HIDUP MULIA TIDAK SUNYI DENGAN UJIAN ALLAH S.W.T.
(Disiarkan pada 12. 3.2016)
Apakah yang ditakrifkan dengan
hidup mulia? Hidup mulia mengikut pengertian orang-orang kafir berbeza dengan
kefahaman masyarakat mukmin. Orang kafir memandang kehidupan mulia itu hanya
berdasarkan pembangunan dunia semata maka pemberatan agenda kehidupan hanya
bersifat duniawi yang boleh dilihat dan dirasai. Tetapi ia berbeza dengan
masyarakat Islam yang mementingkan kebajikan rohaninya (akhirat) lebih diutamakan berbanding kebajikan jasmani.
Dalam pandangan ilmu tauhid lebih mengutamakan kebajikan akhirat berbanding kebajikan duniawi.
Adakah hidup mulia itu serupa
dengan hidup bahagia? Hidup mulia menitik beratkan kepada keimanan dan
ketakwaan kepada Allah s.w.t. manakala hidup bahagia pemberatannya kepada kehidupan kebendaan yang hanya
tertumpu kepada dunia. Dalam pandangan kaca mata Islam, hidup mulia itu ada
kaitan dengan kehidupan akhirat iaitu kebajikan rohaninya diutamakan berbanding
kebajikan jasmaninya.
Mengikut kamus bahasa Melayu oleh
Arbak Othman yang diterbitkan oleh Fajar Bakti edisi ke dua, mulia bererti
terhormat. Tinggi mutunya; tinggi nilainya. Al-Quran adalah kitab suci yang
mulia di sisi Allah. Manusia yang mempunyai akhlak yang paling mulia ialah
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sehingga beliau digelar Al-Amin (orang yang paling jujur dan paling
mulia) oleh semua lapisan masyarakat.
Allah sendiri memuji baginda tentang keluruhan akhlaknya. Beliau
dicaci maki, dicedra, dibaling batu sehingga mandi darah, diludahi oleh umatnya
yang memusuhinya akibat kegigihannya melaksanakan dakwah Islamiah tetapi ia
menerima semua itu dengan hati yang mulia kerana mengikut baginda perbuatan
mereka itu adalah disebabkan mereka tidak faham antara salah atau tidak. Namun jika
mereka faham, mereka tidak akan berbuat demikian.
Baginda tidak pernah menjejaki
kakinya di sekolah untuk menuntut ilmu tetapi kemuliaan akhlaknya penuh dengan
ilmu pembangunan berlandaskan dunia dan akhirat. Allah s.w.t. memilih baginda
untuk menerima wahyu Illahi dan semua ilmu yang diterimanya dari Allah melalui
Malaikat Jibril, diterjemahkannya kedalam diri baginda. Sehingga Baginda
disifatkan sebagai walking al-Qur’an.
Kemuliaan akhlak baginda dalam
menyebarkan Islam; memperkenalkan agama Islam itu sebagai addin atau cara hidup yang sebenar, baginda sentiasa diselimuti
dengan ujian yang bertalu-talu. Dan kadang kala beliau menghadapi rintangan
yang amat perit yang hampir meragut
nyawa beliau. Namun ujian begitu berat sekali tidak sedikitpun ia mundur
ke belakang.
Para Nabi dan Rasul yang hidupnya
mulia di sisi Allah s.w.t. kerana memperjuangkan akidah Islam sentiasa
berhadapan dengan ujian yang amat berat. Nabi Sulaiman a.s. juga adalah seorang
Rasul yang ditentang habis-habisan oleh kaumnya yang berhati batu. Mereka tidak
mempercayai ajakan Nabi Sulaiman untuk meninggalkan sembahan patung mereka dan
beriman kepada Allah yang berkuasa terhadap segala sesuatu. Beliau menghadapi
ujian yang paling getir iaitu di bakar hidup-hidup di atas ungunan api yang
menjulang tinggi. Namun nabi Sulaiman, Allah selamatkannya dengan memerintahkan
makhluk api supaya menjadi sejuk buat Sulaiman.
Setelah Nabi Sulaiman terselamat
dari unggun api yang menjulang tinggi itu, umatnya tidak menggunakan akal
mereka untuk memikirkan mengapa Nabi Sulaiman terselamat dari api itu. Akal
mereka hanya mempercayai sesuatu yang nyata tetapi tidak mempercyai sesuatu
yang bersifat ghaib.
Sepertimana dimaklumi bahawasanya
kemuliaan akal itu adalah dari segi ia
menjadi sumber keluarnya ilmu dan hikmah. Jiwa (roh) manusia merupakan sumber
bagi ilmu dan hikmah, dan keduanya telah tertanam di dalamnya dengan pasti
sejak awal mula ia diciptakan;
sebagaimana adanya api di dalam batu, air di dalam bumi dan bibit pohon
kurma dalam biji kurma. Namun begitu untuk mencapai keduanya tadi, harus
berusaha secara nyata sebagai mana harus berusaha menggali perigi untuk mengali
sumber air.
Sebagaimana air itu ada juga yang
mengalir tanpa dikerjakan oleh manusia, ada yang tersimpan dalam tanpa
memerlukan dikerjakan oleh manusia, ada yang tersimpan dalam tanpa memerlukan
untuk digali dan hanya diusahakan dengan sedikit kepayahan, maka begitu pula dalam
jiwa manusia. Ilmu itu ada dicapai tanpa melalui pelajaran manusia sebagai mana
yang berlaku ke atas para Nabi Alaihimusalam, kerana ilmu-ilmu mereka itu lahir datang dari golongan malaikat yang
luhur tanpa perantaraan manusia.
Ada pula ilmu untuk memperolehinya
memelukan masa yang lama iaitu sebagaimana keadaan orang awam, apatah lagi
orang-orang yang bodoh, yang usia mereka telah tua, mereka tetap berada dalam
kelalaian dan kebodohan, kerana sewaktu kecilnya mereka tidak belajar.
Ada lagi yang memperolehinya
cukup dengan usaha sedikit dan masa
relatif pendek seperti keadaan anak-anak yang cerdas akalnya. Tentang
adanya ilmu yang telah tertanam di dalam jiwa manusia, Allah berfirman dalam
al-Qur’an surah Al-A’raaf ayat 7:172 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari
sulbi
mereka dan Allah
mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman)”Bukankah
aku ini Tuhanmu?”
mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.”
Allah memberitahukan Rasul-Nya
Muhammad s.a.w. tentang persetiaan anak-anak Adam seluruhnya terhadap keesaan
Allah. Iaitu suatu ikrar yang semula jadi semenjak mereka diciptakan Tuhan
(dalam punggung atau tulang sulbi) bahawa mereka adalah dijadikan mengikut fitrah
Islam, berikrar mengakui adanya Tuhan yang menciptakan mereka serta beriman
dengan-Nya dan hanya kepada Allah sahajalah mereka mengabdikan diri. Persetiaan
itu berbunyi yang bermaksud: “Bukankan Aku Tuhan Kamu?” ertinya: “Bahkan! Kami
mempersakikan.”
Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat
172 ini telah mengatakan “Allah taala
memberitahukan bahawa Dianya telah mengelurkan keturunan anak-anak Adam dari
tulang sulbi mereka, yang mana masing-masing ada memberi pengakuan bahawa Allah
itulah Tuhan mereka dan tiada Tuhan selain Dia, sebagaimana Allah telah
menciptakan mereka terbentuk dengan keadaan yang demikiam.” Kerana Allah telah
berfirman surah ar-Rum ayat 30:30 yang bermaksud:
“Luruskanlah muka engkau menghadap agama Islam serta cenderung
kepadanya, iaitu (agama) ciptaan Allah yang manusia dijadikan-Nya bersesuaian
dengannya, tiadalah ciptaan Allah itu akan berubah.”
Dalam Hadis Bukhari dan Muslim
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
(r.a.) katanya:
Bersabda Rasulullah (s.a.w.): “Tiap-tiap bayi dilahirkan secara fitrah
(bersih dan bersesuaian dengan Islam), hanya ibubapanyalah yang menjadikannya
Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Kita mengambil kesan dari
keterangan-keterangan di atas, bahawa manusia itu dicipta kan Allah dalam
bentuk yang bersesuaian dengan agama Islam. Kerana dasar watak manusia itu
tercipta untuk mengakui keesaan Allah sedang ciptaan tersebut tidak akan
berubah-ubah. Akan tetapi kerana manusia
terdedah oleh pengaruh-pengaruh luar yang menyimpang dari agama Islam seperti
pengaruh Yahudi, Nasrani atau Majusi, kemudian tunduk kepada pengaruh-pengaruh
tersebut, maka akan menjadi jauhlah ia dari agama tersebut.
Pada hal jika ia mempergunakan
akal dan fikirannya yang sihat akhirnya akan sampailah ia kembali kepada Islam.
Selanjutnya Allah menyatakan: “Supaya tiada kamu katakan pada hari kiamat
nanti bahawa Kami terlenah dalam perkara ini.
Allah telah
mengatakan dalil-dalil dan bukti-bukti tentang adanya Allah dan keesaan-Nya
yang diterima oleh akal yang sihat. Maka janganlah pula kamu di akhirat nanti
berdalih dengan mengatakan yang kamu tidak teringat kepada dalil dan
bukti-bukti itu semasa kamu menyekutukan Allah.
Ada pandangan pujangga mengatakan
bahawa “Semakin saya tahu semakin saya tidak tahu !” Ia bermaksud semakin
banyak ilmu yang dikuasainya semakin banyak lagi ilmu yang belum diketahuinya.
Ilmu Allah di alam ini ditamsilkan seperti menculupkan jari kita ke dalam air laut kemudian tarik. Air laut
yang membasahi jari kita ibarat ilmu yang kita perolehi tetapi ilmu Allah
bagikan air lautan yang tidak bertepi itu.
Demikinlah juga mengenai iman dan
takwa kepada Allah s.w.t.. Keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah semestinya
wajar dipertingkatkan demi hari agar hubungan
kita dengan Allah sentiasa besama dalam jiwa kita. Dengan ibadat
demikian rupa keutamaan kepada pembangunan akhirat lebih diutamakan berbanding
ibadat duniawi.
Orang yang sentiasa bersama Allah
dalam jiwanya setiap detik masa dalam hidup akan melahirkan suasana kehidupan
yang mulia. Hidup mulia akan sentiasa Allah s.w.t. hidangkan berbagai ujian
kerana dengan ujianlah kemuliaan itu dapat dipelihara. Ujian itu Allah sentiasa
tujukan kepada emosi seseoang. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu menguasai nafsu (emosi) mu
menurut
apa yang aku
perintahkan dengannya.”
Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan bahawa setiap orang, manusia itu
tidak akan bergerak di akhirat nanti
sehingga ditanya empat perkara mengenai dirinya seabagaimana sabdanya, Ertinya:
“Tidak
bergerak kedua kaki seseorang manusia itu di hari kiamat (akhirat)
sehingga selesai ditanya empat perkara
iaitu:
1.
Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.
2.
Tentang masa mudanya (remaja) untuk apa dipergunakannya.
3.
Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakanya.
4.
Tentang ilmunya, kemana dan untuk apa dibuatkannya.
(Riwayat Tirmidzi)
Masa muda adalah masa yang paling
penting sekali untuk menentukan hari depan kita, sama ada untuk menjadi seorang
yang mulia, pemimpin negara, ahli akademik yang berjaya, ahli koprat yang
berjiwa besar dan dermawan atau sebaliknya. Ahli penyair Arab pernah berkata:
“Jika pemuda itu mencapai umur dua puluhan belum juga mencapai
kemegahan, nescaya tiada kemegahan lagi baginya.”
Penyair yang lain
berkata:
“Andainya engkau tidak meraih kemuliaan di hari-hari mudamu, maka
engkau tidak akan meraihnya di saat usia tuamu.”
Itulah saat yang paling berharga
dalam usiamu, rebutlah peluang itu, jangan biarkan ianya berlalu dengan
sia-sia.
Remaja adalah aset penting
sesebuah negara,jika golongan remaja dan belia ini terjebak dalam sesuatu kes
sosial (gejala sosial) akan terencatlah proses pembinaan negara, kerana mereka
merupakan tunjang dan pelapis kepada kepimpinan negara.
Oleh kerana pentingnya peranan
yang dimainkan oleh para remaja di dalam membentuk sesuatu wawasan dan negara, maka
kita dapati banyak penekanan ayat-ayat
Al-Qur’an dan hadith-hadith nabawi yang menceritakan tentang remaja dan belia.
Umpamanya cerita Ahshabul Kahfi dan tujuh golongan manusia yang diberi
penghormatan oleh Allah s.w.t. di hari akhirat di bawah bayangan Arsy dan
lain-lain lagi adalah antara remaja dan belia-belia yang kental imannya kepada
Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. berabda yang bermaksud:
“Tuhanmu kagum terhadap seseorang remaja yang tidak terjeremus di dalam
kenakala kaum remajanya.”.
Remaja Islam adalah remaja yang
mempunyai prinsip hidup yang jelas, iman yang kukuh, perilaku yang terpuji,
cara hidup yang betul menurut Al-Qur’an dan tidak mudah terikut-ikut dengan
budaya yang tidak jelas di sekitarannya,
kerana mereka sedar bahawa hidup ini adalah sekejap sahaja. Masa muda hanya
sekali dalam hidup, saat inilah yang akan menentuka masa tuanya nanti, modiul
hidupnya adalah Islam.
Allah s.w.t. tidak akan menerima
cara hidup selain dari Islam, rugilah mereka di dunia dan akhirat jika ada
pilihan lain selain Islam. Orang yang kafir walaupun nampak smart, bergaya,
menarik dari segi pakaian, percakapan dan gaya hidup, tetapi mereka adalah
kosong umpama sebatang kayu kering yang disandarkan untuk dijadikan kayu
seperti yang di gambarkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Qur’an surah
Al-Munafiqun ayat 63:4 yang bermaksud:
“Apabila kamu melihat mereka, tubuhnya menarik hati kamu, bila mereka
bercakap kamu tertarik dengan perkataannya. Mereka adalah upama kayu yang
tersandar, mereka menganggap setiap suara kuat ditujukan kepadanya. Mereka itu
musuh, sebab itu berwaspa- dalah
terhadap mereka, semoga Allah binsakan mereka dari rahmatnya.”
Apakah keistemewaan yang ada pada
kayu tersebut? Sudah tentu orang yang terpikat kepadanya adalah orang yang
bodoh, tidak mempunyai pemikiran yang waras, kerana mereka adalah kayu api
neraka. Kayu yang kering tadi bila-bila masa sahaja akan terbakar.
No comments:
Post a Comment