, yang bermaksud:
                    “Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu.”
                    Selain itu, al-Qur’an juga telah menjadikan orang-orang yang berilmu sebagai orang-orang yang besaksi kepada Allah dengan ketauhidan bersama para Malaikat. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayata 7:18 yang bermaksud:
                    “Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan melainkanNya, yang meneggakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang beriman (juga menyatakan yang  demikian itu) Tiada Tuhan melainkanNya., Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana,”
                    Orang-orang yang berilmu adalah orang-orang yang paling takut kepada Allah serta bertakwa kepadaNya, Firman Allah swt dalam al-Qur’an surah  Fathir ayat 35:28 yang bermakksud:
                    “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hanba-hambaNya  hanyalah orang –orang yang beriman.”
                    Tidak ada orang yang takut kepada Allah kecuali orang yang mengenali Allah. Allah s.w.t. hanya dapat dikenali  berdasarkan kepada kesan-kesan kekuasaanNya dan rahmatNya terhadap makhluk. Lantaran itu kenyataan bahawa manusia berilmu sahajalah yang takut kepada Allah telah disebutkan di dalam konteks ayat yang membicarakan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah terhadap alam semesta.
                    Firman Allah dalam al-Qur’an surah Fathir ayat 35:27-28 yang bermaksud:
                    “Tidakkah kamu melihat Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dari hujan tersebut buah-buahan yang beraneka macam jenis. Dan di antara gunung-gunung itu
ada garis putih dan merah  yang beraneka macam waranya dan ada yang hitam pekat. Dan demikian di antara manusia, binatang-binatamg yang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (serta jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang beriman.”
                    Al-Qur’an al-Karim adalah kitab teragung yang membangunkan “mentaliti ilmiah”. Al-Qur’an menolak segala perkara khurafat, menentang segala bentuk taqlid buta kepada nenek muyang, para tokoh dan orang-orang yang ternama lebih-lebih lagi kalau orang awam atau orang bodoh. Ia juga menolak keraguam dan hawa nafsu dalam konteks perbahasan hakikat yang berdasarkan kepada keyakinan, serta tidak menerima sebarang kenyataan melainkan jika disertakan bukti yang kuat seperti fakta-fakta yang boleh dilihat dalam persoalan yang bersifat fisikal atau logika yang benar dalam persoalan yang bersifat rasional ataupun dokumen dokumen yang dipercayai di dalam perkara-perkara yang didokumenkan.
               Al-Qur’an menganggap analisa itu sebagai ibadah, mencari hakikat itu sebagai amalan yang mendekatkan kita kepada Allah, menggunakan pelbagai perkakasan pengetahuan sebagai kesyukuran terhadap nikmat Allah dan mengabaikan nya sebagai menempah jalan ke neraka.*


*Sumber – Prof Dr. Yusof Al-Qardhawi: “Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Peneribatan  Sribu Dinar. 2000”.

No comments:

Post a Comment