(Disiarkan pada
7. 5. 2016)
Setiap manusia memerlukan perubahan
dalam hidupnya sama ada dari segi pemba ngunan jasmani atau fisikal mahu pun rohani atau spiritual. Ini perlu
disebabkan manusia mempunyai wawasan pembangunan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Untuk mewujud kan
pembangunan kedua-dua alam kehidupan kita memerlukan ilmu pengetahusan sebagai
kekuatan melaksanakan perubahan terutama sekali mengenai perubahan tentang pembangu
nan ukhrawi atau akhirat.
Membangunkan ilmu ukhrawi dengan
sendirinya ilmu dunia akan terbela. Maka ditamsilkan bahawa menanam padi dengan
sendirinya rumput ikut tumbuh sama
tetapi menanam rumput padi tidak akan turut tumbuh. Padi ditamsilkan sebagai
pembangunan akhirat dan rumput diumpamakan kehidupan dunia.
Konsep berubah dalam sinario kehidupan
dunia membawa satu persepsi bahawa pembangunannya wajar dilandaskan kepada
keredaan Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana dan Maha Pengasih dan Maha Penyayang
kepada makhluk manusia sebagai khalifah-Nya di alam dunia. Harus kita faham
bahawa segala ibadat yang kita laksanakan berupa tawakal semata kepada Allah
s.w.t. maka keredaannya menjadi keutamaan.
Antara ilmu yang amat penting dalam
sinario pembangunan manusia ialah ilmu agama kerana ilmu tanpa agama menjadi
buta. Aspek yang menimpa umat Islam di abad moden ini adalah ilmu tanpa agama.
Ilmu pengetahuan yang tinggi jika tidak disertai dengan keyakinan beragama akan gagal memberikan
kebahagian kepada orang yang memilikinya.
Dalam kehidupan sehari-hari dapat kita
saksikan bahawa ramai di antara para ilmuan tidak mampu memanfaatkan
pengetahuan tersebut untuk membuat dirinya menjadi bahagia. Ahli-ahli
pengetahuan yang tidak percaya kepada Tuhan atau yang telah meninggalkan ajaran
agamanya, akan menggunakan pengetahuan yang dimilikinya itu untuk memenuhi
keperluan-keperluannya saja, kadangkala berlawanan dengan dasar-dasar moral dan
hukum agama. Bahkan mungkin membahayakan masyarakat.
Kesedaran akan hakikat dari kegunaan
ilmu yang sebenarnya, kadangkala tidak dimiliki oleh mereka yang
berpengetahuan. Sehingga mereka menyalahgunakan ilmu tersebut. Kalau kita lihat
pula ahli-ahli pendidikan yang tidak memiliki keilmuan yang kukuh, daripada
hasil pendidikan yang diberikannya, seakan-akan tidak memberi bekas terhadap anak didik. Kadang
kala moral temaja menjadi semakin buruk.
Amerika Syarikat adalah salah sebuah
negara yang termaju di dunia. Malangnya, ia juga mempunyai kadar jenayah yang
tertinggi, kecurian dan rompakan. Laporan F.B.I. pada tahun 1990 menyatakan
102,555 kes rogol telah dilaporkan. Ia seterusnya menyatakan hanya 16% kes
rogol dilaporkan. Maka untuk mengetahui bilangan sebenar kes rogol yang berlaku
dalam tahun1990, bilangan yang dilaporkan hendaklah didarabkan dengan 6.25.
Kita dapati sejumlah 640, 968 kes rogol berlaku pada tahun1990. Jika jumlah ini
dibahagi dengan 365 hari dalam setahun, kita dapati purata 1,756 kejadian rogol berlaku setiap
hari.
Kenakalan anak-anak remaja merupakan
masalah yang cukup merunsingkan orang tua dan masyarakat. Kejatuhan moral dalam masyarakat baik dari kalangan generasi
muda yang terjebak dengan budaya lepak, dadah dan ganja mahupun di kalangan
orang tua sendiri yang suka melakukan kemaksiatan dan penyelewingan dalam rumah
tangga, seperti memfitnah, mengadu domba dan sebagainya. Semua itu benar-benar
merupakan tradisi yang terjadi di tengah-tengah masyarakat moden sekarang ini.
Pendidikan yang gagal umpamanya kerana pendidikan hanya ditujukan untuk memupuk
dan mengembangkan pengetahuan yang hanya bersifat mengisi otak sahaja. Ianya
tanpa disertai dengan pendidikan agama, yang berguna untuk mengisi jiwa dan
menjadi pembimbing moral dari kehidupan anak. Sehingga dapat menyumbang amal
dan meneruskan
perjuangan
kita kelak.
Biasanya kesalahan dari kenakalan remaja itu kita tujukan kepada
remaja saja. Padahal di sebalik itu orang dewasa sebagai pendidik harus kembali
memeriksa diri sendiri tentang sejauh mana pendidikan moral dan agama yang kita
berikan tersebut benar-benar dapat diamalkan oleh para remaja kita.
Bila kita perhatikan dengan teliti akan
keadaan dan kejatuhan moral pada masyarakat yang telah maju, kita dapat
menyaksikan antara lain berjangkitnya kelompok-kelompok remaja yang menuntut
kebebasan tanpa batas dalam segala aspek kehidupan. Mereka ingin
hidup
bebas dalam segala hal pergaulan antara wanita dan lelaki. Masalah semacam ini
cukup menggelisahkan masyarakat termasuk mereka sendiri.
Mereka hidup dalam meraba-raba
dan kebingungan tanpa memiliki pedoman, disebab kan jiwa mereka kosong dari
bimbingan agama. Jiwa mereka gersang, mati dan tidak dapat memberikan sumbangan
dalam menciptakan kebahagian hidupnya, serta tak dapat memberi kan sumbangan
tenaga dan pemikiran kepada agama, bangsa dan negara. Kerana keadaan mereka
yang telah jauh dari yang diharapkan oleh agama bangsa dan negara.
Pendidikan yang tidak dimasukkan di dalamnya
jiwa agama akan lahirlah anak-anak yang gelisa dan kebingungan. Otaknya penuh
dengan berbagai teori pengetahuan namun hatinya tak mampu mengendalikan
dorongan-dorongan yang dapat mengakibatkan kesan negatif.
Melihat contoh dari sisi pergaulan bebas akibat dari pedidikan
yang tidak memperhati kan aspek agama. Di negara Denmark umpamanya, seorang
lelaki baru menikah setelah mereka mengadakan hubungan seks dengan wanita lain
lebih dari 80 kali. Begitu juga pengakuan seorang ayah, bahawa dia tidak akan
merasa marah dan gelisa jika anak perempuannya yang telah berusia 16 tahun
membawa lelaki pulang ketika malam hari kemudian tidur bersamanya hingga pagi.
Begitulah akibat dari hilangnya
jiwa agama dan aturan moral dari dalam diri seseorang. Menghalalkan segala cara
asal maksud dan corak kehidupan yang dibuatnya sendiri dapat terpenuhi. Tidak
memikirkan akibat atau risiko yang akan diterimanya di kemudian hari. Sehingga
kita dengar sekarang ini masih ada penyakit yang belum dapat ditemu ubatnya
seperti penyakit AIDS. Ini juga suatu
bukti peringatan Allah kepada umat manusia.
Keilmuan dari segi teknologi juga sentiasa disalah gunakan
oleh manusia jika jiwanya kosong dari ilmu agama. Pengetahuan tentang teknologi
semakin hari semakin bertambah maju, akibatnya berbagai jenis teknologi canggih
diciptakan. Umpamanya senjata yang pada masa dulu masih bersifat sederhana,
nama saat ini telah ada senjata yang sangat moden, yang dapat memusnakan umat
manusia dan semua makhluk hidup dalam waktu yang singkat.
Penggunan senjata-senjata yang
mengerikan itu betul-betul tergantung
kepada jiwa yang memegangnya. Jika ia berada di tangan orang yang jiwa agamanya
telah hilang tentu dengan mudah dapat membahayakan dan mengorbankan orang-orang
yang tidak bersalah.
Jika difikirkan dengan hati yang
khusyuk dan tawadhu, senjata teknologi yang bagi mana canggihnya sekali pun
tidak membahayakan umat manusia. Yang membahayakan manusia ialah the man behind the gun, yang tidak
mempunyai kemurnian agama dalam hatinya.
Firman Allah dalam surah Ar-Rum
ayat 30:41 yang bermaksud:
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana
perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari
akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.”
Mereka berlaku zalim dan terlalu
tamak, gemar memperkosakan maruah dan kehorma tan manusia, tidak mahu lagi
memelihara kemurnian perangai yang baik dan kemuliaan budi pekerti. Malahan
banyak yang telah melimparkan agama jauh-jauh ke belakang dengan melu
pakan
adanya hari akhirat iaitu hari pembalasan.
Mereka hanya mengikutkan kemahuan
hawa nafsu tidak mengikuti pendapat akal yang waras, dan membuat kerosakan di
muka bumi sehingga tidak ada lagi pengawal yang memper tahankan kehormatan
agama dari musuh-musuh yang menodainya. Lantaran itulah maka Allah menimpakan kepada mereka
balasan untuk menjadi hukuman di atas kejahatan, dosa dan maksiat yang telah
mereka lakukan.
Allah memberikan peringatan kepada umat
manusia dalam Quran surah Al-Qashas ayat 28:77 bermaksd:
“Janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah
tidak
menyukai
orang-orang yang berbuat kerosakan.”
Janganlah engkau teringin hendak melakukan
tindakan atau usaha yang akan menda tangkan kesusahan lepada orang, atau
merosakkan kehidupan masyarakat, sehingga menda tangkan bencana dan huru-hara
di muka bumi.
Prof. Hussein Nasr dalam bukunya
yang berjudul: “Islamic Science”, mengemukakan “Tugas para ilmuan muslim adalah
menjaga kesucian alam, sehingga ia tidak begitu mudah untuk menggunakan atau
mengembangkan teknologi yang bermakna sempit.” Dalam erti bahawa ilmu
pengetahuan dan teknologi yang ditemukan oleh manusia itu mampu diarahkan
kepada kebaikan umat manusia, sehingga kesejahteraan makluk hidup dan
keseimbangannya dapat terpelihara dengan baik.
Setengan orang menyangkan bahawa
kemajuan yang telah dicapai umat manusia sekarang ini, yang begitu canggih,
mengagumkan, itulah tujuan daripada hidup ini. Itulah matlamat yang akan
dicapai oleh setiap orang. Tidak ada lagi perhentian atau persinggahan di balik
itu. Kalau telah tercapai kemajuan dan kelengkapan hidup sempurnanya kemajuan
kita. Kerana kata mereka: “Bukankah kemajuan saat ini cukup cepat dan dapat
memenuhi segala keperluan hidup?”
Hidup zaman moden, serba maju,
serba cepat, serba teknologi, tetapi juga serba gelisah, serba tidak ada
pegangan dan serba diliputi oleh rasa takut. Kesenangan hidup moden hanya
nampak pada kulit, namun jauh di
dasar hati manusianya penuh dengan keresahan. Kebanyakannya bersembunyi di
balik kemewahan dunia yang serba tidak kekal ini.
Kalau zaman jahiliah dulu, ketika
kebodohan di bidang akhlak dan jiwa Tauhid, atau ketika manusia ramai yang
senang berbuat kemaksiatan dan kezaliman akan nampak dengan jelas dan terang di
depan mata.
Namun jahiliah di zaman moden sekarang
ini bahkan lebih dashyat lagi dibandingkan dengan dulu. Umpamanya ketika di zaman
Firaun, jika dari kaum Bani Israel, ada yang melahirkan anak lelaki mereka bunuh
hidup-hidup. Kemudian di zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. jika anak
perempuan yang lahir juga akan dibunuh.
Tapi sekarang ini, malah lebih
zalim lagi dari zaman dahulu. Sebelum bayi lahir, belum tahu apakah lelaki
ataupun perempuan, malah ketika masih
dalam kandungan lagi bayi tersebut ada yang sudah dibunuh, digugurkan lantaran
takut malu atas perbuatan penzinaan yang dilakukan.
Kebudayan saat ini, mengajar
kepada manusia bagaimana hendak hidup. Tetpi dia tidak mampu menerangkan kenapa
manusia itu hidup, dan apakah hikmah dari kehadiran manusia hidup di dunia
ini.. Mereka hanya mencari kesenangan hidup menurut cara mereka sendiri.
Mungkin dengan mencuri, berjudi, membuat kezaliman dan lain-lain lagi. Kalau
dulu orang mencuri dengan cara sembunyi-sembunyi, tetapi sekarang kebanyakannya
mencuri dengan terang-terang di depan mata. Mereka mencuri dengan cara riba,
rasuah, menerima sogokan dan lain-lain. Mereka berjudi di depan khalayak ramai.
Dengan tidak segan-segan menunjukkan kepada orang lain, dengan harapan agar
orang lain dapat mengikut serta melakukan perjudian tersebut.
Sekarang ini juga dapat kita
melihat kezaliman dilakukan dengan terang-terang. Kadangkala pembunuh sendiri
tak tahu mengapa dia membunuh. Lantaran perkara yang kecil
sanggup
menghilangkan nyawa orang lain dengan cara penganiayaan dan sebagainya.
Kezaliman pada zaman moden ini jauh lebih canggih pada zaman jahiliah dulu.
Kalau dulu orang membunuh anak perempuan setelah mereka berumur enam tahun,
namun sekarang peperangan tidak mengenal apakah anak kecil atau bayi semuanya
dibunuh secara kejam.
Jahiliah di abad moden
sekarang ini jauh lebih kejam dibandingkan jahiliah ketika sebelum Nabi
Muhammad s.a.w.. Cuma saja kezaliman ketika ini direka bentuk dengan cara yang
canggih, sehingga seakan-akan tidak nampak, akibat tertutup oleh tipu daya
manusia itu sendiri. Kejadian-kejadian itu
sebagai suatu gambaran bahawa jiwa yang hidup di kurun ini,
kebanyakannya jiwa yang kosong dari nilai-nilai keagamaan. Mereka jauh dari
konsep ajaran yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
Kehidupan umat Islam banyak
mengambil cara Barat yang lebih mementingkan kehidupan material, tanpa diisi
dengan agama. Keghidupan yang serba bebas dari segi hubungan sosial dan
pergaulan. Tanpa memperhitungkan nilai halal dan haram lagi.
Di dalam Islam segala aspek
kehidupan telah diatur dengan lengkap kerana sesung guhnya Islam merupakan
agama yang mengatur seluruh aspek dari kehidupan umat manusia. Tinggal sejauh
mana umat Islam itu sendiri mahu menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka.
Jika masa silam dan dari
kehidupan yang kita lalui diwarnai dengan berbagai corak dosa dan noda, ada
baiknya kita berhijrah dari alam yang penuh kesalahan dan dosa-dosa kepada alam
kehidupan yang baru, yang lebih baik. Kehidupan yang dituntut sesuai dengan
ajaran Islam, yang mendapat keberakatan dan keredhaan Allah s.w.t. sekaligus
dapat meghirup kedamaian jiwa. Inilah sebenarnya konsep berubah demi mewujud
pembangunan.
No comments:
Post a Comment