Friday, February 12, 2016

TIDAK ADA BENGKOK TIDAK BOLEH DILURUS DAN TIDAK ADA KUSUT TIDAK BOLEH DIRATAKAN

 (disiarkan pada 16. 2. 2016)
Manusia sememangnya diwujudkan Allah swt dalam kedaaan lemah. Allah wujudkan segala makhluk di alam kehidupan ini semestinya dalam keadaan berpasangan. Maka begitu jugalah keadaan sifat manusia dalam menangani pembangunan kehidupan. Mudah dan susah, berat dan ringan, gembira dan sedih, pintar dan bodoh, luas dan sempit, besar dan kecil, berdosa dan beriman merupakan garam hidup di alam dunia.
               Soal ibadat sememangnya manusia sentiasa lemah melaksanakan disebabkan ibadat nya pemberatan kepada soal kepentingan dunia. Walaubagaimana pun Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Umat mukmin sentiasa mendapat kasih sayang dari Allah swt. dengan syarat ia sentiasa memohon ampun terhadap kelemahannya. Bertaubat merupakan ibadat yang amat diperlukan oleh setiap mukmin hidup di alam dunia.
               Tidak ada bengkok tidak boleh diluruskan dan tidak ada kusut tidak boleh diratakan, merupakan tamsilan bahasa mengenai salah laku serta kelemahan manusia dalam menelusuri kehidupan kerana Allah. Keadaan demikian merupakan garam hidup dalam kelangsungan pembangunan sebagai hamba Allah.
               Allah swt mengetahui kelemahan manusia sesuai dengan kudratnya, tidaklah dibebani dengan kewajiban-kewajiban yang berat yang melampaui kekuatan fizik mahupun mentalnya. Hanya ia diperintahkan agar kembali kepada Allah jika ia sekali-kali lupa dan segera menyuci kan dirinya dengan bertaubat, jika ia sekali-sekali tergelincir dalam  dosa dan perbuatan maksiat.
               Allah swt berfirman dalam Al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 2:286 yang bermaksud:
“Allah tidak  membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Allah tidak membebankan hamba-hamba-Nya dengan bebanan-bebanan yang berat melainkan sekadar yang terdaya olehnya. Ini sama dengan firman Tuhan pada ayat 185 surat al-Baqarah yang bermaksud:
               “....Barang  siapa di antara kamu yang berada  pada bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa. Barang siapa sakit atau berjalan, maka gantilah dihitung di hari yang lain. Allah menghendaki kamu supaya mudah  dan tiada menghendaki kamu supaya susah.”
               Puasa yang diwajibkan itu ialah pada bulan Ramadan. Dikhaskan puasa pada bulan tersebut, kerana pada bulan inilah Al-Qur’an diturunkan. Al-Qur’an adalah kitab suci yang mulia, maka  bulan di mana diturunkan adalah mulia, dan ibadat puasa pun dengan sendirinya merupakan ibadat yang mulia.
               Kata Abdullah bin Abbas (r.a.): “Al-Qur’an itu diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuz pada lailatulqadar dalam bulan Ramadan. Allah telah taruhkan di Baitul ‘Izah dalam langit dunia, kemudian dibawa turun oleh malaikat Jibril kepada Nabi kita  Muhammad (saw) beransur-ansur selama 23 tahun.”
               Al-Qur’an  itu mengandungi petujuk, supaya manusia tidak  sesat, juga mengandungi keterangan yang nyata dari petunjuk untuk membezakan antara yang benar dengan yang salah.
               Islam selalu mengajak kita berpegang teguh kepada hak dan kebenaran, sehingga ia tidak tersesat, dari jalan yang benar dan berpaling dari tujuan hidup yang utama. Allah swt berfirman surah Az-Zukhruf ayat 43:44 yang bermaksud:
               “Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang benar yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar adalah sesuatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan dimintai pertamggungan jawab”.
               Manusia sebagai makhluk Tuhan yang lemah, tidak bebas dari kekeliruan dan kesala- han yang dihadapkan kepada dua kekuatan yang masing-masing hendak menariknya ke pihaknya; kekuatan yang baik dan kekuatan yang jahat. Manusia, berbeza dengan malaikat yang memang disucikan oleh Allah dan dilindunginya dari perbuatan dosa dan maksiat, diturunkan ke bumi oleh Allah untuk menghadapi gangguan dan cobaan. Maka Allah swt yang Maha Rahman dan  Rahim tidak menutup kemungkinan hamba-Nya, manusia yang lemah itu  melakukan kesalahan, penyelewangan dan pelanggaran dengan memberinya kesem patan, di saat ia tergelincir dan tersandung untuk memperbaiki kesalahannya dan mengubati
penyakit-penyakaitnya. Kemudian memperbaharui langkahnya di jalan yang lurus menurut hati nurani dan fitrahnya. Bersabdalah Rasulullah saw:
               “Tiap anak Adam adalah pembuat kesalahan, dan sebaik-baik orang yang membuat kesalahan ialah mereka  yang segera bertaubat.” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
               Dan Allah swt yang mengetahui kelemahan manusia sesuai dengan kudratnya, tidak lah dibebani dengan kewajiban-kewajiban yang berat yang melampui kekuatan fizik mahupun mentalnya. Hanya ia diperintahkan agar kembali kepada Allah jika ia sekali-kali lupa dan segera menyucikan dirinya dengan bertaubat, jika ia  sekali-sekali tergelincir dalam dosa dan perbuatan maksiat.
               Allah berfirman surah Thaha ayat 20:122 yang bermaksud:
“Dan Adam melanggar larangan Tuhannya dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilih nya, maka Dia menerima taubatnya dan memimpinnya.”
               Nabi Adam telah menyalahi Tuhan lalu tersesat. Dalam hubungan ini ada hadis yang sepakati sahihnya oleh Imam al-Bukhari dan Muslim – yang diriwatakan daripada Abu Hurairah dan Muslim – yang diriwayat daripada Abu Hurairah (r.a) katanya: Bersabdalah Rasulullah (s.a.w.) – yang maksudnya:
               Adam dan Musa telah bertengkar, lalu kata Musa kepada Adam: “Engkau adalah bapa kami, engkaulah yang telah mengeluarkan kami dari dalam syurga.” Jawab Adam: “Engkau hai Musa telah dipilih oleh Allah dengan percakapannya-Nya dan dituliskan untukmu kitab Taurat dengan tangan-Nya (kudrat-Nya). Adakah patut engkau mencaci aku mengenai perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah Taala kepadaku sebelum 40 tahun aku diciptakan?” Maka Adam telah menolak (mendebat) Musa.
               Dari keterangan hadis ini, bermakna Adam yang telah menyalahi perintah Tuhannya lalu tersesat itu sebenarnya adalah suatu perkara yang telah  ditakdirkan oleh Allah. Dia tidak dapat menolak ilmu Allah (pengetahuan) yang telah  lebih dahulu Allah mengetahui dirinya (Adam) bakal memakan buah syurga – hal mana telah ditakdirkan sebelum 40 tahun Adam diciptakan.
               Kebanyakan ulama mengatakan kesalahan Adam itu berlaku sebelum dia dilantik menjadi Nabi. Ini terbukti dengan firman Allah kemudiannya yang berbunyi: “Kemudian dia dipilih oleh Tuhannya. Yakni Allah telah memilihnya setelah  dia menyalahi-Nya. – Lalu dia pun bertaubat kepada Tuhannya – Yakni kembali menjadi baik, lalu Allah terima taubatnya – Dan dipimpinnya – Yakni, ditunjukkan-Nya bagaimana caranya beramal mengikut yang diredai-Nya iaitu dengan melazimkan diri kedua orang suami isteri itu terus bertaubat seperti yang diajarkan oleh Allah dan diucapkan oleh Adam dan Hawa.
               Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayanya diri kami sendiri, dan sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami dan kesihankan kami nescaya jadilah kami orang-orang yang rugi. (Surah al-A’rsaf ayat 27:23).
               Maka Allah swt. berfirman dalam surahTaha ayat 20:123 yang bermaksdu:
“Berkata Allah: Berangkatlah kamu dari dalam syurga semuanya, di antara kamu
dengan yang lain   menjadi musuh. Jika datang petunjuk daripada-Ku maka sesiapa mengikut
petunjuk-Ku tiadalah dia tersesat dan tidak celaka.”
               Allah swt telah bertitah – setelah perintah-Nya dilanggar – dengan kata-Nya: Turunlah kamu berdua dari dalam syurga ke muka bumi. Engkau Adam, Hawa dan anak cucu yang menjadi keturunanmu adalah musuh kepada Iblis dan keturunannya – masing-masing keturunan mereka menjadi musuh kepada keturunan kamu.
               Kemudian kata Tuhan lagi: Jika datang kepada mu petunjuk yang Ku-pilih untuk hamba-hanba-Ku – yang berupa agama, perutusan para rasul dan kita-kitab – maka sesiapa mengikut perintah-Ku dan beramal dengannya serta tidak menyeleweng daripadanya, sesungguhnya di dunia dia akan Ku pandu ke jalan yang benar dan di akhirat pula dia tidak  akan celaka.
               Dalam hubungan ini Ibnu Abbas telah meriwayatkan katanya: Allah akan menyelamat kan orang yang mengikuti Al-Qur’an daripada tersesat di dunia atau daripada celaka di akhirat. Dan di dalam hadis Marfus’, dia juga meriwayatkan seperti berikut:
               “Sesiap mengikuti kitab Allah (Qur’an) nescaya diberi petunjuk oleh Allah Taala daripada tersesat di dunia, dan diselamatkan daripada perkiraan (hisab) yang buruk pada  hari kiamat.”
               Allah berfirman surah Taha ayat 20:124 yang bermaksud:
               “Dan sesiapa yang berpaling daripada mengingati Aku mereka sesunguhnya dia akan mengalami hidup yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat berke- adaan buta.”
               Di sini Allah mengancam iaitu, sesiapa berpaling daripada mengingati Allah pada hal telah diperintahkan supaya mengenang-Nya malahan berterus-terusan menyalahi-Nya nescaya dia akan mengalami hidup yang sempit. Hidup yang sempit yang dirasainya itu iaitu: hatinya selalu gelisah dan bimbang, kerana apa yang dipentingkannya hanyalah kehidupan dunia sahaja dengan bertungkus-lumus untuk menambah penghasilannya dan takut sahaja kekura- ngan, sehingga perasaan lokek dan bakhil itu sentiasa mempengaruhi jiwanya.
               Ataupun dalam hidupnya itu sudah tidak  ada lagi pada dirinya sifat qanaah  (memadai dengan yang ada) sehingga dia tidak pernah merasa puas. Atau dimaksudkan di sini, dia hidup dalam maksiat walaupun keadaannya mewah dan senang.
               Kata Ibnu Masud, Abu Hurairah dan Abu Sa’id Al-Khuri. Hidup yang sempit dimak- sudkan di sini ialah di dalam kubur. Kerana orang semasa dalam kubur tulang rusuknya akan dihempit oleh tanah sebagai seksaan yang berterusan sehingga datang hari kebangkitan.
               Dalam hadis Marfu’ yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda (yang bermaksud): Orang mukmin di dalam kuburnya seperti di dalam taman yang hijau. Kuburnya itu akan diluaskan selebar 70 hasta dan bercahaya terang laksana terangnya pada malam bulan purnama. Dan tahukah kamu mengenai ayat yang diturunkan? Jawab orang ramai: “Allah dan rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.”
               Maka kata Baginda: Itulah  seksaan dalam kubur untuk orang kafir. Orang kafir itu menjadi mangsa kepada 99 natin. Tahukan kamu apa itu  natin? Dialah 99 ekor ular, tiap seekornya mempunyai 7 kepala yang akan menggigit, memagut dan menyembar tubuh badan nya, sehinggalah datang hari mereka dibangkitkan.
               Dan Kami akan menghimpunkannya pada hari  kiamat berkeadaan buta.”
Matanya buta  semasa dihimpunkan di padang mahsyar, tetapi apabila masuk neraka hilanglah butanya agar dia dapat melihat tempat tinggalnya.
               Firman Allah swt surah  Taha ayat 20: 125 yang bermaksud:
               “Dia bertanya: Ya  Tuhan! Mengapa Engkau himpunkan aku menjadi orang yang buta pada hal akau dahulu celik?”
               Dia bertamya kepada Tuhannya, mengapa dia dijadikan berkeadaan buta tidak dapat melihat apa yang ada di sekelilingnya pada hal di dunia dahulu dia dapat melihat?
               Bandingan ayat ini samalah dengan ayat 97 surah al-Isra’ yang berbunyi:
Dan Kami (Allah) akan himpunkan mereka itu pada hari kiamat dengan mukanya telungkup, berkeadaan buta, bisu dan pekak.
Firman Allah surah yang sama ayat 126 yang bermaksud:
“Jawab Tuhan: “Begitulah halnya, engkau telah didatangi keterangan-keterangan Kami (Allah) tetapi engkau melupakannya, dan begitulah pada hari ini engkau dilupakan.”
Cukuplah ayat Allah datang. Cukuplah petunjuk diberikan. Cukup Rasul-rasul diutus membawa petunjuk kepada jalan yang benar, untuk keselamatan engkau dunia dan akhirat. Kepada Rasul-rasul itu diturunkan wahyu, dan isi wahyu itu tidak ada yang mereka sembunyi kan. Semuanya disampaikan kepada kamu. Tetapi semuanya itu kamu lupakan. Maka itu tiadalah ada alasan buat kamu mengatakan bahawa petunjuk itu tidak sampai kepada kamu. Semuanya sampai. Semuanya itu kamu lupakan.
Seketika  engkau berbuat maksiat itu misalnya terdengar oleh mu suara azan dalam radio, nescaya radio itu akan segera engkau matikan, kerana engkau pandang mengganggu kesenanganmu. Jika ada orang menyampaikan pengajaran kepadamu, nescaya orang itu akan segera engkau usir. Sebab itu maka tidaklah masuk pengajaran ke dalam hatimu. Dan itu menjadi butalah  hatimu. Walaupun mata melihat, kalau hati yang buta, apalah ertinya mata? Dan demikian pulalah di hari ini, engkau pun dilupakan.

Kalau semasa didunia engkau menjadi pusat perhatian orang kerana kedudukan mu yang tinggi di mata orang yang jahil, di sini engkau termasuk orang yang dilupakan. Orang yang tidak ada harga diri sepersen pun. 

No comments:

Post a Comment