(Disiarlampada
30. 4. 2016)
Pembangunan merupakan satu proses pembaharuan
kepada satu-satu keadaan hidup daripada asalnya bertukar kepada dimensi yang
baru, akibat daripada pemikiran manusia untuk memperbaiki keadaan agar dapat
dimanfaatkan dalam menangani dan memurnikan kehidupan itu supaya ia tidak
statik atau monotoni. Pembangunan sentiasa bertemankan masa kerana masa itulah menjadikan keadaan sesuatu
itu cepat berubah menjadi lapuk.
Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
edisi keempat, pembangunan adalah perihal membangun, mencapai kemajuan,
perkembangan-perkembangan dan sebagainya. Ia merupakan usaha atau kegiatan
membangunkan, memajukan dan
mengembangkan. Semua istilah tersebut adalah mengenai kehidupan manusia
di alam dunia sebagai khalifah Allah s.w.t.
Sifat-sifat pembangunan itu perlu
manusia laksanakan atas dasar yang dimainkan oleh faktor masa yang sentiasa
bergerak. Tanpa ibadat manusia yang beriringan dengan pergerakan masa
pembangunan yang sudah sedia wujud akan cepat menjadi lapuk atau monotoni.
Agenda pembangunan demi memurnikan
tamadun kehidupan manusia akan sentiasa memperlihatkan keadaan hidup yang mulia
dan menyeronokan disisi Allah s.w.t.. Allah akan melihat ibadat hamba-Nya dengan penuh keredaan-Nya.
Semakin banyak pembangunan yang diwujudkan manusia di muka bumi ini, Allah akan
sentiasa kurniakan kemuliaan dan kesela matan hidup betamadun.
Oleh yang demikian masa memaksa manusia
bertindak sesuatu dengan menggunakan akal dan kemahiran berfikir supaya keadaan
sesuatu fenomena kehidupan itu mengikut arus perkembangan semasa. Ini perlu
dilaksanakan kerana manusia sentiasa mempunyai naluri untuk memusatkan
keinginannya kepada sesuatu yang baru.
Manusia mempunyai keanihan dalam sinario
kecantikan alam kehidupan. Walupun sesuatu benda itu sememangnya telah menjadi
lapuk akibat peredaran masa tetapi jika digilap dan ditokok tambah
bahagian-bahagian tertentu supaya kelihatan lebih menyerlah, maka manusia pasti
menyukainya. Kreativiti manusia sentiasa menghiasi naluri individu demi
melahirkan sesuatu yang tidak membosankan pada mata memandang.
Semua apa yang ada dalam kehidupan ini
memerlukan disiplin untuk memahaminya supaya ia memberi kemanfaatan kepada
kehidupan. Hidup tanpa pembangunan adalah serupa dengan kehidupan seekor haiwan
yang hanya mampu memahami hidupnya apabila ia merasa lapar. Soal keperluan
hidup masa hadapan haiwan tidak pernah berfikir kerana Allah s.w.t. telah membentuknya
sedemikian keadaan hidupnya.
Soal pembangunan kehidupan haiwan tidak
perlu memikirkan kerana haiwan tidak diberi Allah s.w.t. kemahiran berfikir
seperti manusia. Walaubagaimana pun haiwan boleh membantu manusia dalam proses
pembangunan lewat dagingnya serta susu seperti sapi dan kambing sebagai zat tambahan
makanan yang sungguh bermanfaat.
Penternakan lembu atau kambing secara
komersial di luar negara seperti Australia, Naw Zealand, Argentina di Amerika
Latin, adalah antara negara-negara yang kaya kerana ternakan lembu dan kambing
telah dijadikan sebagai aset dalam pembangunan negara masing-masing.
Manusia harus sedar dan bersyukur bahawa
segalanya yang ada di alam ini Allah s.w.t. telah sediakan untuk keperluan
manusia dalam menangani proses pembangunan. Tetapi jika manusia tidak membuka
mata hatinya untuk memanfaatkan segala hidangan Allah s.w.t. di alam dunia ini,
maka jangan mimpi pembangunan akan wujud dalam hidup kita.
Allah s.w.t. telah berfiman
dalamAl-Qur’an surah Ar-Rad ayat 13:11 yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah s.w.t. tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri.”
Manusia harus menggunakan akal serta
kemahiran mereka berfikir dan mensyukuri
hidangana
Allah s.w.t. dengan memanfaatkannya demi mengubah keadaan hidup kepada yang
lebih bertamadun. Manusia dibekalkan Allah s.w.t. panduan hidup dengan
kedatangan Islam sebagai agama benar yang menunjukkan manusia cara hidup yang
diredai Allah s.w.t.
Allah berfirman surah Al-Maidah
ayat 5:3 yang bermaksud:
“......Pada hari ini telahKu sempurnakan kepadamu ni’matKu dan telah ku
redai Islam itu jadi agama bagimu.”
Dengan turunnya ayat ini, nyatlah
kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara yang
fardu dan sunat. Ada batas-batas hukuman, diterangkan perkara-perkara yang
halal dan haram. Syariatnya berkekalan hingga hari kiamat. Dengan sempurnanya
Islam, menjadilah suatu nikmat dari Allah, di antaranya orang-orang mukmin
dapat mengerjakan haji dengan aman, tidak ada orang-orang kafir atau musyrik
yang mengganggu mereka, dan tidak ada pula yang turut mengerjakan haji semenjak itu.
Agama Islam telah diredai oleh
Allah s.w.t.; sehingga siapa yang menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah
Allah terima agamanya, dan rugilah ia di akhirat. Maka itu menjadi kewajipan
kepada makhluk manusia supaya ia hidup dalam keadaan beragama Islam dan
janganlah mati selain kita dalam agama Islam.
Manusia harus berusaha atau
beribadat untuk memperbaiki hidupnya kepada yang lebih menyerlah. Usaha atau
ibadat yang kita laksanakan merupakan tawakal kepada Allah s.w.t.. Allahlah
yang menilai ibadat kita maka keredaannya akan menghasilkan perubahan kepada pembangunan.
Disiplin pembangunan yang harus
kita jelaskan ialah berpandu kepada falsafah pembangunan yang menetapkan suatu
misi bahawa pencapaian atau kejayaan pada hari ini haruslah lebih elok
berbanding pencapain kelmarin; dan rancang pencapai pada hari esok lebih baik
berbanding hari ini dan seterusnya, muatkan dalam agenda pembangunan seterusnya
untuk meningkatkan pencapai hingga ke akhir hayat.
Insya-Allah, kalau inilah
persepsi setiap rakyat di negara kita Malaysia ini, maka terjawablah
pertanyaan: “Apakan yang engkau berikan kepada negara?” dan bukan bertanya:
“Apakah negara berikan kepada engkau?”
“Tuntutilah ilmu dari buaian
higga ke liang lahad.” Satu konotasi
yang ditinggalakan baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya
untuk menuntur ilmu kerana usaha ini tidak ada pensionnya. Allah s.w.t.
wujudkah manusia dengan satu tujuan; ialah supaya beribadat kepada Allah s.w.t.
Ibadat yang dimaksudkan ialah menuntut ilmu kerana mereka yang mempunyai ilmu
yang banyak adalah orang-orang yang paling takut kepada Allah.
Firman Allah s.w.t. surah Fatir
ayat 35:28 yang bermaksud:
“Demikian juga antara manusia, binatang-binatang dan ternak itu,
bermacam-macam pula warnanya. Hanyalah yang takut kepada Tuhan ialah
orang-orang yang berilmu di antara hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha
Kuasa dan Pengampun.”
Pembangunan minda masyarakat
manusia adalah yang lebih diutamakan berbanding dengan pembangunan fisikal.
Pembangunan fisikal hanya berlegar di atas muka bumi ini sahaja tetapi
pembangunan minda manusianya merangkumi pemeliharaan dunia dan akhirat sekali
gus. Bukan hanya itu dahaja tetapi setiap individu yang telah membangun
mindanya akan sentiasa dekat dengan
Allah s.w.t.. Ia tahu mensyukuri segala nikmat dan rahmat Allah s.w.t. yang
dapat diraihkan dalam hidup bertamadun.
Minda yang cergas sentiasa
memikirkan Allah s.w.t. serta segala nikmatnya yang dikecapai manusia dalam membangun kehidupan. Maka itu
pembangunan yang di kehendaki manusia ialah berupa fitrah Allah s.w.t. yang
mentamadunkan kehidupan di dunia dan di akhirat kelak.
Menerokai ilmu di alam kehidupan
akan memimpin minda kita lebih bersemangat dan cergas dalam membina tamadun
kehidupan. Perancangan hidup di dunia dan di akhirat dijadikan agenda utama
dalam membina kehidupan yang bertamadun.
Perancangan untuk hidup di dunia
baik dalam jangka pendek mahupun jangka panjang atau sama ada soal-soal
material atau pun soal-soal spritual, ahli falsafah Islam Ibnu Sina dalam
bukunya: “Al-Siasah” menyebutkan
bahawa manusia berfikir untuk hari esok dan
hari hari selanjutnya, apa yang perlu dimuatkan dalam agenda pembangunan.
Ahli mufassirin (ahli tafsir)
mentafsirkan hari esok sebagai akhirat. Kedua-dua perancangan ini hendaklah
dilakukan oleh setiap muslim iaitu perancangan hidup di dunia dan perancangan
hidup di akhirat. Perancangan hidup di dunia disediakan agenda yang akan melahirkan
pahala yang merupakan nikmat dan rahmat Allah s.w.t. yang menemani kita di
akhirat nanti.
Setiap mukmin tidak akan
melepaskan berlalunya sesuatu masa itu kecuali sentiasa dalam beribadat kepada
Allah s.w.t. kerana masa adalah penting kepada manusia bagi menumpukan sepenuh
masa bagi menyudahkan sesuatu kerja di samping berusaha dan tekun dalam
bidang-bidang tertentu atau pun untuk kesenangan di akhirat dengan menentukan
masa dalam zikir dan sentiasa mengingati Allah s.w.t. di mana mereka berada.
Tuhan telah bersumpah dengan masa
surah Al-Ashr ayat 1 – 3; ini tidak lain hanya bagi menyedarkan manusia betapa
penting masa dalam hidup ini, berjaya atau gagalnya seseorang itu adalah
bergantung kepada setakat mana mereka telah laksanakan dari masa-masa itu.
Bagi orang yang menghargai masa, dia
dapat menghayati hidup ini dengan penuh erti dan bahagia, seribu perkara boleh
dilakukan. Setiap saat dipenuhi dengan kerja-kerja amal, hatinya tidak pernah
lupa terhadap anugerahan yang maha besar itu. Lantas dari itu dia sentiasa
meluahkan rasa syukur kepada Allah
s.w.t. di atas anugerah tersebut.
Tetapi bagi orang yang tidak pandai
menghargai masa hidupnya bukan sahaja sengsara dan susah bahkan juga dikutuk
oleh Allah s.w.t.. Pepatah Arab menegaskan yang bererti: Masa itu seperti pedang yang tajam, jika kamu tidak
menggunakannya ia akan memotong kamu. Walaupun manusia tidak menggunakan masa
yang dijadikan Allah s.w.t. ini dengan baik, ianya tetap akan berputar dan
terus beredar mengikut paksinya yang telah dijadikan untuknya.
Agenda pembangunan semestinya perpandu
kepada peredaran masa. Masa yang amat sesuai bagi menyediakan agenda
pembangunan ialah masa muda mu di samping kesihatan jasmani serta kesihatan
ekonomi yang turut sama membantu dalam menyempurnakan pembangunan tamadun yang
diredai Allah s.w.t..
Ukhuwah serta kasih sayang yang ada
dalam hati setiap mukmin akan menjadikan pembangunan itu dapat dikecapi bersama kerana suasana
demikian akan melahirkan kemuafa katan yang sentiasa membawa berkat kepada
setiap usaha yang dilaksanakan. Hubungan sesama manusia akan melahirkan
hubungan dengan Allah s.w.t. seperti yang diutamakan oleh Islam: “Hablum minal
Allah dan hablum minannas.”
Peredaran masa itu mempunyai satu faktor
yang setiap manusia harus mencontohinya, iaitu masa bergerak secara istikamah.
Masa berlalu mempunyai disiplin pergerakannya yang tidak berubah-ubah
kelajuannya. Ia bergerak adalah dalam kelajuan yang istikamah. Tidak berubah
menjadi laju atau menjadi perlahan. Pada mula ia bergerak kelajuannya sentiasa
sama sehingga bila-bila sahaja. Walau bagaimana pun jika manusia dalam disiplin
melaksanakan agenda pembangunan tidak mengikuti disiplin istikamah maka itu ia
merasakan masa berlalu begitu pantas.
Setiap ibadat yang dilaksanakan secara
istikamah pasti menempuhi kejayaan kerana budaya istikamah itu mempunyai berkat
yang amat tinggi dari Allah s.w.t.. Oleh yang demikian dalam suasana menyusun
strategi perlaksanaan pembangunan adalah wajar mengikuti disiplin seperti mana
yang disarankan oleh Baginda Rasul Nabi
Muhammad s.a.w. tersebut.
Ada seorang syeikh yang mempunyai murid
yang ramai sehingga beratus-ratus orang dan beliau amat disegani oleh orang
ramai kerana amal ibadatnya yang tinggi. Beliau mempu
nyai
akhlak yang zuhud dan sentiasa ingin membantu orang yang memerlukan bantuan.
Kemudian ada seorang lelaki
yang tabiatnya suka mengambil benda yang bukan kepun yaannya. Jejaka itu
ditangkap dan diadili dan didapati bersalah lalu dihukum potong tangan kirinya.
Selepas sebulan dari menjalani hukuman tersebut kemudian dia mengulangi tabiat
mencuri lagi. Dia ditangkap kemudian
diadili dan mendapati bersalah dan dihukum potong tangan kanannya menyebabkan
jejaka itu hidup tanpa tangan.
Lewat beberapa bulan
lamanya, hidup tanpa tangan untuk mencari nafkah, kemudian lelaki itu didapati
mencuri lagi. Dia ditangkap dan diadili dan mendapati bersalah. Oleh kerana
kedua-dua tangannya telah dipotong maka
dihukum pula lehirnya sebagai gantian; yang bermaksud ia menerima
hukuman mati!
Semasa menerima hukuman
bunuh, jejaka itu ditempatkan di atas pentas di khalayak ramai. Sebelum hukuman
dilaksanakan, Syeikh yang terkenal dengan aqhlak yang mulia itu naik ke pentas
dan melihat jejaka yang menjalani hukuman mati, lalu melimparkan senyuman
kepadanya. Syeikh mendekatinya kemudian mencium pipinya.
Orang ramai yang menyaksikannya rasa
terpegun melihat keadaan tersebut mengapa
seorang Syeikh yang mulia berbuat demikian. Kemudian Syeikh itu berkata
kepada orang ramai bahawa ia mencium bukan orangnya tetapi ia mencium kepada budaya
istiqamahnya! Amalan istiqamah dalam menangani pembangunan sentiasa mendapat
keredaan dari Allah s.w.t.. Maka amalkanlah budaya istiqamah demi mendapat
keredaan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment