Saturday, April 9, 2016

BENIH YANG BAIK AKAN MENGELUARKAN BUAH YANG BAIK

 (Disiarkan pada 9. 4. 2016)
 Alam tumbuh-tumbuhan merupakan makhluk yang kehidupannya ada sedikit kebersamaan dengan falsafah kehidupan makhluk manusia. Tumbuh-tumbuhan adalah makhluk yang hidup memerlukan air, udara dan cahaya mata hari serta makanan berbentuk uria atau organik dari tanah. Tumbuh-tumbuhan juga membiak dengan cara tumbuh dari benihnya sendiri. Tumbuh-tumbuhan memproses makanannya sendiri dengan bantuan cahaya mata hari dan gas karbon dioksida yang dipanggil proses fotosintesis.
Manusia juga hidup memerlukan elemen-eleman yang digunakan oleh tumbuh-tiumbu han kecuali makanan di mana manusia memakan makanan yang telah dimasak selain dari makanan yang berbentuk buah-buahan. Manusia memproses makan dengan cara penghada man dalam perutnya sebelum zat-zatnya dapat diguna untuk pembangunan fisikal.
Manusia untuk hidup bahagian dan bermanfaat kepada pembangunan alam kehidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, semestinya mempuyai ilmu kerana dengan ilmu akan mem bina akal serta kemahiran berfikir  dalam mengolah kemahiran hidup bersepadu.
Allah s.w.t. memerintahkan manusia supaya membaca demi memperolehi ilmu penge tahuan kerana Allah tidak akan mengubah pada kehidupan itu jika tidak ada usaha kita untuk mengubahkan keadaannya. Allah berfirman dalam surah ar-Rad ayat 13:11 yang bermaksud:
“......Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka   mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
Allah tidak sekali-kali akan mengubah apa yang dipunyai oleh sesuatu kaum, sama ada berupa nikmat, kesenangan dan kesejahteraan dengan menghilangkan dari sisinya atau melenyapkannya sama sekali, sehingga kaum itu sendiri yang mengubah apa yang dimilikinya itu dengan perbuatan-perbuatan yang zalim,  membuat permusuhan, melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang merosakkan peraturan yang akibatnya segala nikmat dan kesenangan hilang dari sisinya.
Begitu pula Allah s.w.t. tidak mengubah keadaan kaum yang menderita kesusahan dan kesengsaraan, sehingga kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya kepada kesenangan dan kesejahteraan barulah Allah s.w.t. mengubahnya pula selaras dengan usaha kaum tersebut. Sebagai manusia, usaha untuk mengubah keadaan hidup adalah semata-mata tawakal kepada Allah s.w.t. Allahlah yang berhak memberi ganjaran kepada usaha kita itu.
Walaubagaimana pun konotasi ini, iaitu benih yang baik akan mengeluarkan buah yang baik, merupakan tamsilan bahasa mengkiaskan kepada  pembangunan manusia sebagai pemain dalam arena pembangunan tamadun. Naluri manusia sentiasa mempunyai fitrah menghendaki sesuatu yang baru. Manusia mempunyai keinginan dan keupayaan bertindak untuk menghasilkan sesuatu yang baik  bagi pembangunan dirinya. Kesungguhannya adalah fitrah ketekunan melaksanakan aktiviti pembangunan.
Fitrah ini adalah kekuatan dalaman individu untuk memenuhi kehendak diri demi melahirkan sesuatu perubahan dalam hidup. Hidup yang sentiasa diinginkan dalam mereali sasikan pembangunan ialah membuat perubahan pada kehidupan itu agar ia tidak menjadi statik atau membosankan.
Setiap yang baik itu tidak datang dengan sendirinya jika tidak ada usaha dicurahkan iaitu kesungguhan diri berbuat sesuatu untuk merealisasikannya apa yang diinginkan. Kejayaan itu adalah  satu produk atau penghasilan dari kesungguhan individu melaksanakan sesuatu agenda pembangunan. Kesungguhan merupakan tawakal kepada Allah s.w.t.. Keredaan Allah s.w.t. terhadap usaha yang kita curahkan akan membuahkan pembangunan dalam hidup ini.
Kewajipan menuntut ilmu adalah untuk melahirkan kemuliaan akal. Kemuliaan akal itu adalah dari  segi ia menjadi sumbur keluarnya ilmu dan hikmah, serta sebagai  alat untuk memperolehi ilmu dan  hikmah. Akan tetapi  jiwa (roh) manusia merupakan sumber bagi ilmu
dan hikmah, dan keduanya telah tertanama di dalamnya dengan pasti sejak awal mula ia dicip
takan; sebagaimana  adanya api di dalam batu, air di dalam bumi dan bibit pohon kurma dalam biji kurma. Namun begitu untuk mencapai keduanya tadi, harus berusaha secara nyata sebagaimana harus berusaha menggali perigi intuk mengeluarkan sumber air.
               Sebagaimana air itu ada juga yang mengalir tanpa dikerjakan oleh manusia,  ada yang tersimpan dalam tanpa memerlukan untuk digali dan hanya diusahakan dengan sedikit kepayahan, maka begitu pula ilmu dalam jiwa manusia. Ilmu, ada yang dicapai tanpa melalui pelajaran manusia sebagai mana berlaku ke atas para Nabi Alaimussalam, kerana ilmu-ilmu mereka itu lahir dan datang dari golongan Malaikat yang luhur tanpa perantaraan manusia.
               Pada kebiasaannya memperolihi ilmu memerlukan masa yang lama sebagaimana keadaan orang awam, apatah  lagi orang-orang yang bodoh, yang  usia mereka telah tua, mereka tetap berada dalam kelalian dan kebodohan, kerana sewaktu kecilnya mereka tidak belajar.   
               Ada yang memperolehi ilmu cukup dengan usaha sedikit dan masa  relatif pendek seperti keadaan anak-anak yang cergas akalnya. Tentang adanya ilmu yang telah tertanam di dalam jiwa manusia. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat: 7:172 yang bermaksud:
               “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman);”Bukankah Aku ini Tuhanmu?” mereka menjawab:”Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.”
               Allah memberi tahukan Rasul-Nya Muhammad s.a.w. tentang persetiaan anak-anak Adam seluruhnya terhadap keesaan Allah. Iaitu suatu ikrar yang semula jadi semenjak mereka diciptakan Tuhan (dalam punggung atau tulang sulbi) bahawa mereka adalah  dijadikan mengikut fitrah Islam, berikrar mengakui adanya Tuhan yang menciptakan mereka serta beriman dengan-Nya dan hanya kepada Allah sahajalah mereka mengabdikan diri.
               Persetiaan itu berbunyi “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Betul  (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.”
               Allah berfirman dalam surah Al-Zukhruf ayat  43:9 yang maksudnya:
               “Dan kalau engkau tanyakan kepada mereka:Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Pasti mereka katakan:”Yang menciptakannya ialah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui.”  
               Setelah Allah menyebutkan keadaan orang-orang musrik yang berterusan hidup di dalam kekufuran lantaran mengingkari pengajaran al-Qur’an, tidak mentauhidkan Allah, bahkan tidak pula percaya dengan adanya hari kebangkitan, maka di sini Allah menerangkan pula akan adanya perbuatan mereka yang bertentangan dengan apa mereka katakan, iaitu kalaulah engkau tanyakan wahai rasul kepada kaummu yang syirik:
“Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Pasti mereka jawab: Yang menciptakannya ialah Tuhan yang Maha Perkasa di dalam kekuasaannya, lagi bijaksana mengetahui  segala sesuatu sehingga tak ada yang terlepas dari pengetahuan-Nya,   
Orang-orang yang musyrik itu sedia mengakui bahawa tidak ada pencipta yang dapat menciptakan langit dan bumi               kecuali Allah, namun demikian terus menerus di samping menyembah Allah mereka sembah patung  dan berhala.
Seluruh umat manusia adalah diciptakan atas dasar iman. Semua Nabi-Nabi yang diturunkan adalah membawa tauhid, oleh kerana itu mereka menyeru dengan seruan:
“Katakanlah, bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah s.w.t.”
Sesungguhnya manusia itu tentu mempercayai adanya Tuhan, hanya sahaja mereka keliru dalam kenyataannya dan dalam sifatnya.
Kemudian oleh kerana mempercayai adanya Allah s.w.t. itu telah tertanam dalam jiwa manusia, maka mereka terbahagi kepada dua iaitu:
1. Orang yang berpaling kemudian ia lupa iaitu orang-orang yang kafir.
2. Orang yang mahu memusingkan fikirannya kemudian ingat, orang itu adalah      
    laksana orang yang membawa surat akuan kemudian tengah sebab lupa, lalu ia ingat 
   kembali.
Kelebihan manusia daripada makhluk Allah lainnya ialah penganugerahan akal, suatu hadiah yang paling berharga sekali dan tidak dapat dinilai. Tanpa akal manusia tidak  dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah s.w.t.
Dengan akal manusia dapat berfikir dan  bertindak sesuai dengan tugasnya sebagai hamba Allah s.w.t. Akal juga merupakan alat bagi seseorang manusia untuk dapat menilai sesuatu dan menggunakannya untuk manfaat umum. Segala rahsia yang selama ini terpendam dan tersembunyi dapat dibongkar oleh manusia. Inilah dia hikmah Allah s.w.t. menjadikan seluruh makhluk ini tidak sia-sia.
Untuk mengetahuinya manusia perlulah mengkaji dan menyelidik, akan tersingkaplah rahsia-rahsia tersebut. Itulah dia peranan akal yang menemukan sesuatu itu dengan hakikat kejadiannya, manusia akan kagum terhadap hikmah dan kebijaksanaan ciptaan Allah s.w.t.
Nilai akal kepada manusia adalah suatu yang tidak dapat dihitung oleh manusia, oleh itu Allah s.w.t. menyarankan kepada manusia supaya menggunakan akal ini mengikut landasan yang telah digariskan olehnya. Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 16:78 yang bermaksud:
“Allah telah mengelurkan kamu dari perut ibumu sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu. Lalu Allah jadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati (akal) supaya kamu bersyukur.”
Oleh itu seringkali Allah s.w.t. menggesa supaya manusia menggunkan akalnya demi manfaat kepada dirinya, keluarganya dan masyarakat umum. Akal yang digunakan tidak mengikut aturan yang sepatutnya atau tidak menggunakan akal yang diberikan itu adalah suatu kesalahan yang besar dan dapat menjatuhkan dirinya ke jurang kebinasaan. Apa yang sepatutunya, akal haruslah  diarahkan  untuk mengkaji dan menilai kekuasaan Allah s.w.t. bagi menguatkan lagi akidah tauhid dan keimanan kepadanya.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar- Rum ayat 30:8 yang bermaksud:
“Tidakkah mereka berfikir tentang diri mereka. Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan barang di antara keduannya melainkan dengan sebenar (tidak sia-sia)
Setelah Allah s.w.t. menerangkan bahawa manusia itu kebanyakannya kufur, tidak mengetahui hanyalah perkara-perkara yang nyata atau lahir dahaja dari kehidupan di dunia dan mereka pula cuai dari memikirkan tentang akhirat itu, pada hal kedatangannya tidak diragukan lagi, dan siapa yang mengingkarinya telah digesa, supaya menggunakan akal fikiran mereka untuk memperhatikan dan merenung apa yang adapada diri mereka sendiri, kerana diri seseorang itulah yang paling dekat dari lain-lain makhluk.
Jelasnya hendaklah mengajak diri sendiri supaya berfikir mengenai ciptaan Allah yang berupa langit dan bumi serta segala isinya. Tidaklah semuanya itu dijadikan dengan sia-sia bahkan dijadikan dengan kebenaran. Sesiapa yang menganggap bahawa ciptaan Allah itu dijadikan sebagai sia-sia atau permainan, pasti diancam dengan api neraka. Firman Allah s.w.t. surah Saad ayat 38:27 yang bermaksud:
“ Kami tiada menjadikan langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya dengan sia-sia. Itu adalah persangkaan orang-orang yang tidak  beriman, maka celakalah bagi orang-orang yang kufur itu dimasukkan dalam neraka.”
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah tidak menciptakan makhluk-Nya melainkan dengan kebenaran, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hal itu kerana telah cuai dan lalai dari memikirkan akhirat, bahkan tidak percaya bahawa mereka akan bertemu dengan Tuhan mereka, yang baik dibalas dengan baik dan yang jahat dibalas dengan kejahatan, kerana Allah s.w.t. tidak menganiaya walau seorang makhluk pun dengan menyiksa tanpa dosa atau menyia-nyiakan pahala bagi bagi orang yang beramal salih.
Semunya itu dilakukan dengan kebenaran atau keadilan. Lantaran itulah dijadikan
langit dan bumi serta isinya dengan adil, untuk menegakkan kebenaran berterusan sampai
kedatangan hari kiamat yang telah ditetapkan. Maka apabila kiamat telah datang, semua makhluk akan dimusnahkan-Nya pula, dan ditukarlah bumi yang ada ini dengan bumi yang lain pula, kemudian diadakan hisab atau perkiraan kepada semua makhluk dengan tidak ada siapa-siapa yang dikecualikan-Nya.
                    Kemudian Allah s.w.t. menyebut pula, bahawa kebanyakan manusia mencuaikan akhirat kerana tidak percaya bahawa mereka bakal menemui  Tuhan. Kalaulah mereka mahu mengajak dirinya berfikir dan merenungkan serta mengenangkan keajaiban ciptaan Allah s.w.t., nescaya mereka akan mempercayainya dan percaya bahawa mereka disediakan tempat tinggal setelah mereka dimatikan.

                    Demikianlah tamsilan bahasa: “benih yang baik akan mengelurkan buah yang baik”, yang dikiaskan kepada manusia yang beriman dan berilmu pengetahuan bahawa ufuk pemikirannya  dari dunia hingga ke ahkirat. Di samping itu juga menggunakan akal yang diberikan Allah s.w.t. dengan betul demi memelihara ketauhidan kepada Zat yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana itu.

No comments:

Post a Comment