Friday, April 1, 2016

DISIPLIN PENGURUSAN DARI PESPEKTIF ISLAM

 Disiarkan pada 2. 4 2016)
               Manusia dibekalkan Allah s.w.t. dengan akal fikiran sebagai wadah memahami falsafah disiplin kehidupan yang digarisbawahkan oleh Islam sebagai cara hidup. Setiap individu muslim wajar memahami ciri-ciri pengurusan dalam kelangsungan hidup bertama- dun. Konsep pengurusan berpaksi kepada dua disiplin iaitu pengurusan diri sebagai pemain dalam pembangunan kehidupan dan kedua ialah pegurusan badan-badan di bawah kelolaan anda sebagai pemain utama dalam kelangsungan hidup.
               Seorang pengurus Islam perlu menerapkan nilai-nilai Islam dalam praktis pengurusan nya. Dia mesti bertindak  dan berkelakuan sebagai seorang Islam seperti yang dituntut dalam al-Qur’an dan as-Sunah. Setiap perlakuan yang dilenggarakan, wawasan pemikirannya berpaksi kepada suasana Allah reda atau tidak?
               Islam meletakkan kejayaan pengurusan yang berjaya di dunia  dan di akhirat. Jestru itu objektif pengurusan dan pekerja ke arah kejayaan di dunia dan di akhirat dalam membentuk budaya organisasi yang unggul dan cemerlang yang diredai Allah s.w.t.
               Pengerusan tidak boleh wujud sendiri. Praktis pengurusan tidak boleh wujud sendiri tanpa sokongan dan pergantungan dengan sistem-sistem yang lain. Jika pengurusan diumpamakan sebagai belon, yang dalam hal ini selagi belon itu tidak dipamkan angin ke dalamnya, maka belon itu tidak mempunyai sebarang fungsi. Demikianlah juga dengan pengu rusan yang tanpa diwujudkan sesebuah organisasi sudah tentu pengurusan tidak  boleh berfungsi.
               Dalam pengurusan Rasulullah s.a.w. apabila baginda mentadbir pemerintahan sebuah negara Islam yang berpusat di Medinah, baginda tidak menjalankan kesemua kerja seorang diri. Meskipun baginda seorang nabi, namun baginda  juga manusia dan sebagai manusia baginda amat memerlukan orang lain bagi membantu pengurusan pentadbiran kerajaan.
               Dalam mengurus kakitangan pentadbiran, baginda telah membahagikan kakitangan baginda  kepada tiga golongan utama, iaitu al-wali (gabenor), al-‘amil (pemungut zakat) dan  al-qadi (hakim). Dengan erti kata yang lain, baginda membentuk suatu struktur organisasi bagi membantu dan melicinkan lagi urusan pentadbiran baginda.
               Begitu juga halnya jika sekiranya kita membelih sehelai baju di supermarket. Sebelum baju itu sampai ke tangan kita, baju itu telah melalui berbagai tangan manusia dalam proses menjadikan ia sebagai pakaian yang menutup aurat kita. Tanpa khidmat orang lain, kain yang sudah selesai ditenun tidak akan menjadi baju maka itu tidak ada baju yang akan sampai ke tangan kita.
Pertama kita memerlukan pekebun untuk menanam kepas. Setelah kepas dituai ia  berali kepada pekerja di gedung memintal benang. Setelah benang itu selesai dipintal ia berpindah kepada orang lain yang berkerja di industri menenun kain. Setelah menjadi kain berpindah pula kepada orang yang menjahit baju. Setelah baju itu siap ia berpindah kepada pemasaran di mana kita sebagai pelenggan dapat sehelai kain baju untuk menutup aurat kita. 
Takrifan pengurusan yang telah kita sebutkan setakat ini tidak menjelaskan kepada kita tentang pandangan Islam terhadap pengurusan. Apa yang kita ketahui ialah teori dan perbincangan dalam pengurusan biasa tidak mengandungi langsung falsafah dan perinsip Islam. Dalam Islam tidak wujud pengasingan sedemikian. Apa yang wujud ialah satu integrasi harmoni disiplin pengurusan dalam Islam.
Islam sebagai ad-Din ialah satu budaya dan cara hidup yang  tesendiri, yang membeza- kannya daripada ideologi, fahaman dan agama yang lain. Setelah satu aspek kehidupan yang terdapat dalam Islam ialah pentadbiran organisasi dalam sistem Islam yang tersendiri. Dalam pentadbiran organisasi, dengan sendirinya  terdapat pengurusan individu seorang pengurus, pengerusan pekerja dan pengurusan pelbagai sumber sebuah organisasi.
Seorang  Islam tidak kira sama ada  pengurus atau pekerja wajiblah mempraktiskan
cara hidup syumul yang telah diberi panduan melalui al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah, iaitu hadis yang bertujuan untuk memperhambakan diri semata-mata hanya kepada Allah s.w.t.
               Islam mengiktiraf agama sebagai ad-Din, iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Dengan sendirinya dalam Islam tidak wujud pemisahan antara pengurus daripada agama seperti yang wujud dalam pengurusan moden. Apa yang jelas Islam mempunyai falsafah yang tersendiri dalam pengurusan. Ajaran Islam di sini telah membekalkan panduan dan prinsip berdasarkan sumber yang sahih dan nyata bagi menjadikan pengurusan sebagai satu disiplin yang diredai Allah s.w.t.
               Pengetahuan berkenaan falsafah amat penting sekali kerana falsafah dianggap sebagai panduan pedoman bagi sesebuah sistem yang daripada  sistem tersebut akan lahir pula konsep konsep yang akan mendorong sistem tersebut. Falsafah pengurusan Islam amat berbeza sama sekali dengan falsafah pengurusan moden.
               Falsafah pengurusan moden berlandaskan konsep sekular yang mengasingkan perihala keduniaan dengan agama. Bagi pengurusan moden, agama merupakan hal peribadi dan tidak berkait langsung dengan pengurusan.
               Falsafah  pengurusan Islam menjadikan paradigma tauhid sebagai tunjang kepada sikap dan perlakuan pengurus dalam mengurus pekerja dan jabatannya  Mengikut pandangan seorang penulis buku perniagaan Islam, En. Sheikh Ghazali (1991), membicarakan falsafah ekonomi Islam menegaskan tauhid sebagai “satu ukuran dan landasan unggul bagi setiap keputusan dan  perancangan yang  dilaksanakan. Tauhid juga merupakan landasan arah dan misi yang dibawa oleh sistem ini, yang setiap sesuatu yang berkaitan dengan perjalanan sistem itu tidak lepas daripada mendahulu prinsip-prinsip nilai-nilai dan segala pertimba ngan serta hukum-hukum  yang menyertai tauhid”.
               Pemahaman tentang tauhid akan menjelaskan kandungan dan intipati pengurusan Islam. Mohd. Affandi Hassan (1992) mentakrifkan paradigma tauhid sebagai “satu kaedah ilmu berasaskan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa serta  Maha Adil dan Maha Pengampun serta Maha Sempurna dan tiada satu pun yang menyerupaiNya, Pencipta segala makhluk”.
               Pemahaman dan praktis berkenaan diperkukuhkan melalui dua cabang asas tauhid, iaitu tauhid Uluhiyyah dan tauhid rububiyyah.
Tauhid uluhiyyah ialah  kepercayaan kepada keesaan Allah s.w.t. dan bahawa setiap  yang wujud di alam ini adalah milik Allah s.w.t. Allah s.w.t. merupakan pemilik mutlak terhadap setiap sesuatu, sementara manusia sekadar pemegang amanah dan tidak lebih dari itu. Dalam tauhid uluhiyyah ini, pengurus sebagai manusia biasa bertindak sebagai pemegang amanah. Oleh itu, dengan sendirinya amanah menjadi nilai dan juga prinsip asas kepada pengurusan Islam.
Tauhid  Rububiyyah ialah kepercayaan  bahawa Allah s.w.t. sahajalah yang berhak dan boleh memberi rezeki, menjaga dan menyuburkan ciptaanNya, termasuk manusia. Setiap sesuatu dan perkara yang berlaku hanya berlaku dengan izinNya sama ada  perkara itu baik ataupun tidak. Kepercayaan kepada tauhid rububiyyah ini akan menjadikan pengurus seorang yang yakin bahawa apa yang dilakukan olehnya akan mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat selagi amalan tersebut tidak bertentangan dengan Islam.
Implikasi daripada paradigma tauhid ini telah eletakkan dua perhubungan yang yang penting dalam kehidupan seorang induvidu Islam, iaitu pertama, perhubungan dengan Allah s.w.t. dan kedua perhubungannya sesama manusia dan dengan makhluk yang lain. Daripada perhubungan tersebut akan wujud dengan sendirinya dua peranan penting seorang manusia, iaitu peranan sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah dunia ini.
Pengurusan Islam mempunyai dua peranan utama, iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah Allah. Manakala dalam hal perhubungan, seorang pengurus Islam dengan pekerja Islam dan satu lagi peranan utama yang perlu ada ialah peranan sebagai saudara di dalam
Islam.
Pengurus sebagai hamba Allah meliputi semua manusia. Profesor Dr. Haron Din,
seorang profesor pengajian Islam dalam bukunya yang ditulis secara bersama, Manusia dan Islam ada membicarakan hakikat hamba Allah yang menjelaskan manusia  ialah hamba, hamba kepada Allah maha penciptanya, kerana setiap yang dicipta itu pada hakikatnya ialah hamba kepada yang mencipta.
               Dengan sendirinya dalam proses penciptaan,  manusia menjadi hamba kepada Allah s.w.t.. Sebagai hamba Allah manusia mestilah akur dan patuh kepada  semua perintah dan tuntutan Allah s.w.t. Jestru itu, perlakuan manusia dalam seluruh kehidupannya mestilah untuk Allah dan kerana Allah.  
Jika seorang manusia itu ingkar atau tidak patuh kepada  suruhan Allah, maka dengan sendirinya manusia itu tidak  memperhambakan dirinya kepada  Allah s.w.t. Secara jelasnya, manusia itu  mengabdikan dirinya kepada  hawa nafsunya sendiri yang dikuasai oleh syaitan.
Bagi seorang pengurus, peranan ini lebih menjuruskan sikap dan kelakuan pengurus ke arah perhubungan secara langsung dengan Allah s.w.t. untuk menjadikan dirinya seorang yang beriman dan beramal saleh. Seorang pengurus Islam perlu yakin bahawa Allah amat Mengetahui terhadap segala tindak tanduk dan kerlakuan dirinya kerana Allahlah yang mencipta dirinya dan manusia yang lain.
Tugas utama pengurus Islam adalah untuk beribadat dengan menyerah seluruh jiwaraganya kepada Allah s.w.t.. Bagi menghubungkan ibadatnya dengan Allah s.w.t., seseorang pengurus seperti  manusia yang lain wajiblah mengerjakan solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat dengan sendirinya menjadi tiang kepada agama. Jesteru itu, tanpa solat tidak  akan ada ibadat.
Kesan daripada peranan ini menjadikan pengurus insaf dan sedar bahawa jawatan yang diterima bukanlah sebagai tempat untuk menonjolkan kuasa dan pengaruh bagi kepentingan peribadi. Dengan itu, seorang pengurus tidak  boleh bersikap ego dalam mengurus dirinya dan mengurus para pekerjanya. Sebagai hamba Allah, seorang pengurus akan sentiasa berhati-hati dalam menjalankan tugas pengurusan supaya sifat mazmumah atau yang sifat terhina dapat dielakkan dan tidak dilakukan sama sekali.
Pengurus sebagai khalifah Allah merupakan  hasil daripada pemberian amanah oleh Allah s.w.t. kepada manusia dalam merealisasikan dirinya sebagai hamba Allah. Oleh sebab peranan ini sebagai satu amanah, maka dengan sendirinya menjadi tanggungjawab yang berat bagi pengurus.
Profesor Dr. Haron Din mentakrifkan khalifah sebagai menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat ketuanan. Dengan sifat ini, seorang pengurus perlu bertindak sebagai tuan dan menjadikannya sebagai satu jalan atau cara bagi pengurus untuk melaksana kan tugas khalifah tersebut.
Hasil daripada sifat ketuanan ini, seorang pengurus boleh membawa dirinya kepada salah satu jalan berikut, iaitu  sama ada ke arah kebenaran atau penyelewengan. Dalam hal ini mana-mana pengurus yang mempunyai sifat ketuanan yang menyeleweng daripada Islam tidak  boleh  menggelarkankan dirinya sebagai khalifah Allah.
Sebagai khalifah Allah seorang pengurus diberi amanah untuk membahagikan pekerja dan memakmurkan organisasi. Selain itu seorang pengurus semasa bekerja perlu meneggak kebenaran dan mencegah kemungkaran supaya pekerja organisasi dan dirinya mempunyai al-falah atau kejayaan.
Prasyarat asas untuk menjadi khalifah Allah ialah seorang pengurus itu  mestilah seorang yang berilmu. Ilmu yang utama bagi dirinya ialah ilmu makrifattullah, iaitu ilmu mengenal Allah s.w.t. Ilmu ini termasuklah mengenal dan mengamalkan Islam sebagai ad-Din. Ilmu yang kedua yang perlu dimiliki oleh seseorang pengurus sabagai khalifah Allah ialah tentang bidang ataupun disiplin pengurusan.
Seorang pengurus perlulah tahu dan  arif tentang ilmu pengurusan. Sekiranya seorang pengurus itu tidak menguasai  ilmu pengurusan, maka akan berlaku banyak kepincangan dalam praktis pengurusannya. Ilmu yang ketiga yang seharusnya dimiliki oleh pengurus Islam ialah keupayaan dan kebolehannya mengetahui dan mempraktis ilmu pengurusan dari perspektif Islam. Dengan melihat kepada pra syarat tersebut, kita akan dapati bahawa menjadi satu tanggugjawab yang berat bagi pengurus Islam dalam merealisasikan sebagi khalifah Allah.
          Pengurus sebagai saudara sesama Islam memperakukan pekerja sebagai saudara mereka sendiri. Peranan ini jelas disebut dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
               “Orang yang berkerja dibawahmu ialah  saudaramu. Orang yang berkerja di bawah anda sebenarnya diizinkan Allah mengikut perintahmu. Seorang yang mengambil saudaranya sebagai pekerja wajib memberinya makanan daripada apa yang ia makan dan memberi pakaian daripada apa yang  ia pakai. Dan para pekerja tidak boleh dibebankan dengan tugas-tugas di luar daripada kemampuan mereka. Jika anda telah berikan mereka tugas berat, maka anda hendklah menolong mereka” (Bukhari) *
*Sumber:  “Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam”, oleh Azman  Che Omar. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2001.   

  “Manusia dan Islam” oleh Dr. Haron Din. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1990.  

No comments:

Post a Comment