Friday, August 4, 2017

KELUARGA BAHAGIA MENGGAMIT KETAKWAAN KEPADA ALLAH SWT.

 (Disiarkan pada 4. 8. 2017)
               Mengikut pandangan masyarakat Cina, menyatakan bahawa hidup seorang manusia harus melalui tiga macam kebahagiaan. Pertama ialah kebahagiaan semasa mendapat jodoh dan melangsungkan perkahwinan. Kedua kebahagiaan dalam hidup ialah mendapat anak keturunannya pertama dan ketiga ialah mendapat cucu pertama.
               Mengikut pandangan keluarga Islam pula kebahagiaan dalam hidup ialah apabila dapat melahirkan suasana kegembiraan dalam jiwa keluarga Muslim yang diikat dengan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Ketakwaan kepada Allah akan membina keluarga bahagia. Semua ahli keluarga sentiasa mengawasi pergerakan masa dan menjaga masa solat yang dijadikan sebagai amalan secara istiqamah mengingatakan diri bahawa Allah S.W.T.sentiasa mengetuk hati manusia supaya sentiasa bersama-Nya.
               Orang yang sentiasa menjaga ketakwaannya kepada Allah S.W.T.sebenar adalah mereka yang sangat takut kepada Allah.  Manusia wajib takut kepada Allah kerana tidak ada dalam diri manusia itu menjadi hak mutlaknya. Semuanya dipinjam daripada Allah dan Allah meredainya. Keredaan Allah terhadap hidup inilah yang membuat manusia sentiasa takut kerana kita tidak tahu Allah akan bila-bila masa, Dia mengambil balik nikmat tersebut.
               Allah meredai hidup kita ini yang dipinjamkan kepada kita dengan syarat kita melaksanakan ibadah kepada-Nya sebagai satu bentuk kesyukuran. Kesyukuran kepada Allah atas segala pemberiannya wajar diimbali dengan rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah s.w.t. Merasa kecintaan kepada Allah dengan cara sentiasa mengingati masa berjalan dan melaksanakan ibadah tepat pada masanya.
               Apabila kelezatan hidup dirasai dengan sentiasa menangani masa bergerak maka kecintaan serta kasih sayang kepada Allah S.W.T. menjadi pemangkin jiwa menyempurnakan ketakwaan diri kepada Zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sungguh orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”
               Manusia hidup di dunia ini sentiasa berlumba-lumba di antara satu dengan yang lain, untuk mencari kemuliaan. Dalam hubungan ini, Ibnu Abbas(r.a.) ada mengatakan: bahawa kemuliaan di dunia ialah kekayaan, sedangkan kemuliaan di akhirat pula ialah takwa (kebaktian kepada Allah.)
               Allah mencela manusia yang membangga-banggakan keturunannya, atau apa sahaja yang dengannya dia menganggap lebih mullia. Maka Bagi Allah, orang yang paling mulia di sisi-Nya ialah yang banyak kebaktiannya kepada Allah, atau yang paling berbakti kepada-Nya. Dan caranya berbakti kepada Allah itu hendaklah menjalankan segala apa yang diperin- tahkan-Nya dan meninggalkan semua yang ditegah-Nya.
               Makna dan hakikat takwa mengikut para ulama berbeza pendapat mengenai orang yang benar-benar bertakwa. Nabi S.A.W. pernah bersabda bahawa  seluruh makna takwa tercakup dalam firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 16:90 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnynya Allah menyeruh kamu berlaku adil, berbuat kebaikan, dan memberi kepada kaum kerabat. Dan Allah melarang keji, mungkar dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pengajaran.”
               Ibnu ‘Abbas r.a. berkata: Orang bertakwa adalah orang yang takut terjerumus dalam syirik, dosa besar, perbuatan keji.”
               Ibnu Umar r.a. mengemukakan bahawa takwa adalah melihat diri sendiri tidak lebih baik daripada orang lain.
               Dan Hassan mendefinasikan orang yang bertakwa sebagai orang yang mengatakan kepada setiap orang yang dia lihat. “Dia lebih baik dariku.”
               Sedangkan Umar bin Khattab r.a. pernah berkata kepada Ka’ab: “Beritahu kepadaku
tentang takwa. “Dia berkata, apakah engkau melintasi jalan yang berduri? Jawab Umar
kemudian apa yang engkau lakukan? Tanya Ka’ab, Umar menjawab: Aku menghindari dan menjauhinya.” Ka’ab pun  berkata. “Itulah takwa.”
               Ada orang yang mengungkapkan takwa melalui syairnya:
               “Tinggalkan seluruh dosa kecil,
               Mahupun besar, dan itulah takwa,
               Berbuatlah seperti orang yang berjalan,
               Atas tanah berduri,
               Dia akan menghindari duri yang dilihatnya,
               Jangan menghina orang kecil, kerana,
               Sesungguhnya gunung terbuat dari kerikil.
Umar bin Abdul ‘Azzi mengemukakan: “Takwa bukanlah puasa di siang hari dan solat di malam seperti perpaduaan keduanya. Tetapi Takwa adalah meninggalkan apa yang  diharam  kan Allah dan mengerjakan apa yang diperintahkan.”
               Pernah dikatakan kepada Thalaq bin Habib, terangkan makna takwa kepada kami. Dia menjawab: “Takwa adalah mentaati Allah berdasarkan  pancaran cahaya dari Allah dengan mengharapkan pahala dari-Nya sekaligus merasa malu kepada-Nya.”
               Ada juga yang mengemukakan: “Takwa adalah tidak berbuat maksiat kepada Allah berdasarkan pancaran cahaya dari Allah kerana takut akan seksaan Allah.”
               Bakar bin Ubaidillah berkata: “Seseorang tidak disebut bertakwa sampai dia benar-benar Taqiyyah (bercakap hati-hati) dalam makanan dan taqiyyah dalam kemarahan.”
                    Syahr bin Husyaib berkata: Bertakwa adalah meninggalkan yang mubah agar terhindar dari terjerumus ke dalam hal-hal haram.”
                    Muhammad Ali al-Tarmizi mengatakan: “Orang yang bertakwa adalah orang yang tidak  mempunyai musuh sama sekali.”
                    Sari-Saqati berkata: “Orang bertakwa adalah orang yang membenci diri sendiri.” Dan al-Syibli mengemukakan: “Orang bertakwa adalah orang yang tidak takut selain Allah, Rasulullah seorang yang sangat  jujur berkata, “ketahuilah, sesuatu yang selain Allah  adalah bathil.”
                    Muhammad bin Kafif berkata: “Takwa adalah menghindari segala sesuatu yang dapat menjauhkan mu dari Allah.”
                    Al-Sauri mengatakan: “Bertakwa adalah takut kepada dunia dan segala bahayanya.”
                    Abu Yazid berkata: Orang yang bertakwa adalah orang yang menjauhi segala yang syubhat.”
                    Al-Fudhail bin Iyad berkata: “Seseorang tidak disebut bertakwa sehingga musuhnya merasa aman  darinya seperti temannya merasa aman darinya.”
                    Malik bercerita, Wahab bin  Munabih memberi tahuku bahawa sebahagian ahli fiqh dari Medina mengirim surat kepada ‘Abdullah bin Zubair. Isi surat ini mernyatakan bahawa orang yang bertakwa mempunyai beberapa tanda: “Sabar ketika ditimpa musibah, redha pada takdir, syukur saat menerima nikmat, dan tunduk kepada hukum-hukum al-Qur’an.”
                    Maimun bin Mahran berkata: “Tidak seorang disebut bertakwa sehingga dia lebih bermuhasabah diri daripada seorang  sekutu yang kikir dan penguasa zalim.”
                    Dari Abu Harmuz Nafi’ bin Hamuz, dia bercerita, ada pernah mendengar Anas bin Malik berkata ada seorang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Muhammad siapakah keluarga Muhammad itu? Beliau menjawab, “Setiap orang yang bertakwa.” Dengan demikian
takwa merupakan tempat berkumpul segala macam kebaikan. Dan takwa yang benar adalah mempertahankan diri untuk mentaati Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia.”
                    Dalam firman Allah, “Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.” Ada yang mengatakan bahawa ayat ini bererti Allah harus ditaati dan tidak boleh menderhakai’ Allah harus diingat dan tidak dilupakan, dan Dia harus disyukuri dan tidak diingkari.”
                    Sahal bin ‘Abdullah berkata: “Tidak ada penolong selain Allah, tidak ada petunjuk
jalan selain Rasulullah S.A.W. dan tidak ada bekal selain takwa.”
                    Selanjutnya dia berkata, “Barangsiapa ingin takwanya benar, maka tinggalkanlah seluruh perbuatan dosa.”
                    An-Nasradhi mengemukan: “Barang siapa yang benar-benar bertakwa, maka dia akan sangat rindu untuk meninggal dunia, kerana Allah telah berfirman yang bermaksud:
                    “Dan alam akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.”
                    Ibnu ‘Athiyyah berkata: Orang yang bertakwa boleh diketahui dari keadaan zahiriah dan batiniyah. Keadaan zahiriyah dengan selalu memelihara hukum-hukum Allah, dan batiniah selalu berniat dan melakukan segala hal dengan tulus dan ikhlas.”
                    Ada yang mengemukakan bahawa takwa terdiri dari beberapa macam: “Takwa umum, iaitu tidak berbuat syirik kepada Si Pencipta. Takwa khusus, iaitu melawan hawa nafsu dengan meninggalkan maksiat dan menahan hawa nafsu dalam segala keadaan. Kemudian takwa khusus, iaitu meninggalkan maksiat dan menahan hawa nafsu dalam semua keadaan. Kemudian takwa khusus, iaitu meninggalkan kehendak atas segala sesuatu dan memusatkan diri hanya untuk menjalankan ibadah wajib dan sunat, serta menjalankan semua perintah dengan berpegang teguh pada hukum yang berlaku.”  
                    Ada beberapa jalan menuju takwa:
1. Melepaskan diri dari tindakan zalim kepada orang lain dan hak-hak mereka.
2. Menjauhi kemaksiatan dan segala dosa besar mahupun kecil.
3. Menyibukkan dengan mengusir dosa-dosa dalam hati yang merupakan induk dosa. Dari hati muncul dosa-dosa  anggota badan, misalnya, munafiq, hasad, sombong, tamak. Mencari kedudukan dan sebagainya.
4. Menyibukkan diri dengan meninggalkan hasrat, sehingga dia tidak lagi memilih hal lain selain Allah. Dia menyerahkan segala sesuatu kepada Allah S.W.T. tunduk dan patuh serta merendahkan di hadapan-Nya. Di hadapan Allah S.W.T. seorang manusia hanyalah seorang anak bayi dalam dukungan ibunya, atau seperti mayat di tangan orang memandikan nya.
Para ulama’ berbeza pendapat mengenai pengertian selamat. Al-Junaidi mengatakan bahawa seseorang hanya boleh selamat dengan kejujuran hati dan sentiasa berlindung kepada Allah Yang Maha perkasa lagi Maha mengetahui. Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 9:118 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka padahal bumi itu luas dan  merasa jiwa merekapun sempit. Mereka mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari seksa Allah melainkan hanya kepada-Nya. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
Selain Allah menerima taubat Nabi, kaum Muhjirin dan Ansar, juga menerima taubat tiga orang yang dahulunya telah tertinggal tidak mahu melaporkan diri kepada Nabi (s.a.w.) untuk bertaubkat. Mereka bertiga yang disebut itu ialah: 1. Ka’ab bin Malik, 2. Halal bin Abi Umaiyah da 3. Mararah bin ar-Rabi’.
Rawaim berpendapat bahawa seseorang akan selamat dengan kejujuran bertakwa. Firman Allah S.W.T. dalam surah Az-zumar ayat 39:61 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan Allah S.W.T. menyelamatkan orang-orang bertakwa kerana kemenangan mereka. Mereka tiada disentuh oleh Azab neraka dan tidak pula mereka berdukacita.”
Orang-orang yang takwa kerana menjauhi perbuatan syirik dan maksiat, mereka itu akan diselamatkan oleh Allah dari seksaan neraka Jahanam, dan dikurniakan pula tempat kemenangan yang lebih dari apa yang mereka harapkan. Mereka tidak akan disentuh oleh seksa neraka Jahanam, dan tidak  akan merasa dukacita disebabkan luput dari memperolehi kesenangan di dalam dunia.
Hasan al-Bari mengemukakan bahawa seseorang akan selamat dengan menghindari
Dunia dan penghuninya. Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 6:32 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain permainan dan senda gurau. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya.”
Dan Nabi S.A.W. telah bersabda: “Sesungguhnya kecintaan kepada  dunia merupakan satu kesalahan. Dan cara untuk medekatkan diri kepada Allah adalah dengan melaksanakan apa yang Dia wajib.”
Sesuai dengan hal tersebut di atas, Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia menyuruh makhluk-Nya untuk sentiasa mengesakan dan mentaati-Nya. Di bawah ini dikemu- kakan beberapa ayat yang kerkenaan dengan hal itu.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 2:223 yang bermaksud: (terjemahan)
“Ketahuilah bahawa Allah, Maha mengetahui segala sesuatu. Dan bertakwalah kepada-Ku, hai orang-orang yang berakal. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada  orang-orang yang beriman.”
Firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 59:18 yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan terhadap apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yan kamu kerjakan.”
Firman Allah S.W.T. dlam surah At-Tahrin ayat 66:6 yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai orang-orang beriman peliharalah diri dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakaranya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras tidak menderhaki Allah atas apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerja kan apa yang Dia perintah.”

Hawa nafsu  yang akan menyebabkan dirimu dibakar api neraka.Sesungguhnya azab neraka setiap hari terus menerus diganti dengan azab yang baru yang lebih menyakitkan Engkau akan ditemani oleh Firaun, Haman, Qarun dan syaita.

No comments:

Post a Comment