(Disiarkan pada 18. 8. 2017)
Hidup seorang insan sewajarnya
mewarnai ciri-ciri pembangunan yang didukung oleh orang tuanya iaitu kedua
suami isteri. Pepatah melayu mengatakan: “Melentur
buluh biar dari rebungnya.”. Konotasi ini menghimbau pembangunan seorang
insan yang telah dibuntuk oleh keluarganya berlandaskan norma-norma yang
menepati ciri-ciri kudrat kemanusiaan yang bertemadun. Keluarga bahagia
semajarnya bermuara dari pembangunan keluarga yang mapan. Anak itu dididik dan
diasuh berlandaskan akidah Islam sebagai agama hanif.
Agama Islam disebut dengan agama
hanif, kerana di dalamnya terdapat segala nilai-nilai kesempurnaan, yang mulia,
suci dan agung, indah baik dan adil. Salah satu makna hanif ialah kerinduan
pada yang benar. Islam sesuai dengan fitrah manusia, dengan demikian maka
manusia pada fitrahnya rindu kepada kebenaran itu.
Firman Allah dalam surah
Al-Baqarah ayat 2:147 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Kebenaran itu adalah dari Tuhan-Mu,
sebab itu janganlah sekali-kali kamu
termasuk orang-orang yang rugi.”
Firman Allah SWT juga dalam surah
Al-Hajj ayat 22:6 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Demikianlah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Benar, dan sesung guhnya
Dialah yang menghidupkan yang mati, dan Maha kuasa segala sesuatu.”
Di samping dalam diri manusia itu
merindui kebenaran, ia juga dipersiapkan
oleh Allah SWT, untuk menyampaikan kebenaran, yang diperolehi nya itu.
Firman Allah SWT dalam surah
Ali-Imran ayat 3:110 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyu ruh
kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepa da Allah
SWT.”
Kerinduan kepada kebenaran dan
menyampaikan kebenaran, merupakan keistimewaan dan tanggungjawab yang mesti
dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Enam asas keimanan dalam Islam itu, semuanya mempunyai peranan dalam
membuntuk kesihatan jiwa seseorang. Asas keimanan tersebut adalah, Iman kepada
Allah, Iman kepada Malaikat, Iman kepada Rasul-rusul, Iman kepada kitab-kitab
suci, Iman kepada hari akhirat, dan Iman kepada takdir.
Kerinduan akan kebenaran adanya
Allah SWT. Secara fitrah, setiap orang memerlukan sesuatu yang lebih berkuasa
dan mempunnyai kekuatan tertentu sebagai tempat mengadu nasib. Siapapun orangnya pasti merindukan kekuatan dan kekuasaan
di luar dirinya sendiri. Tidak semua pekerjaan dapat diselesaikan oleh manusia.
Pada saat-saat tertentu ia akan menemukan kegagalan, ketika itulah semakin
terasa bahawa jiwa memerlukan sesuatu untuk berlindung.
Bagi orang Hindu dan Budha,
sanggup mengeluarkan biaya yang banyak untuk membuat tempat ibadah dan
patung-patung kerana mengharapkan sesuatu di luar dirinya sendiri. Begitu juga
dalam agama Kristian, Yahudi dan Nasrani serta kepercayaan animisme dan
dinamisme, semuanya mencari suatu kekuatan diluar dirinya untuk mengadukan
nasib mereka.
Umat Islam juga demikian, mencari
kekuatan Yang Maha Agung yakni Allah SWT. Yang paling asas dalam Islam adalah
beriman kepada Allah SWT.. Begitu banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang menyebut
tentang Iman kepada Allah SWT. Sehingga
akhirnya sampai kepada suatu kesimpulan bahawa kepercayaan adanya Allah SWT
akan memperoleh kebahagian hidup di
dunia dan di akhirat.
Kebahagian hidup di dunia dan di
akhirat inilah merupakan cita-cita semua umat manu sia terutama umat Islam.
Maka yang dapat menjawab dan memberikan bimbingan ke arah itu hanyalah Islam.
Beriman kepada Allah ialah
meyakini dengan sesungguhnya melalui proses kejiwaan yang meliputi perasaan, fikiran, sekaligus sikap dan perbuatan untuk membuktikan iman tesebut.
Beriman kepada Allah, akan
menghasilkan jiwa yang tenang dan tenteram, sebab dalam meyakini adanya Allah
kita akan memahami akan sifat-sifat Allah SWT Yang Maha Agung. Akhirnya jiwa
kita akan merasa damai dan hidup dalam
suasana yang dicita-citakan.
Allah Tuhan semesta alam yang
Maha bijaksana menjadikan manusia bertabi’at saling memerlukan satu sama lain,
yakni masing-masing mereka memelukan orang lain, guna bertu kar menukar, ganti
mengganti manfaat dalam dalam segala
urusannya.
Islam datang untuk mengantarkan
manusia ke jenjang kehidupan yang gemilang dan bahagia sejahtera, melalui
berbagai segi keutamaan dan akhlak yang luhur.
Akhlak bukanlah merupakan
barang-barang mewah yang mungkin tidak terlalu diperlu kan, tetapi akhlak adalah
pokok-pokok kehidupan yang mustahak, yang diharuskan agama menghormati orang
yang memiliknya.
Islam menjelaskan faktor-faktor
keutamaan itu dan menganjurkan pemeluknya untuk berpegang teguh kepadanya
secara kesatuan yang uthuh.
Usama bin Syarik berkata:
“Sewaktu kami duduk bersama Nabi SAW semua tunduk, seola-ola bagikan ada burung
di atas kepala kami. Tidak ada seorang pun yang bercakap. Tiba-tiba datanglah
orang-orang seraya berkata: “Adakah ya rasulullah hamba Allah yang paling dicintai
Allah?” Nabi SAW bersabda: “orang-orang yang paling baik akhlaknya.” (H.R.
Thahrani).
Dalam membina akhlak yang baik
tidak didasarkan kepada ajaran yang besifat perintah dan larangan semata,
seperti seorang guru berkata; “Berbuatlah begini – jangan berbuat begitu.”
Tetapi pendidikan akhlak dalam membentuk jiwa diatas aspek-aspek keutamaan yang
biasa membawa hasil sangat memerlukan waktu yang cukup dan pengelo- laannya
yang terus menerus.
Oleh itu seorang pendidik harus
mampu memberi tauladan yang baik, kerana orang jahat dan buruk laku tidak bisa
memberi pengaruh yang baik pada jiwa orang-orang disekitar nya.
Pengaruh yang baik hanya bisa diharapkan dari orang-orang yang
memperhatikan peribadinya, hingga
orang-orang disekitarnya bisa jatuh hati dan tertarik pada perilakunya dan
tertawan dengan kemuliaannya. Dengan demikian mereka mengambil difat-difat
baiknya dan mengikuti jejaknya, kerana terpikat dan cinta sejati kepadanya.
Bahkan agar pengikutnya bisa
mencapai hasil atau mengutamaan yang maksimal, hendaknya pendidik atau orang
yang diteladani memiliki kadar keutamaan yang lebih besar, sebagaiman pebadi
Raslullah SAW menjadi teladan yang baik bagai sahabat-sahabatnya. Dan beliau
selalu menyeru para sahabatnya agar memiliki akhlak yang luhur dan mulia dengan
jalan menanamkan pada jiwa mereka melalui contoh perbuatan terpuji dan
biografinya yang “semerbak” sebelum melaku kata-kata hikmah dan nasihat yang
disabdakannya.
Kesihatan, keidahan dan
kesegaran, baik rohani mahupun jasmani ialah rahmat Allah yang
setinggi-tingginya, yang dianugerahkan Allah SWT kepada hambaNya. Harta benda
dan jabatan tidak ada gunanya, apabila jasmani dan rohaninya tidak sihat. Badan
dan rohani yang yang sihat ialah segala pangkal kebahagian dan kesenangan.
Orang yang jasmaninya sihat,
hatinya riang dan perkiraan segar ia rajin bekerja dengan gembira. Orang yang
jasmaninya sakit, hatinya sebal dan susah, pikirannya kusut dan kacau, badannya
letih dan lesu, sedangkan nafsu bekerja tidak ada. Orang yang sakit tidak dapat
melaksanakan kewajipan terhadap masyarakatnya, terhadap pergaulan dan tehadap
Allah Tuhan Yang Maha Pencipta.
Sungguh kesihatan lebih celaka
daripada kehilangan harta benda dan pangkat. Kalau kita telah berusaha mencari
harta benda dan lain sebagainya, maka bagaimanakah halnya kita mempertahankan
kesihatan yang telah kita milik. Kesihatan yang ada pada kita sering kita abaikan dan sering kita
sia-siakan, seolah-olah ia tidak ada harganya. Setelah kita sakit, barulah
insyaf tetapi besar harga kesihatan itu bagi diri kita dan menyesallah kita
yang
mengabaikan
kesihatan itu. Tetapi sesal kemudian
apalah gunanya?
Kita sedar bahawa lebih mudah dan
lebih baik kita menjauhi penyakit dari pada kita mengobatinya. Berhubung dengan
itu sangatlah beruntung kita kaum muslimin, kerana agama Islam memberi tuntunan
kepada kita, mewajibkan kepada kita melaksanakan kesucian yang dalam istilah
syara’ thaharah. Setiap muslim wajib melakukan taharah lebih dahulu sebelum
melakukan ibadat-ibadat yang telah ditentukan.
Firman
Allah surah Al-Ahzab ayat 33:71 yang bermaksud: (Terjemahan)
“”Barang siapa yang selalu menta’ati perintah-perintah Allah dan
Rasulnya, maka ia memperolehi kebahagian yang besar.”
Kebahagian
yang besar di dunia ialah kesihatan jasmani dan rohani. Tiap-tiap muslim dan
muslimat diwajibkan mengerjakan segala aturan dan syarat-syarat itu menjadi
kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan lagi. Dan sebahagian yang hakiki ialah
nanti di akhirat yang kita perolehi dari Allah SWT.
Beriman kepada adanya atau wujud
Allah membuktikan manusia memerlukan perlin dungan diri dan jiwanya kepada yang
lain. Allah SWT sebagai tempat mengadu
segala hal kehidupan. Allah tempat umat Islam bersandar dan mengabdi. Jiwa akan
sentiasa tenteram dan bahagia jika segala masalah hidup ini disampaikan
kepada Yang taat menolong kita. Hanya
Allah-lah yang dapat menolong manusia dari keluh kesah dan penderitaan hidup di
dunia ini. Sebab segala apa yang ada di alam ini kepunyaan Allah SWT. Firman
surah Az-Zumar ayat 39:4 yang bermaksud:
(Terjemahan)
“Maha Suci Allah. Dialah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Gagah.”
Kemudian Allah berfirman lagi
surah Al-Mujadalah ayat ayat 58:7 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang
ada di langit dan apa yang ada di bumi?Tiada pembicaraan rahsia antara tiga
orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tiada pula pembicaraan antara lima
orang, melainkan Dia-lah yang keenamnya. Dan tiada pula pembicaraan antara
jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia akan memberitakan
kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Allah menguatkan pernyataan-Nya
mengenai pengetahuan-Nya itu sungguh
luas, meliputi apa sahaja yang ada di
langit dan di bumi. Tidak ada kumpulan yang terdiri dari tiga orang berbisik untuk mengadakan
perbicaraan rahsia melainkan Allah termasuk di dalamnya pihak yang ke-4 yang mengetahui tutur kata dan
rancangan mereka. Dan tidak pula 5 orang
melainkan Allah ada menyertainya, tahu
bila masanya dan di mana tempat perbicaraan rahsia tersebut diadakan. Kemudian Allah
akan memberi tahu pada hari kiamat apa yang sudah mereka kerjakan sama ada baik
mahupun buruk, lalu memberi pembalasan dengan balasan yang sewajarnya, kerana
Allah itu Maha Tahu akan segala sesuatu. Sudah tentu berita yang dikhabarkan
menambahkan si pendengar kesal dan
menyesal, lebih-lebih lagi jika pemberita itu merupakan cacian dan
celaan sedangkan hal itu didedahkan dikhalayak ramai yang menyaksikan dan
mendengarnya menyebabkan hatinya merasa semakin pedih.
Keamanan hidup adalah di antara
kelebihan manusia dari makhluk-makhluk lain, ianya lahir dari keluhuran budi
keutamaan pekerti dan perangai yang baik menghasilkan rasa cinta dan kasih sayang
di antara mereka serta rasa suka dan menghormati terhadap hak milik orang lain.
Terjaminnya keamanan di kalangan
manusia adalah hasil daripada didikan agama, di mana manusia disuruh
bermaaf-maafan di antara satu sesama lain, andainya terdapat kesala han dan
kesilapan dalam pergaulan harian. Adalah wajar menghargai jasa dan kebolehan
orang lain, dianjurkan supaya mengorbankan sebahagian hak miliknya untuk untuk
kepentingan umum, digesa supaya sentiasa mengamalkan sikap bantu membantu,
tolong menolong, pesan-mmemesan ke arah bersifat sabar dan berlaku adil terhadap
dirinya sendiri
dan
kepada orang lain.
Tegasnya manusia disuruh
berperangai baik terhadap semua makhluk sama ada kawannya sendiri mahupun orang
lain atau makhluk-makhluk binatang dan sebagainya, di samping itu manusia
seharusnya bersikap sabar dalam menghadapi perjuangan hidup ini baik berupa senang
atau pun susah serta sentiasa menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia yang
tidak terdapat di kalangan binatang.
Banyak ayat-ayat suci
Al-Quranul-karim menganjurkan supaya manusia berperangai baik dan kedatangan
Nabi Muhammad SAW adalah membuktikan ajaran-ajaran ini, seperti sabdanya yang
berbunyi: (Terjemahan)
“Diutuskan aku ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
Memang tujuan utama kedatangan
Nabi Muhammad SAW ialah untuk mengembali kan manusia supaya tetap berada di
atas keperibadiannya yang asal iaitu tetap di dalam keutamaan budi pekertinya.
Jika segala ajaran dan bimbingan agama
Islam ke atas keperibadian manusia hidup di dunia, diterjemah dan diamalkan
demi membantuk keluruhan hidup bertamadun, maka manusia akan dikurniakan Allah
SWT kehidupan yang indah kelak akan melahirkan keluarga yang bahagia, InsaAllah!
No comments:
Post a Comment