(Disiarkan pada
21. 5. 201)
Allah s.w.t. menciptakan manusia dalam
keadaan lemah. Firman Allah dalam surah An-Nisaa ayat 4:28 yang bermaksud:
“Allah
ingin memberikan kamu keringanan, kerana manusa itu dijadikan ber sifat lemah.”
Allah tidak memberatkan manusia, kerana
Allah tidak mengadakan sesuatu yang memberatkan di dalam agama. Bahkan hukum-hukum yang telah
ditetapkan-Nya itu merupakan suatu keringanan dan kemudahan jua untuk
mengamalkannya.
Tetapi manusia dijadikan oleh Tuhan bertabiat
dan bersifat lemah. Kerana kelemahannyalah
maka ia kurang sabar menghadapi perempuan yang sewaktu-waktu mudah saja hendak
mempersuntingnya dan menjadikan mangsanya. Dan kerana lemahnya jualah maka ia
tidak kuat menahan desakan
syahwatnya yang setiap saat mencari
kepuasannya. Dan kerana kebijaksanaan Allah jualah maka Allah tidak mengadakan
sesuatu yang memberatkan seseorang di dalam agama. Bahkan semua ketetapan-Nya mempunyai ukuran yang
selaras dengan tenaga dan kemampuan
sese orang untuk menjalankannya, sehingga tidak ada jalan bagi seseorang untuk
berdalih atau coba menolaknya.
Memperbaiki kelemahan diri terutama
sekali dalam melaksanakan ibadat kerana Allah bermuara dari hati yang akan
mengukukan iman dalam diri. Meningkat kan tahap ilmu pengetahuan yang akan
mengukuhkan iman kepada Allah. Maka apabila kita sentiasa dekat dengan Allah
maka segala kemuskilan dalam pembangunan akan dimudahkan Allah lewat tawakal yang
kita laksanakan.
Manusia mempunyai kelebihan dalam
dirinya sebagai mahkluk Allah s.w.t. disebabkan disiplin hidup yang sentiasa
bertemankan budaya berfikir sebelum melak sanakan setiap ibadat untuk menangani hidup yang berwawasan.
Berfikir merupakan satu usaha mendekatkan kita kepada Allah kerana segala makhluk
di alam kehidupan ini sama ada yang hidup atau sebaliknya adalah kepunyaan
Allah s.w.t..
Budaya berfikir menjadi faktor dalam hidup yang memimpin
manusia menjadi khalifah di muka bumi ini. Benda yang tidak boleh dilihat
dengan mata kepala boleh dilihat dengan mata hati maka ia akan memotivasikan
manusia untuk merekabentukan sesuatu alat yang boleh mengesan nun di perut bumi
seperti minyak tanah termasuk lah petrol dan berbagai logam untuk kegunaan
pembangunan manusia melalui fitrah budaya berfikir.
Melaksanakan
kekhalifahan di bumi Allah ini, ilmu tauhid semestinya dalam keadaan yang baik
demi memastikan hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan sesama
manusia adalah dalam keadaan yang diredhai
Allah s.w.t., yang diungkapkan dalam Al-Quran sebagai hablum minallah dan hublum minnanas.
Membaiki kelemahan diri mempunyai kaitan
dengan usaha bertaubat kerana ia akan mengikis dan membersihkan segala amalan
yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t.. Taubat merupakan anak kunci bagi
kemenangan seseorang. Orang yang suka bertaubat dikasihi Allah s.w.t..
Rasulullah memuji orang yang menyesali dirinya atas perbuatan yang menyesatkan
dan kembali bertaubat kepada Allah.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Orang yang bertaubat itu dicintai Allah,
orang yang bertaubat dari dosanya seakan-akan tidak berdosa lagi.”
Untuk melakukan taubat itu mempunyai tiga syarat:
(i) Harus meninggalkan maksiat yang dikerjakan
itu.
(ii) Harus menyesali diri atas perbuatan maksiat
tersebut.
(iii)
Berjanji tidak akan kembali lagi kepada kejahatan itu selama-lamanya. Sya
rat itu merupakan dosa yang berkaitan
antara manusia dengan Allah. Namun jika
dosa tersebut berhubungan dengan manusia, maka ditambah satu lagi syarat iaitu
minta kemaafan kepada orang yang bersangkutan.
Taubat adalah wajib bagi setiap muslim
lelaki dan perempuan. Allah s.w.t. berfirman
dalam
surah At-Tahrim ayat 66:8 yang bermaksud:
“Hai
orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang
semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutup kesalahan-kesalahan
kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai.......”
Allah menyeru kepada orang-orang
yang beriman bertaubat dengan taubat yang dipanggil “Taubat Nasuha”. Ketika
Umar ditanya mengenai taubat Nasuha, jawabnya; “Iaitu orang bertubat tidak
kembali lagi berbuat dosa seperti air susu tidak akan kembali lagi ke buah
dada.”
Memperbaiki kelemahan diri wajar
melakukan sifat-sifat yang terpuji antaranya takut kepada Allah, zuhud, sabar,
redha, syukur, Ikhlas, tawakal, mencintai Allah dengan sesungguhnya dan
mengingati mati.
1. Takut kepada
Allah:
Takut kepada Allah ini merupakan
perhiasan diri orang-orang yang soleh. Kerana petunjuk dan rahmat itu hanya
diberikan kepada mereka yang takut kepada Tuhannya. Orang yang takut kepadaNya
berusaha mencegah dirinya daripada mengikut kehendak hawa nafsu. Akhirnya
orang-orang yang takut kepada Allah itu akan memperoleh kenikmatan syurga di
akhirat kelak. Insya Allah!
2. Zuhud.
Zuhud adalah
melepaskan daripada kesenangan dunia. Orang sufi beranggapan zuhud itu
merupakan suatu martabat yang tertinggi kerana hidup yang semacam itu pernah
terdapat pada diri Nabi dan diri sahabat.
Nabi pernah bersabda , “Apabila Allah hendak memberikan sesuatu
kebajikan kepada hamba-Nya membuat dia hidup zuhud, tidak tertarik kepada dunia
dan menanam rasa suka kepada akhirat, serta kepada membuka matanya melihat
kekurangan-kekurangan yang terdapat pada dirinya.”
Al-Ghazali mengertikan zuhud itu
sebagai tidak menyukai dunia, kerana ingin memper banyakkan ketaatan semampunya
kepada Allah. Orang yang zuhud menunjukka seluruh kehi dupannya untuk akhirat.
Oleh kerana itu harus mengerjakan ibadah sebanyak-banyaknya dengan tidak
mempedulikan kesenangan dirinya. Ia memakan makanan sekadar untuk hidup, dan
memakai pakaian sekadar menutup aurat.
3 Sabar.
Sabar juga dianggap sebagai sifat
yang terpuji. Bersabarlah kamu, kerana Allah besama-sama orang yang sabar.
Sabar itu tinggi nilainya, sehingga Nabi bersabda, bahawa sabar itu sebahagian
daripada iman, dan sabar itu sebuah perbendaharaan daripada perben daharaan
syurga.
Sabar juga dilakukan dalam berbuat
taat dan ibadah, sabar dalam kekurangan, kesu sahan, dan kehinaan, sabar itu
juga merupakan ketaatan jiwa. Bagi orang awam
sabar itu atas segala kesusahan dan kesakitan yang dianggapnya semua
datang dari Allah. Bagi orang yang soleh menerima sabar itu dengan hati yang
syukur tentang sesuatu kesusahan dan kesakitan, yang dianggapnya cubaan dari
Allah s.w.t.. Bagi orang zahid tidak berusaha melepaskan diri dari kesusahan
dan kesakitan itu kerana dianggapnya yang demikian itu sudah tertulis di Luh
Mahfuz.
4 Redha.
Redha ialah rela
menerima segala yang telah ditentukan dan ditakdirkan oleh Allah s.w.t.,
tentunya setelah kita menjalankan usaha untuk mencapai matlamat yang kita
cita-citakan itu. Nabi pernah bersabda: “Persembahkan
ibadahmu kehadirat Allah dengan redha, jika engkau sukai, kerana yang demikian
itu lebih baik bagimu.”
Menurut Abu Ali Ad Duqaq berkata:
“Tidak dapat dinamakan rela hanya menderita dari bencana belaka, tetapi yang
dinamakan rela atau redha itu, tidak berpaling dari hukum Allah dan qadha’Nya.”
5 Syukur.
Syukur atas nikmat yang diberikan
Allah kepada hamba itu merupakan sifat yang terpuji, sedangkan kufur atau
menentang Allah merupakan azab yang sangat pedih. Allah s.w.t. berfirman dalam
surah Ibrahim ayat 14:7 yang bermaksud:
“Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberi tahu: Sekiranya kamu mensyukuru
nikmat, pasti Kami beri tambahannya kepada kamu. Dan sekiranya kamu kufur,
sesungguhnya seksaan-Ku sememangnya amat pedih.”
Sekiranya kamu
berterima kasih di atas nikmat-nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu kerana
Allah telah menyelamatkan kamu dan sebagainya, sedang cara berterima kasih itu
pula ialah dengan mentaati segala perintah Allah dan menjauhi semua
tegahan-Nya, sudah barang tentu Allah akan menambahkan nikmat-Nya lebih banyak
lagi kepada kamu, atau dimaksudkan juga menambahkan pahalanya lebih banyak.
Adapun asal bersyukur atau
berterima kasih itu ialah, membayangkan di dalam fikiran akan nikmat Tuhan
serta memperlihatkannya. Dan hakikat bersyukur pula ialah, mengakui serta
mengagungkan Tuhan yang memberikan nikmat itu, dengan mempersiapkan diri supaya
bersikap sedemikian.
Seorang hamba yang mengenangkan
nikmat Allah dan mengenangkan segala macam kelimpahan, kelebihan dan
kebaikan-Nya kepadanya, bererti dia berterima kasih terhadap nikmat tersebut,
dan patut mendapat tambahannya. Dengan hal yang demikian maka ia benar-benar
mencintai Allah, dan ini satu darjat yang mulia. Ada lagi darjat yang lebih
tinggi dari pada itu, iaitu kecintaan terhadap Allah semata-mata tanpa
pengaruh nikmat, maka inilah darjat yang
dipunyai oleh para Siddiqin.
Siapa bersyukur di atas rezeki
Allah nescaya diluaskan-Nya lagi rezekinya, siapa bersyukur di atas
kemudahannya mentaati Allah nescaya ditambah lagi pada mentaati-Nya dan siapa
bersyukur di atas kesihatan yang dikurniakan kepadanya nescaya Allah menambah
kannya lagi kesihatan dan demikian seterusnya.
Yang dimaksudkan dengan kufur di
sini ialah, memungkiri nikmat, atau tidak berterima kasih. Kerana tidak
menjalan kewajipan yang sepatutnya mesti bersyukur kepada Tuhan yang
mengurniakan nikmat, maka orang yang demikian akan diseksa oleh Allah dengan
seksaan yang pedih. Di dunia ini sahaja sudah terseksa kalau orang itu
kehilangan nikmat, apalagi di akhirat tidak dapat dibayangkan betapa besar
seksaannya.
6 Ikhlas.
Dalam menempuh
jalan ke arah yang dicita-citakan, hendaklah seseorang itu berlaku benar dan
ikhlas. Allah pernah berfirman dalam hadith Qudsi ertinya: “Ikhlas itu merupakan sebuah
rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku yang Aku berikan kepada hamba-Ku yang
Ku kasihi.”
Allah s.w.t.
tidak menerima amalan kita, jika amalan
itu tidak dikerjakan secara ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Ibrahim bin
Adham menjelaskan bahawa ikhlas itu ialah niat yang benar terhadap Allah s.w.t..
7 Tawakal.
Menurut Al
Ghazali tawakal itu ialah berpegang kepada Allah, tetap dalam hati menyerahkan
diri kepada Allah, sedikit pun tidak berpaling daripada keyakinan itu. Tiga
tingkatan tawakal itu ialah: “Percaya kepada Allah sebagai wakilnya yang
sebenarnya. Percaya akan haknya terhadap Allah seperti kepercayaan seorang anak
kepada ibunya. Dan menyerahkan diri dan segala pekerjaannya kepada Allah.
8 Mencintai Allah dengan sesungguhnya.
Hikmah cinta dan kasih kepada
Allah itu antara lain: Bersifat fardhu, dengan cinta
semacam
ini manusia berkeinginan mengerjakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan
menjauhi diri daripada maksiat yang dibenci oleh Allah s.w.t.. Bersifat sunat,
sehingga seseorang berkeinginan mengerjakan ibadah sunat sebanyak-banyaknya.
Menjauhkan segala yang bersubahat dan makruh,, kemudian menahan hawa nafsu
kepada sesuatu yang dibenci Allah.
9 Mengingati Mati
Amalan mengingati
mati merupakan sifat yang terpuji, kerana dapat membuat manusia sedar, kemudian berusaha untuk
beramal sebanyak-banyaknya. Baik dalam bentuk amalan ibadah, muamalah, mahupun
segala amalan yang baik untuk manusia.
Baginda Rasul Nabi Muhamad s.a.w.
berpesa kepada umatnya: “Perbanyakkanlah
engkau mengingati mati, yang akan memutuskan kamu dengan kesenangan dunia. Tiap
orang yang mengingati mati akan dilapangkan hidupnya yang sempit dengan
keluasan nikmat, sebaliknya tiap orang yang tidak ingat akan mati, akan
dikecilkan hidupnya yang luas.” *
Demikianlah di
antara sifat-sifat yang terpuji yang perlu kita lakukan untuk mendidik jiwa
kita ke arah yang cemerlang demi melenyapkan kelemahan kita dalam melaksanakan
agenda pembangunan. Ingat segala fitrah dalam diri kita yang Allah bekalkan
harus diguna kan lewat tawakal kita kepada Allah s.w.t.. Tanpa tawakal kita
mengkufuri nikmat Allah yang diuntukkan kepada kita demi menyempurnakan
pembangunan kehidupan.
*Sumber: Muhammad Isa Selamat. “Penawar
Jiwa – Psikologi Ketenangan Minda.” Darul Numan 1998
No comments:
Post a Comment