Friday, September 8, 2017

ALLAH MENGUJI KITA

 (Disiarkan pada 8. 9. 2017)
               Setiap  ibadah yang kita laksanakan semestnya ada risiko dan risiko itu merupakan ujian Allah SWT. kepada kita. Ujian itu boleh berbentuk suasana keadaan kesihatan pelaksana ibadah atau disiplin mengenai perlaksanaan ibadah yang tidak menentu. Kerana dalam hidup ini manusia adalah yang membuat sesuatu perubahan kepada keadaan alam kehidupan yang dikenali sebagai tawakal dan yang menentukan perubahan itu adalah Allah SWT.
               Walaubagaimana pun tawakal manusia untuk melaksanakan perubahan itu merupakan usaha dalam hatinya semoga Allah meredai mahupun sebaliknya. Tetapi harus kita faham bahawa orang yang mempunyai usaha terhadap perubahan dalam kehidupan ini Allah sentiasa senang dengannya kerana manusia mematuhi fitrah manusia diwujukan Allah di alam dunia sebagai khalifah-Nya.
               Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke empat, menerangkan bahawa khalifah atau khalifah Allah ialah setiap insan yang diamanahkan untuk mengurus  dan men- tadbir dunia ini mengikut syariat Allah. Manusia dibekalkan berbagai fitrah sebagai kekuatan nya melaksanakan pentadbiran serta mengurus amanah Allah.
               Fitrah yang Allah bekalkan ialah manusia mempunyai akal sebagai rasul dalam diri setiap insan, kemahiran berfikir iaitu mempunyai ilmu samada  ilmu dunia mahupun ilmu ukhrowi, tenaga  mental dan spiritual, ikhtiar, nafsu untuk pembangunan dan semangat juang demi membuat perubahan dalam pembangunan tamadun.   
               Dalam menyelesaikan masalah yang timbul dari agenda pembangunan, kerap kali kita ditemukan dengan karenah-keraneh yang bersangkutan dengan kepekaan kita memahami masalah yang timbul. Maka itu wajar kita meminta petunjuk daripada Allah SWT bagaimana cara mengatasi masalah tersebut. Masalah berkenaan merupakan ujian dari Allah agar kita sentiasa dekat denganNya.
               Ujian Allah itu boleh ditafsirkan sebagai mengetuk hati kita supaya sentiasa meng- ingati Allah. Dengan cara demikian kita sentiasa melaksanakan yang diperintahkan Allah dan menjauhi segala laranganNya demi memertabatkan kerukunan beribadah kepada Allah dan menjauhi segala amalan-amalan yang bersifat keduniaan.
               Walaubagaimana pun intisari dalam perjuangan seorang mukmin harus bersandar kepada ideologi bahawa “saya mesti hidup untuk Islam.” Pengakuan beragama Islam bererti saya mesti hidup berdasarkan Islam, baik dari segi keyakinan, ibadah mahupun akhlaq. Kalau saya  mengaku sebagai seorang muslim ertinya diri saya, rumah tangga saya dan ahli keluarga saya mestilah menghayati Islam.
               Falsafah penghayatan hidup sebagai muslim harus ada kejernihan dan keikhlasan hatinya dan tidak bercelaru dengan fahaman-fahaman yang bersifat fatamorgana alam yang akan memesongkan jiwa kelak membelakangi  kebenaran dan melayani pujukan nafsu yang akan mengundang kedosaan kepada Allah SWT. Islam yang tulin seharusnya sentiasa merindui kebenaran kerana Allah. Allah itu maha benar dan maha pemurah kepada umat manusia yang mempersiapkan diri menangani segala kepimpinannya demi memakmurkan kehidupan sepertimana yang disyariatkan Allah kepada khalifah-Nya di muka bumi.
               Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 2:147 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Kebenaran itu adalah daripada Tuhan engkau, oleh sebab itu janganlah engkau masuk golongan orang-orang yang syak dan ragu-ragu.”
               Ayat ini menegaskan kepada orang-orang yang telah menerima kebenaran, janganlah hendaknya merasa ragu-ragu lagi, yang juga dimaksudkan, tiap-tiap mengerjakan pekerjaan yang hak, di atas dasar kebenaran dan mengikuti peraturan serta undang-undang diredai oleh Allah hendaklah dilaksankan. Jangan was-was, takut, ragu-ragu, bimbang dan sebagainya.
               Seorang mualaf tentu sekali mengalami berbagai masalah dalam menterjermahkan akidah Islam dalam kehidupannya. Islam itu adalah addin atau cara hidup. Islam diturunkan Allah kepada manusia yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad SAW dalam perantaraan Malaikat Jibril untuk membentuk akhlaq manusia.
               Manusia harus sedar bahawa membina manusia harus bermuara dengan membina akalnya untuk mengenali dirinya dan seterusnya mengenali Zat yang mewujudkan manusia iaitu  Allah SWT. Allah itu Maha Bijaksana dan Berkuasa kepada segala sesuatu. Dialah yang mewujudkan segala makhluk yang ada di alam kehidupan sama ada yang bersifat nyata mahu pun yang ghaib.
               Inilah khidmat diri kepada Allah SWT untuk memahami mengapa Allah wujudkan segala makhluk di alam maya ini. Kemuliaan akhlaq adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. tentang tujuan pengutusan baginda:
               “Sesungghnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlaq.”
               Firman Allah dalam surahAl-Hajj ayat 22:41 yang bermaksud: (Terjemahan)        
“(Iaitu) orang-orang yang apabila Kami teguhkan kekuasaannya di muka bumi,nescahaya mereka mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang melakukan kejahatan, dan kepada  Allah jualah  kesudahan segala  sesuatu.”
               Mereka yang dimaksudkan ialah sahabat-sahabat Nabi (SAW), atau sekalian umat Islam, khasnya kaum Muhajirin yang diusir dari negeri mereka, Kota Mekkah, dengan men- dapat pertolongan Allah dapat bertapak di negeri Medina kerana dapat mengalahkan musuh mereka, iaitu orang-orang Musyrik. Apabila mereka telah dapat berkuasa di negeri mereka, mereka berlaku taat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang yang diwajibkan dan mengeluarkan zakat harta mereka walaupun sangat disayanginya, serta  menyeru orang supaya berbuat baik terutama mentauhikan Allah, mentaati-Nya dan berpegang dengan syariat. Dan menegah mereka daripada berbuat kejahatan seperti syirik dan melakukan maksiat.
               Kesudahan segala urusan akan kembali kepada Allah untuk memberikan pahala atau pun seksaan di akhirat kelak.
               Kemuliaan akhlaq adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlaq. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah meyatakan:
               “Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu adalah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.”(Hadith Riwayat Al-Dailami)
               Rasulullah SAW pernah ditanya tentang apa itu agama. Baginda menjawab: Kemu- liaan akhlaq (Husnul-Khlaq). Bila ditanya tentang apa itu kejahatan baginda menjawab “Akhlaq yang buruk (Su’ul Khalaq)”
               Akhlaq mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaqnya dan buruk amalan tidak akan dipercepatkan hisabnya.
               Dunia ini selain penuh dengan rahmat dan nikmat Allah, juga penuh dengan berbagai malapetaka dan kesengsaraan. Dunia ini bukan syurga, di mana hanya terdapat kebahagiaan, dan bukan pula neraka, di mana hanya terdapat kesengsaraan dan penderitaan melulu.
               Dengan akal dan fikiran serta pancaindera yang lima, kita hidup berjuang mencapai kebahagiaan dan terjauh dari berbagai penderitaan itu.
               Tetapi sudah menjadi kenyataan dalam hidup manusia di permukaan bumi ini, bahawa seorang yang paling pintar sekalipun, seorang yang paling kuasa sekalipun, kadang-kadang tidak dapat menghindarkan dirinya dari penderitaan dan kesengsaraan itu. Kesangsaraan dan penderitaan mencerkam orang yang bodoh, lemah dan melarat, tetapi kadang-kadang juga menimpa diri orang yang pintar, kuat dan kaya raya juga.
               Kita yakin dan percaya, bahawa keadaan hidup dan kehidupan kita di dunia ini bukan hanya ditentukan oleh kita. Tetapi ada yang menentukannya yang lebih pintar, lebih kuat, dan lebih berkuasa dari  kita manusia, iaitu Allah SWT. Sebab itu kita yakin dan percaya kepada qudrat dan iradat, percaya kepada  kadha dan kadar Tuhan.
               Ujian  Allah kepada hambaNya tidak memilih kedudukan atau darjat keturunannya. Alangkah hebatnya penderitaan yang dideritakan Nabi Nuh a.s. 950 tahun lamanya selalu di bawah ancaman penghinaan dan sindiran halus dan kasar dari  bangsanya yang sesat dan jahat. Tetapi kerana Nuh tahu yang dia dalam kebenaran, sedang bangsanya jahat dan bodoh, maka Nabi Nuh a.s.  sanggup menghadapi segala ancaman dan hinaan itu. Inilah yang dinama kan kesabaran yang indah. Bagaimana hebatnya ancaman dan kesengsaraan, hanya terasa sebagai hiburan semata bagi orang yang punya kesabaran yang indah.
               Kalau Nabi Nuh a.s. merasa sedih dan pilu hatinya, itu bukanlah kerana penghinaan dan ancaman kaumnya, tetapi adalah kerana memikirkan nasib bangsanya yang sesat itu. Di dunia tak berbahagia, sedang di akhirat nanti kekal dalam api neraka. Hanya inilah pokok pangkal kesedihan hati para Nabi dalam hidup dan perjuangan hidupnya di dunia fana ini.
               Nabi Ibrahim a.s. adalah Nabi terbesar dan termulia. Bapa dan nenek moyang hampir semua Nabi dan Rasul. Nabi Ibrahimlah yang pertama-tama membawa ajaran yang diajarkan oleh Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad saw. Seorang Nabi Mulia oleh Allah diberi pangkat Khalilul Rahman, ertinya Teman Allah.
               Sekalipun begitu, nasib penderitaan yang dialami oleh Nabi Ibrahim tidak kalah dengan penderitaan Nabi dan Rasul lainnya.
               Beliau berhadapan dengan bangsa yang bodoh di masa gelap. Beliau berhadapan dengan satu kekuasaan yang amat perkasa. Kerana beliau tidak mahu disuruh menyembah berhala, bahkan beliau menghancurkan sembahan manusia di kala itu, beliau dihukum mati dengan pembakaran (api).
               Beliau dicampakkan ke dalam kejolak api yang menganas oleh umatnya sendiri atas perintah Raja Namrud. Beliau masuk ke lautan api yang garang itu dengan senyum simpul, kerana di dada beliau ada keimanan yang tebal. Keimanan yang memberikan kesabaran yang timbul dari keinsyafan atas kebenaran ajaran yang dibawanya dan keyakinan akan Allah yang mengutusnya
Ujian Allah terhadap Nabi Ibrahim bertalu-talu namun Ibrahim semuanya laksanakan. Sesudah berpuluh-puluh tahun ingin untuk beroleh seorang anak, akhirnya diberi Allah seorang anak, tempat Ibrahim a.s. menumpahkan cinta kasihnya. Tiba-tiba Allah memerintah kannya untuk menyembelih anak yang tercinta itu. Itupun dijalankan Nabi Ibrahim dengan patuh, dengan tak memikirkan akibatnya, hanya semata-mata kerana tahu bahawa itu adalah perintah Tuhan.
Ini adalah satu macam kesabaran yang indah pula dan hasilnya bukan hilangnya si anak yang tercinta tetapi tak hilang dan tak ada apa-apa.
Tetapi kita janganlah terlalu sedih mengingat penderitaan mereka itu, sebab semua penderitaan itu buat mereka tidaklah apa-apa sebab di alam batin mereka, mereka mempunyai satu kekuatan yang jauh lebih hebat dari penderitaan yang mereka alami itu. Kekuatan itu adalah Kesabaran Yang Indah.
Bagi orang-orang yang tak mempunyai kesabaran, kekurangan air dan gula saja adalah penderitaan hebat, apa lagi kekurangan makanan dan pakaian. Tetapi bagi orang yang sabar, semuanya itu bukanlah penderitaan namanya, tetapi semata permainan zaman yang mereka terima dengan senyum saja.
Sebab itu belum tentu berbahagia dan beruntung orang yang dapat pangkat dan kekayaan yang berlimpah. Yang sudah terang beruntung dan berbahagia ialah orang-orang yang dianugerahkan Allah keimanan dan kesabaran.
Mereka bukan saja dapat menghadapi segala penderitaan hidup di dunia fana ini, tetapi mereka nanti akan mengenyam kebahagiaan abadi di dalam Tempat Bahagia yang bernama Syurga.
               Mudah-mudahan kita sekalian dianugerahi Allah keimanan dan kesabaran itu, sehingga kita sanggup menghadapi segala cobaan hidup dan akhirnya kita berhasil dapat lulus sehingga dapat masuk ke dalam Surga Jannatun Naim. Insyallah!
Kesabaran seseorang menangani penderitaan akibat perbuatan orang lain yang tidak memikirkan keadaan masalah kehidupan kita, kadang-kadang mengundang satu situasi yang akan menimbulkan perasaan dendam dan berjanji semoga mendapat peluang pada suatu masa kelak di mana orang yang menganiaya itu memohon pertolongan dari kita.
Allah itu maha adil. Dia sentiasa menguji kita.Walaupun penderitaan yang kita alami itu berat bagi kita untuk menerimanya, tetapi Allah pemudahkan urusan hidup kita sehingga kita dapat berfikir dan berikhtiar berbagai cara untuk menangani masalah yang kita akan hadapi.
Penderitaan dan kesenangan dalam  hidup di dunia ini Allah yang mewujudnya sebagai ujian Allah-Nya kepada kita. Orang yang tebal imannya sentiasa menerima keadaan hidup yang membawa kepada penderitaan. Walabagaimana pun hidup dengan kesenangan merupakan ujian Allah kepada hamba-Nya juga kerana manausia apabila diuji dengan kesenangan dan kemewaan hidup di dunia ia akan hilang fikiran bahawa semua keadaan hidup itu adalah hak mutlaknya. Ia tidak memikirkan bahawa semua itu adalah bersifat sementara sahaja.

Semua yang ada pada kita dalam hidup di dunia terutama sekali yang bersifat kesenangan, Allah pinjamkan kepada kita sebagai hak guna pakai sahaja dan tidak ada yang menjadi hak mutlak kita. Setelah selesai agenda dunia kita akan beralih ke alam berikutnya iaitu alam barzakh dan semua apa yang kita perolehi semasa hidup tidak mengikuti kita ke alam kubur. 

No comments:

Post a Comment