(Disiarkan pada
26. 3. 2016)
Perception atau pengertian tentang wawasan pembangunan
manusia mengikut kaca mata Islam haruslah dilihat dari dua perpektif sinario.
Manusia diwujudkan Allah s.w.t. dalam dua unsur iaitu jasad atau jasmani yang
sifatnya nyata dan sementara, manakala roh atau rohani pula yang sifatnya ghaib
dan kekal. Maka itu pembangunan kedua-dua unsur tersebut adalah penting
disebabkan manusia hidup dalam kedua-dua alam iaitu alam dunia semasa hidup di dalamnya dan alam akhirat setelah
agenda kehidupan dunia selesai atau setelah mati iaitu roh berpisah dengan
jasad.
Hidup di dunia adalah lanjutan daripada
kehidupan di alam arwah sebelumnya, ia adalah tempat perlaksanaan perjanjian
ketuhanan yang telah diikat setia di antara manusia dengan Allah s.w.t.
Pengakuan suci pada roh manusia untuk mengabdikan diri semata-mata kepada Allah
s.w.t. apabila lahirnya ke dunia ini.
Setiap pengakuan itu tidak dapat dikira
kebenarannya tanpa diiringi dengan pengor- banan dan amal bakti. Dari itu
tujuan utama kewujudan manusia di dunia ini adalah untuk membuktikan kebenaran
pengakuan, ketauhidan ketuhanan dan pengabdiannya terhadap Allah s.w.t. di
dunia ini.
Untuk melahirkan manusia yang demikian,
maka perlu diuji, diduga dengan berbagai cara dan bentuk ujian baik berupa
kebendaan atau sebaliknya. Firman Allah s.w.t. surah Al-Insan ayat 76:2 yang
bermaksud:
“Sesungguhnya
Kami (Allah) telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur*,
yang kami mengujinya (dengan perintah dan larangan), lalu kami jadikan dia
dapat mendengar lagi melihat.”
Manusia diciptakan tidak lain untuk diuji oleh Allah dengan dibebani hukum syarak
yang berupa perintah dan tegahan daripada Allah, untuk diketahui dalam ujian itu, adakah dia mahu
bersukur atau menjadi kufur, adakah dia
akan lurus perjalanannya ataupun bengkok melakukan penyelewengan?
Allah adakan untuknya alat pendengaran
dan penglihatan dan membekalkan akal yang dapat membezakan, supaya dapat dia
mendengar ayat-ayat Qur’an dan keterangan-keterangan yang diturunkan dari
langit dan supaya dia melihat memperhatikan bukti dan dalil, wujudnya alam ini
adalah menunjukkan wujudnya Tuhan pencipta lagi bijaksana.
Al-Qur’an menganggap bahawa kehidupan di
dunia ini adalah medan tempat menguji seseorang manusia dan ianya juga sebagai
jalan untuk mencapai kebahagian hidup di akhirat. Ujian itu sebenar adalah
pembangunan jasmani dan rohani manusia. Setiap ujian merupakan tapak-tapak
pembangunan jasmani. Pembanguan jasmani wujud disebabkan kehadiran budaya
bersosial kerana manusia hidup bersosial dan bermasyarakat.
Satu faktor menonjol dalam kehidupan di
zaman moden ini ialah mengamali kejutan budaya yang dibawa oleh sains dan
teknogi. Pembangunan jasmani menempah dan memperkasakan keterampilan dalam
bidang pengiklanan kecantikan raut wajah dan kemolek kan tubuh badan lebih
dimanfaatkan daripada persembahan akhlak yang memelihara darjat kemanusiaan.
Menutup aurat tidak lagi dijadikan
sebagai tanggungjawab manusia memelihara sahsia kemanusiaannya. Meremehkan
kemurnian beragama yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Rasul-Rasul yang menjadi
pesuruh Allah akan menempah kemurkaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana
itu.
Allah s.w.t. menjadikan manusia dengan
sebaik-baik kejadian baik dari segi bentuk
Badannya
atau pun dari sudut darjatnya dan lebih berkedudukan daripada makhluk-makhluk
lain. Firman Allah s.w.t. surah
Al-Mukmin ayat 40:64 yang bermaksud:
“Allah
membentuk rupa paras kamu dengan rupa yang indah dan cantik.”
Malangnya ramai manusia merekabentukkan
kulitnya dengan memasang tatu. Ini
bermaksud
mereka tidak bersyukur rupa wajahnya yang dihadiahkan Allah dan menokoh tambah
supaya kelihatan cantik daripada rekaan Allah s.w.t. Orang yang berbuat demikian
tidak ada kehormatan dan kesyukuran kepada nikmat dan rahmat Allah s.w.t.
berikan kepada manusia.
Pembangunan jasmani wajar berlandaskan
kepada kerukunan bermasyarakat yang digarisbawahkan oleh agama Islam. Allah s.w.t.
telah melengkapkan manusia dengan panduan hidup yang sempurna seperti mana yang
termaktub dalam dokumen wahyu-Nya.
Islam
adalah agama ilmu; Al-Qur’an al Karim adalah kitab ilmu dan ayat yang
pertama diturunkan kepada baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. ialah berkenaan
dengan ilmu iaitu: “Baca”; Bacalah dengan
nama Tuhan mu yang telah menciptakan”. (Al-Alaq:1). Membaca adalah pintu
keilmuan sementara al-Qur’an merupakan kitab yang menjadikan ilmu sebagai asas
perbezaan antara manusia.
Orang-orang yang berilmu sebagai orang-orang
yang bersaksi kepada Allah dengan ketauhidan bersama malaikat. Orang –orang
yang berilmu adalah mereka yang paling
takut kepada Allah serta bertakwa kepada-Nya.
Firman Allah dalam surah Fathir ayat
35:28 yang bermaksud:
“......Sesungguhnya
yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang
berilmu.”
Al-Qur’an al Karim adalah kitab teragung
yang membangunkan “mentaliti ilmiah”. Kitab ini menolak segala perkara
khurafat. Al-Qur’an juga menolak keraguan dan hawa nafsu dalam konteks
perbahasan hakikat akidah yang berdasarkan kepada keyakinan. Al-Qur’an
menganggap analisa itu sebagai
kewajipan, berfikir itu sebagai ibadah, mencari hakikat itu sebagai amalan
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap
Muslim dan Muslimah untuk menuntut ilmu terutama sekali ilmu fardhu ‘ain dan
fardhu kifayah. Ilmu Fardhu ‘ain ialah ilmu yang mesti dipelajari oleh setiap
muslim untuk memahami agamanya dari segi akidah, Ibadah, akhlak serta urusan
keduniaannya sehingga ia dapat menyara kehidupannya, keluarganya dan menyumbang
ke arah keperluan umatnya.
Rasulullah s.a.w. meninggalkan pesan
bahawa menuntut ilmu itu adalah sepanjang hayat. A long life learning. Baginda berseru kepada manusia untuk menuntut
ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad. Dalam erti kata lain, tidak ada
persarahan dalam menuntu ilmu. Walaupun perkhidmatan kita dengan kerajaan telah
berakhir tetapi menuntut ilmu untuk diri sendiri tidak ada pencennya.
Para ulama’ dunia seperti Ahmed Deedat
telah terlanta di tempat tidurnya kerana diserang penyakit lumpuh selama lebih
kurang sepuluh tahun tetapi soal ilmu beliau tidak pernah berhenti menerokainya.
Dakwanya masih berjalan walaupun anggota badannya tidak bermayah lagi untuk
bergerak. Beliau hanya menggunakan
matanya untuk menjawab apabila dikemuka persoalan mengenai kemuskilan tentang
agama Islam.
Baginda
Rasul Nabi Muhammad s.a.w. juga
demikian sifatnya. Di ambang kewafatan nya beliau masih boleh ke masjid untuk
memberi ceramah kepada para jemaah. Belaku satu peristiwa kepada baginda semasa
sakitnya di puncak ketenantnya. Beliau menasihat anaknya Fatimah supaya jangan
melayani sebarang tetamu datang ke rumah kerana beliau tidak larat lagi
melayaninya.
Tiba waktu subuh, bilal melaungkan azan
di masjid Nabawi. Setelah selesai azan para jemaah di masjid melaksankan solat
subuh koblia. Selesai solat sunat, para jemaah menungguh kedatangan Nabi
Muhammad s.a.w. Ditungguh tidak datang diutus bilal hendak ke rumah Rasul s.a.w.
hendak menjemputnya untuk mengimami solat Subuh. Fatimah, menasihati bilal
bahawa ayahnya tidak mampu ke mesjid kerana beliau sakit. Baginda rasul menasihati bilal supaya meminta Saidina
Abu Bakar menjadi Imam.
Bilal kembali ke masjid dan
memberi tahu pada jemaah bahawa Rasul tidak dapat
mengimami
solat subuh kerana beliau sakit dan meminta Saidina Abu Bakar untuk menjadi
imam. Abu Bakar tidak setuju kerana Rasulullah s.a.w. masih ada. Oleh yang
demikian seluruh jemaah di masjid menangais dan solat belum bermula lagi.
Tangisan mereka didengar oleh
Rasulullah s.a.w. kemudian baginda bertanya kepada anaknya Fatimah untuk
melihat apa yang berlaku di masjid. Fatimah pergi ke masjid untuk mengetahui
apa yang berlaku.
Dia kembali melaporkan bahawa mereka
menangis kerana baginda tidak dapat mengimami solat. Bilal diutus datang ke
rumah Rasulullah s.a.w. lagi dan memimpin Rasulullah s.a.w. ke masjid dalam
keadaan sakit.
Baginda mengimami solat Subuh
dengan menggunakan surah yang pendek-pendek kerana baginda sakit. Selesai solat
Subuh baginda berpidato sekejap sahaja
di hadapan para jemaah
“Tuan-tuan dan saudara sekalian, lama sudah kita bergaul tetapi sedikit
betul masa kita gunakan untuk bersama-sama. Badanku ini tidak tahan lagi bersama dengan tuan-tuan. Jadi saya mengambil
kesempatan ini untuk meminta maaf kepada tuan-tuan sekiranya ada yang saya
telah lakukan yang menyakiti hati tuan-tuan.
Jika sekiranya ada, saya persilakan tuan-tuan untuk menuntut balas sekarang.”
Tiba-tiba seorang pemuda bangkit seraya berkata: “Saya ya Rasulullah.” Pemuda itu namanya
Sahwat. Paras mukanya hitam leggam.
Rasulullah s.a.w. berkata: “Ya Sahwat apa itu.”
Sahwat
dengan muka yang sedih berkata: “Pada
suatu peperangan Rasulullah s.a.w menunggang unta. Rasulullah s.a.w. tidak tahu
bahawa saya berjalan di belakang unta itu. Apabila Rasulullah s.a.w. merotan unta, saya terkena rotannya.”
“Jadi macam mana sekarang.” Jawab Rasulullah
s.a.w.
Sahwat berkata: “Saya menuntut balas.” Para jemaah sedih
dan terpegun mendengar permintaan Sahwat. Sudah tahu Rasulullah s.a.w. dalam
keadaan sakit tenat ia menuntut balas pula. Begitulah keluhan para jemaah di
pagi yang sedih itu.
Rasulullah s.a.w. berkata: “Baiklah Sahwat”. Baginda memerintahkan
Saidina Ali mencari rotan. Setelah mendapatnya Saidina Ali berkata kepada
Sahwat: “Biar saya sahaja kau tuntut,
Sahwat!”
Rasulullah s.a.w.
berkata: “Biarkan dia. Saya pecut dia
maka dia balas saya.”
Sahwat mengambil
rotan itu dari Saidina Ali kemudian berdiri melihat Rasulullah s.a.w. tidak
bergerak.
Rasulullah s.a.w. berkata: “Apa lagi Sahwat, pukullah saya.”
Sahwat berkata: “ Semasa saya kena pukul, saya tidak ada
baju. Maka itu bukalah juga baju tuan supaya adil.” Kemudian Rasulullah
s.a.w. menanggalkan jubahnya lalu kelihatanlah tubuh badan Rasulullah s.a.w.
yang mulia itu.
Apabila Sahwat melihat kulit tubuh
badan Rasulullah s.a.w. lalu membuang rotan itu dan berlari pergi memeluk dan
mencium tubuh badan Rasulullah s.a.w. seerat-eratnya.
Rasulullah s.a.w. merasa
hairan seraya berkata: “Apakah ertinya
ini Sahwat?”
Dengan lenangan
air mata, Sahwat berkata: “Saya tahu
bahawa sudah hampir masanya tuan berpisah dengan kami. Tentunya di akhirat
nanti tempat tuan pasti di dalam syurga tetapi kami ini belum tentu dapat
bersama dengan tuan. Oleh itu saya ingin betul menyentuh tubuh badan tuan yang
mulia ini. Kalau tidak mengakali tentu saya tidak dapat mencium tubuh badan
tuan yang mulia ini.”
Lalu Rasulullah s.a.w.
berkata kepada para jemaah: “Lihatlah penghuni syurga ini kerana Sahwat cinta betul kepada saya, maka
pasti dialah menjadi ahli syurga.”
Adalah
menjadi keyakinan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. bahawa mereka yang telah
menyentuh kulit badan Rasulullah s.a.w. akan dijanjikan tempat di syurga kerana
kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w. satu-satunya kekasih Allah s.w.t. kepada
makhluk ciptaan-Nya.
Lihatlah amalan Rasulullah
s.a.w. dalam menimba ilmu serta menyebarkan kepada umatnya, di ambang
kewafatannya pun masih melaksanakan ibadah sehingga beliau dipapah ke masjid
untuk mengimami solat Subuh. Memberi peluang kepada para jemaah untuk menuntut
balas mengenai salah lakunya baginda merupakan satu ibadat yang paling mulia
ditinggalkan kepada umatnya.
Ilmu fardhu kifayah melengkapkan manusia
tentang ilmu keduniaan seperti Ilmu perubatan; kejuteraan dan lain-lain cabang
ilmu seperti ketukangan yang amat diperlukan dalam pembangunan manusia. Kita
hidup kita memerlukan ulama, pakar dan ahli-ahli teknik dalam setiap bidang,
yang akan menampung keperluan kehidupan semasa. Jika semuanya ini dapat memurnikan
kewajipan maka tamadun Islam berdiri di atas landasan yang kukuh tiangnya yang
menyepadukan antara ilmu dan keimanan.
Nilai kemanusiaan yang berlandaskan
kepada ibadah adalah antara yang terpenting dalam pembangunan jasmani. Tegur
menegur merupakan ibadah kerana ia membina masyarakat yang berketerampilan dari segi akhlaknya. Allah
berfirman dalam al-Qur’an surah Adz-Dzariyat ayat 51:56, yang bermaksud:
“Dan
Aku tidak menciptakan jin dan manus ia melainkan supaya mereka beribadat kepada
Ku.”
Ukhuwah dan kasih sayang adalah antara
nilai kemanusiaan yang dianjurkan oleh Islam. Manusia wajar hidup di dalam
sebuah masyarakat yang sayang menyayangi, mempunyai perhubungan yang erat dan
saling bantu membantu. Dengan adanya ciri-ciri nilai kemanusiaan tersebut dalam
pembangunan rohani, pembangunan jasmani akan dengan sendirinya terbela.
*Maksudnya:
bercampur antara benih lelaki dengan perempuan.
No comments:
Post a Comment