UKHUWAH DAN KASIH
SAYANG GAMIT KELUARGA BAHAGIA
(Disiarkan pada 25. 8. 2017)
Manusia (Adam) diciptakan olah
Allah dari saripati tanah di dalam Syurga. Kemudian Allah memerintahkan kepada
semua Malaikat supaya sujud kepada Adam, maka sujudlah para semua Malaikat
kecuali yang sombong dan tergolong kafir, iaitu Iblis laknatullah.
Tinggallah Adam sendiri kesepian di
dalam syurga. Namun Allah mengetahui bahawa Adam merasa kesepian. Setelah Adam
tertidur lena kemudian Allah menciptakan seorang wanita bernama Hawa dari
tulang rusuk Adam.
Setelah Adam sedar dari tidurnya ia kelihatan
seorang perempuan duduk dekat dengan nya. Kehadirian Hawa disisinya,
menimbulkan satu perasaan dalam hati Adam dan ingin menyentuhnya. Tetapi Allah
mengharamkannya sebelum Adam menunaikan maharnya. Allah memerintahkan Adam
supaya melafazkan kalimah salawat Nabi: “Allahuma salih Allah saidina
Muhammad.” Sebagai maharnya untuk menghalalkan Adam menyentuk Hawa. Orangnya
belum wujud tetapi namanya sudah dijadikan mas kahwin antara Adam dan hawa di
syurga.
Allah berfirman surah Al-Baqarah ayat
2:35 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Hai
Adam diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah
makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai dan
jangan kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang
zalim.”
Sifat
Allah ialah pengasih dan penyayang maka antara sifat yang ada pada manusia
ialah pengasih dan penyayang. Allah tiupkan roh-Nya ke dalam jasad Adam maka
jadilah Adam dalam dua unsur iaitu Jasad
daripada tanah dan rohnya daripada
Allah. Sifat inilah yang tumbuh dalam perasaan Adam yang dikenali sebagai rasa
cinta terhadap Hawa. Sebenarnya sifat cinta itu wujud kerana hawa adalah asal
dari sebahagian diri Adam iaitu tulang rusuknya. Dan Hawa pun rasa minat atau
kasih pada Adam kerana asalnya Hawa dari Adam.
Perasaan keinginan hendak bersatu itu
yang dikenali sebagai cinta membolehkan manusia membiak dan mewujudkan satu
disiplin kehidupan yang dikenali sebagai rumah tangga. Maka itu mewujudkan
masyarakat manusia semestinya bermuara daripada keluarga yang dipimpin oleh
kedua suami isteri yang telah melalu akad pernikahan.
Keluarga bahagia sememangnya lahir dari
hubungan antara suami isteri yang diikat dengan kasih sayang. Maka suasana
demikian akan menerunkan kepada zuriatnya kelak mem bina masyarakat yang
mempunyai hubungan ukhuwah kemanusiaan. Memelihara hubungan baik dengan Allah
wajar dengan menjaga ibadah kepadaNya untuk melaksanakan 17 rakaat atau solat
lima waktu sehari semalam.
Keluarga bahagia akan mewujudkan
keluarga penyayang yang sentiasa rindu kepada kebenaran, yang diselimuti dengan
kerinduan kepada Allah s.w.t. atas rahmat dan nikmat hidup yang diberi-Nya
kepada hamba-hamba yang sentiasa bertakwa kepada Allah. Keluarga bahagia
sentiasa merindui kebenaran, antara ciri-ciri yang ada dalam ketakwaan kepada
Allah s.w.t.
Ukhuwah dan kasih sayang antara
ciri-ciri yang melahirkan keluarga bahagia. Kasih sayang merupakan satu elemen
dalam diri individu yang Allah telah bekalkan kepada naluri manusia yang akan mewujudkan
suasana bahagia sesama umat. Islam menganjurkan pemeluknya mengatakan
“keluargaku adalah syurgaku” yang membawa makna kebahagian dalam keluarga
menggamit ukhuwah dan kasih sayang kerana Alla s.w.t.
Kehidupan rumah tangga adalah
sebuah tanggungjawab yang sangat besar dan cukup berat yang memerlukan kesabaran
dan kerja keras. Keikhlasan dan kejujuran melaksanakan tanggungjawab bersama
dalam mendidik anak-anak untuk mempersiapkan mereka dengan baik agar menjadi
pemain yang berwibawa dalam pembangunan kehidupan kelak.
Cinta, mawaddah, rahmah dan amanah Allah, itulah ikatan rohani pengikat
perkah
winan,
sehingga kalau cinta pupus dan mawaddah putus,
masih ada rahmat, dan walaupun ini tidak ada lagi, masih ada amanah, dan selagi
pasangan itu beragama, maka amanahnya sentiasa akan terjaga, kerana Allah
memerintahkan dalam surah An-Nisa ayat 4:19 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Pergaulilah isteri-isterimu dengan baik dan apabila kamu tidaklagi
menyukainya (mencintai) mereka (jangan putuskan tali perkahwinan), kerana boleh
jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, tetap Allah menjadikan kepadanya (disebalik
itu) kebaikan yang banyak.”
Mawaddah maknanya berkisar kepada
kelapangan dan kokosongan. Mawaddah adalah kelapangan dada dan kosongan jiwa
daripada kehendak buruk. Ianya adalah cinta yang tulus. Apabila bersemai dalam
hati mawaddah, tidak lagi akan
memutuskan hubungan, seperti yang boleh terjadi kepada orang yang bercinta.
Allah berfirman surah Al-Baqarah
ayat 2:167 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Isteri-isteri kamu (para suami) adalah pakaian untuk kamu, dan kamu
adalah pakai an untuk mereka.”
Ayat ini tidak
hanya mengisyaratkan bahawa suami-isteri saling memerlukan manusia kepada
pakaian, tetapi juga bererti bahawa suami isteri yang masing-masing sifat
semulajadi memiliki kekurangan maka dengan demikian harus dapat berfungsi
“menutup kekurangan- kekurangannya,” sebagaimana pakaian menutup aurat
(kekurangan) pemakian.
Pernikahan ini adalah amanah, hal
ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:
“Kamu sekalian menerima isteri berdasarkan amanah Allah.”
Amanah adalah sesuatu yang
diserahkan kepada pihak lain disertai dengan rasa aman daripada pemberinya kerana
kepercayaannya bahawa apa yang
diamanahkannya itu, akan terpelihara dan terjaga dengan baik serta
kewujudannya aman di tangan yang memberi amanah itu.
Isteri adalah amanah kepada
suami, suami pun amanah kepada isteri. Tidak mungkin orang tua dan keluarga
masing-masing akan merestui perkahwinan tanpa adanya rasa percaya dan aman itu.
Suami, demikian juga isteri tidak akan menjadi hubungan tanpa merasa aman dan
percaya kepada pasangan.
Keluarga atau unit terpenting dalam satu institusi
rumahtangga adalah suami. Isteri atau ibu dan anak-anak yang bernaung di bawah
satu bumbung rumah tangga. Institusi ini memerlukan kepimpinan yang
berwibawa daripada seorang suami. Allah
berfirman dalam surah An-Nisa ayat 4:34 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Kaum Lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum perempuan (isteri).”
Satu perkara yang sangat peting
dan mesti disampaikan daripada peringkat awal adalah memberi pendidikan dan
pelajaran
tauhid kepada anak-anak. Perkara-perkara yang berkait rapat dengan ketuhanan
hendaklah dijelaskan dan didedahkan sebaik sahaja kanak-kanak itu mampu
membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Bahkan Islam telah mengesyur
untuk mengumandangkan azan dan iqamah kepada setiap bayi yang baru dilahirkan
Hal ini sebenarnya bermaksud agar
seorang bayi sebelum mendengar dan mengesan sesuatu terlebih dahaulu dapat
mendengarkan kenyataan-kenyataan yang mentauhidkan Allah s.w.t. menerusi azan
dan iqamah. Ajaran tauhid ini mengajar kita supaya tidak menduakan atau
menyekutukan Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan ketika seorang hamba Allah yang
sangat soleh bernama Luqman menasihati anaknya di dalam firman allah s.w.t.
surah Luqman ayat 31:13 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya seraya
menasihatinya. “Wahai anakku janganlah engkau menyekutukan Allah, sesungguhnya
menyekutukan Allah s.w.t. itu merupakan perbuatan zalim (dosa) yang besar.
Ayat ini
menggambarkan betapa cinta dan kasihnya seorang bapa kepada anaknya, sehingga
dia tidak rela sekiranya anak kesayangannya itu jatuh ke dalam perangkap
perbuatan zalim iaitu syirik yang merupakan salah satu dosa besar yang tidak
diampuni oleh Allah s.w.t.
Ukhuwah dan kasih sayang
berpangkal daripada hati. Qalbun shahih iaitu
yang sihat, suci dan bersih daripada gangguan yang menentang perintah dan
larangan Allah SWT. sehingga ia selamat daripada mengabdikan dan mempercayi
selain daripada Allah. Hati yang suci ini juga terselamat daripada mengambil
hukum yang bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Kerana hati ini
murni ubudiyahnya atau pengabdian kepada Allah SWT. Baik ubudiyah dalam iradat,
cinta, tawakal bertaubat, tunduk dan patuh, mahupun mengharapkan kurnia
daripada Allah swt.
Orang yang mempunyai hati yang
suci bersih ini menjadikan Rasulullah sebagai model atau contoh dalam
kehidupannya. Dalam kehidupan sehari-hari ia berusaha untuk menuju ke arah
kemuliaan hati Rasululah SAW. Pada dasarnya, setiap tingkah laku serta
akhlaknya sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT dalam surah
Al-Hujurat ayat 49:1) yang bermaksud: (Terjemahan)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan
Rasul-Nya, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi
Maha Menge tahui.”
Semua jenis
kebaikan dan ketaatan merupakan makanan bagi hati. Makanan yang baik dan halal
untuk hati iaitu zikrullah kepada Rasulullah SAW. Qiyamullail dan lain-lain.
Menurut Imam Ibnu Qayyim
“Sesungguhnya zikir adalah makanan bagi hati dan roh, apabila hamba Allah
kering dari siraman zikir, maka jadilah baginya tubuh yang terhalang daripada
memperolehi makanan.” Menurut Ibnu Taimiyah bahawa zikir itu begitu penting
bagi kita, kerana ia bagikan perlunya ikan terhadap air.
Di antara faedah zikrulah iaitu
dapat mengusir dan menundukkan syaitan. Sehingga Allah SWT menghilangkan
kesukaran dan kesedihan di dalam hati. Allah memberikan keutamaan bagi orang
yang berzikir dengan cahaya yang bersinar dari wajah, serta memberi kan pakaian
kemuliaan, dan sentiasa bertaubat dan bertakwa.
Kerana mereka sentiasa menghayati firman
Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:152 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Kerana
itu, ingatlah kamu kepada Ku, nescaya Aku ingat kepadamu, dan bersyukur lah
kepada Ku, dan janganlah kamu mengingkari
nikmat Ku”.
(Al-Baqarah ayat 2:152)
Ayat ini menyuruh kita mengingati Tuhan,
nescaya Tuhan kelak mengingati kita, dan menyuruh kita mensyukuri-Nya tetapi
jangan sekali-kali kufur atau derhaka kepada-Nya. Suruhan zikir (mengingat Allah) di sini, oleh para
mufassirin dibahagikannya kepada tiga bahagian:
1.
Mengingat Allah dengan lisan – bertasbih, tahmid dan tamjid – yakni
mensucikan-Nya, memuji-Nya dan menyanjung-Nya - yang merupakan bacaan-bacaan
yang diucapkan dengan lisan.
2.
Mengingat Allah dengan hati – memikirkan kebesaran dan kekuasaan Allah
yang terdapat pada tanda-tanda ciptaan-Nya dan alam yang diciptakan-Nya – yang
dapat difikirkan dengan mengambil contoh dan iktibar daripadanya.
3.
Mengingat Allah dengan anggota tubuh – dengan amalan dan kerja-kerja
yang diperintahkan oleh-Nya – seperti; sembahyang, puasa, berbuat baik,
berusaha dalam segala rupa khidmat yang
memerlukan kepada gerak anggota tubuh badan.
Maka tiap-tiap manusia yang mengingat
Allah dengan cara yang disebutkan tadi, pasti Allah akan mengingat pula
kepadanya.
Orang yang mengingat Allah dengan
mentaati-Nya, Allah akan mengingatinya dengan bantuan-Nya. Orang yang mengingat
Allah pada masa lapang hidupnya dan
sedang menikmati rezeki-Nya, Allah mengingatinya pada masa kesusahan dan kemalangannya.
Orang
yang mengingati Allah dengan beriman dan mentauhidkan-Nya, Allah akan mengingati
nya
dengan menjanjikan syurga dan keredaan-Nya. Orang yang mengingati Allah dengan
berhati ikhlas, Allah akan mengingatinya dengan melapangkannya pada waktu
kesempitan. Seterusnya mengingati Allah dengan sepenuh hati, dosanya akan Allah
ampuni, dan mengingat Allah dengan
berdoa, Allah kurniakan apa-apa yang dipinta.
Ukhuwah, kasih sayang dan
keluarga bahagia merupakan satu rangkaian dalam membina hidup yang bertamadun.
Ciri-ciri yang ada pada falsafah kehidupan tersebut melandaskan satu
pembangunan yang sentiasa kiblatnya kepada kerinduan kepada Allah SWT. Maka itu
untuk mengukuhkan disiplin berkenaan wajar dimurnikan dengan sentiasa berdoa
kepada Allah SWT. demi kesejahteraan, kebahagian, keselamatan dan kerukunan
hidup kerana Alla SWT.
Maha suci Allah, Zat Yang Maha
Agung, yang memiliki kemurahan dan melimpahkan nikmat Nya. Dia menjadikan
permohonan hamba-Nya untuk segala hajat dan keperluannya sebagai ibadah
kepada-Nya. Allah SWT memerintahkan kepada umat manusia untuk berdoa kepada-Nya
dan Allah akan mencela orang yang mengabaikan doa. Firman Allah SWT. dalam
surah Al-Mukmin ayat 23:60 yang maksdunya: (Terjemahan)
“Dan Tuhan mu berfirman: “Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Aku
perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan
masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”
No comments:
Post a Comment